Jom lihat!

Saturday, July 9, 2011

MyCerpen: Ini Cerita Kunci


Suatu petang di Blok L5, UPM....

Fuhhhh! Lega betul rasa jiwa raga ni! Segala paper untuk final exam telah kami harungi dengan jayanya. Last paper petang tadi. Agak mencabar sebab after lunch kan? Nak makan pun aku tak lalu. Makan cubit-cubit je, tak tertelan rasanya, pastu mata dok jeling notes yang sejibik cakar ayam tulisan tu. Ini last minit punya revision style.

Boleh dikatakan, paper Food Law tu paper last untuk semester ini. Blok pun lengang je beb. Dah ramai yang balik. Bebudak course kitorang je masih tegar berdiri tegak dalam blok ni. Ramai yang melepak ke The Mines dan meronggeng di mamak hari ni. Release tensen gitu. Harusla mahu karok!! Or karoke ye. Hehe. Lagu Cinta Kain Putih cam biasak!

Tapi, aku tak ke mana petang tadi. Lepas habis paper, gi makan dengan roommates dan kawan-kawan lain. Tu jek la. Banyak barang tak berkemas lagi. Nak kena transfer ke bilik stor hujung blok tu. Setiap semester, memang akan ada beberapa bilik student yang disewa dan dijadikan bilik stor untuk menyimpan barang-barang pelajar. Kesian kalau student jauh-jauh especially yang dok Sabah Sarawak. Mana mahu letak barang bah!

Aku masih relek-relek sambil berbaring atas katil sambil membaca komik yang baru dibeli petang tadi kat kedai Ali Jaya. Kulihat rumet aku yang sedang berkemas penuh berdisplin. Aku adalah separuh dah kemas. Lagi suku tu memang nak bawa balik. Malas tol sebenarnya.

"Vaah, banyak ke barang ko tinggal?" tanyaku sambil memandang sekilas kepada rumet yang setia dengan aku selama 4 semester. Haruslah dia dengan redha menerima kelebihan dan kekurangan aku esecially bab bersepahnya barang-barang aku. Buku atas meja lagak cam boleh dapat 4 flat, tapi....uhuks!

"Adalah sikit lagi. Weh cepatlah kemas. Kang kita terus hantar sekali harung ke stor tu. Mazni balik lusa. Malam ni terus la settle beb. Tuh, barang ko yang atas meja tu dari semalam aku tengok tak bergerak." balas Vaah sambil mengangkat barangnya ke luar bilik.

Aku tersengih mendengar kata-katanya. Aha, memang barang tu dok atas meja since semalam. Tak de kuasa dan upaya untuk aku mengemasnya. Memang payah kalau dapat komik ni. Hehe. Segera aku meletakkan komik di atas katil dan bergegas menyertai si Vaah untuk berkemas. Dah la tak mandi lagi since petang, sebab ingatkan nak settle kemas-kemas ni.

Habis kitorang berkemas, adalah selepas dua tiga trip mengangkat barang-barang yang berat dengan menggunakan jasa baik troli pinjaman dari seorang kawan. Sekarang last trip kitorang nak hantar barang. Rasa nak terjojol tulang lutut aku dah. Pinggang pun dah sengal-sengal alahai~ Vaah masih tough and strong, tak de hal dia. Dia kan orang Kepong, ex-KMJ , Tangkak Johor beb!

"Ada lagi ke barang-barang yang ko nak bawa?" tanya Vaah kepadaku.

"Em, dah habis dah. Lain tu aku angkut balik rumah je." Aku membetulkan susun letak barang-barang ke atas troli supaya tidak terjatuh apabila ditolak nanti."

"Haaa okeh, aku nak tutup pintu sekarang...."

"Ehhhhh!!"

PAP! Pintu ditutup rapat. Aku dan Vaah saling berpandangan.Tiada kata-kata yang mampu diucapkan pada ketika itu. Hati aku berdebar-debar. Eh!

"Ko apehal pandang aku gitu?" soal Vaah.

"Ko kunci ke?"

"Aah la wehh!" Muka Vaah dah berkerut seribu, macam ko pehal Ozzy?

"Ko bawa kunci?"tanyaku sambil memandang Vaah.

"Tak. Ko bawa kan?"

"Eh, aku tak bawa weh!" jawabku sambil tersengih-sengih. Aku tak tahu kenapa aku nak tersengih menawan kat situ!??

"Ko jangan memain Ozzy. Aku memang tak bawa ni." ujar Vaah lagi.

"Ish betol! Aku memang tak bawa. Tinggal atas meja kunci tu tadi." Senyuman aku makin melebar. Apasal entah!!

"Yang ko sengih tu apehal? Ko jangan nak berlakon." Vaah mencebik. Heeee, sebab sebelum ni aku suka bergurau terlupa bawa kunci, dan tiba-tiba aku akan cakap ada kunci!

