“Eh? Bukan ke semalam hari terakhir awak di sini?”
“Ada benda nak kena settle sikit. Itu yang saya datang hari ni juga. Lagi pun kerja baru mula next week,” ujar Syazana sambil tersenyum.
“Um, kenapa awak bersusah payah sangat nak buat semua ni? Bukannya dorang ambil awak kerja permanent kat sini pun. In fact, you’re a degree holder, dan saya tengok selama ni awak buat semua kerja even kerja key in database dan photostat dokumen.”
Syazana terkedu. Eh? Apa maksud mamat ni? Ni sekadar motivasi atau nak
cucuk aku?
“Maksud awak? Saya bersusah payah?”
“Suppose awak tak perlu datang hari ni. It’s not like they are paying
you extra you know. Sebelum ni saya ada suggest pada top management untuk ambil
awak assist under Puan Donna as permanent staff. Initially they agreed, tapi
tak de follow up pun afterwards. Tak de siapa pun yang nak fight untuk awak
sedangkan awak buat kerja macam-macam walaupun itu bukan kerja awak. Tengoklah your boss, Mr. Tan…. Dia pun tak
cakap apa-apa nak ambil awak under dia.” Jelas Nazri panjang lebar. Syazana
mengetap bibirnya.
“Habis tu? Kalau bukan saya yang buat kerja photostat tu siapa nak
buat? Saya seorang saja under Mr. Tan, so itu memang termasuk kerja saya juga.
Kenapa awak nak cakap saya bersusah payah? Kalau ikut hati dan perasaaan, dah
lama saya resign. Saya bukan berminat pun nak kerja kat company ni. Tapi, apa
yang saya buat hingga ke hari ni, sebab boss saya yang sebenar bukan Mr. Tan
atau sesiapa, tapi Allah. Saya buat yang terbaik, keikhlasan tu saya serahkan
pada Allah nak judge macam mana. Kalau saya lepas tangan, orang lain juga yang
susah. Saya kesian tengok Mr. Tan dah berumur kena handle company closing
semua. Salah ke apa yang saya buat ni?”
Syazana menjadi keliru dengan kata-kata Nazri. Salahkah aku
bersungguh-sungguh buat kerja aku? Absorb atau tidak ke department ni bukan
kerja top management, tapi aku percaya takdir aku bukan di sini. Rezeki aku di
tempat lain. So what’s the fuss man?!
“Betul, memang rezeki tu Allah yang tentukan. Apa yang saya nak bagi
awak faham ni, sekarang ni dorang guna awak habis-habisan. Gaji awak awak takat
tu aje, bukannya ada OT pun. Tak setimpal dengan kerja dorang bagi. Saya cuma
rasa semua ni tak patut berlaku.” Tambah Nazri.
“Well Nazri, mungkin pendapat kita tak sama. Saya percaya apa yang
saya buat ni adalah perkara betul. Saya tak nak kemudian hari menyusahkan orang
lain dan orang mengutuk saya sebab tak organize dokumen betul-betul. Saya dah
rasa kat sini selama setahun, settle pending job orang-orang sebelum ni dengan
dokumen entah kat mana tak disimpan dengan betul. So, saya tak nak jadi orang
macam tu. Saya percaya dengan rezeki yang Allah tentukan, buat apa nak takut?”
Syazana tersenyum simpul. Dia tidak ingin memanjang perbualan yang tiada makna.
Tak sangka pula Nazri macam ni. Selama ni aku respect dia sebab tengok cara dia
agak bertanggungjawab dan sejak dia offer nak bantu aku dapatkan permanent job
kat sini. Walaupun aku tak terpilih untuk menjadi staff kat sini, aku tak
kecewa pun. Beria pula si Nazri ni bercakap.
“Eh eh apa korang buat kat depan pintu ni? Syaz, ko tak yah nak layan
sangat si Nazri ni. Baik gi sambung kerja ko je.” Tiba-tiba, Dina dan Amalina
mencelah. Syazana tersengih.
“Thanks Nazri for the thoughts. Saya nak sambung kerja saya.”
