Jom lihat!

Friday, June 22, 2012

Cinta...Again (7)

Kini, sudah sebulan mereka berkawan. Walaupun bukan selalu mereka berhubung antara satu sama lain, namun Ashraff seakan-akan mempunyai kebiasaan baru. Ashraff rajin menulis surat dan nota pendek untuk dihantar ke rumah Khadijah. Kadang-kadang, isi surat itu pendek saja dan bukanlah sesuatu yang penting tetapi Ashraff sekadar ingin Khadijah menyedari kehadirannya. Macam-macam warna surat tersebut, ada warna biru, warna pink, putih dan warna oren muda. Tidak satu pun dibalas oleh Khadijah. Cuma sekali-sekala Khadijah memberi mesej pendek mengatakan dia sudah membaca surat tersebut. Nampaknya, Khadijah juga sudah menyediakan satu kotak cantik untuk menyimpan surat-surat, poskad dan nota berwarna-warni dari Ashraff.

"Wah, hari ni dapat surat lagi ke?" Tanya teman rapat Khadijah sambil tersengih.

"Mana kau tahu?"

"Lain macam seri muka kau tu. Boleh rasa mesti ada benda baik jadi. Apa katanya?" Sejak kebelakangan ini, sifat inkuiri Azuwa semakin menjadi-jadi. Lagi-lagi bila Khadijah menyebut tentang keputusan mereka untuk berkawan dahulu.

"Em." Khadijah baru membuka lipatan surat berwarna merah jambu itu. Dia tersengih membaca ayat-ayat sempoi lelaki ni. Kelakar je!




'Assalamualaikum Khadijah,


Lunch tadi saya makan ikan patin masak gulai tempoyak yang dimasak Aimi. Favourite saya sejak kecik. Tok Wan saya pandai masak lauk ni. Khadijah mesti pandai masak juga kan? Tapi, saya rasa saya dah ada menu terbaru. Yang ni memang sama level dengan ikan patin Tok Wan.....  ikan haruan masak kari!

Yang benar,
Muhammad Ashraff '


Itu saja tetapi mampu membuatkan hari Khadijah berbunga-bunga sakura. Dia terkejut juga apabila menerima surat kedua berwarna kuning dari Ashraff tempoh hari. Dia pelik kenapa lelaki itu bercerita sesuatu yang dilakukannya, seperti saja membuat laporan tak rasmi. Tiga hari kemudian, dia menerima surat ketiga. Kali ini dalam bentuk poskad bergambarkan Pulau Perhentian. Simple saja nota Ashraff tapi mampu membuatkan Khadijah tersenyum senang. Memang Ashraff hormat keputusan Khadijah untuk tidak menghubunginya selalu jika tiada perkara penting. Em, tapi dia tidak terfikir lelaki itu akan menghantar surat padanya. Unik!

"Wawa, jom petang ni ikut aku nak?"

"Gi mana?" soal Azuwa kembali.

"Adik Ashraff, Aimi ajak aku shopping dengan dia. Dia cakap saja la nak jumpa aku. Ni kali pertama keluar dengan dia. Segan sikit pula. Jomlah?" Tak sangka Aimi menghubunginya semalam. Suara ceria gadis itu membuatkan Khadijah tidak dapat menolak untuk menemaninya shopping. Lagi pun dia sendiri pun dah lama tidak shopping, mahu berjimat-cermat katanya! Bolehlah lepas gian sekali.

"Wah, outing bersama bakal adik ipar. Seronoknya! Kau macam diterima baik je dengan family Ashraff tu? Dorang mesti suka kau kan!" Teka Azuwa sambil tersengih.

"Eh tak tahulah aku. Sejak lunch bersama hari tu, adalah dua kali aku melawat mak Ashraff. Saja bagi puding yang aku buat. Kebetulan masa aku datang Ashraff tak de kat rumah. Lega weh! Kalau tak segan juga aku. Rasa serba salah pula kalau buat dek je dengan parents dia. Memang kitorang tak confirm lagi, tapi gaya macam  mak Ashraff dah approve habis aku. Boleh tengok betapa mesranya dia bila aku datang rumah dorang hari tu."

"Positif. Alhamdulillah. Aku nak tengok sangat kau bahagia. Naik pelamin cepat sikit!" Azuwa ketawa kecil. Syukurlah! Aku doakan semoga dia berbahagia, sungguh! Kadang-kadang, aku kesian tengok Khadijah seperti masih mengharap pada cinta pertamanya. Walaupun dia tak contact langsung, tapi aku tahu dia masih menunggu keajaiban. Entahlah. Mujurlah ada Ashraff!

Azuwa masih belum bertemu dengan Ashraff lagi. Namun, dari gaya Khadijah cerita nampak macam orang baik-baik. Bukan Khadijah nak cerita sangat, tapi dia yang beria mengorek dan memaksa Khadijah supaya berkongsi cerita. Dia tahu Khadijah kurang berminat untuk berbual hal hati dan perasaan. 

"Kenapa kau tersengih semacam tengok aku ni Cik Azuwa oi?" Tegur Khadijah apabila menyedari dirinya direnung sedemikian.

"Tak lah. Tak sangka kau dah jumpa someone yang dapat buat kau happy."

"Belum lagi la. Dah jangan kau nak berangan pula okay." Khadijah ketawa riang. Really happy!

Pada petang itu, Khadijah dan Azuwa ke rumah Aimi. Mereka berjanji untuk pergi bersama, senang pergi balik sama-sama. Tak perlu nak gerak lain-lain kereta. Lagi pun rumah tak jauh pun.

"Assalamualaikum Kak. Saya Aimi." Aimi mengambil duduk di tempat duduk belakang kereta. Ayu sungguh Aimi memakai blaus merah jambu dan berseluar jeans longgar berwarna kelabu. Tudungnya yang berwarna merah jambu muda membuatkan wajahnya tampak lebih cerah dan manis. Cantik, getus hati kecil Khadijah.

"Waalaikummussalam Aimi. Saya Azuwa. Err, panggil akak ke? He.He." balas Azuwa.

"Ya Aimi. Sila panggil cik kak kita ni, Kak Wawa cukup. Jangan nak merasa diri tu muda lagi. Kau memang pangkat kakak." Sampuk Khadijah sambil mencuit bahu Azuwa. "Jom, kita gi shopping kat One Utama. Dah lama tak ke sana."

"Terima kasih Kak Dhija teman saya! Seronok betul dapat keluar shopping sama. Saya plan nak beli cadar baru kalau ada yang cantik. Tengah sale sekarang ni." Aimi memulakan bicara. Dia memang suka membeli-belah. Kerap kali Ashraff menegurnya supaya berjimat-cermat. Tapi, kekadang susah nak control habit sendiri. Nampaknya, Ashraff masih belum tahu gadis idamannya berkongsi habit yang sama dengan adik tunggalnya.

Mujur jalan tidaklah begitu sesak walaupun hari ini hari Sabtu. Mereka sampai One Utama dalam masa setengah jam dari Subang Jaya. Khadijah dan Azuwa juga terasa riang. Dah lama juga dorang dua tak shopping. Biasanya kalau keluar pun, masing-masing lebih gemar untuk meluangkan masa di mana-mana kedai makan atau restoran untuk berbual. Tak penat kaki, duit pun selamat dalam poket.

"Jom kita makan Tutti Frutti! Saya belanja."

Gembira bukan kepalang Azuwa dan Aimi mendengar pelawaan Khadijah. Sememangnya mereka sukakan Tutti Frutti. Tapi nak makan selalu kopak la poket. Alang-alang ada orang nak belanja. Dia sangat gembira! Mereka bertiga mengambil pilihan Tutti Frutti masing-masing. Selepas membuat bayaran, masing-masing tersenyum gembira.

"Lega dapat duduk! Baru rasa lenguh kaki. Tadi tengah sakan tak rasa apa pun." Azuwa mengomel. Kemudian, dia terus menyuap sesudu yoghurt perasa Red Velvet. Nyum! Heaven!

"Tak sangka Kak Wawa yang banyak borong. Saya cuma beli kasut je. Cadar tak de yang berkenan pula. Lain pula yang beli. He.He." Aimi mencelah.

