Jom lihat!

Sunday, December 26, 2010

MyCerpen: Mencintaimu


Ebook: Mencintaimu

Kod: C003

RM15



Ringkasan Cerita:

Edora bersahabat baik dengan Farsya, Dania dan Nurul sejak sekolah. Syafiq pula setia di sisinya, mengharap kasih yang entah bila akan terbalas. Edora sekadar menganggap Syafiq sebagai seorang kawan, tidak lebih dari itu.
Suatu hari, Edora terserempak dengan Idraki ketika bersenam di pagi hari. Pertemuan itu membuahkan bibit-bibit cinta antara mereka berdua. Manakala, Syafiq masih tetap setia menanti.
Namun, Idraki pergi meninggalkan Edora disebabkan salah faham antara mereka. Apakah Edora tetap tegar menunggu cintanya kembali padanya? Mungkinkah Syafiq, pencinta setia menjadi pilihan hatinya?


***********************************************************

“Sakit siot.” Aku dapat melihat banyak darah yang mengalir dari bahagian bahuku. “Aku rasa... peluru ni...kena keluarkan...”
Syafiq menyandarkan tubuhku pada badannya. Dia mengoyakkan lengan bajunya dan terus membalut bahuku. Dia menahan bahuku dengan tangannya.
“Sakitla...” Air mataku mengalir jua. Tak tahan dengan kesakitan yang amat nyilu ini.
“Fiq, tolong pastikan Puteri ni jaga...” ujar Idraki sambil menarik gear lagi. “Aku cari klinik.”
“Ed, jangan tutup mata tau. Cakaplah pape pun.” Bisik Syafiq. Dia takut jika Edora ‘pergi’ meninggalkannya. Tak kisahlah jika dia tidak dapat memiliki Edora sekali pun, asalkan Edora berada di sisi dia sebagai kawan baik.
“Eh, aku belum tulis...wasiat lagi la..” Aku terbatuk kecil.
“Ed! Janganlah bergurau.” Syafiq memelukku.
“Betul! Kau ada ker..tas tak?” Aku tersenyum tawar.
“Puteri! Cut it out! Jangan bergurau, please!” Idraki mengeluh. Honda Civic itu masih lagi mengekori mereka. “Ah! Aku kena U turn balik ni! Fiq, pegang Puteri baik-baik.” Idraki membuat sharp U turn. Mujurlah pada ketika itu tiada kereta. Kereta yang mengekori mereka terlajak agak jauh.
“Aku tak leh tahan lagi daa!!” jeritku, tertekan. Sakitnya! Sakit! Aku mula pening. Mungkin kerana kehilangan banyak darah. “Korang...” Pandanganku kelam.
“PUTERI!!” 

**************************************************************




Hak Milik,











 

Friday, December 3, 2010

Short Cerpen: Umairahku


Setiap hari mereka berdua pasti bertembung pada waktu yang sama dan di tempat yang sama iaitu di dalam lif. Kejadian ni bermula minggu lepas, apabila gadis itu membantu menekan butang lif untuk lelaki itu. Pada ketika itu, lelaki itu sedang mengangkat dua buah kotak untuk dibawa ke ofisnya. Mereka sekadar berbalas senyuman dan ucapan terima kasih.

Dan bermula pada hari itu, mereka kerap bertembung di pagi hari. Lelaki itu tahu gadis itu bekerja di tingkat 8 manakala dia di tingkat 14. Walaupun berjumpa setiap hari, tiada satu patah kata yang keluar melainkan senyuman yang mengiringi 'perbualan' masing-masing. 

Melalui tag si gadis, lelaki itu tahu bahawa gadis itu bekerja di syarikat yang sama dengannya cuma dia tidak pernah melihat gadis itu sebelum ini. Mungkin tidak sedar atau tak amek port sekeliling. Kalau bukan kerana si gadis itu membantunya menekan butang lif pada hari itu, pasti sehingga kini dia tidak akan perasan kewujudan gadis itu.

Dari hari ke hari, bertukar senyuman dan berbalas pandangan. Kini berlanjutan sehingga sebulan. Dia makin jarang bertembung dengan si gadis itu. Mungkin si gadis datang awal atau pun terlewat tiba. Dia tidak pasti. Mungkinkah sudah bertukar tempat kerja? Oh jangan! Terbit rasa rindu di hati terhadap gadis tersebut. Dia nekad, selepas ini dia mahu menegur dan bertanyakan nama gadis itu. Dia tidak akan menyesal jika direject depan-depan. Rugi kalau tidak mencuba. Melepaskan peluang yang diidam-idamkan sebelum ini.

