Jom lihat!

Monday, September 19, 2011

Terdetik


Terdetik
Sesuatu di hati
Di ruang masa pasti berdetik

Terdetik
Bukan sekali dua
Terdetik
Beberapa kali
yang berulang-ulang

Bukan sengaja ia terdetik
Bukan dipinta untuk terdetik

Namun ia tetap mahu terdetik
Kadang-kadang kuat
Kadang-kadang perlahan

Namun ia tetap tidak pernah 
berhenti berdetik

Antara detikan untukmu
diselangi dengan detikan untukNya
Kerna ditakuti ia hanyalah detikan nafsu
Semoga Allah melindungi hati setiap waktu
Kerna yakinku tidak pernah berkurang

Walaupun ia sekadar satu detikan....




Yang Terdetik dan Tercoret~ 

Tuan Auz

Tuesday, September 13, 2011

Rezeki di mana-mana


Pada petang itu, saya memandu BimBim di area Seri Kembangan selepas membuat beberapa site visit dari UPM, UKM dan ke Bangi (rumah auntie). Berjalan sakan hari ni, tapi bertujuan. Hehe. Sampai je di Seri Kembangan, azan Asar berkumandang. Sambil mengerling ke arah jam, saya mula mencongak masa dan arah yang perlu saya tujui sekarang supaya tidak tersangkut dalam jem nanti.

Saya tawaf dua tiga shop lots untuk mencari butik atau kedai pakaian untuk muslimah. Saya ingin mempromosi koleksi tshirt company saya kepada mereka. Namun, sedikit di luar jangkaan saya tak ada pun kedai pakaian yang diharapkan. Kedai muslimah dulu, yang dekat dengan spa yang selalu saya pergi tu sudah tidak beroperasi.  Kedai Emilia yang menjahit dan menjual tudung secara borong dan retail pula hari ini tutup, cuti mungkin.

Aiii~ sambil-sambil tawaf tu, saya ternampak banner Salun Muslimah, baru dibuka rasanya. Usha dekat sikit, sebab hajat di hati memang nak turun tengok spa tu. Saya memang suka pergi spa. Dulu masa belajar di UPM, ada aje masa terluang, lagi-lagi lepas BimBim ada, harus pergi spa. Bila da kerja ni, langsung tak de can gi spa. Wat aje spa di rumah~ errr exclusive lain sikit.

Salun Muslimah? Aii, tutup pula hari ni. Saya cuba call, mana tahu ada orang kat atas walaupun dah terang lagi bersuluh grill dimangga. Tak berangkat. Saya pun terus cruise keluar dari kawasan tu dan menuju ke shop lots lain, berdekatan dengan McD Seri Kembangan.

Hanya satu kedai pakaian saja jumpa, iaitu kedai pakaian yang menerima tempahan jahitan, sambil itu dia juga ada menjual blouse dan tshirt untuk wanita. Saya masuk ke kedai kecil itu sambil membawa katalog dan membimbit beg berisi sample tshirt. Mana tahu kalau ada rezeki saya di sini. Seorang wanita bertudung kuning dan berbaju kurung warna senada, tersenyum memandang saya.

"Assalamualaikum kak." Saya menyapa sambil memperkenalkan diri saya kepadanya.

Tetapi, akak tu memberi bahasa isyarat kepada saya bahawa dia tidak boleh bercakap. Bermakna, Allah menarik salah satu nikmat daripadanya iaitu suara. Dia menunjukkan kertas dan pen kepada saya sebagai medium untuk kami berkomunikasi. Saya terkedu seketika, tetapi cepat-cepat saya mengangguk sambil tersengih pada akak tu.

Saya bertanya sekiranya dia dapat mendengar suara saya, dia menidakkannya. Jadi, saya juga perlu menulis di atas kertas itu untuk menjelaskan tujuan serta mempromosi produk saya. Dia memberitahu saya bahawa bos dia tak de sekarang, balik kampung jenguk mak dan ayah. Rupa-rupanya, akak tu staf situ.