Kedua-dua gadis itu mula berceloteh sambil bertukar-tukar melihat barang-barang yang dibeli. Khadijah tersenyum sambil memerhati teman karibnya dan Aimi berbual. Dia pula langsung tidak membeli apa-apa. Tiba-tiba dirasakan semua tu tak perlu. Dia masih mempunyai banyak baju, blouse, jeans untuk dipakai. Kena mix and match dan pakai sampai worn out! Nak beli pun, tak muat almari dah. Tak pe, aku belanja dorang makan ni pun kira okay juga.

Sedang rancak berbual, seseorang menghampiri mereka sambil memberi salam. Masing-masing terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Khadijah lebih-lebih lagi. Azuwa pula kehairan kerana tidak mengenali tuan pemberi salam.

"Eh kebetulan pula nampak korang kat sini. Banyak shopping? Tak sangka pula ya." Ujar Ashraff sambil tersenyum. Matanya melirik ke arah Khadjah.

"Abang tak cakap pun nak datang One Utama?" Aimi mencelah, kehairanan. Rasanya Ashraff cakap nak lepak rumah aje hari ni.

"Oh, member abang ajak round sini. Abang pun macam tak de apa nak buat join dia. Member pergi washroom. Abang jalan sini, ternampak korang." Bersungguh-sungguh Ashraff memberi penjelasan. Mana entah member kau! Pandai buat cerita. Pada hal dia buat keputusan last minute untuk follow adiknya keluar. Dia tahu Aimi nak shopping dengan Khadijah. Tapi, dia tak tahu apa alasannya untuk join sekali. Terpaksalah dia berlakon kononnya kebetulan terserempak. Argh Ashraff! Sampai ke situ sekali kau sebab nak jumpa Khadijah!

"Keluar dengan Abang Adnan ke?" tanya Aimi lagi, musykil. I smell something fishy here....

"Oh tak. Faisal." Sorry Faisal! Member yang sorang tu tengah syok holiday dengan wife dia kat Cameron Highland. Terbatuk-batuk member kat sana karang.

"Aha, Wawa. Kenalkan Ashraff. Ashraff, Azuwa... teman karib saya." Akhirnya, Khadijah bersuara setelah sekian lama membisu. Dia tergamam sebenarnya. Tak terfikir akan berjumpa Ashraff hari ini.

"Azuwa." Azuwa tersenyum lebar. Rupa-rupanya, inilah dia jejaka bertuah itu! Dapat gak aku jumpa!

"Awak dah lama ke kat sini?" tanya Khadijah. Ashraff tersentap.

"Tak de la lama. Dalam sejam adalah juga." Hampir tergigit lidahnya, cubaan mereka-reka cerita. Walhal dia kat sini sejak adiknya sampai ke One Utama! Dia follow dengan kereta senyap-senyap. Usha dari jauh. Naik lenguh kaki dia dok ikut para gadis ini membeli-belah. Sah aku tak de kerja! Tak pernah aku buat benda macam ni. Argh. Love really gets you blind-folded. Dia rindukan Khadijah, tapi gila kalau dia mengaku terang-terang. Dia cuba juga cari peluang nak menatap wajah idaman hatinya. Dorang jumpa masa lunch dulu tu sajalah. Lepas tu langsung tiada.

"Mana kawan abang? If not, boleh kenalkan dia dengan Kak Dhija." Ujar Aimi sambil tersenyum.

"Eh! Alamak dah lupa si Faisal. Aha Aimi, abang pergi dulu ya. Khadijah, Azuwa. Saya beransur dulu. Kesian kawan tunggu lama nanti. Assalamualaikum." Ucap Ashraff dan bergegas menghilangkan diri di sebalik lautan manusia.

Hati Khadijah berdebar-debar. Uish terkejut gak aku dia muncul hari ni. Aku tak jangka langsung. Em. At least dapatlah Wawa kenal dia. Rajin juga si Ashraff berjalan-jalan. Hari tu Aimi ada cakap abang dia lebih suka terperap kat rumah kalau tak de hal penting. Not bad juga dia hari ni! Nampak smart! Khadijah tersenyum dalam hati, muka tetap cool.

Apabila dia merasakan dirinya sudah jauh dari para gadis dan Tutti Frutti itu, dia terduduk di bangku yang memang sudah tersedia untuk para pelanggan One Utama. Macam nak kejang kepala lutut! Dia tak sangka langkahnya secara bersahaja menapak ke arah Khadijah. Mungkin terlampau fokus dia memandang Khadijah, sampai tak sedar. Sedar je apabila dorang jawab salam yang diberi. Ish, kronik dah aku ni. Argh please, istighfar! Kali ni je buat kerja camni. First and last, Muhammad Ashraff! Terasa sedikit kekesalan bersarang di hatinya. Dia terasa malu dengan Yang Maha Esa di sana.

"Khadijah binti Khalid, semoga Allah pertemukan jodoh antara kita.... insya Allah." Doa Ashraff dalam hati dengan penuh pengharapan.

Baik aku balik dulu. Kang aku terus follow dorang tak pasal je jadi zina hati, zina mata dan segala-galanya pula. Aku kena keep clean dengan Khadijah. Okay Ashraff!


<bersambung>




Thursday, June 21, 2012

Separuh Mati Untukmu (1)


"Uuuhuk! Huk!"
"Emo betul kau dok layan drama ni. Cerita style macam tu juga."
"Kau tak tengok dari awal mana kau faham. Sedih! Akhirnya dapat juga dorang bersama. Banyak sangat halangan. Aku suka watak laki ni sweet and charming sangat!" ujar Maya sambil mengesat air matanya dengan tisu.

Dania tersengih memandang kawannya yang begitu menghayati drama Korea ni. Memang kaki drama Maya ni. Drama Jepun, Korea, Hindustan semua dia layan asalkan cinta dan jiwang genre. Yang penting hero tu mesti handsome baru dia tengok. Kadang-kadang, pening juga Dania dok tengok kawan sorang tu berendam air mata aje. Bagi dirinya, dia kurang minat menonton drama klise dengan cinta bersegi dan penuh halangan antara dua darjat yang membosankan. Naik tensen pun ada. Tak leh nak relax.

"Kalau ada pakwe macam ni kan best. Handsome sangat! Cintakan kita separuh mati!" tambah Maya lagi dengan penuh perasaan.

"Amboi dia. Bukan ke kau dah ada Adam tersayang tu? Tak cukup handsome lagi ke."

"Aha, bukanlah. Aku berangan kan best kalau dapat pakwe Korea macam ni." Maya ketawa kecil. Mata galaknya bersinar-sinar merenung tepat ke arah Dania. Entah apa yang difikirkannya.

"Not bad la Korean drama sekarang. Memang tengah season sekarang. Aku prefer cerita yang relax dan komedi, bukan jiwang karat nangis sana dan sini. Lagi pun, certain cerita yang sampai nak melawan mak bapak sendiri sebab nak hidup semati bersama tu, aku kurang setuju.... walaupun sekadar cerita." Maya memberikan pendapat sambil membetulkan tempat tidurnya. Sudah pukul 11.30 malam, dia mahu tidur memandangkan esok dia mahu keluar awal sikit ke tempat kerja.

"Ala kau ni, serius betul. Cerita jek la. Tu saja je la nak tunjuk betapa macho hero tu nak fight untuk cinta suci dorang." Volume drama diperlahankan apabila melihat Dania sudah bersiap-siap untuk tidur.

"It happens in real life, too. Ish dah la tu. Over je nangis, tak pasal esok sembab je muka ko. Aku tidur dulu." Dania sudah memeluk teddy bear kesayangannya sambil mengiring ke kanan. Matanya ditutup rapat.

"Dania, sebelum kau tidur aku ada satu soalan untuk kau."

"Em..." Dania menjawab malas.

"Kalau cinta kau dihalang oleh parents, sama ada parents kau or lelaki tu apa kau nak buat?" Tersengih-sengih Maya memandang Dania.

Dania membuka matanya. Soalan sebelum tidur?

"Ha Dania apa jawapan kau?" Gesa Maya.