Dan doanya didengari Allah mungkin. Tengahari itu, lunch time, dia bernampak si gadis sedang menikmati makanan tengahari bersama rakan-rakannya. Dia terkedu. Ah! Inilah masanya. Sama ada dia nekad atau pun terlepas. Dia nervous. Dia tidak jadi keluar makan. Dia tunggu sehingga gadis itu menghabiskan makanannya. Takkan nak datang tegur masa makan? Terserdak tak pasal pula. Selesai sahaja makan, si gadis dan rakan-rakannya berlalu dari situ.

Dia segera mengejar gadis itu. Dia tidak kisah orang lain nak cakap apa. Dia hampir gila bayang rindukan gadis tersebut. Dia tahu. Gadis itu kini hampir mendapat tempat di hatinya. Cuma dia memerlukan kepastian. Kepastian yang pasti.

"Awak...awak!" Panggil lelaki itu. Dadanya berombak kencang. Gila ke aku ni? Fikirnya.

Gadis itu berpaling. Rakan-rakannya juga menghentikan langkah. Mereka kehairanan. Salah orangkah lelaki ini?

"Err...awak. Boleh saya nak cakap sekejap dengan awak?" ujar lelaki itu sambil merenung wajah si gadis dengan serius. Nervous sangat!

Si gadis itu memandang rakan-rakannya. Rakan-rakannya memberi signal "we all naik dulu k?" . Gadis itu seakan-akan tidak mahu ditinggalkan berdua dengan lelaki itu. Dia berpaling sambil mengetap bibirnya.

"Boleh saya tahu siapa nama awak?" tanya lelaki itu sambil tersenyum.

"Emm... kenapa nak tahu nama saya ye?" Pertanyaan dijawab pertanyaan. Gadis ini cuba bermain dengan selamat. Mungkin kerana tidak mengenali dirinya barangkali.

"Kita selalu bertembung dalam lif. Dan akhir-akhir ni saya jarang nampak awak. Sekarang saya dah jumpa awak, saya curious nak tau nama awak. Bolehkan?"

"Saya Umairah." jawab si gadis perlahan. 

Umairah. Nama yang cantik. Manis dan lembut didengar. Selembut raut wajahnya. Semanis tuan empunya badan. Lelaki itu tersenyum lebar. Hatinya berbunga riang. 

"Saya Yusuf." Dia tergamam seketika. Tidak tahu macam mana mahu memulakan perkenalan. Debaran di dada bagaikan menggila.

"Ye? Ada apa saya boleh bantu?" tanya Umairah tatkala melihatkan si lelaki itu terdiam lama.

"Umairah, macam ni. Minta maaf kalau saya datang secara mengejut. Sebenarnya dah lama saya perhatikan Umairah masa kita selalu jumpa kat lif tu. Saya nak berkenalan dengan Umairah..." ....saya nak jadikan Umairah teman hidup saya... Kata-kata itu mati di kerongkong sahaja. 

Umairah seakan menangkap maksud sebenar lelaki itu. Dia sekadar tersenyum simpul.

"Terima kasih. Kalau nak berkenalan sebagai kawan sahaja, saya boleh terima. Tapi, kalau lebih mintak maaf saya cakap awal-awal. Saya baru je bertunang minggu lepas." Redup pandangan mata Umairah terhadap Yusuf. 

Yusuf terkedu. Jantungnya bagai disentap kuat. Terasa harapannya musnah pada ketika itu. Bertunang minggu lepas?? Dia lambat sikit je nak tegur Umairah. Umairah dan menjadi tunangan orang? Apakah kalau dia berkenalan dengan gadis ini lebih awal, peluangnya terbuka luas? Umairah...Umairah...

"Oh ah...dah bertunang ke? Er...maaf bertanya. Dengan siapa?" Argh!! Apa soalan aku ni? Yusuf mula tidak keruan.

"Pilihan keluarga. Anak kenalan mak." jawab Umairah lembut.

"Bila majlis?" Terasa perit untuk bertanyakan soalan itu. Yusuf sebak. Dia hiba! Inikah yang dikatakan cinta pandang pertama? Boleh pakai ke simpulan bidalan ni?

"Lagi dua bulan." Umairah diam. Dia dapat membaca gelodak di jiwa hati lelaki itu. "Saya minta maaf, Yusuf."

"Eh tak pe. Bukan salah awak. Haa okaylah. Bila-bila free, kita makan sama ye? Saya kerja kat tingkat 14 je. Kita sama company. Ha Umairah, jom kita balik ofis." Yusuf mengukir senyuman hampa. Dia tidak dapat membendung perasaannya. Pasti Umairah dapat membaca isi hatinya. Ah biarlah! Bukankah aku yang sudah nekad untuk meneruskan niat aku sebentar tadi? 

