Jom lihat!

Friday, June 22, 2012

Cinta...Again (7)

Kini, sudah sebulan mereka berkawan. Walaupun bukan selalu mereka berhubung antara satu sama lain, namun Ashraff seakan-akan mempunyai kebiasaan baru. Ashraff rajin menulis surat dan nota pendek untuk dihantar ke rumah Khadijah. Kadang-kadang, isi surat itu pendek saja dan bukanlah sesuatu yang penting tetapi Ashraff sekadar ingin Khadijah menyedari kehadirannya. Macam-macam warna surat tersebut, ada warna biru, warna pink, putih dan warna oren muda. Tidak satu pun dibalas oleh Khadijah. Cuma sekali-sekala Khadijah memberi mesej pendek mengatakan dia sudah membaca surat tersebut. Nampaknya, Khadijah juga sudah menyediakan satu kotak cantik untuk menyimpan surat-surat, poskad dan nota berwarna-warni dari Ashraff.

"Wah, hari ni dapat surat lagi ke?" Tanya teman rapat Khadijah sambil tersengih.

"Mana kau tahu?"

"Lain macam seri muka kau tu. Boleh rasa mesti ada benda baik jadi. Apa katanya?" Sejak kebelakangan ini, sifat inkuiri Azuwa semakin menjadi-jadi. Lagi-lagi bila Khadijah menyebut tentang keputusan mereka untuk berkawan dahulu.

"Em." Khadijah baru membuka lipatan surat berwarna merah jambu itu. Dia tersengih membaca ayat-ayat sempoi lelaki ni. Kelakar je!




'Assalamualaikum Khadijah,


Lunch tadi saya makan ikan patin masak gulai tempoyak yang dimasak Aimi. Favourite saya sejak kecik. Tok Wan saya pandai masak lauk ni. Khadijah mesti pandai masak juga kan? Tapi, saya rasa saya dah ada menu terbaru. Yang ni memang sama level dengan ikan patin Tok Wan.....  ikan haruan masak kari!

Yang benar,
Muhammad Ashraff '


Itu saja tetapi mampu membuatkan hari Khadijah berbunga-bunga sakura. Dia terkejut juga apabila menerima surat kedua berwarna kuning dari Ashraff tempoh hari. Dia pelik kenapa lelaki itu bercerita sesuatu yang dilakukannya, seperti saja membuat laporan tak rasmi. Tiga hari kemudian, dia menerima surat ketiga. Kali ini dalam bentuk poskad bergambarkan Pulau Perhentian. Simple saja nota Ashraff tapi mampu membuatkan Khadijah tersenyum senang. Memang Ashraff hormat keputusan Khadijah untuk tidak menghubunginya selalu jika tiada perkara penting. Em, tapi dia tidak terfikir lelaki itu akan menghantar surat padanya. Unik!

"Wawa, jom petang ni ikut aku nak?"

"Gi mana?" soal Azuwa kembali.

"Adik Ashraff, Aimi ajak aku shopping dengan dia. Dia cakap saja la nak jumpa aku. Ni kali pertama keluar dengan dia. Segan sikit pula. Jomlah?" Tak sangka Aimi menghubunginya semalam. Suara ceria gadis itu membuatkan Khadijah tidak dapat menolak untuk menemaninya shopping. Lagi pun dia sendiri pun dah lama tidak shopping, mahu berjimat-cermat katanya! Bolehlah lepas gian sekali.

"Wah, outing bersama bakal adik ipar. Seronoknya! Kau macam diterima baik je dengan family Ashraff tu? Dorang mesti suka kau kan!" Teka Azuwa sambil tersengih.

"Eh tak tahulah aku. Sejak lunch bersama hari tu, adalah dua kali aku melawat mak Ashraff. Saja bagi puding yang aku buat. Kebetulan masa aku datang Ashraff tak de kat rumah. Lega weh! Kalau tak segan juga aku. Rasa serba salah pula kalau buat dek je dengan parents dia. Memang kitorang tak confirm lagi, tapi gaya macam  mak Ashraff dah approve habis aku. Boleh tengok betapa mesranya dia bila aku datang rumah dorang hari tu."

"Positif. Alhamdulillah. Aku nak tengok sangat kau bahagia. Naik pelamin cepat sikit!" Azuwa ketawa kecil. Syukurlah! Aku doakan semoga dia berbahagia, sungguh! Kadang-kadang, aku kesian tengok Khadijah seperti masih mengharap pada cinta pertamanya. Walaupun dia tak contact langsung, tapi aku tahu dia masih menunggu keajaiban. Entahlah. Mujurlah ada Ashraff!