"Aku akan back off je. Dah, aku nak tidur." Matanya dipejam sambil teddy bear dirapatkan pada wajahnya, sengaja dia malas nak melayan. Matanya pun dah ngantuk. Arghh!

"Serious kau nak back off? Cinta separuh mati ni aku tanya? Ish tak caya aku! Eh, boleh dia ignore kita!" Tiba-tiba, dia teringatkan Adam. So far hubungan cinta dorang tak ada masalah. Both family dah bagi approval. Haa, sambung tengok final episod!



..............................



"Kenapa aku tengok kau ni berkerut je muka? Ada problem?"

Lelaki itu merenung tajam wajah Dania. Kemudian, dia melarikan pandangannya ke arah pelanggan-pelanggan lain yang sedang menikmati keenakan makanan di restoran Fish Manhattan. Sepatutnya dia gembira dapat bertemu dengan Dania hari tu, tapi panggilan yang baru diterima sebentar tadi menyesakkan dadanya.

"Dania, aku sayang kau sangat," ucap Qhairyl perlahan. Pandangannya menikam anak mata Dania. Dania tersentak. Tak keruan jadinya tiba-tiba kena sudden attack camtu.

"Ye aku tahu. Kenapa aku tengok kau macam bermasalah je hari ni? Tak happy jumpa aku?"

"Eh, bukan! Bukan! Aku gembira sangat dapat jumpa kau. Bukan senang kita nak jumpa sebab lately aku asyik out station je. Aku rindukan kau tau." Qhairyl tersenyum. Dah sebulan dorang tak bertentang mata. Nak call pun bukan boleh selalu sebab Dania ni jenis tak suka berlama-lama cakap on phone. Qhairyl rindu sangat pada Dania. Hubungan cinta mereka sudah berlanjutan selama setahun. Tapi, hubungan dorang tak sama seperti orang lain. Jumpa pun sekali sekala aje.

"Dania, sebenarnya tadi aku dapat call dari mak aku."

"Apa auntie cakap?"

"I love you." Qhairyl tersenyum tawar.

Terserdak Ice Lemon Tea kegeraman yang dihirupnya. Walaupun dorang dah setahun bersama, tapi Dania masih nervous bila Qhairyl menyebut the three-magic-words tu. Dadanya berdebar-debar. Dia menjeling ke arah Qhairyl, geram.

"Qhairyl, aku nak pengsan dengar kau cakap camtu okay. Ada apa-apa ke auntie cakap?"

"Mak aku nak jodohkan aku dengan anak kawan dia. Aku terkejut sangat. Selama ni mak tak de cakap apa-apa dan mak seperti approve je relationship kita berdua. Tadi, suara mak serius sangat. Malam esok mak nak kenalkan girl tu kat aku. Aku cakap aku tak nak sebab dah ada kau, tapi mak tak nak dengar apa-apa alasan. Aku keliru Dania. Kenapa mak tiba-tiba macam ni?" Kusut wajah Qhairyl ketika itu. Dia betul-betul terkejut dengan kata-kata maknya. Ini satu paksaan! Headline news hari ni, 'Seorang lelaki berumur 28 tahun dipaksa bernikah dengan pilihan keluarga.' Ohhh man!

Jantung Dania bagaikan dijerut kuat. Dia terkejut juga. Selama setahun ni, ada beberapa kali dia bertemu dengan mak Qhairyl. Datang rumah bawa buah tangan, berbual-bual saja. Pelik. Kenapa tiba-tiba? Tapi auntie okay je layan aku, tak de pula dia benci atau meluat ke apa. Dia tahu betapa auntie menyayangi Qhairyl, tambahan pula Qhairyl seorang saja anak lelaki tunggal keluarga itu, dan dia mempunyai dua orang kakak dan adik perempuan.

"Dania, jom kita jumpa mak hari ni. Aku betul serius nak kahwin dengan kau. Aku tak nak dah kita drag macam ni, entah apa lagi akan terjadi di masa depan. Definitely, aku tak boleh terima orang lain selain kau."

Dania mendiamkan diri. Dia tak tahu nak cakap apa. Dia betul-betul tak sangka. Tiba-tiba dia teringatkan Maya, kaki drama jiwang.

"Kalau cinta kau dihalang oleh parents, sama ada parents kau or lelaki tu apa ko nak buat?"

Apa ni? Kenapa soalan dia tepat kena dahi aku? Dan apa aku jawab masa tu? Nak back off? Banyaklah! Aku saja jawab macam tu sebab dah malas nak layan Maya ni. Jujurnya, aku tak boleh kehilangan Qhairyl. Hati aku sepenuhnya untuk dia. Tapi, ini realiti. Apa perlu aku buat. Argh! Korean drama sangatlah! Kenapa auntie tak halang cinta kami sejak awal lagi?

"Dania, say something please?" Risau Qhairyl melihat Dania membisu sejak tadi lagi. 

"Is it okay for us to meet your mother now? After hearing such news?" soal Dania.

"Mestilah! Kita kena fight untuk cinta kita. At least, mak nampak kita serius. Siapa tahu kalau mak ubah fikiran? Seriously Dania, janganlah kau tinggalkan aku. Aku cintakan kau sepenuh hati aku. Kalau kena bayar dengan nyawa pun aku sanggup..."

"Ish, apa kau merepek ni? Kau pun tengok Korean drama banyak sangat ke? There is no such stupid thing to sacrifice your valuable life over some unpromising love." Damn!! Aku buat lagi! Lain aku nak cakap, lain keluar. Konon cool habis la ni! Argh!! Betapa aku tak suka cerita Korea yang cinta tangkap leleh. Sekali Qhairyl tersayang mengeluarkan statement yang sebijik copy paste dari Korean drama yang Maya tengok!

"Unpromising love? What kind of bull shit are you trying to pull out here? Aku dah cakap aku hanya akan kahwin dengan kau sorang aje. Dania, aku tak kira. Kita kena jumpa mak juga! Kita pergi sekarang. Aku tak de mood nak tengok movie kejap lagi." Qhairyl segera menghabiskana minumannya dan terus beredar ke kaunter untuk membuat bayaran.

Dania terkedu. Apa aku nak cakap bila jumpa auntie? Nak kata betapa aku cintakan Qhairyl dan aku sanggup menjaganya seumur hidup aku? Nak janji aku akan membahagiakan Qhairyl? Tapi, kalau mak dia tak setuju juga kami bercinta, apa gunanya cinta tanpa restu?

"Dania!"

.......................................


Suasana menjadi sunyi sepi. Kedengaran bunyi deruan pancuran air terjun kolam Puan Zarina. Menenangkan. Tetapi, hati masing-masing bergelodak dan ketenangan itu tidak dapat untuk meredakan gelora di hati masing-masing. Qhairyl duduk di sebelah Dania, berdepan dengan Puan Zarina. Adik Qhairyl juga ada bersama ketika itu. Kedua-dua kakak Qhairyl masing-masing sudah berkahwin jadi mereka tinggal bersama suami masing-masing. Ayah Qhairyl sudah lama meninggal dunia.

"Dania, macam mana dengan kerja? Semua okay?" tanya Puan Zarina sambil tersenyum. Mesra seperti biasa! Tak de any suspicious aura pun?

"Ah, em... kerja saya okay auntie. Cuma kadang-kadang tu busy sikitlah. Weekend aje kalau nak rehat if tak de apa-apa." balas Dania.

Qhairyl tidak senang duduk. Dia pelik tengok gelagat maknya. Macam tak de pape je? Tadi, bukan main tegas suara mak dalam telefon. Aku bermimpi ke? Adik Qhairyl, Qariah sekadar memerhati dan tidak berkata apa-apa.

"Mak, sebenarnya Qhairyl nak tanya mak tentang apa yang mak beritahu Qhairyl tadi. Tengahari tadi mak call Qhairyl, cakap nak jodohkan Qhairyl dengan anak kawan mak." Qhairyl memulakan bicara. Topik sensitif!

Puan Zarina melirik ke arah Qhairyl. Dia tersenyum.