Saya meminta padanya supaya menyampaikan katalog dan pesanan saya kepada bosnya. Sekiranya berminat bolehlah menghubungi saya bila-bila masa, kecuali kalau saya tidur lah kan.

Namanya Suraya. Kak Suraya. Rupa-rupanya Kak Suraya lah tukang jahit di kedai itu. Walaupun tiada suara, namun Allah mengurniakan jari jemarinya yang cekap menjahit supaya dia dapat mencari rezeki juga. Em, terasa sepi kedai itu tanpa sebarang suara. Cuma, kadang-kadang terdengar suara saya teruja dok usha blouse kat situ. Memang ada yang berkenan di hati, tapi wang dalam wallet tak cukup. Terpaksa letak balik shirt yang cantik itu. Tak apa, jimat duit. :D

Sebelum saya beransur pulang, saya bersalaman dengan Kak Suraya dan ketika itu saya perasan perut Kak Suraya lain macam. Kak Suraya pregnant 7 bulan, tapi nampak kecil aje perut dia. Saya cakap kat dia supaya jaga diri. Tiba-tiba, hari ni saya pandai berbahasa isyarat pula.

Sebenarnya, saya terasa sedikti kagum dan bersyukur. Entah kenapa. Melihatkan Kak Suraya yang tiada suara, namun masih mampu bekerja mencari rezeki sebagai tukang jahit, dan kini tengah menunggu kelahiran anaknya. Jauh di sudut hati, saya nak berkenalan dengan owner kedai itu. Hati saya terasa senang, mungkin kerana owner kedai itu memberi peluang kepada Kak Suraya untuk berkhidmat dan menggunakan bakatnya mencari rezeki. Bukan semua orang mahu menggajikan orang kurang upaya ya.



Alhamdulillah. Hari ni ternyata, rezeki Allah di mana-mana saja untuk semua hambaNya. Terpulang pada kita mahu mencarinya, atau mahu menjadi malas dan duduk saja. Bila saya melihat Kak Suraya, terasa seperti mendapat satu semangat untuk terus tekun, rajin dan bersungguh dalam mencari rezeki yang halal. Jadi, kita yang boleh dikatakan cukup anggota dan sifat, tak boleh bermalasan dan merungut sepanjang masa.Tidak perlu risau atau bersedih. Buat yang terbaik dengan apa yang ada, dan jangan berhenti mencari dan membina peluang untuk maju jaya.

Terima kasih kepada Allah yang menemukan Kak Suraya dengan owner kedai itu. Saya berharap owner kedai tu akan menghubungi saya tidak berapa lama nanti. Semoga Kak Suraya mendapat baby yang comel dan soleh. =)



~cerita hari ini~
Tuan Auz
12.48 AM

Sunday, September 11, 2011

Saya cinta awak


(Thanx to Wallpaper)
Warning: Only married couples can ride the bike together


Di sebuah taman di Tasik Titiwangsa, kelihatan sepasang couple sedang berbual-bual...

