"Uuuhuk! Huk!"
"Emo betul kau dok layan drama ni. Cerita style macam tu juga."
"Kau
tak tengok dari awal mana kau faham. Sedih! Akhirnya dapat juga dorang
bersama. Banyak sangat halangan. Aku suka watak laki ni sweet and
charming sangat!" ujar Maya sambil mengesat air matanya dengan tisu.
Dania
tersengih memandang kawannya yang begitu menghayati drama Korea ni.
Memang kaki drama Maya ni. Drama Jepun, Korea, Hindustan semua dia layan
asalkan cinta dan jiwang genre. Yang penting hero tu mesti handsome
baru dia tengok. Kadang-kadang, pening juga Dania dok tengok kawan
sorang tu berendam air mata aje. Bagi dirinya, dia kurang minat menonton
drama klise dengan cinta bersegi dan penuh halangan antara dua darjat
yang membosankan. Naik tensen pun ada. Tak leh nak relax.
"Kalau ada pakwe macam ni kan best. Handsome sangat! Cintakan kita separuh mati!" tambah Maya lagi dengan penuh perasaan.
"Amboi dia. Bukan ke kau dah ada Adam tersayang tu? Tak cukup handsome lagi ke."
"Aha,
bukanlah. Aku berangan kan best kalau dapat pakwe Korea macam ni." Maya
ketawa kecil. Mata galaknya bersinar-sinar merenung tepat ke arah
Dania. Entah apa yang difikirkannya.
"Not bad la Korean
drama sekarang. Memang tengah season sekarang. Aku prefer cerita yang
relax dan komedi, bukan jiwang karat nangis sana dan sini. Lagi pun,
certain cerita yang sampai nak melawan mak bapak sendiri sebab nak hidup
semati bersama tu, aku kurang setuju.... walaupun sekadar cerita." Maya
memberikan pendapat sambil membetulkan tempat tidurnya. Sudah pukul
11.30 malam, dia mahu tidur memandangkan esok dia mahu keluar awal sikit
ke tempat kerja.
"Ala kau ni, serius betul. Cerita jek
la. Tu saja je la nak tunjuk betapa macho hero tu nak fight untuk cinta
suci dorang." Volume drama diperlahankan apabila melihat Dania sudah
bersiap-siap untuk tidur.
"It happens in real life,
too. Ish dah la tu. Over je nangis, tak pasal esok sembab je muka ko.
Aku tidur dulu." Dania sudah memeluk teddy bear kesayangannya sambil
mengiring ke kanan. Matanya ditutup rapat.
"Dania, sebelum kau tidur aku ada satu soalan untuk kau."
"Em..." Dania menjawab malas.
"Kalau
cinta kau dihalang oleh parents, sama ada parents kau or lelaki tu apa
kau nak buat?" Tersengih-sengih Maya memandang Dania.
Dania membuka matanya. Soalan sebelum tidur?
"Ha Dania apa jawapan kau?" Gesa Maya.
"Aku
akan back off je. Dah, aku nak tidur." Matanya dipejam sambil teddy
bear dirapatkan pada wajahnya, sengaja dia malas nak melayan. Matanya
pun dah ngantuk. Arghh!
"Serious kau nak back off?
Cinta separuh mati ni aku tanya? Ish tak caya aku! Eh, boleh dia ignore
kita!" Tiba-tiba, dia teringatkan Adam. So far hubungan cinta dorang tak
ada masalah. Both family dah bagi approval. Haa, sambung tengok final
episod!
..............................
"Kenapa aku tengok kau ni berkerut je muka? Ada problem?"
Lelaki
itu merenung tajam wajah Dania. Kemudian, dia melarikan pandangannya ke
arah pelanggan-pelanggan lain yang sedang menikmati keenakan makanan di
restoran Fish Manhattan. Sepatutnya dia gembira dapat bertemu dengan
Dania hari tu, tapi panggilan yang baru diterima sebentar tadi
menyesakkan dadanya.