"Betul, mak plan nak kahwinkan Qhairyl dengan anak kawan mak ni. Esok malam dorang free untuk dinner bersama. Bolehlah Qhairyl berkenalan dengan dia." Tenang saja nada suara Puan Zarina.

"Mak... mak tahu kan Qhairyl dengan Dania dah setahun? Qhairyl serius dengan Dania, mak. Qhairyl bercadangan nak berkahwin dengan Dania secepat mungkin." Tangan Qhairyl ketar. Mak serius, mak tak main-main!

"Mak tahu." Puan Zarina senyum.

"Mak, apa maksud mak? Sebelum ni mak tak de cakap apa-apa pun mak tak suka Dania ke apa. Kenapa tiba-tiba mak buat keputusan macam ni?" ujar Qhairyl lagi tidak puas hati.

"Auntie, saya ada buat salah apa-apa ke?" Dania mencelah. Gelodak di hatinya sudah tidak tertahan.

"Dania, auntie tak de apa-apa masalah dengan Dania. Cuma, bila auntie jumpa anak kawan auntie tu, auntie rasa dialah yang terbaik untuk Qhairyl. Auntie percaya dia mampu jaga dan menyayangi Qhairyl sebaik mungkin." Puan Zarina merenung tepat ke mata Dania. Dania menggigit bibirnya.

"Mak! Qhairyl cintakan Dania sorang saja. Qhairyl tak nak orang lain, selain Dania." Suara Qhairyl meninggi sedikit. Dia hampir emosi. Puan Zarina menjeling.

"Qhairyl nak melawan mak pula?"

Qhairyl terkedu. Argh! Antara mak dan Dania, dua-dua sama penting! Mana boleh dia buat pilihan macam ni?

"Auntie, saya pun akan jaga Qhairyl dan menyayangi Qhairyl dengan sepenuh jiwa saya. Auntie, kami dah setahun bersama. Selama ni, saya fikir auntie dah terima saya. Saya terkejut auntie tiba-tiba cakap nak jodohkan Qhairyl dengan orang lain." Suara Dania perlahan. Buang jauh-jauh cool kau tu! Benda ni once in a life time. Kau kena sacrifice air muka kau! "Saya akan jadi yang terbaik untuk Qhairyl."

"So, Dania are you willing to let go your career then?" soal Puan Zarina lagi. Dania terkedu. Eh, kenapa dengan caeer aku? "Selama ni auntie tengok, Dania macam busy sangat dengan kerja Dania. Auntie fikir lama, kalau Dania balik lewat, siapa nak tunggu Qhairyl kat rumah, siapa nak masak untuk Qhairyl? Auntie takut Dania tak mampu jalankan tugas sebagai isteri dengan baik nanti."

"Auntie..." Dania tidak dapat berkata apa-apa. Aku busy sangat ke? Aku tak perasan itu. Aku fikir sebab aku masih belum kahwin, jadi apa salahnya aku bekerja keras? Auntie perhatikan semua itu?

"Dania tak boleh jawabkan? Career atau Qhairyl?"

"Mak, mana boleh mak cakap macam tu. Qhairyl pun belum terlintas nak bincang apa-apa lagi dengan Dania tentang hal tu. Qhairyl percaya Dania yang terbaik untuk Qhairyl."sampuk Qhairyl, tegas. Apa mak ni?

"Dania, auntie minta maaf. Auntie sukakan Dania tapi auntie lebih memikirkan masa depan Qhairyl. Auntie nak jodohkan Qhairyl dengan seseorang yang betul-betul meyakinkan auntie."

"Tapi mak, kalau mak nak Qhairyl bahagia, mak benarkanlah Qhairyl kahwin dengan Dania. Mak buat macam ni, Qhairyl takkan kahwin dengan sesiapa pun sampai bila-bila! Qhairyl sanggup kahwin lari dengan Dania!" 

"Qhairyl!" Tegas suara Puan Zarina sambil merenung tajam ke arah Qhairyl. Qhairyl telan liur. "Qhairyl nak jadi anak derhaka?"

Dania tunduk. Apa ni? Aku tak faham dengan auntie. Rupa-rupanya cinta aku saja tak cukup untuk meyakinkan auntie. Aku busy? Tapi sanggupkan aku lepaskan career idaman aku? Aku akan jadi yang terbaik, aku akan arrange masa aku lepas kahwin dengan Qhairyl. Apa perlu ak buat. Dania menoleh ke arah Qhairyl yang tidak senang duduk. Aku sayangkan Qhairyl. Selama ni dia tak pernah tinggi suara pada mak kesayangannya. Takkan kerana aku, dia nak berpaling tadah?

"Dania!" panggil Qhairyl.

Dania tersenyum tawar. Dia memandang Puan Zarina di depannya. So, ini ke konsep Korean drama yang Maya tergila-gilakan sangat tu, fight for the love? Bull shit.

"Auntie. Kalau itulah apa yang auntie rasa, saya takkan bantah apa-apa."

"Dania!?" Qhairyl terkejut mendengar kata-kata buah hatinya. Puan Zarina dan Qariah juga sama-sama terkejut. Mereka tidak menyangka jawapan Dania begitu.

"Dania, kau tak cintakan aku ke?" soal Qhairyl lagi. Hatinya terasa bagaikan disiat-siat.

"Auntie, hati saya hanya untuk Qhairyl seorang saja. Tiada lelaki lain. Kalau budak muda-muda cakap, cinta separuh mati, sanggup mati untuk cinta ni. Em, tapi ini realiti. Saya sayangkan Qhairyl. Saya tak mahu dia jadi anak derhaka kerana saya. Sia-sia saja hidup dia nanti. Bagi saya, cinta yang direstui ibu bapa adalah yang terbaik untuk mendapat jaminan kebahagiaan." jelas Dania.

Masing-masing membisu. Qhairyl menggenggam jari jemarinya. Kenapa Dania...kenapa?

"Auntie, sepatutnya saya cakap kat auntie bila saya dah kahwin dengan Qhairyl. Tapi, nampaknya peluang tu....em." Dania tersenyum. "Auntie, terima kasih kerana melahirkan Qhairyl. Terima kasih kerana mendidik dan membesarkan Qhairyl. Saya dapat jumpa cinta saya pada Qhairyl kerana auntie dah menjaganya dengan baik."

Wajah Puan Zarina berubah. Dia tak sangka untuk mendengar kata-kata ini dari Dania. Hatinya sedikit tersentuh.

"Dania, kita boleh pujuk mak lagi! Esok saya akan cakap dengan perempuan tu perkara sebenar." pujuk Qhairyl lagi. Dia takut, takut kehilangan Dania yang dicintainya. Kenapa gadis ini pasrah saja??

"Qhairyl, jangan buat mak kau terasa hati. Tak de untung kau sakitkan hati mak kerana aku." ucap Dania perlahan. Qhairyl mengetap bibirnya, tak tahu nak kata apa.

"Auntie, saya rasa saya balik dulu ya. Maafkan saya mengganggu auntie hari ini. Auntie jangan risau, saya akan cakap elok-elok dengan Qhairyl supaya dia tak buat auntie sedih." Dania bingkas bangun. Dia mendekati Puan Zarina dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Puan Zarina menghulurkan tangan tanpa berkata apa-apa.

"Mak, saya hantar Dania balik!"

Puan Zarina dan Qariah sekadar menghantar mereka dengan pandangan.

"Mak, mak serius ke nak jodohkan Abang dengan Kak Misya? Macam mana dengan Kak Dania?" Qariah bersuara akhirnya. Dia juga terkejut dengan tindakan maknya. Tapi, dia tidak berani untuk berkata apa-apa.

"Mak mahukan yang terbaik untuk Abang."


<bersambung>

Sunday, June 10, 2012

Cinta...Again? (6)


"Em...Khadijah..." Sesekali Ashraff melarikan pandangan matanya. Khadijah kelihatan sangat ayu dan manis di matanya. "Terima kasih kerana sudi menjemput saya dan keluarga makan tengah hari. Sedap Khadijah masak."

Khadijah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. "Terima kasih." 