"Ni! Tengok poket aku. Tak de apa!" Sambil aku menunjukkan poket seluarku yang kosong. Handphone pun tinggal dalam bilik. Akhirnya, Vaah percaya. Terkulat-kulat kitorang depan bilik. Tak sangka akhirnya kitorang terkunci di luar bilik! First experience! Selalu hulur simpati je kat orang lain yang terkunci. Sekarang, sapa mahu bersimpati kami ??

"Uishh. Dah la aku tak Maghrib lagi ni." kata Vaah. Aku pun mengiyakan kata-katanya. Dah la masing-masing busuk dan berpeluh. Rasanya dah berapa calit OneDrop Perfume aku letak dah tadi.

"Aduiii, aku ingat ko tak kunci tadi weh." kataku. Tapi, dalam hati terasa lucu sebenarnya.

"Sebab ko kan selalu bawak kunci bila keluar."

Aku tersengih. Memang aku tak pernah tinggal kunci. Kunci wajib dalam poket aku. Nak mandi pun harus aku bawa kunci walaupun ada Vaah di bilik. Kot kot dia dapat emergency call kena challo bette, harusla aku berdiri tegak di luar bilik sambil membawa baldi mandian tu. Tak dapat masok! Er, hari ni je aku buang tebiat tak bawa kunci.

"Camne nak panggil En. Mus ni weh? Aduiiii~" ujarku. Aku pula sekadar berseluar pendek dan bertshirt putih. Buruk benor rupa. Mak mentua langsung tak nak jeling kat aku buat menanti if dia tengok aku camni. Vaah pula cam biasa berseluar kotak-kotak hebat dia tu tapi opkoz takkan kami mahu turun ke managament office tanpa menutup aurat!??

"Jom kita ke bilik Aliaa dan Zamiy." cadang Vaah dan terus lead the way. Aku menurut perintah sambil membawa troli penuh barang-barang tu.

Selesai aje letak barang-barang dalam bilik stor, kitorang ketuk pintu bilik Aliaa dan Zamiy. Beberapa tika kemudian, pintu bilik dikuak. Syukur dorang ada!! Muka dorang terpinga-pinga melihat kitorang yang penuh syahdu dan comot. Baby, kucing peliharaan Zamiy pun ada sekali berselingkar di atas katil Zamiy.

"Kitorang terkunci! Ozzy la tak bawa kunci." Ujar Vaah sambil menunjuk ke arah aku. Eh pulak!

"Ko la tutup tak cite kat aku. Biasanya kita tak kunci pintu." jawabku.

"Yela, ko biasanya bawa kunci. Pelik ko tak bawa hari ni. Uishhh~ oh Aliaa, tumpang solat kejap." pinta Vaah pada Aliaa dan Zamiy. Aku pun join sekaki, nak kena bersolat juga, mohon dipermudahkan buka pintu bilik japgi.

Selesai bersolat dan segalanya, Vaah briefing Aliaa dan Zamiy berkenaan insiden kecil tadi. Aku sekadar menjadi tukang tokok tambah aje. Penambah rasa cerita. Sambil tersengih-sengih mengingatkan hal tadi. Dah la nak tutup sem dah. Sok mahu balik. Malam ni jadi camni lak. Aduhai. Sungguh memori bersama.

So, Vaah dan Aliaa turun bersama. Vaah pinjam tudung Aliaa. Aku dan Zamiy tunggu dalam bilik. Haruslah, takkan aku nak pinjam kain batik turun ofis pulak. Biarlah aku tunggu di sini dengan penuh harapan. Sambil Zamiy berborak dengan aku pasal kisah drama Korea dia yang di mana aku cuma dengar dan berasa gembira dengan cerita dia sahaja, sebab aku tak tahu pun hujung pangkal cerita tu. Bukan aku sempat nak tengok.

Dalam setengah jam tunggu, En. Mus pun datang untuk membantu membuka pintu bilik 402 tersebut. Fuh! Syukur Alhamdulillah! Segalanya settle dengan bantuan En. Mus, dan jasa baik Aliaa menemani Vaah ke ofis. Seusai itu, kami berterima kasih kepada En. Mus, Aliaa dan juga Zamiy. Lega gile.

"Weh lega! Aduii, aku ingat sampai esok pagi dah tak leh masuk bilik nih."

"Waaahh tu la pasal! Cuak gak aku weh. Dah la kita camni je. Tak de apa-apa. Tengik dah badan aku nih. Berpeluh gile. Aduiii penat!" ujar Vaah sambil berbaring di atas katilnya. Kipas dipasang dengan kelajuan nombor lima. Panas wei!

"Uishh, next time seriously aku nak sangkut kunci kat telinga. Takkan tinggalkan kunci dah lepas ni. Selama ni dok tengok orang je kan terkunci, last last kita lak! Baru tahu camne."

"Haha tu la. Mujur ada Aliaa ngan Zamiy. Kalo dorang dah balik, haru kot. Aku fikir nak turun jek camtu tadi." Vaah tergelak kecil. Aku tak dapat bayangkan kalau ko turun camtu tadi Vaah~ getus hati kecilku.