Mereka berjalan beriringan ke lif yang menjadi pertemuan mereka, yang menjadi tempat perkenalan serta hati Yusuf terpaut. Mungkin ini kali terakhir mereka naik lif bersama. Mungkinkah ..... 

Yusuf kesal sedikit. Namun, dia akur dengan ketentuan Ilahi. Nyata Umairah bukan jodohnya. 

"Yusuf, saya pergi dulu..." ujar Umairah apabila lif berhenti di tingkat 8. 

Yusuf sekadar tersenyum sambil merenung wajah Umairah sehingga lif tertutup kemas. Umairah ..... hmmm, kau bukan untukku.


END


by ,
Tuan Auz



ps: Tengah berkira-kira nak menulis cerita panjang untuk MyCerpen berdasarkan Short Cerpen Umairahku pulak. =) 

MyCerpen: Lakaran Hati

Ebook: Lakaran Hati

Kod: C002

RM15



Ringkasan Cerita:

Fazualina tinggal bersama adiknya, Fazrael. Suatu hari, Fazrael terlibat dengan pinjaman wang dari ah long yang juga gangster. Pertemuan antara ketua gangster, Iskandar dan Fazualina menjadi titik hitam dalam hidup Fazualina. Dia dipaksa menjadi teman wanita lelaki itu dan sekiranya dia menolak, adiknya akan dibunuh. Bermula dari hari itu, Fazualina terpaksa mengikut segala kehendak Iskandar yang saiko itu. Namun, sekasar-kasar lelaki itu, hatinya tulus menyintai Fazualina sejak pandang pertama. Berjayakah Fazualina melepaskan diri dari Iskandar? Apakah Iskandar berjaya memiliki hati Fazualina?

************************************************************

“Kau nak balik, Fazu?”
Fazu angguk.
“Jom.” Iskandar menarik tangan Fazu. Fazu kehairanan. Aik, kalau sebelum ni punyalah susah nak suruh bawa aku balik. Hari ni dia yang offer pulak? Tak pe. Lagi senang kerja.
Setengah jam kemudian, mereka sampai di rumah Fazu. Fazu agak pelik kerana pintu rumahnya terbuka. Iskandar mengekori Fazu ke dalam.
“Fazrael!” jerit Fazu apabila terlihat adiknya terlentang di atas lantai. Badannya berlumuran darah. Fazu segera memangku adiknya. “Faz, Faz! Kenapa ni?!”
Iskandar tergamam. Seluruh rumah itu seperti tokang pecah. Keadaan Fazrael sungguh teruk. Dada Iskandar berdebar-debar. Janganlah mati, janganlah mati! Iskandar merasa pergelangan tangan Fazrael. Eh, biar betul? Dia memegang leher Fazrael. Fazu memandangnya.
“Is?” Air mata Fazu mengalir.
“Aku mintak maaf, Fazu…” Iskandar telan liur. Fazu tidak berkata apa-apa. Dia hanya memeluk adiknya dengan seerat-eratnya.
“Faz, jangan tinggalkan akak. Akak sayangkan Faz.” Fazu mencium pipi adiknya. “Faz! Kau je saudara akak! Faz!!”
Iskandar meraut wajahnya. Kenapa jadi macam ni? Argh! Patutnya aku ambik Fazrael tinggal bersama kat villa Tiger tu. Tiba-tiba, Iskandar perasan yang Fazrael menggenggam sesuatu. Rantai?
“Rantai ni macam aku pernah nampak.” Iskandar meneliti rantai yang diambil dari tangan adiknya. “Azrol…”
“Aku tak nak hidup! Tak nak!!” Fazu terus berlari ke dapur. Iskandar telan liur. Tanpa berlengah lagi, dia mengikut Fazu. Fazu kelihatan kelam kabut mencari sesuatu.
“Fazu…”
Mata Iskandar terbeliak apabila Fazu memegang sebilah pisau. Ish, Fazu ni. Dengan pantas Iskandar terus menghalang pisau itu daripada terbenam di perut Fazu. Fazu tergamam.
“Is!”

 
***************************************************************




Hak Milik,














Saturday, November 27, 2010

MyCerpen: Tirai Cinta Berlabuh



E-BOOK:  Tirai Cinta Berlabuh
Kod: C 001



 RM 10.00


Buku yang pertama dihasilkan sempena PenaPenaMenari saya  =)



*********************************************************************************
Tirai Cinta Berlabuh


HUH??

Tersentap jantungku apabila member aku memberitahu yang dia dah sampaikan sesuatu kepada pujaan hatiku itu. Siap gitau aku minat dia! AAhhh! Kejang otot perutku!