En. Boy: Cantiknya awak hari ni. Saya suka rambut awak camni.
Cik Girl: Awak suka? Saya baru potong semalam, gi cuba kat salun baru kat area rumah saya.
En. Boy: Tapi, sayangnya. Ramai yang melihat kecantikan awak secara percuma.
Cik Girl: Percuma pun bukan dorang boleh sentuh. Saya nak awak bangga bersama saya.
En. Boy: Em, saya tengok baju ni macam makin kecil je? Shrinking ke lepas cuci?
Cik Girl: Saya baru beli baju ni sempena nak dating dengan awak hari ni. Dah lama kita tak berjumpa kan?
En. Boy: Tapi, kenapa saya tengok macam bukan saiz awak?
Cik Girl: Kalau saya pakai baju besar, nanti orang cakap saya pregnant pula. Saya nampak gemuk, awak tak suka pula.
En. Boy: Mak awak tak marah kita jumpa macam ni?
Cik Girl: Mak cakap okay aje, sekali sekala apa salahnya. Lagi pun bukan senang awak nak cuti balik sini. 
En. Boy: Awak sayangkan saya?
Cik Girl: Mestilah sayang!
En. Boy: Awak cintakan saya?
Cik Girl: Sangat sangat cinta.
En. Boy: Saya pun sayangkan awak. Hanya awak di hati saya.
Cik Girl: (tersenyum dan tersipu)
En. Boy: Saya nak kahwin dengan awak tahun ni.
Cik Girl: Eh, kenapa tiba-tiba? Saya belum habis study lagi.
En. Boy: Sebab saya sayangkan awak, saya nak kahwin dengan awak.
Cik Girl: Tapi, mak saya takkan bagi.
En. Boy: Saya akan cakap dengan mak dan ayah awak.
Cik Girl: Nanti kalau saya sibuk study, tak sempat nak layan dan masak untuk awak.
En. Boy: Tak apa, saya akan bantu awak. 
Cik Girl: Kalau saya nak keluar dengan kawan-kawan, awak benarkan ke?
En. Boy: Selagi tidak melanggar batas sebagai isteri, saya akan benarkan.
Cik Girl: Saya tak ready lagi lah awak.
En. Boy: Bila agaknya awak ready?
Cik Girl: Emmm.... dua atau tiga tahun lagi?
En. Boy: (Diam)
Cik Girl: (Senyap)
En. Boy: (Diam)
Cik Girl: Tapi saya sungguh cintakan awak. Saya nak kahwin dengan awak, cuma bukan sekarang.
En. Boy: Saya ikhlas sayangkan awak. Kalau nak tunggu lagi dua tahun, kita kena kurangkan berhubung. Tak boleh jumpa macam ni dah. Atau mungkin contact bila awak dah ready nak kahwin.
Cik Girl: Kenapa macam ni pulak? Saya tak setuju!
En. Boy: Saya tak mahu kita berdua hanyut dalam nafsu dan cinta sebegini. 
Cik Girl: Tapi kita tak buat apa-apa pun. Tak pegang tangan.
En. Boy: Ada. Kita selalu berbual dalam phone tanpa benda yang penting. Kita selalu SMS kata-kata rindu yang mampu membuatkan hati kita khayal. Bila ada peluang, kita dating macam ni. Ini semuanya maksiat. Zina hati dan mata.
Cik Girl: (Diam)
En. Boy: Kalau kita benar-benar ikhlas, kita kena hentikan semua ini. Saya juga berharap awak dapat memakai tudung dan pakaian yang sesuai untuk menutup aurat. Saya mahu bakal isteri saya kelihatan cantik dan memenuhi tuntutan agamanya.
Cik Girl: Saya muda lagi la awak. Nanti apa kata kawan-kawan saya pula. Nak jadi ustazah pula?
En. Boy: Menutup aurat kewajipan awak. Bukan pilihan.
Cik Girl: Awak ni kenapa bagi ceramah pula? Hari ni saya nak jumpa awak sebab rindukan awak. Tapi, awak pula nak tegur saya macam ni.
En. Boy: Sebab saya mahu awak lebih menyayangi diri awak.
Cik Girl: (Mendengus bosan)
En. Boy: Apa kata awak? Saya mahu melamar awak.
Cik Girl: Bertunang dulu la.
En. Boy: Boleh. Tapi tak boleh lama-lama. Tiga bulan saja okaylah.
Cik Girl: Saya ada setahun lagi nak habis.
En. Boy: Bertunang lebih banyak dugaan dan ujian hati. 
Cik Girl: Awak ni banyak cakap camni, sebenarnya awak ada perempuan lain ke?
En. Boy: Saya hanya ada awak. Saya mahu awak jadi perempuan yang disayangi Allah. 
Cik Girl: (Diam)
En. Boy: Kalau awak bertegas nak tangguh dua tahun lagi, saya akan tunggu awak. Tapi, saya tak nak kita berhubung dalam jangka masa dua tahun ni. Saya cuma mahu kepercayaan awak kepada saya saja. Kalau ada apa-apa, awak boleh sampaikan melalui mak awak.
Cik Girl: Kenapa awak ni! Saya tak boleh hidup tanpa awak! Jangan tinggalkan saya. Saya janji akan pakai tudung, tapi janganlah terus menyepi dari saya.
En. Boy: Saya sayangkan awak, sebab tu saya buat macam ni.
Cik Girl: Sayang apa kalau awak nak tinggalkan saya!
En. Boy: Insya Allah, saya akan menunggu awak. Saya mahu awak benar-benar bersedia untuk menjadi isteri saya.
Cik Girl: Kalau setahun aje? Setahun aje lagi awak.
En. Boy: Saya tetap akan tunggu awak dalam setahun. Awak, percayalah pada saya. Percayalah pada Allah. Seandainya kita ada jodoh, insya Allah saya akan datang meminang awak. Itu pun kalau awak tak dipinang orang lain.
Cik Girl: Saya nak awak sorang saja.
En. Boy: Insya Allah. Kita jaga hak kita pada Allah. Jauhi maksiat, patuh perintahnya. Allah akan jaga hak kita nanti. Awak kena yakin dengan Allah.
Cik Girl: Awak janji?
En. Boy: Allah tak pernah mungkir janji.
Cik Girl: (Diam sambil menganggukkan kepalanya)
En. Boy: Dah hampir petang. Jom kita balik.
Cik Girl: (Sekadar menurut)
En. Boy: Awak, saya sayangkan awak. Saya akan tunggu awak.
Cik Girl: Saya pun.