"Sorry, tadi saya tak tahu macam mana nak cakap dengan Khadijah. Lagi pun, mak dan ayah ada jadi saya segan sikit." Ashraff menghela nafas panjang. Macam ni ke rasa perasaan berdebar-debar bila berdepan dengan seseorang yang kita cintai? Biasanya dia tak ambil kisah dengan perempuan lain yang kadang-kadang cuba mendekati dirinya. Tapi, kali ni terasa macam nak tergigit lidahnya. "Apa yang saya cakap dalam surat saya tu, saya serius dengan Khadijah. Jujurnya, ni kali pertama saya jatuh cinta pada seorang perempuan. Jatuh cinta pandang pertama. Emm, mungkin Khadijah rasa macam merepek aje cinta pandang pertama ni, tapi saya tak main-main.Saya takkan paksa Khadijah buat keputusan sekarang. Lagi pun, benda macam ni kena fikir betul-betul. Sekarang saya cuma tunggu Khadijah aje beri kata putus." 

"Cinta pandang pertama ya...." Khadijah tersenyum sedikit. "Macam mana awak pasti awak jatuh cinta pada saya? Mungkin sebab awak layan sangat perasaan tu aje?"

"Kalau saya tak pasti, saya takkan datang hari ni untuk 'merisik' awak." balas Ashraff.

"Macam yang saya cakap dalam mesej pada Aimi, kita mulakan as friends dulu. Kadang-kadang, apa yang kita tengok tak sama seperti yang kita rasa. Awak boleh kenal dulu saya macam mana. Lepas tu, awak boleh reconsider." cadang Khadijah. "Saya nak beritahu awak something, awak fikir betul-betul ya." 

"Apa dia?" Debaran di dada Ashraff semakin kencang. Dia menanti kata-kata seterusnya dari puteri kayangannya.

"Jujurnya, dalam masa tiga tahun ni saya tak pernah lupakan seseorang di hati saya. Dia cinta pertama saya. Tapi, dah lama saya tak contact dia sebab dia pernah mesej saya minta jangan kacau dia lagi. Dia cakap nak hantar kad kahwin tapi tak pernah hantar pun. Entah. Saya pun confuse dengan mesej terakhir dia yang agak emosional tu. Saya dah bakar semua barang related dengan dia sebab itu yang dia mahu." Khadijah membetulkan tudungnya apabila terasa senget disapa lembut oleh sang angin yang nakal. "Bila saya dapat surat dari awak, saya fikir nak tolak terus. Lepas bincang dengan ibu dan kawan baik saya, dorang cakap why not bagi awak peluang. Takkan saya nak terikat dengan kisah lama. So, saya buat solat hajat dan sunat istikharah sebelum contact awak. Saya harap awak faham apa yang saya terangkan. Saya tak nak lepas ni ada benda salah faham antara kita. Saya tak nak awak terasa hati." 

Terasa bagaikan dihiris jantung Ashraff tatkala mendengar pengakuan Khadijah. Eh, kenapa terasa pedih dada aku ni? Apa perasaan ni? Rupa-rupanya, hati Khadijah sudah ditakluki oleh seseorang. Siapa orang tu?

"Maksudnya, Khadijah masih ada hati pada dia lagi ke sekarang ni?" Laju Ashraff menyoal. Khadijah mendongak kembali.

"Perasaan tu mungkin dah lama tak de. Ingatan tu masih ada." 

"Saya ada peluang ke?" 

"Peluang?" 

"Saya masih ada peluang ke untuk menjadi yang pertama di hati Khadijah? Walaupun saya bukan cinta yang pertama...." Wajah Ashraff kelihatan serius.

Khadijah ketawa kecil. Kelakar betul mamat ni! Kitorang tak start apa-apa pun lagi. Serius sungguh muka dia. Khadijah tersenyum-senyum. Ashraff terpinga-pinga.

"Kenapa Khadijah ketawa?"

"Kelakar juga awak ni. Seriusnya muka. Peluang tu... bergantung pada usaha awaklah. Insya Allah, ada jodoh saya tak lari ke mana," jawab Khadijah. Not bad juga dia ni. Lepas bercakap dengan dia, tak de la aku rasa nervous sangat dah. 

"Can I take that as a 'yes' from you?" 

"Who knows. Let me see your hard work first. We are not making any promises, all right."

"Okay, kita mulakan sebagai kawan dulu. Mula-mula, boleh saya minta phone number Khadijah?" Ashraff tersengih lebar. Hatinya terasa riang! 

"Encik Ashraff! Apanya lama sangat tu berbual-bual? Esok lusa ada lagi boleh datang kalau tak cukup masa hari ni." Usik Encik Shamsul dari jauh. Terasa geli hati apabila melihat anak terunanya yang selama ni tak pernah kisah tentang cinta dan perempuan, berkelakuan sedemikian. Katanya, buat apa nak couple kalau hati belum rasa nak kahwin. Haram. 

"Tiga minit ayah!" Gembira betul Ashraff. Khadijah memberi nombor handphone kepada Ashraff. Terus Ashraff miss call Khadijah. 

"Mesej hal penting-penting aje. Malam tak boleh, siang aje." Khadijah mengenakan syarat. Ashraff menganggukkan kepalanya sambil mengangkat tangan kanannya kononnya aku janji follow syarat tersebut.

"Saya pergi dulu. Insya Allah jumpa lagi. Assalamualaikum!" 

"Waalaikummussalam. Bawa kereta elok-elok. Jangan berangan lebih sangat." 

Ashraff angguk kepala. Berangan pasal awak sorang aje, getus hati kecilnya.



Di rumah Ashraff...

"Abang Ashraff." 

Ashraff berpaling. Oh Cik Aimi kita. "Dik, masuklah!" 

"Macam mana? Apa yang Abang cakap dengan Kak Dhija tadi?" tanya Khadijah seraya melabuhkan badannya di atas katil abangnya. Ashraff sedang mengadap kerja-kerja ofisnya. 

Serta-merta, senyuman lebar terukir di bawah Ashraff. Memang cahaya kebahagiaan terpancar di wajahnya kini. Terasa lucu juga Aimi melihatkan gelagat abangnya yang sorang tu.

"Abang akan buat yang terbaik! I'll make her mine. He.He." 

"Uish, biar betul Aimi dengar Abang Ashraff cakap macam ni. Doesn't sound like you at all, Abang. Bermakna Kak Dhija setuju ke?" 

"Kitorang berkawan dulu. Abang anytime ready nak kahwin dengan dia. Cuma, sekarang ni Abang kena tunggu hati dia terbuka untuk menerima Abang. So, Abang kena kerja keras nak pikat dia." 

"Good for you, Abang. Aimi happy tengok Abang happy. Aimi doakan Abang jadi dengan Kak Dhija. Aimi tengok dia baik aje. Mesti seronok kalau dia jadi kakak ipar Aimi."

"Eh mestilah! Pilihan pertama dan terakhir Abang tu. Khadijah patut rasa bangga sebab dia sorang aje yang dapat pikat Abang, macam tu aje." Excited sungguh Ashraff. Dia betul-betul dah terpukau dengan Khadijah. Tapi, dia kena kawal perasaannya. Kat belakang bolehlah nak cakap macam ni, bila berdepan please don't go overboard flirting. Sebab dia bukan isteri sah lagi! "Lepas ni, tak de la yang sebok datang confess cinta dorang kat Abang lagi. Especially juniors."

"Maybe Abang ni charming sangat, tapi Abang tak sedar Abang macam tu. You are too gentleman with them, you know. Lepas ni dah ada Kak Dhija, Abang kena kurangkan gentleman Abang kat orang lain. Cuma Aimi rasa the best part of you, Abang is charming but strict. Benda-benda camni Abang tak layan. Biasalah perempuan jatuh hati dengan charming guys, normal."

"Abang serius nak cari seorang aje dalam hidup Abang to be the one and only wife. Selama ni, Abang strict dengan diri Abang sendiri sebab Abang nakkan seorang isteri yang terbaik untuk Abang. So, Abang kenalah jadi yang terbaik juga. Abang nak perkahwinan Abang tu diberkati Allah. Tak nak bercinta lama tapi tak kahwin-kahwin. Lagha pulak nanti. Tak pasal haram jadinya. Ni Abang dah jumpa someone yang Abang yakin. Aii, cuma nak tunggu tuan puteri bagi green light aje. Tak pe, Abang anggap itu cubaan. Kalau betul kita nakkan sesuatu, kita kenalah usaha sungguh-sungguh dan ikhlas betul tak?" 