"Aku nak mandi. Panaslahh. Japgi nak online." Vaah bingkas bangun dan mencapai tualanya. Dia mencari pakaian baru untuk disalin dan mengambil baldi mandian.

"Vaah! Jap! Tunggu aku wehhh." Kalut jap aku nak join sekali. Tak mo aku tinggal sorang-sorang dalam bilik. Tiba-tiba, teringat cerita Wanie pasal cerita hantu dia kat sekolah asrama dulu. Terpulas pusat aku nanti!

"Haa, cepatlah weh! Tau penakut." perli Vaah sambil menunggu aku di luar bilik.

Tersengih-sengih aku mengambil tuala dan baldi lalu mengekorinya ke tandas. Pintu bilik dikunci untuk keselamatan barang-barang di bilik kitorang. Lagi pun pernah ada kes senior kehilangan laptop, dicuri! Dah la thesis penuh dalam tu. Azabbb.

Kunci?

Mestilah aku dah siap-siap simpan dalam poket!! Takkan terkunci lagi. Kunci memang kecil je, tapi betapa pentingnya kunci tu sebab kunci la tolong buka pintu bilik. If tak dapat buka, mana kitorang nak tido nanti?

Itulah kunci!




The End
12.29 AM

Aisya Auz

Cerita kenangan di akhir semester lima, sebelum praktikal. =)





Sekadar Coretan,
Tuan Auz

Monday, July 4, 2011

Emas Keenam: Anda Dengan Apa Yang Anda Miliki Lebih Bahagia daripada Jutaan Wanita Lainnya


Maka kesabaran yang baik itulah kesabaranku.
(Yusuf:18)



Cukuplah bagi anda sepotong roti yang berisi
daripada harus meminta kepada orang
yang menutup pintunya
dan yang dicap oleh banyak orang
sebagai orang yang kikir.


Pernahkah kita mengambil sedikit masa,
untuk merenung di sekeliling kita,
dan alam semesta ini.


Pernahkah terfikir, beribu-ribu manusia yang terlantar dan terbaring
di atas katil, kehilangan upaya untuk bergerak.
Bukan sekadar tidak mampu bergerak, 
mereka dilanda penyakit kronik dan susah diubati.
Ada yang kehilangan tangan, kaki dan penglihatan serta pendengaran.
Ada juga yang cacat seumur hidup dan tiada ubatnya.
Pernahkah terlintas di hati kita,
apakah khabarnya hati-hati dan perasaan,
di sebalik jeriji-jeriji besi dan terkurung serta disekat kebebasannya.
Kerinduan terhadap keluarga terpaksa ditelan atas kesilapan sendiri.
Kebahagian direntap begitu sahaja.


Pernahkah kita berpaling ke arah orang-orang yang ditimpa musibah?
Wanita yang kehilangan keluarga dan anak-anak dalam
kecelakaan sekelip mata.
Wanita yang menjadi sebatang kara, tanpa sesiapa di dunia ini 
untuk dia bergantung harap.


Pernahkah kita terfikir bahawa orang-orang kafir 
yang tinggal di pondok menderita untuk mendapatkan makanan 
walaupun secebis roti?


Pernahkah kita terfikir orang-orang yang kurang siuman,
kehilangan akal dan kewarasan,
serta tiada ingatan dan memori lagi?


Pernahkah kita renungkan perkara-perkara ini?


Sedangkan kita semua selamat dan dilindungi,
cukup segalanya, hidup penuh keselesaan dan bahagia.
Oleh kerana itu, bersyukurlah kepada Allah
atas segala nikmat-Nya kepadamu.

Jangan habiskan masa dengan menonton TV lama-lama,
mendengar muzik yang melalaikan, melihat cerita-cerita yang
mengkhayalkan, palsu dan penuh hiburan dan kemaksiatan,
yang mendatangkan penyakit hati dan kesedihan,
yang membuat jasad kita tidak melakukan pekerjaan wajib kita.


Oleh itu ambillah yang bermanfaat daripadanya seperti
ceramah dan program agama, siaran kesihatan dan berita
mengenai masyarakat dan dunia Islam, rancangan motivasi
dan yang membuka minda serta bagi peningkatan ilmu,
ambillah yang berguna sahaja.


Hindarilah hal-hal murahan yang disiarkan melaluinya,
yang menjadi kegilaan pada kemunculannya,
sesungguhnya hal tersebut bertentangan 
dengan etika, rasa malu dan norma agama.


Dunia ini diibaratkan neraca timbangan yang halus
dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Pilihan hanya dua,
antara arak yang mengkhayalkan,
atau susu yang menyihatkan.



~Bekalan~
Serahkanlah Orang Yang Zalim ke
Mahkamah Akhirat Yang Padanya Tiada Hakim,
Selain Allah Taala.



Sekadar Coretan,

Tuan Auz