"Dania, aku sayang kau sangat,"
ucap Qhairyl perlahan. Pandangannya menikam anak mata Dania. Dania
tersentak. Tak keruan jadinya tiba-tiba kena sudden attack camtu.
"Ye aku tahu. Kenapa aku tengok kau macam bermasalah je hari ni? Tak happy jumpa aku?"
"Eh,
bukan! Bukan! Aku gembira sangat dapat jumpa kau. Bukan senang kita nak
jumpa sebab lately aku asyik out station je. Aku rindukan kau tau."
Qhairyl tersenyum. Dah sebulan dorang tak bertentang mata. Nak call pun
bukan boleh selalu sebab Dania ni jenis tak suka berlama-lama cakap on
phone. Qhairyl rindu sangat pada Dania. Hubungan cinta mereka sudah
berlanjutan selama setahun. Tapi, hubungan dorang tak sama seperti orang
lain. Jumpa pun sekali sekala aje.
"Dania, sebenarnya tadi aku dapat call dari mak aku."
"Apa auntie cakap?"
"I love you." Qhairyl tersenyum tawar.
Terserdak
Ice Lemon Tea kegeraman yang dihirupnya. Walaupun dorang dah setahun
bersama, tapi Dania masih nervous bila Qhairyl menyebut the
three-magic-words tu. Dadanya berdebar-debar. Dia menjeling ke arah
Qhairyl, geram.
"Qhairyl, aku nak pengsan dengar kau cakap camtu okay. Ada apa-apa ke auntie cakap?"
"Mak
aku nak jodohkan aku dengan anak kawan dia. Aku terkejut sangat. Selama
ni mak tak de cakap apa-apa dan mak seperti approve je relationship
kita berdua. Tadi, suara mak serius sangat. Malam esok mak nak kenalkan
girl tu kat aku. Aku cakap aku tak nak sebab dah ada kau, tapi mak tak
nak dengar apa-apa alasan. Aku keliru Dania. Kenapa mak tiba-tiba macam
ni?" Kusut wajah Qhairyl ketika itu. Dia betul-betul terkejut dengan
kata-kata maknya. Ini satu paksaan! Headline news hari ni, 'Seorang
lelaki berumur 28 tahun dipaksa bernikah dengan pilihan keluarga.' Ohhh
man!
Jantung Dania bagaikan dijerut kuat. Dia terkejut
juga. Selama setahun ni, ada beberapa kali dia bertemu dengan mak
Qhairyl. Datang rumah bawa buah tangan, berbual-bual saja. Pelik. Kenapa
tiba-tiba? Tapi auntie okay je layan aku, tak de pula dia benci atau
meluat ke apa. Dia tahu betapa auntie menyayangi Qhairyl, tambahan pula
Qhairyl seorang saja anak lelaki tunggal keluarga itu, dan dia mempunyai
dua orang kakak dan adik perempuan.
"Dania, jom kita
jumpa mak hari ni. Aku betul serius nak kahwin dengan kau. Aku tak nak
dah kita drag macam ni, entah apa lagi akan terjadi di masa depan.
Definitely, aku tak boleh terima orang lain selain kau."
Dania
mendiamkan diri. Dia tak tahu nak cakap apa. Dia betul-betul tak
sangka. Tiba-tiba dia teringatkan Maya, kaki drama jiwang.
"Kalau cinta kau dihalang oleh parents, sama ada parents kau or lelaki tu apa ko nak buat?"
Apa
ni? Kenapa soalan dia tepat kena dahi aku? Dan apa aku jawab masa tu?
Nak back off? Banyaklah! Aku saja jawab macam tu sebab dah malas nak
layan Maya ni. Jujurnya, aku tak boleh kehilangan Qhairyl. Hati aku
sepenuhnya untuk dia. Tapi, ini realiti. Apa perlu aku buat. Argh!