.....lalu couple itu mula mengatur langkah untuk pulang. Harapan En. Boy ialah semoga perhubungan mereka dirahmati dan dilindungi Allah. Dia mahu keberkatan dalam hubungannya dengan Cik Girl. Tetapi, dia harus menjaga batas-batas pergaulan dahulu. Selagi dia tidak berbuat demikian, macam mana Allah nak beri keberkatan dalam pernikahan mereka kelak? En. Boy yakin dengan janji Allah. Insya Allah, cintanya kepada Cik Girl akan sentiasa dilindungi dari nafsu-nafsu jahat dan godaan syaitan.

Cik Girl, saya cintakan awak. 


-Tamat-



Sekadar Coretan,
Tuan Auz





Kisah Fati: Si Purdah


(thanx to Twinkle Twinkle)



Matanya menebar ke segenap ruang yang terlakar di imej retinanya. Setiap manusia yang melintas di hadapannya tidak terlepas dari pemerhatiannya. Chewing gum yang berada di dalam mulutnya dikunyah sehingga tawar rasanya, kehabisan rasa glukosa. Rasanya dia dah boleh buat traffic statistik dari segi jumlah golongan orang muda dan tua yang datang ke shopping mall ni. Kaki kanannya tidak henti-henti bergedik. Jam di tangan dikerling sekilas, dah hampir pukul 6! Selendang yang membaluti leher dan kepalanya terasa sungguh panas dan merimaskan!

Mana mangkuk ni! Dah la aku hantar SMS dan call, dia balas satu aje! 'Odw'. Macam siot! Getus hati kecil Fati. Geram betul dia kat mamat sorang tu. Kemain beria nak buat date dengan dia hari ni, last last dia yang jadi tukang tunggu. Terasa menyirap dah api kat kepalanya. Apehal aku yang kena tunggu dia pulak?? Dah tu apsal ko tak blah aje Fati?

"Fati! Fati!"

Telinganya menangkap suara garau yang memanggil namanya. Segera dia berpaling dengan wajah yang mencuka. Ditenungnya muka lelaki di hadapannya itu.