Aimi tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Betul cakap Abang tu. Tak pelah. Orang tengah angau. Doakan semoga dia ikut landasan yang betul aje. Insya Allah Abang, Aimi doakan Abang juga. 


-bersambung-




Wednesday, June 6, 2012

Cinta...Again? (5)


Rasa macam tak tertelan kari ikan haruan kegemarannya. Tatkala bertentang mata dengan lelaki itu, hatinya jadi tidak menentu. Macam dia pernah jumpa lelaki ni di mana-mana. Isi ikan haruan dicubit dengan teliti, membuang tulang-tulang halus ikan itu. Ibu rancak berbual dengan Encik Shamsul dan Puan Ainna. Sesekali Aimi menegur Khadijah di sebelahnya. Ashraff pula kelihatan lebih senang mendengar perbualan ibu bapa mereka dan hanya menjawab sekiranya ditanya Puan Ariani. Antara mereka masih tiada sebarang interaksi selain senyuman dan anggukan, atau pun interaksi tolong pass jug sirap limau. 

"Pertama kali saya makan ikan haruan masak kari. Sedap sangat! Saya tak biasa makan ikan sungai, tapi hari ni memang kalau cakap ikan sungai pun saya tak perasan." Puji Puan Ainna sambil tersenyum. Memang sedap! 

"Ikan haruan masak kari ni favourite Dhija. Dialah yang masak tadi. Kalau ikut dia, hari-hari memang dia masak ikan sungai aje, talapia, ikan patin, ikan keli semua dia suka. Ashraff kalau nak tambah silakan. Jarang ada orang masak ikan haruan masak kari." Puan Ariani tersenyum sambil memandang Ashraff. 

"Terima kasih Auntie. Saya dah dua kali tambah ni, memang best!" Balas Ashraff sambil menunjukkan ibu jarinya. Besta! Khadijah rasa nak pengsan segan dipuji! Ikan haruan masak kari je pun! 

Selesai menjamu makan tengahari, mereka beralih ke ruang tamu untuk menyambung perbualan. Khadijah sambil dibantu Aimi mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk di dapur. Sesekali Ashraff mengerling ke arah dapur, berkira-kira untuk bercakap dengan Khadijah mungkin. Tetapi disangkal rasa hatinya. Dia sendiri bagaikan terkedu apabila berhadapan dengan Khadijah. Sebelum datang kemain lagi dok rehearsal nak borak itu dan ini. Bila berdepan, tergamam.

"Kalau Puan Ariani tak keberatan, kami ingat nak merisik Khadijah. Jika dia masih belum berpunya, kami nak masuk meminang untuk Ashraff." En. Shamsul membuka bicara.

"Khadijah memang belum berpunya. Dia ada beritahu saya dia nak mula berkawan dengan Ashraff dulu. Tengok ada keserasian atau tidak. Selanjutnya, mungkin kena tanya dia sendiri." Puan Ariani membetulkan duduknya. Encik Shamsul dan Puan Ainna menganggukkan kepalanya. "Macam mana Ashraff boleh kenal Dhija? Auntie cuma nak tahu."

Ashraff tersentap dari lamunan. Bulat matanya memandang Puan Ariani. Mak dan ayahnya tersenyum-senyum memandangnya Sah! Berangan la ni. 

"Pertama kali saya terpandang Khadijah, saya dapat rasakan dialah untuk saya. Tak pernah saya rasa macam ni Auntie. Balik rumah tu saya cuba buang perasaan ni. Sebab saya tak pernah kenal Khadijah pun. Saya terserempak dengan Khadijah kat MPH masa tu. Dia tengah baca buku, kusyuk je." Ashraff tersenyum sendirian teringatkan wajah Khadijah pada ketika itu. "Beberapa hari lepas tu, tengah driving berhenti kat traffic light. Saya pandang kanan tengok kereta sebelah macam kenal. Rupanya Khadijah. Tak tahu kenapa saya terus follow kereta dia, nak tahu dia tinggal kat mana. Rupa-rupanya rumah dekat aje. Esoknya saya minta Aimi hantar surat kat dia, letak dalam letter box. Minta maaf Auntie, tiba-tiba jadi stalker anak Auntie." Ashraff ketawa kecil. 

"Pandai pula nak follow anak Auntie ye masa tu?" usik Puan Ariani. Mungkin sudah jodoh? Gerak hati? 

"Macam dah ditakdirkan aje saya follow Khadijah masa tu. Dia pula memang on the way nak balik. Rezeki saya." Perlahan saja suara Ashraff. Dia berharap supaya Puan Ariani dapat melihat betapa dia serius untuk meminang Khadijah. Apa-apa pun, keputusan di tangan Khadijah juga. 

"Dhija, dah habis berkemas? Mari duduk sebelah ibu." panggil Puan Ariani apabila terlihat kelibat Khadijah beriringan bersama Aimi. Khadijah mengambil tempat di sebelah ibunya, berhadapan dengan Ashraff. Suasana menjadi sepi. 


Sebelum berangkat pulang, Ashraff meminta kebenaran untuk bercakap dengan Khadijah bersendirian di laman rumah. Dia terasa bagaikan terkunci mulutnya bila nak bercakap di depan mak dan ayahnya, sambil diperhati Puan Ariani dan Aimi pula. 

"Ye Ashraff?" Khadijah mendongak kepalanya, menunggu kata-kata dari lelaki itu.

Pelik, kenapa aku rasa segan dengan mamat ni padahal aku tak de feeling kat dia pun? Rasa macam kena letrik pun ada. Tengok dekat-dekat, manis juga muka dia. Nampak matang dan cool.

"Khadijah...." 



-bersambung-

Sunday, June 3, 2012

Cinta...Again? (4)


Tidak berkedip mata Aimi membaca SMS yang baru diterimanya sebentar tadi. Betul ke ni? Hatinya berbunga riang. Dia bingkas bangun dan melangkah keluar menuju ke ruang tamu. Assignment yang sedang ditaipnya dibiarkan begitu sahaja. 

Kelihatan Encik Shamsul, Puan Ainna dan Ashraff sedang berbual-bual sambil menikmati cucur udang buatan Puan Ainna. Sesekali mereka ketawa mendengar ayahnya bercerita. Gaya ayah bercerita memang lucu, sebab tu mak boleh jatuh hati pada ayah. Kata mak la. 

"Aimi, dah siap assignment ke? Mari makan cucur udang ni." Panggil Puan Ainna sambil tersenyum. Encik Shamsul meneguk sirap limau ais perlahan-lahan. Ashraff masih mengunyah cucur udang kegemaran. 

"Em." Sebuah senyuman lebar terukir di wajah Aimi. Sungguh manis dan cantik dipandang. Matanya bersinar-sinar. Handphonenya digenggam kuat. 

"Eh happy semacam aje Aimi?" tegur Ashraff, kehairanan. 

"Ehem ehem. Assalamualaikum Aimi. Maaf mengganggu. Saya rasa buat masa ini mungkin lebih elok saya dan Ashraff mengenali hati budi masing-masing. Perkahwinan ni satu keputusan yang besar. Em, jadi saya nak jemput Aimi dan family untuk datang makan tengahari di rumah saya Sabtu ni. Ibu saya jemput juga. If okay, reply la ya. Terima kasih. Khadijah." Selesai sahaja Aimi membaca 'watikah perutusan diraja' dari Puteri Kayangan idaman abangnya, Encik Shamsul dan Puan Ainna secara refleks bertepuk tangan. Ashraff tergamam. 

"Khadijah ni ke yang Ashraff cerita kat mak dan ayah?" soal Puan Ainna sambil tersenyum riang. Hatinya terasa bahagia mendengar SMS dari Khadijah itu. Dah lama dia menunggu Ashraff untuk mendirikan rumah tangga. Umur pun dah masuk 29 tahun.