Korean drama sangatlah! Kenapa auntie tak halang cinta kami sejak awal
lagi?
"Dania, say something please?" Risau Qhairyl melihat Dania membisu sejak tadi lagi.
"Is it okay for us to meet your mother now? After hearing such news?" soal Dania.
"Mestilah!
Kita kena fight untuk cinta kita. At least, mak nampak kita serius.
Siapa tahu kalau mak ubah fikiran? Seriously Dania, janganlah kau
tinggalkan aku. Aku cintakan kau sepenuh hati aku. Kalau kena bayar
dengan nyawa pun aku sanggup..."
"Ish, apa kau merepek
ni? Kau pun tengok Korean drama banyak sangat ke? There is no such
stupid thing to sacrifice your valuable life over some unpromising
love." Damn!! Aku buat lagi! Lain aku nak cakap, lain keluar. Konon cool
habis la ni! Argh!! Betapa aku tak suka cerita Korea yang cinta tangkap
leleh. Sekali Qhairyl tersayang mengeluarkan statement yang sebijik
copy paste dari Korean drama yang Maya tengok!
"Unpromising
love? What kind of bull shit are you trying to pull out here? Aku dah
cakap aku hanya akan kahwin dengan kau sorang aje. Dania, aku tak kira.
Kita kena jumpa mak juga! Kita pergi sekarang. Aku tak de mood nak
tengok movie kejap lagi." Qhairyl segera menghabiskana minumannya dan
terus beredar ke kaunter untuk membuat bayaran.
Dania
terkedu. Apa aku nak cakap bila jumpa auntie? Nak kata betapa aku
cintakan Qhairyl dan aku sanggup menjaganya seumur hidup aku? Nak janji
aku akan membahagiakan Qhairyl? Tapi, kalau mak dia tak setuju juga kami
bercinta, apa gunanya cinta tanpa restu?
"Dania!"
.......................................
Suasana
menjadi sunyi sepi. Kedengaran bunyi deruan pancuran air terjun kolam
Puan Zarina. Menenangkan. Tetapi, hati masing-masing bergelodak dan
ketenangan itu tidak dapat untuk meredakan gelora di hati masing-masing.
Qhairyl duduk di sebelah Dania, berdepan dengan Puan Zarina. Adik
Qhairyl juga ada bersama ketika itu. Kedua-dua kakak Qhairyl
masing-masing sudah berkahwin jadi mereka tinggal bersama suami
masing-masing. Ayah Qhairyl sudah lama meninggal dunia.
"Dania,
macam mana dengan kerja? Semua okay?" tanya Puan Zarina sambil
tersenyum. Mesra seperti biasa! Tak de any suspicious aura pun?
"Ah,
em... kerja saya okay auntie. Cuma kadang-kadang tu busy sikitlah.
Weekend aje kalau nak rehat if tak de apa-apa." balas Dania.
Qhairyl
tidak senang duduk. Dia pelik tengok gelagat maknya. Macam tak de pape
je? Tadi, bukan main tegas suara mak dalam telefon. Aku bermimpi ke?
Adik Qhairyl, Qariah sekadar memerhati dan tidak berkata apa-apa.
"Mak,
sebenarnya Qhairyl nak tanya mak tentang apa yang mak beritahu Qhairyl
tadi. Tengahari tadi mak call Qhairyl, cakap nak jodohkan Qhairyl dengan
anak kawan mak." Qhairyl memulakan bicara. Topik sensitif!
Puan Zarina melirik ke arah Qhairyl. Dia tersenyum.
"Betul,
mak plan nak kahwinkan Qhairyl dengan anak kawan mak ni. Esok malam
dorang free untuk dinner bersama. Bolehlah Qhairyl berkenalan dengan
dia." Tenang saja nada suara Puan Zarina.