"Sorry Fati! Saya stuck in traffic jam and missed the train tadi! So sorry!" Termengah-mengah lelaki itu menuturkan kata maaf. Kepenatan lelaki itu langsung tidak mencairkan hati Fati yang sememangnya tengah panas itu. Banyaklah kau punya alasan!

"Aku ingat nak blah je. Macam siot tunggu kat sini lama-lama." Mendatar sahaja suara Fati. Tidak berkedip matanya memandang muka mamat lelah itu.

"Serious I am so sorry! Biar saya belanja awak makan, as my apology to you." 

Tanpa berkata apa-apa, Fati terus berpaling dan mengatur langkah. Panas gile tunggu kat stesen komuter Mid Valley ni! Pelik gile apsal aku tak masok aje Mid tadi. Aku sendiri pelik kenapa tunggu mangkuk ayun ni kat sini. Mamat tadi terus mengejar Fati yang membisu seribu bahasa.
"Fati, saya minta maaf. Janganlah marah lagi." ujar Fakhri sambil menarik tangan Fati. Serentak dengan itu Fati merentap tangannya dari pegangan Fakhri.

"Eh, sapa bagi kau pegang tangan aku ni?"

"Oh okay okay! My bad. Fati, saya memang tak sengaja. Betul."

"Dahlah. Kita pon dah lewat kot. Asar dulu." Nadanya mula kendur sedikit. Bukan apa, dia bosan mendengar kata-kata maaf dari Fakhri. Bosan! Ni bukan sekali dua dia lambat masa date, banyak kali dah. Aku yang jadi pak pacak...eh mak pacak!

Jam sudah menunjukkan pukul 6.50 petang. Sudah hampir waktu Maghrib. Namun, manusia masih berpusu-pusu memboloskan diri ke dalam shopping mall tersebut. Masing-masing sedang mengejar showing time untuk movie pilihan mereka, date dengan kekasih hati, gathering dengan kawan-kawan sekolah lama dan sibuk dengan pelbagai urusan yang tidak pernah habis.

Pada waktu-waktu sebegini, surau sudah tentu penuh dan padat dengan manusia yang mahu menunaikan Asar gajah, yang nak buat Asar-Maghrib two in one, dan mungkin ada yang mula chop tempat untuk menunggu waktu Maghrib berkumandang.

Fati berlegar-legar di hypermarket Jusco sementara menunggu Fakhri menunaikan Asar-Maghrib two in one. Fati cuti hari ni. Red flag. Dia membelek makanan yang tersusun cantik di rak. Tiba-tiba, kakinya terasa bagaikan dilanggar sesuatu dengan kuat. Terkejut Fati!

Budak lelaki itu jatuh terduduk dan dua kotak Coco Crunch tersadai di atas lantai. Fati segera membantu kanak-kanak itu untuk berdiri.

"Oh dear. Saya minta maaf cik. Anak saya terlanggar cik. Cik okay?" tegur satu suara dari belakangnya.

"Ermm, oh no it's okay. I'm good. Perhaps I'm the one who is blocking the way here." balas Fati. Namun, matanya bagaikan digamkan pada wajah perempuan di hadapannya. Cantik sungguh matanya! Tapi, wajahnya terselindung di sebalik purdah berwarna hitam yang dipakainya.

"Umar, kan ibu dah cakap jalan tu elok-elok? Kan dah berlanggar dengan kakak ni bila Umar berlari? Apa yang Umar patut buat?" Wanita berpurdah itu menegur anaknya.

"Kakak, saya minta maaf sebab langgar kakak. Maafkan saya kakak." ucap kanak-kanak itu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Fati. Fati bagaikan dipukau sebentar.

"Terima kasih kerana membantu Umar bangun." ucap wanita berpurdah itu lagi.

"Tak de apa-apa. Er...akak dari mana ni?" tanya Fati. Dia bagaikan tertarik untuk mengenali wanita itu dengan lebih dekat. Entah kenapa.