Syazana termenung apabila teringatkan insiden dia dengan Nazri dua
minggu lepas. Apa motif Nazri cakap kat aku macam tu? Aku tak pernah terfikir
pun kerja aku selama ni membebankan ke apa. Er kadang-kadang tu tensen rasa nak
meletup biasalah. Hehe. Tapi, cukuplah kalau duit yang aku terima tu halal dan
berkat. Aku risau juga selama ni apa yang aku dapat tu, halal ke? Kadang-kadang
kalau aku tercuri tulang tu sebab dah penat sangat, terguna harta syarikat
tanpa sedar, risau juga.
Jari-jemarinya menekan remote control menukar TV3 ke TV Al Hijrah. Jam
menunjukkan pukul 11 lebih. Slot Muhasabah Diri oleh Ustaz Don. Dah separuh
masa dah ni. Tajuk Ikhlaskan Diri. Ah! Sesuai sangat kalau aku dengar ni, mana
tahu dapat hapuskan doubt di hati aku. At least boleh padam apa yang mamat tu
borak kat telinga aku. Kacau je.
“Amboi dik, kusyuk benar tengok Ustaz Don dia?” usik Abang Long yang
baru turun dari tingkat atas. Berkerut-kerut dah dahi Syazana aku tengok.
“Abang Long, syyy. Topik ni bagus!”
Abang Long tersengih-sengih. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah
Syazana sambil membuang pandangan ke arah Ustaz Don. Saham Ustaz Don sekarang
memang tengah naik. Dari gaya penceritaan dan ceramahnya juga sangat menarik
untuk didengar , tak kira dari budak kecik hingga orang tua. Dia menjeling ke arah
adiknya. Kusyuk.
‘Jadi tuan-tuan dan puan-puan,
saya minta sangat, tak kira dalam apa yang kita nak buat, cakap kat diri kita,
ikhlaskan hati kita kerana Allah bila kita nak buat sesuatu. Insya Allah, apa
yang kita buat semuanya berjalan dengan lancar. Pagi-pagi sebelum pergi kerja
tu, dalam kereta pegang steering, cakap kat dalam hati aku keluar ni nak cari
rezeki kerana Allah, aku nak kerja sungguh-sungguh. Baca doa al-Kursi atau tiga
Qul dan berlapang dada. Insya Allah, kita pasti berasa tenang dan gembira tak
kira apa kerja yang kita buat pun. Percayalah tuan-tuan dan puan-puan. Bukan
senang untuk menjadi ikhlas, tapi kita kena sentiasa menanam niat tu dalam hati
kita.’
Wah, amazing! Betul, walaupun bukan kerja kita tapi kalau orang dah
bagi kita untuk buat, kita kena take responsibility. Melainkan kalau betul tak
nak buat, cakaplah terang-terang. Tak perlu diam dan setuju tapi kat belakang
mengutuk bos dan tak berpuas hati semua. Selama ni betullah apa yang aku buat.
Aku masih muda, banyak lagi yang perlu aku belajar. Biarlah kena buat kerja photostat
ke, ingat nak photostat tu senang ke? Memerlukan kesabaran dan ketelitian tau.
Kalau tak reti operate mesin fotostat tu pun, tak boleh juga. Walaupun
kadang-kadang terasa macam kuli sangat, tapi bila ingat balik semua ni kerana
Allah, mesti rasa lega jiwa dan raga.
“Menarik topik Ikhlaskan Diri malam ni kan?”
“Em?” Syazana berpaling ke arah Abang Longnya.
“Manusia memang tak pernah puas. Tapi dorang tak pernah berani nak
suarakan ketidakpuasan hati tu, selalunya ramai yang lebih suka diamkan diri
dan terima tugasan yang diberi, tapi kat belakang mengomel macam-macam. Dah tak
ikhlaslah camtu. Buat penat aje kerja.” Terang Abang Long.
“Abang Long, something happen in your office?” soal Syazana sambil
memperlahankan volume televisyen.
“Manusia Syaz, biasalah. Walaupun kita bekerja di organisasi Islam
pun, orang luar mesti pandang semua pekerjanya bagus-bagus. Tapi, hati orang
lain-lain. Mula-mula Abang Long join company tu, Abang Long macam culture shock
sikit. Imej Islam tapi masing-masing mengutuk antara satu sama lain. Banyak
pekerja tak puas hati dengan boss, tapi dorang tak nak suarakan, beri pendapat
ke. Masing-masing dok buat fitnah kat belakang. Abang Long nervous juga, takut
sama-sama termakan saham kotor dorang. That’s why Abang Long suka fokus kerja
dan kurang bercakap kalau tak perlu.”