"Ya mak. Khadijah ni yang Ashraff terserempak kat MPH dulu." Ashraff mengiyakan. Hatinya berdebar-debar. Dia tidak menyangka mendapat jawapan positif dari pihak gadis itu. Dia terasa bagaikan bermimpi. 

"Macam mana abang? Lunch Sabtu ni okay ke?" tanya Aimi, excited!

"Sabtu ni..." Ashraff termenung. Memang free aje! Tapi, berdebarnya dada aku ni ha. Alahai, rasa macam nak seram sejuk pula nak bertemu dengan puteri kayangan, gadis idaman pengarang jantung hati. Hatinya bercampur baur. Excited, nervous, impatient. 

"Mak dan ayah join sekali kan." Ashraff merenung kedua-dua mak dan ayahnya, silih berganti. Encik Shamsul dan Puan Ainna tersenyum-senyum.  

"Kalau kami pergi, dah rasa macam hantar rombongan meminang pulak dah." kata Encik Shamsul sambil ketawa kecil. Besar dah anak bujang aku ni! Dah nak kahwin dah? 

"Memang Ashraff fikir secara tak langsung, lunch tu kita merisik teruslah ayah."

"Mak, ayah. Jom kita pergi. Alang-alang bakal kakak ipar jemput kita semua. Kesian pula abang nervous sorang-sorang nanti," Usik Aimi sambil ketawa. 

Ashraff tersenyum lebar. Hatinya berbunga riang. Alhamdulillah.



Beep! Beep!

"Ah..." Khadijah membaca SMS yang diterima dari Aimi. Tiba-tiba terasa nervous pula. Eh! Nape aku nak nervousnya!

"Jadi dia datang rumah?" Puan Ariani bertanya.

"Ya ibu. Satu family datang."

"Alhamdulillah. Ibu pun nak kenal bagaimana orangnya. Jarang orang zaman sekarang guna orang tengah nak berkenalan," ujar Puan Ariani. "Apa perasaan Dhija sendiri?"

"Jujurnya, Dhija tak de perasaan apa pun. Sebenarnya, tak tahu nak cakap apa. Lagi pun, Dhija tak pernah jumpa dia lagi, tak kenal. Cuma adik dia ajelah yang Dhija jumpa hari tu, kebetulan."

"Ada beberapa hari lagi ni, berdoalah kepada Allah semoga dipermudahkan. Dhija seorang sahaja anak ibu. Ibu nak yang terbaik buat Dhija." Puan Ariani mengusap kepala anak tunggal kesayangannya. Khadijah tersenyum simpul. 

Aii, Sabtu tu terasa macam cepat sangat pulak! Apa aku nak cakap nanti dengan dorang, mak ayah dia pun ada sama. Ish cool Dhija, cool. Kau bukan ada feeling pape kat dia. Relax dulu. Kenal sebagai kawan. If tak ngam, withdraw. If serasi, proceed. Proceed?! Aku kerja keluar pagi balik malam, macam mana aku nak jadi suri rumah berjaya?

Eh! Apa aku bermonolog sorang-sorang ni. Khadijah menepuk-nepuk pipinya. Berangan!


Sementara itu, Ashraff di dalam biliknya pula, sedang sibuk membelek baju-baju yang ada. Em, aku nak pakai apa pergi rumah Khadijah ni? Takkan nak pakai Baju Melayu. Over betul. Ah! Kenapa aku jadi cerewet tiba-tiba ni? First impression tu penting, Ashraff. Sebab tu la ko kena cerewet. Ashraff tersenyum sendirian. Selama ini aku tak pernah kisah nak mix and match baju ke apa. Yang mana sesuai dan padan, aku pakai terus. Inikah kuasa cinta pandang pertama?


-bersambung-

MyCerpen: Yang Ikhlas



“Eh? Bukan ke semalam hari terakhir awak di sini?”

“Ada benda nak kena settle sikit. Itu yang saya datang hari ni juga. Lagi pun kerja baru mula next week,” ujar Syazana sambil tersenyum.

“Um, kenapa awak bersusah payah sangat nak buat semua ni? Bukannya dorang ambil awak kerja permanent kat sini pun. In fact, you’re a degree holder, dan saya tengok selama ni awak buat semua kerja even kerja key in database dan photostat dokumen.” 

Syazana terkedu. Eh? Apa maksud mamat ni? Ni sekadar motivasi atau nak cucuk aku?
“Maksud awak? Saya bersusah payah?” 

“Suppose awak tak perlu datang hari ni. It’s not like they are paying you extra you know. Sebelum ni saya ada suggest pada top management untuk ambil awak assist under Puan Donna as permanent staff. Initially they agreed, tapi tak de follow up pun afterwards. Tak de siapa pun yang nak fight untuk awak sedangkan awak buat kerja macam-macam walaupun itu bukan kerja awak.  Tengoklah your boss, Mr. Tan…. Dia pun tak cakap apa-apa nak ambil awak under dia.” Jelas Nazri panjang lebar. Syazana mengetap bibirnya.

“Habis tu? Kalau bukan saya yang buat kerja photostat tu siapa nak buat? Saya seorang saja under Mr. Tan, so itu memang termasuk kerja saya juga. Kenapa awak nak cakap saya bersusah payah? Kalau ikut hati dan perasaaan, dah lama saya resign. Saya bukan berminat pun nak kerja kat company ni. Tapi, apa yang saya buat hingga ke hari ni, sebab boss saya yang sebenar bukan Mr. Tan atau sesiapa, tapi Allah. Saya buat yang terbaik, keikhlasan tu saya serahkan pada Allah nak judge macam mana. Kalau saya lepas tangan, orang lain juga yang susah. Saya kesian tengok Mr. Tan dah berumur kena handle company closing semua. Salah ke apa yang saya buat ni?”  Syazana menjadi keliru dengan kata-kata Nazri. Salahkah aku bersungguh-sungguh buat kerja aku? Absorb atau tidak ke department ni bukan kerja top management, tapi aku percaya takdir aku bukan di sini. Rezeki aku di tempat lain. So what’s the fuss man?! 

“Betul, memang rezeki tu Allah yang tentukan. Apa yang saya nak bagi awak faham ni, sekarang ni dorang guna awak habis-habisan. Gaji awak awak takat tu aje, bukannya ada OT pun. Tak setimpal dengan kerja dorang bagi. Saya cuma rasa semua ni tak patut berlaku.” Tambah Nazri.

“Well Nazri, mungkin pendapat kita tak sama. Saya percaya apa yang saya buat ni adalah perkara betul. Saya tak nak kemudian hari menyusahkan orang lain dan orang mengutuk saya sebab tak organize dokumen betul-betul. Saya dah rasa kat sini selama setahun, settle pending job orang-orang sebelum ni dengan dokumen entah kat mana tak disimpan dengan betul. So, saya tak nak jadi orang macam tu. Saya percaya dengan rezeki yang Allah tentukan, buat apa nak takut?” Syazana tersenyum simpul. Dia tidak ingin memanjang perbualan yang tiada makna. Tak sangka pula Nazri macam ni. Selama ni aku respect dia sebab tengok cara dia agak bertanggungjawab dan sejak dia offer nak bantu aku dapatkan permanent job kat sini. Walaupun aku tak terpilih untuk menjadi staff kat sini, aku tak kecewa pun. Beria pula si Nazri ni bercakap.

“Eh eh apa korang buat kat depan pintu ni? Syaz, ko tak yah nak layan sangat si Nazri ni. Baik gi sambung kerja ko je.” Tiba-tiba, Dina dan Amalina mencelah. Syazana tersengih.

“Thanks Nazri for the thoughts. Saya nak sambung kerja saya.” 



Syazana termenung apabila teringatkan insiden dia dengan Nazri dua minggu lepas. Apa motif Nazri cakap kat aku macam tu? Aku tak pernah terfikir pun kerja aku selama ni membebankan ke apa. Er kadang-kadang tu tensen rasa nak meletup biasalah. Hehe. Tapi, cukuplah kalau duit yang aku terima tu halal dan berkat. Aku risau juga selama ni apa yang aku dapat tu, halal ke? Kadang-kadang kalau aku tercuri tulang tu sebab dah penat sangat, terguna harta syarikat tanpa sedar, risau juga.