"Mak... mak
tahu kan Qhairyl dengan Dania dah setahun? Qhairyl serius dengan Dania,
mak. Qhairyl bercadangan nak berkahwin dengan Dania secepat mungkin."
Tangan Qhairyl ketar. Mak serius, mak tak main-main!
"Mak tahu." Puan Zarina senyum.
"Mak,
apa maksud mak? Sebelum ni mak tak de cakap apa-apa pun mak tak suka
Dania ke apa. Kenapa tiba-tiba mak buat keputusan macam ni?" ujar
Qhairyl lagi tidak puas hati.
"Auntie, saya ada buat salah apa-apa ke?" Dania mencelah. Gelodak di hatinya sudah tidak tertahan.
"Dania,
auntie tak de apa-apa masalah dengan Dania. Cuma, bila auntie jumpa
anak kawan auntie tu, auntie rasa dialah yang terbaik untuk Qhairyl.
Auntie percaya dia mampu jaga dan menyayangi Qhairyl sebaik mungkin."
Puan Zarina merenung tepat ke mata Dania. Dania menggigit bibirnya.
"Mak!
Qhairyl cintakan Dania sorang saja. Qhairyl tak nak orang lain, selain
Dania." Suara Qhairyl meninggi sedikit. Dia hampir emosi. Puan Zarina
menjeling.
"Qhairyl nak melawan mak pula?"
Qhairyl terkedu. Argh! Antara mak dan Dania, dua-dua sama penting! Mana boleh dia buat pilihan macam ni?
"Auntie,
saya pun akan jaga Qhairyl dan menyayangi Qhairyl dengan sepenuh jiwa
saya. Auntie, kami dah setahun bersama. Selama ni, saya fikir auntie dah
terima saya. Saya terkejut auntie tiba-tiba cakap nak jodohkan Qhairyl
dengan orang lain." Suara Dania perlahan. Buang jauh-jauh cool kau tu!
Benda ni once in a life time. Kau kena sacrifice air muka kau! "Saya
akan jadi yang terbaik untuk Qhairyl."
"So, Dania are
you willing to let go your career then?" soal Puan Zarina lagi. Dania
terkedu. Eh, kenapa dengan caeer aku? "Selama ni auntie tengok, Dania
macam busy sangat dengan kerja Dania. Auntie fikir lama, kalau Dania
balik lewat, siapa nak tunggu Qhairyl kat rumah, siapa nak masak untuk
Qhairyl? Auntie takut Dania tak mampu jalankan tugas sebagai isteri
dengan baik nanti."
"Auntie..." Dania tidak dapat
berkata apa-apa. Aku busy sangat ke? Aku tak perasan itu. Aku fikir
sebab aku masih belum kahwin, jadi apa salahnya aku bekerja keras?
Auntie perhatikan semua itu?
"Dania tak boleh jawabkan? Career atau Qhairyl?"
"Mak,
mana boleh mak cakap macam tu. Qhairyl pun belum terlintas nak bincang
apa-apa lagi dengan Dania tentang hal tu. Qhairyl percaya Dania yang
terbaik untuk Qhairyl."sampuk Qhairyl, tegas. Apa mak ni?
"Dania,
auntie minta maaf. Auntie sukakan Dania tapi auntie lebih memikirkan
masa depan Qhairyl. Auntie nak jodohkan Qhairyl dengan seseorang yang
betul-betul meyakinkan auntie."
"Tapi mak, kalau mak
nak Qhairyl bahagia, mak benarkanlah Qhairyl kahwin dengan Dania. Mak
buat macam ni, Qhairyl takkan kahwin dengan sesiapa pun sampai
bila-bila! Qhairyl sanggup kahwin lari dengan Dania!"
"Qhairyl!" Tegas suara Puan Zarina sambil merenung tajam ke arah Qhairyl. Qhairyl telan liur. "Qhairyl nak jadi anak derhaka?"