“Betul tu Abang Long. Kalau ikut logik, memang kadang-kadang workload
melebihi dari apa yang kita dibayar. Semua tempat macam tu. Kalau nak harapkan
duit besar datang terus, susahlah camtu. Buka bisnes pun ambil masa nak balik
modal juga. Syaz percaya, bila kita bersungguh-sungguh kerja dan ikhlas dari
hati, gembira dengan kerja kita, kebahagiaan tu akan datang dengan sendirikan.
Duit banyak, kalau sayang sangat duit pun, tak baik juga. Akan selalu rasa tak
cukup.”
Abang Long tersenyum merenung adiknya. Cewah, budak ni makin matang
dah aku tengok. Mana si kecil yang selalu berpaut kat lengan aku dulu? Rasanya,
kalau nak kerja mana-mana pun, if keikhlasan tu tak ada, sampai bila-bila pun
hati tak pernah puas dan tenang. Selalu merasa tak puas hati dengan orang lain
dan duit selalu rasa tak cukup. Em, menakutkan.
“Abang Long, bila kita dah mula merungut pasal kerja kita, itu tak
puas hati ini tak puas hati, automatik dah join kategori tak ikhlaslah kan?”
Soalan cepumas dari seorang adik kepada abang tersayang. Abang Long
mengerling ke arah Syazana sambil tersenyum lebar.
“Mungkin. Hanya Allah je yang tahu. Kit tak boleh nak suka hati judge.
Walaupun ada orang tu mungkin nampak bersungguh-sungguh, tapi kita tak tahu
niat dia juga. Mungkin dia nak orang puji dia, itu pun dah lari dah. Atau dia
nak boss nampak dia dan cepat-cepat promote dia naik pangkat. Hati dan niat,
sesuatu yang paling susah nak kita jaga. Tapi, bila kita dah faham konsep niat
kerana Allah, semua jadi senang. Nak tahu kita ikhlas ke tak, if orang tak
appreciate kerja kita, apa kita rasa masa tu?” Bekas yang berisi biskut
Chipsmore dicapainya. Terasa berkeroncong pula perut ini.
“Biasanya mesti kita rasa kecewa dan marah. If orang tak appreciate
kita, mesti kita secara tak sedar akan cakap apa gunanya buat kerja ni semua
kalau tak de orang hargai.” Jawab Syazana.
“Kecewa dan marah. Itu reaksi biasa dan yang dijangka oleh rata-rata
manusia. Tapi, keistimewaan orang yang niatnya ikhlas semata-mata kerana Allah
dan mahu belajar ilmu dan pengalaman baru, dia akan hadapi benda tu dengan
tenang dan macam tak de apa-apa pun. Mungkinlah ada akan terasa sedikit sedih
tapi dia akan cepat-cepat remind hatinya bahawa Allah lebih tahu apa yang dia
buat. Cukuplah kalau Allah yang acknowledge hasil kerja dia. Back to basic,
rezeki Allah yang tentukan. Boss kita tu orang perantaraan aje.” Sedikit demi
sedikit Abang Long menggigit biskut Chipsmore kegemarannya. Seronok juga sekali
sekala dapat berbual benda macam ni dengan Syazana. Sekurang-kurangnya, aku
dapat mengingatkan diri aku sendiri. Lately banyak juga tekanan kat ofis tu.
Kerja bertambah, belum siap dapat yang baru. Belum lagi nak fikir ragam orang
lain.
“Syaz akan ingat semua ni. Insya Allah Abang Long. At least, kita
sama-sama remind! Abang Long, Syaz nak tidur dulu. Esok ada training program
kat KL. Kang lambat pula nak ke rumah Puan.”
Gadis itu bingkas bangun sambil menggeliat membetulkan badannya setelah
lama duduk mengadap televisyen.
“Have a great day. Hotel Grand Season kan esok? Seronoklah dia dapat
lunch best!” usik Abang Long.
“Alhamdulillah Abang Long. Rezeki.” Syazana mengenyitkan matanya. “Assalamualaikum
Abang Long!”
“Waalaikummussalam.” Sekeping Chipsmore disumbat ke mulutnya lagi. Ai,
sedap pulak Chipsmore ni. Rindu lama tak makan!
TAMAT
10.39PM
Tuan Auz
No comments:
Post a Comment