"Bangsar. Hari ni ada trading exhibition kat atas area food court tu kan. Itu yang akak dan suami datang. Ni tunggu nak Maghrib dulu, baru balik." balas wanita itu mesra.

"Nama saya Fati. Akak?" 

"Umainah. Simplenya nama Fati?" Wanita berpurdah itu tersenyum. Fati nampak senyuman di mata wanita itu. Ikhlas dan tulus.

"Er...nama saya Fatimah az-Zahra. Tapi panggil Fati je."

"Subhanallah. Cantiknya nama Fatimah. Kenapa panggil Fati saja? Kan lebih cantik kalau panggil Fatimah?" tambah Umainah sambil tersenyum. Fati tersengih-sengih, tak tahu nak balas apa. "Oh, minta maaf ya Fatimah. Akak pergi dulu, suami akak mesti dah habis bayar. Ni pun nak cari Coco Crunch untuk Umar. Insya Allah, kita akan bertemu lagi." Mereka berdua bersalaman. Umainah merenung Fati seketika.

"Kenapa kak? Ada apa-apa kat muka saya ke?" 

"Fatimah ni cantik orangnya. Akak percaya, Fatimah akan kelihatan lebih cantik dan sopan dengan memakai pakaian yang lebih longgar dan labuh. Fatimah budak baik. Akak doakan Fatimah dilindungi Allah dan dijauhi dari segala kemungkaran." ucap Umainah perlahan dan berhati-hati agar tidak menyakitkan hati gadis itu. 

Fati terkedu. Itulah kali pertama ada orang memberi nasihat kepada dirinya. Dia berasa sedikit segan, memandangkan pakaian tidaklah begitu shariah compliance, jeans boot cut dan kemeja three quarter sleeves tetapi senteng tidak menutupi pinggul. Selendangnya juga dililit kemain dan bergaya tetapi tidak menutupi aurat yang sepatutnya. Dalam diam, dia berasa senang hati dengan teguran ikhlas itu.

"Kak, first time ada orang cakap kat saya macam ni. Saya rasa cam....terharu sangat. Terima kasih kak doakan saya." Hatinya benar-benar tersentuh. Umainah tersenyum. Selepas mengucapkan salam, mereka berpisah di situ juga.

Fatimah az-Zahra.

Betapa cantiknya nama yang diberikan oleh ibunya. Tetapi, dia kurang menyukainya. Masa sekolah dulu, namanya selalu diejek oleh kawan-kawan. Katanya dialah serikandi Islam, tapi serikandi celup sebab tak pakai tudung pun. Namanya tak sesuai dengan dirinya. Mak tersalah pilih nama dan macam-macam lagilah kritikan yang diterima. Dia bosan! Dia tak suka nama tu. 

Namun, hari ini dia seperti tersedar. Kata-kata Umainah tulus begitu menusuk kalbunya. Dia memandang sekelilingnya, manusia yang sedang sibuk membeli-belah ration di hypermarket Jusco. Pelbagai fesyen dan gaya boleh dilihat. Namun, hanya berapa kerat je yang memakai pakaian menutup aurat. Lain? Semua nak follow ikon! Tak mahu ketinggalan fesyen terkini. 

Beep! Beep!

-Fati, awak katne? I dah siap solat ~Fakhri

-Tunggu depan stall sweet potato ~Fati

Fati segera menemui Fakhri. Dia melihat Fakhri sedang membeli sweet potato. Sweet potato makanan kegemaran Fati. Memang kalau dorang datang Mid Valley, Fakhri mesti beli sweet potato untuknya. Fakhri cakap, dia suka tengok Fati makan sweet potato, nampak sedap. Meraban aje mamat ni.

"Eh, Fati gi mana? Ni saya belikan sweet potato untuk Fati." kata Fakhri sambil menghulurkan paper bag berisi dua sweet potato.

Fati sekadar merenung paper bag tanpa mengambilnya dari lelaki itu. 

"Jom, kita ke sana. Tak sesak dengan orang." ujar Fati dan terus melangkah pergi ke ruang yang lebih lapang.