"Weh, ko biar betul ko gitau dia?" tanyaku seakan-akan tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Nadya.

"Betullah. Semalam kebetulan aku jumpa dia warung Mak Cik Edah, aku pun terus la tanya sekali. Nak gak aku tahu jawapan dia apa." balas Nadya selamba.

NOOOOOOOOOOOO! Nadya! Aku malu sungguh sekarang. Aku rasa aku tak mampu nak wujud di muka bumi ini lagi. Tak pernah seumur hidup aku ada orang lain tolong sampaikan isi hati aku. Aku pandang wajah Nadya yang tidak bersalah. Wajah penuh yakin.

"Camne aku nak bertegur sapa dengan dia ni Nad? Waaaa malu la aku weh! Aku rasa nak lenyap sekarang jugak. Uhuk!" Aku kuak rambut depanku, baru potong rambut semalam. Style baru beb. Huuiii! "Emm, apa respon dia?"

"Haa nak gak ko tahu kan apa respon dia?" Nadya ketawa kecil.

"Eh mestilah. Aku rasa cam sengal-sengal tulang rangka dada aku ni.... eh tulang rusuk cukup," Aku tersengih sendiri. Teringat wajah lelaki itu dengan senyumannya yang menawan. Pergh! Memang hampir tercabut salur arteri aku tatkala menatap senyuman beliau.

"Em...tak tahu camne aku nak gitau ko."

GULP! Lain macam je muka Nadya ni. Aku dah berdebar-debar. As I expected ke? As usual ?

"Dia cakap dia dah ada tapi dia tak nak gitau sapa. Aku tak tahu nak gitau ko camne yang ni." ujar Nadya dengan muka yang tiba-tiba serba salahnya itu.

Ah. Memang aku dah agak. Tapi kenapa dada aku masih terasa sakitnya? Aku rasa tak mampu nak sengih atau nak komen apa-apa masa tu. Aneh! Padahal aku baru je jumpa mamat tu. Semuanya kerana senyumannya yang menawan yang memang menepati pakej citarasa aku. Ahh puitis pulak dah ko.

*********************************************************************************


"Hilal, bak aku ambik gamba. Pekata ko dok atas birai jambatan tu?" Camera dah bertukar ke tangan Amir. Hilal join kitorang kat tepi jambatan tu. Dia duduk di birai jambatan. Aku nak naik juga tapi...ishh.

"Okay! Ready weh! Aku nak amek ni..." Sound Amir.

Tiba-tiba, seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 5 tahun terjatuh berdekatan dengan Hilal. Belon yang dipegang dari tangannya terlepas. Kanak-kanak itu terus menangis. Spontan Hilal cuba menggapai belon yang semakin tinggi dari tanah itu. Dan badannya terasa ringan melayang di udara.

"HILAL!!" Nadya dan Umairah menjerit. Amir terus berlari ke arah kami. Hilal terjatuh ke dalam tasik. Seraya itu orang ramai mula berkumpul di tepi jambatan.

Aku tergamam. HILAL!  Dengan spontan aku melompat dari tebing jambatan untuk menyelamatkan Hilal sambil menjerit namanya....

*********************************************************************************



Ringkasan Cerita

Saat terpandangkan senyuman Hilal, Auni akhirnya jatuh cinta pandang pertama. Cintanya yang ikhlas dan tulus kini hanya untuk lelaki itu seorang. Namun, dia sekadar bertepuk sebelah tangan. Apakah kesudahan cinta Auni Azrai dan Ahmad Hilal? Berjayakah dia menambat hati lelaki pujaannya?


Ya anda boleh dapatkan buku ini sekarang!! Mari mari !  : ) 



Hak Milik,


~Ahlan Wasahlan~


Selamat datang ke ruang PenaPenaMenari saya. 

Sejak di bangku sekolah saya sangat suka mengarang cerita berdasarkan pengalaman rakan-rakan dan angan-angan saya yang sentiasa datang tidak kira masa. Selain itu saya juga sangat suka melukis.

Kini PenaPenaMenari adalah sebagai platform untuk saya memperkenalkan karya saya dan semoga ianya dapat menghiburkan para pembaca. Ianya hobi masa lapang dan saya jadikan sebagai sumber pendapatan sampingan, sekadar untuk suka-suka. 

Sokongan dari pihak pembaca amatlah saya hargai. Silalah beri komen-komen anda pada karya saya supaya saya dapat meningkatkan lagi kualiti dan jalan cerita yang lebih menarik dari semasa ke semasa. Sekiranya ada idea yang menarik untuk dijadikan bahan cerita, boleh disumbangkan.

Terima kasih kerana membeli karya PenaPenaMenari.





Sekadar coretan,