Azuwa masih belum bertemu dengan Ashraff lagi. Namun, dari gaya Khadijah cerita nampak macam orang baik-baik. Bukan Khadijah nak cerita sangat, tapi dia yang beria mengorek dan memaksa Khadijah supaya berkongsi cerita. Dia tahu Khadijah kurang berminat untuk berbual hal hati dan perasaan. 

"Kenapa kau tersengih semacam tengok aku ni Cik Azuwa oi?" Tegur Khadijah apabila menyedari dirinya direnung sedemikian.

"Tak lah. Tak sangka kau dah jumpa someone yang dapat buat kau happy."

"Belum lagi la. Dah jangan kau nak berangan pula okay." Khadijah ketawa riang. Really happy!

Pada petang itu, Khadijah dan Azuwa ke rumah Aimi. Mereka berjanji untuk pergi bersama, senang pergi balik sama-sama. Tak perlu nak gerak lain-lain kereta. Lagi pun rumah tak jauh pun.

"Assalamualaikum Kak. Saya Aimi." Aimi mengambil duduk di tempat duduk belakang kereta. Ayu sungguh Aimi memakai blaus merah jambu dan berseluar jeans longgar berwarna kelabu. Tudungnya yang berwarna merah jambu muda membuatkan wajahnya tampak lebih cerah dan manis. Cantik, getus hati kecil Khadijah.

"Waalaikummussalam Aimi. Saya Azuwa. Err, panggil akak ke? He.He." balas Azuwa.

"Ya Aimi. Sila panggil cik kak kita ni, Kak Wawa cukup. Jangan nak merasa diri tu muda lagi. Kau memang pangkat kakak." Sampuk Khadijah sambil mencuit bahu Azuwa. "Jom, kita gi shopping kat One Utama. Dah lama tak ke sana."

"Terima kasih Kak Dhija teman saya! Seronok betul dapat keluar shopping sama. Saya plan nak beli cadar baru kalau ada yang cantik. Tengah sale sekarang ni." Aimi memulakan bicara. Dia memang suka membeli-belah. Kerap kali Ashraff menegurnya supaya berjimat-cermat. Tapi, kekadang susah nak control habit sendiri. Nampaknya, Ashraff masih belum tahu gadis idamannya berkongsi habit yang sama dengan adik tunggalnya.

Mujur jalan tidaklah begitu sesak walaupun hari ini hari Sabtu. Mereka sampai One Utama dalam masa setengah jam dari Subang Jaya. Khadijah dan Azuwa juga terasa riang. Dah lama juga dorang dua tak shopping. Biasanya kalau keluar pun, masing-masing lebih gemar untuk meluangkan masa di mana-mana kedai makan atau restoran untuk berbual. Tak penat kaki, duit pun selamat dalam poket.

"Jom kita makan Tutti Frutti! Saya belanja."

Gembira bukan kepalang Azuwa dan Aimi mendengar pelawaan Khadijah. Sememangnya mereka sukakan Tutti Frutti. Tapi nak makan selalu kopak la poket. Alang-alang ada orang nak belanja. Dia sangat gembira! Mereka bertiga mengambil pilihan Tutti Frutti masing-masing. Selepas membuat bayaran, masing-masing tersenyum gembira.

"Lega dapat duduk! Baru rasa lenguh kaki. Tadi tengah sakan tak rasa apa pun." Azuwa mengomel. Kemudian, dia terus menyuap sesudu yoghurt perasa Red Velvet. Nyum! Heaven!

"Tak sangka Kak Wawa yang banyak borong. Saya cuma beli kasut je. Cadar tak de yang berkenan pula. Lain pula yang beli. He.He." Aimi mencelah.

Kedua-dua gadis itu mula berceloteh sambil bertukar-tukar melihat barang-barang yang dibeli. Khadijah tersenyum sambil memerhati teman karibnya dan Aimi berbual. Dia pula langsung tidak membeli apa-apa. Tiba-tiba dirasakan semua tu tak perlu. Dia masih mempunyai banyak baju, blouse, jeans untuk dipakai. Kena mix and match dan pakai sampai worn out! Nak beli pun, tak muat almari dah. Tak pe, aku belanja dorang makan ni pun kira okay juga.

Sedang rancak berbual, seseorang menghampiri mereka sambil memberi salam. Masing-masing terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Khadijah lebih-lebih lagi. Azuwa pula kehairan kerana tidak mengenali tuan pemberi salam.