"Ada apa Fati? Nah, ambiklah sweet potato ni." 

Fati memandang wajah Fakhri. Mamat ni memang ikhlas 'berkawan' dengan dia. Fakhri memang serius kat dia. Dia tahu tu. Dia juga sama. Cuma ada sikit perangai Fakhri yang kekadang mencabar kesabaran Fati. Contohnya, sikap dia yang tidak menepati waktu! Tahap kronik gaban! Lambat-lambat Fati menyambut paper bag berisi sweet potato itu. Bibirnya diketap lama.

"Fakhri, aku nak balik dulu. Aku tak jadi nak tengok movie ni. Minta maaf. Nanti aku bayar balik tiket kat ko." 

"Aik? Kenapa tiba-tiba je ni Fati? Kalau pasal Fati marah saya sebab saya lambat. Saya mintak maaf! Janganlah camni Fati. Saya betul tak sengaja." pujuk Fakhri. Tersentap jantung dia kejap mendengar kata-kata buah hati tersayang itu. Tiba-tiba aje! Tak pernah dia buat perangai nak balik separuh jalan?

"Bukan. Pasal tu aku dah cool dah. Aku tak marah ko. Aku tahu memang perangai ko camtu. Tapi, ko kenalah ubah juga. Untuk kebaikan ko sendir. Pasal aku nak balik rumah ni tak de kena-mengena dengan ko pun." jelas Fati. Dia tak nak Fakhri salah faham pula. Tak pasal mamat tu rasa bersalah seumur hidup karang.

"Tapi kenapa?" soal Fakhri lagi. Dia masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Fati. Lagi 10 minit movie tu nak start. Si Fati ni tak mau pulak dah.

Fati sekadar memandang wajah runsing Fakhri. Kepalanya ligat menyusun kata-kata yang sesuai. Orang semakin ramai memenuhi ruang lapang itu. Dia semakin rimas. 

"Aku minta maaf Fakhri. Tolong beri aku masa. Aku perlu bersendirian buat sementara ni. Aku nak muhasabah diri aku balik. Fakhri, aku balik dulu." Fati berpaling untuk menapak pergi tanpa melihat perubahan di wajah Fakhri. 

"Fati! Fati! Please Fati!" 

"Fakhri, kita berdua ada urusan yang lebih penting. Iaitu tanggungjawab kita sebagai seorang Islam. Kita kena reflect balik apa yang kita dah buat selama ni. Betul atau salah? Fakhri, insya Allah. Aku percaya kalau kita ada jodoh, kita akan jumpa lagi."

Kata-kata yang terbit dari bibir Fati bagaikan satu hukuman mandatori kepada Fakhri. Dia faham sangat maksud tersirat Fati. Ini bermakna Fati mahu memutuskan hubungan mereka berdua! Dia faham apa yang Fati cuba sampaikan. Tetapi, nafsunya menidakkan segalanya.

"Tapi janganlah drastik macam ni Fati. Saya sayangkan Fati." pujuk Fakhri lagi.

"Masa tidak menunggu kita untuk berubah, Fakhri. Ianya tanggungjawab kita, dan bukannya suatu pilihan." ujar Fati sambil tersenyum. 

Fakhri terkedu sambil merenung ke arah Fati. Tiada kata-kata yang mampu diucapkan. Hatinya menangis. Tetapi, dia kenal Fati. Gadis itu memang tetap pendirian. Apa yang disebut, tak payah nak hujah panjang lagi. Fakhri terasa nak meraung kat situ juga.

"Assalamualaikum." Fati terus melangkah pergi meninggalkan Fakhri. Hatinya nekad. Dia berterima kasih kepada Umainah, wanita berpurdah hitam itu. Terima kasih kak. Terima kasih ya Allah, kerana memberi aku kesedaran dari terus hanyut dengan kelalaian cinta dan dunia.




-Tamat-



Sekadar Coretan,
Tuan Auz