Jari-jemarinya menekan remote control menukar TV3 ke TV Al Hijrah. Jam menunjukkan pukul 11 lebih. Slot Muhasabah Diri oleh Ustaz Don. Dah separuh masa dah ni. Tajuk Ikhlaskan Diri. Ah! Sesuai sangat kalau aku dengar ni, mana tahu dapat hapuskan doubt di hati aku. At least boleh padam apa yang mamat tu borak kat telinga aku. Kacau je.

“Amboi dik, kusyuk benar tengok Ustaz Don dia?” usik Abang Long yang baru turun dari tingkat atas. Berkerut-kerut dah dahi Syazana aku tengok.
“Abang Long, syyy. Topik ni bagus!”
Abang Long tersengih-sengih. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Syazana sambil membuang pandangan ke arah Ustaz Don. Saham Ustaz Don sekarang memang tengah naik. Dari gaya penceritaan dan ceramahnya juga sangat menarik untuk didengar , tak kira dari budak kecik hingga orang tua. Dia menjeling ke arah adiknya. Kusyuk.

‘Jadi tuan-tuan dan puan-puan, saya minta sangat, tak kira dalam apa yang kita nak buat, cakap kat diri kita, ikhlaskan hati kita kerana Allah bila kita nak buat sesuatu. Insya Allah, apa yang kita buat semuanya berjalan dengan lancar. Pagi-pagi sebelum pergi kerja tu, dalam kereta pegang steering, cakap kat dalam hati aku keluar ni nak cari rezeki kerana Allah, aku nak kerja sungguh-sungguh. Baca doa al-Kursi atau tiga Qul dan berlapang dada. Insya Allah, kita pasti berasa tenang dan gembira tak kira apa kerja yang kita buat pun. Percayalah tuan-tuan dan puan-puan. Bukan senang untuk menjadi ikhlas, tapi kita kena sentiasa menanam niat tu dalam hati kita.’

Wah, amazing! Betul, walaupun bukan kerja kita tapi kalau orang dah bagi kita untuk buat, kita kena take responsibility. Melainkan kalau betul tak nak buat, cakaplah terang-terang. Tak perlu diam dan setuju tapi kat belakang mengutuk bos dan tak berpuas hati semua. Selama ni betullah apa yang aku buat. Aku masih muda, banyak lagi yang perlu aku belajar. Biarlah kena buat kerja photostat ke, ingat nak photostat tu senang ke? Memerlukan kesabaran dan ketelitian tau. Kalau tak reti operate mesin fotostat tu pun, tak boleh juga. Walaupun kadang-kadang terasa macam kuli sangat, tapi bila ingat balik semua ni kerana Allah, mesti rasa lega jiwa dan raga.

“Menarik topik Ikhlaskan Diri malam ni kan?”
“Em?” Syazana berpaling ke arah Abang Longnya.
“Manusia memang tak pernah puas. Tapi dorang tak pernah berani nak suarakan ketidakpuasan hati tu, selalunya ramai yang lebih suka diamkan diri dan terima tugasan yang diberi, tapi kat belakang mengomel macam-macam. Dah tak ikhlaslah camtu. Buat penat aje kerja.” Terang Abang Long.
“Abang Long, something happen in your office?” soal Syazana sambil memperlahankan volume televisyen.

“Manusia Syaz, biasalah. Walaupun kita bekerja di organisasi Islam pun, orang luar mesti pandang semua pekerjanya bagus-bagus. Tapi, hati orang lain-lain. Mula-mula Abang Long join company tu, Abang Long macam culture shock sikit. Imej Islam tapi masing-masing mengutuk antara satu sama lain. Banyak pekerja tak puas hati dengan boss, tapi dorang tak nak suarakan, beri pendapat ke. Masing-masing dok buat fitnah kat belakang. Abang Long nervous juga, takut sama-sama termakan saham kotor dorang. That’s why Abang Long suka fokus kerja dan kurang bercakap kalau tak perlu.” 

“Betul tu Abang Long. Kalau ikut logik, memang kadang-kadang workload melebihi dari apa yang kita dibayar. Semua tempat macam tu. Kalau nak harapkan duit besar datang terus, susahlah camtu. Buka bisnes pun ambil masa nak balik modal juga. Syaz percaya, bila kita bersungguh-sungguh kerja dan ikhlas dari hati, gembira dengan kerja kita, kebahagiaan tu akan datang dengan sendirikan. Duit banyak, kalau sayang sangat duit pun, tak baik juga. Akan selalu rasa tak cukup.”

Abang Long tersenyum merenung adiknya. Cewah, budak ni makin matang dah aku tengok. Mana si kecil yang selalu berpaut kat lengan aku dulu? Rasanya, kalau nak kerja mana-mana pun, if keikhlasan tu tak ada, sampai bila-bila pun hati tak pernah puas dan tenang. Selalu merasa tak puas hati dengan orang lain dan duit selalu rasa tak cukup. Em, menakutkan.

“Abang Long, bila kita dah mula merungut pasal kerja kita, itu tak puas hati ini tak puas hati, automatik dah join kategori tak ikhlaslah kan?”

Soalan cepumas dari seorang adik kepada abang tersayang. Abang Long mengerling ke arah Syazana sambil tersenyum lebar.

“Mungkin. Hanya Allah je yang tahu. Kit tak boleh nak suka hati judge. Walaupun ada orang tu mungkin nampak bersungguh-sungguh, tapi kita tak tahu niat dia juga. Mungkin dia nak orang puji dia, itu pun dah lari dah. Atau dia nak boss nampak dia dan cepat-cepat promote dia naik pangkat. Hati dan niat, sesuatu yang paling susah nak kita jaga. Tapi, bila kita dah faham konsep niat kerana Allah, semua jadi senang. Nak tahu kita ikhlas ke tak, if orang tak appreciate kerja kita, apa kita rasa masa tu?” Bekas yang berisi biskut Chipsmore dicapainya. Terasa berkeroncong pula perut ini.

“Biasanya mesti kita rasa kecewa dan marah. If orang tak appreciate kita, mesti kita secara tak sedar akan cakap apa gunanya buat kerja ni semua kalau tak de orang hargai.” Jawab Syazana.

“Kecewa dan marah. Itu reaksi biasa dan yang dijangka oleh rata-rata manusia. Tapi, keistimewaan orang yang niatnya ikhlas semata-mata kerana Allah dan mahu belajar ilmu dan pengalaman baru, dia akan hadapi benda tu dengan tenang dan macam tak de apa-apa pun. Mungkinlah ada akan terasa sedikit sedih tapi dia akan cepat-cepat remind hatinya bahawa Allah lebih tahu apa yang dia buat. Cukuplah kalau Allah yang acknowledge hasil kerja dia. Back to basic, rezeki Allah yang tentukan. Boss kita tu orang perantaraan aje.” Sedikit demi sedikit Abang Long menggigit biskut Chipsmore kegemarannya. Seronok juga sekali sekala dapat berbual benda macam ni dengan Syazana. Sekurang-kurangnya, aku dapat mengingatkan diri aku sendiri. Lately banyak juga tekanan kat ofis tu. Kerja bertambah, belum siap dapat yang baru. Belum lagi nak fikir ragam orang lain.

“Syaz akan ingat semua ni. Insya Allah Abang Long. At least, kita sama-sama remind! Abang Long, Syaz nak tidur dulu. Esok ada training program kat KL. Kang lambat pula nak ke rumah Puan.”  Gadis itu bingkas bangun sambil menggeliat membetulkan badannya setelah lama duduk mengadap televisyen.

“Have a great day. Hotel Grand Season kan esok? Seronoklah dia dapat lunch best!” usik Abang Long.

“Alhamdulillah Abang Long. Rezeki.” Syazana mengenyitkan matanya. “Assalamualaikum Abang Long!”

“Waalaikummussalam.” Sekeping Chipsmore disumbat ke mulutnya lagi. Ai, sedap pulak Chipsmore ni. Rindu lama tak makan!



TAMAT 


 10.39PM
Tuan Auz