"Eh kebetulan pula nampak korang kat sini. Banyak shopping? Tak sangka pula ya." Ujar Ashraff sambil tersenyum. Matanya melirik ke arah Khadjah.

"Abang tak cakap pun nak datang One Utama?" Aimi mencelah, kehairanan. Rasanya Ashraff cakap nak lepak rumah aje hari ni.

"Oh, member abang ajak round sini. Abang pun macam tak de apa nak buat join dia. Member pergi washroom. Abang jalan sini, ternampak korang." Bersungguh-sungguh Ashraff memberi penjelasan. Mana entah member kau! Pandai buat cerita. Pada hal dia buat keputusan last minute untuk follow adiknya keluar. Dia tahu Aimi nak shopping dengan Khadijah. Tapi, dia tak tahu apa alasannya untuk join sekali. Terpaksalah dia berlakon kononnya kebetulan terserempak. Argh Ashraff! Sampai ke situ sekali kau sebab nak jumpa Khadijah!

"Keluar dengan Abang Adnan ke?" tanya Aimi lagi, musykil. I smell something fishy here....

"Oh tak. Faisal." Sorry Faisal! Member yang sorang tu tengah syok holiday dengan wife dia kat Cameron Highland. Terbatuk-batuk member kat sana karang.

"Aha, Wawa. Kenalkan Ashraff. Ashraff, Azuwa... teman karib saya." Akhirnya, Khadijah bersuara setelah sekian lama membisu. Dia tergamam sebenarnya. Tak terfikir akan berjumpa Ashraff hari ini.

"Azuwa." Azuwa tersenyum lebar. Rupa-rupanya, inilah dia jejaka bertuah itu! Dapat gak aku jumpa!

"Awak dah lama ke kat sini?" tanya Khadijah. Ashraff tersentap.

"Tak de la lama. Dalam sejam adalah juga." Hampir tergigit lidahnya, cubaan mereka-reka cerita. Walhal dia kat sini sejak adiknya sampai ke One Utama! Dia follow dengan kereta senyap-senyap. Usha dari jauh. Naik lenguh kaki dia dok ikut para gadis ini membeli-belah. Sah aku tak de kerja! Tak pernah aku buat benda macam ni. Argh. Love really gets you blind-folded. Dia rindukan Khadijah, tapi gila kalau dia mengaku terang-terang. Dia cuba juga cari peluang nak menatap wajah idaman hatinya. Dorang jumpa masa lunch dulu tu sajalah. Lepas tu langsung tiada.

"Mana kawan abang? If not, boleh kenalkan dia dengan Kak Dhija." Ujar Aimi sambil tersenyum.

"Eh! Alamak dah lupa si Faisal. Aha Aimi, abang pergi dulu ya. Khadijah, Azuwa. Saya beransur dulu. Kesian kawan tunggu lama nanti. Assalamualaikum." Ucap Ashraff dan bergegas menghilangkan diri di sebalik lautan manusia.

Hati Khadijah berdebar-debar. Uish terkejut gak aku dia muncul hari ni. Aku tak jangka langsung. Em. At least dapatlah Wawa kenal dia. Rajin juga si Ashraff berjalan-jalan. Hari tu Aimi ada cakap abang dia lebih suka terperap kat rumah kalau tak de hal penting. Not bad juga dia hari ni! Nampak smart! Khadijah tersenyum dalam hati, muka tetap cool.

Apabila dia merasakan dirinya sudah jauh dari para gadis dan Tutti Frutti itu, dia terduduk di bangku yang memang sudah tersedia untuk para pelanggan One Utama. Macam nak kejang kepala lutut! Dia tak sangka langkahnya secara bersahaja menapak ke arah Khadijah. Mungkin terlampau fokus dia memandang Khadijah, sampai tak sedar. Sedar je apabila dorang jawab salam yang diberi. Ish, kronik dah aku ni. Argh please, istighfar! Kali ni je buat kerja camni. First and last, Muhammad Ashraff! Terasa sedikit kekesalan bersarang di hatinya. Dia terasa malu dengan Yang Maha Esa di sana.

"Khadijah binti Khalid, semoga Allah pertemukan jodoh antara kita.... insya Allah." Doa Ashraff dalam hati dengan penuh pengharapan.

Baik aku balik dulu. Kang aku terus follow dorang tak pasal je jadi zina hati, zina mata dan segala-galanya pula. Aku kena keep clean dengan Khadijah. Okay Ashraff!


<bersambung>




2 comments:

  1. perhhh.....
    *Love really gets you blind-
    folded*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha only true love can. :D
      blinded dengan shades pun okay gak. hehe

      Delete