Dania
tunduk. Apa ni? Aku tak faham dengan auntie. Rupa-rupanya cinta aku
saja tak cukup untuk meyakinkan auntie. Aku busy? Tapi sanggupkan aku
lepaskan career idaman aku? Aku akan jadi yang terbaik, aku akan arrange
masa aku lepas kahwin dengan Qhairyl. Apa perlu ak buat. Dania menoleh
ke arah Qhairyl yang tidak senang duduk. Aku sayangkan Qhairyl. Selama
ni dia tak pernah tinggi suara pada mak kesayangannya. Takkan kerana
aku, dia nak berpaling tadah?
"Dania!" panggil Qhairyl.
Dania
tersenyum tawar. Dia memandang Puan Zarina di depannya. So, ini ke
konsep Korean drama yang Maya tergila-gilakan sangat tu, fight for the
love? Bull shit.
"Auntie. Kalau itulah apa yang auntie rasa, saya takkan bantah apa-apa."
"Dania!?"
Qhairyl terkejut mendengar kata-kata buah hatinya. Puan Zarina dan
Qariah juga sama-sama terkejut. Mereka tidak menyangka jawapan Dania
begitu.
"Dania, kau tak cintakan aku ke?" soal Qhairyl lagi. Hatinya terasa bagaikan disiat-siat.
"Auntie,
hati saya hanya untuk Qhairyl seorang saja. Tiada lelaki lain. Kalau
budak muda-muda cakap, cinta separuh mati, sanggup mati untuk cinta ni.
Em, tapi ini realiti. Saya sayangkan Qhairyl. Saya tak mahu dia jadi
anak derhaka kerana saya. Sia-sia saja hidup dia nanti. Bagi saya, cinta
yang direstui ibu bapa adalah yang terbaik untuk mendapat jaminan
kebahagiaan." jelas Dania.
Masing-masing membisu. Qhairyl menggenggam jari jemarinya. Kenapa Dania...kenapa?
"Auntie,
sepatutnya saya cakap kat auntie bila saya dah kahwin dengan Qhairyl.
Tapi, nampaknya peluang tu....em." Dania tersenyum. "Auntie, terima
kasih kerana melahirkan Qhairyl. Terima kasih kerana mendidik dan
membesarkan Qhairyl. Saya dapat jumpa cinta saya pada Qhairyl kerana
auntie dah menjaganya dengan baik."
Wajah Puan Zarina berubah. Dia tak sangka untuk mendengar kata-kata ini dari Dania. Hatinya sedikit tersentuh.
"Dania,
kita boleh pujuk mak lagi! Esok saya akan cakap dengan perempuan tu
perkara sebenar." pujuk Qhairyl lagi. Dia takut, takut kehilangan Dania
yang dicintainya. Kenapa gadis ini pasrah saja??
"Qhairyl,
jangan buat mak kau terasa hati. Tak de untung kau sakitkan hati mak
kerana aku." ucap Dania perlahan. Qhairyl mengetap bibirnya, tak tahu
nak kata apa.
"Auntie, saya rasa saya balik dulu ya.
Maafkan saya mengganggu auntie hari ini. Auntie jangan risau, saya akan
cakap elok-elok dengan Qhairyl supaya dia tak buat auntie sedih." Dania
bingkas bangun. Dia mendekati Puan Zarina dan menghulurkan tangan untuk
bersalaman. Puan Zarina menghulurkan tangan tanpa berkata apa-apa.
"Mak, saya hantar Dania balik!"
Puan Zarina dan Qariah sekadar menghantar mereka dengan pandangan.
"Mak,
mak serius ke nak jodohkan Abang dengan Kak Misya? Macam mana dengan
Kak Dania?" Qariah bersuara akhirnya. Dia juga terkejut dengan tindakan
maknya. Tapi, dia tidak berani untuk berkata apa-apa.
"Mak mahukan yang terbaik untuk Abang."
<bersambung>
No comments:
Post a Comment