Jom lihat!

Monday, November 7, 2011

Cinta...Again? (3)


Sebulan telah berlalu, Khadijah meneruskan hidupnya seperti biasa. Walaupun begitu, solat sunatnya masih berjalan dengan penuh istiqomah. Dia sudah menceritakan kisah surat daripada lelaki itu kepada ibunya. Ibunya juga memberi nasihat yang serupa seperti Azuwa. 

Hari ini dia bekerja separuh hari. Selepas habis je kerja di ofis, dia tidak terus pulang ke rumah. Dia bercadang untuk lepak di MPH, usha novel-novel yang menarik dari Fatimah Syarha. Jam di tangan dikerling sekilas, ermm okaylah ni kalau lepak sejam sini, Zohor sini baru balik. 

Sedang dia membelek-belek beberapa novel yang menjadi pilihan hatinya, dia terasa bagaikan dirinya diperhatikan seseorang. Sesekali kepalanya memandang suasana sekeliling. Em. Tiada sesiapa yang dia kenal. Orang lain dalam MPH Bookstore masa tu pula tak la ramai sangat. Khadijah kembali menatap novel yang dipegangnya.

"Assalamualaikum, kak."

"Waalaikummussalam...?" Khadijah mengangkat mukanya sambil memandang empunya suara itu. "Ya?"

"Kak Khadijah?" ujar gadis di depannya sambil tersenyum manis. Khadijah tersenyum sama, tapi lebih kehairanan.

"Saya. Er...kita kenal ke?" 

"Saya Aimi." Senyuman terus terukir di bibir gadis itu.

Aimi? Em. Aku ada kenal someone nama Aimi ke?

"Ya Aimi. Macam mana awak kenal saya? Ada apa-apa boleh saya bantu ke?" Soal Khadijah, masih kebingungan.

Aimi tersenyum lagi. Akak ni mesti terlupa pasal surat abang bagi tu? 

"Kak, saya Aimi adik Ashraf. Ingat lagi surat yang abang saya bagi pada akak bulan lepas?" 

Oh! Khadijah tersentap. Eh segan tiba-tiba pulak aku ni! Aku betul-betul dah lupa nama adik si penghantar surat tu, walaupun isi surat tu aku masih ingat. Khadijah pandang aje muka Aimi, tak tahu nak kata apa selain sekadar menganggukkan kepala.

"Saya cuma nak tahu jawapan daripada akak berkenaan abang saya."

"Yang itu? Emm...boleh beri akak masa sikit Aimi? Akak sekarang tengah buat solat sunat pasal hal ni juga."

Aimi tersenyum tatkala mendengar jawapan dari Khadijah. Sama macam abang juga, getus hati kecil Aimi. 

"Okay kak saya faham. Kak, boleh saya nak phone number akak? Apa-apa boleh saya call. Ini pun kebetulan saya bertembung dengan akak. Cadangnya nak datang rumah akak je tapi tak berkesempatan."

"Boleh...boleh. Save nombor akak ye." balas Khadijah sambil tersenyum. Sweet betul budak ni senyum. Agaknya macam manalah si Ashraf tu? Ops.

"Terima kasih kak. Emm, akak pun suka novel Fatimah Syarha ye?" ujar Aimi sambil memandang novel yang berada di tangan Khadijah. 

"Suka sangat. Pengisian novel ni tak sama macam novel lain. Cerita yang penuh pengajaran, yang buat kita insaf dan beringat," jawab Khadijah.

"Betul tu kak. Saya pun ada beberapa novel, bolehlah akak pinjam kalau berminat." 

"Terima kasih Aimi. Tapi, akak suka beli dan simpan sebagai koleksi, baru puas hati." Khadijah tersengih. Dia memang kaki novel. Dah bertimbun novel di rumahnya. Suka membaca buku-buku yang menarik.

"Baiklah kak. Saya pergi dulu ya, apa-apa saya contact akak nanti." Aimi terdiam seketika. Khadijah pandang Aimi. "Abang Ashraf ikhlas dengan akak. Harap akak tak ragu-ragu." 

"Oh? Terima kasih. Insya Allah. Menunggu jawapan daripada Allah juga." Terkejut sebentar dia mendengar nama lelaki yang meminangnya secara tidak langsung itu. Nervous pun ada!

"Alhamdulillah. Jumpa lagi ya kak. Assalamualaikum." 

"Jumpa lagi, waalaikummussalam Aimi."  

Jantungnya terasa berdetak laju! Adakah Ashraf pun ada dalam MPH ni?? Tak mungkinlah. Aimi sorang-sorang aje datang tegur. Tapi, tak mustahilkan? Harapnya tak de la si Ashraf ni. Segan pulak aku. Em, masih menunggu jawapan? Harapnya Allah memberikan jawapan yang terbaik untuk aku. 



<bersambung>


Sunday, October 30, 2011

Cinta...Again? (2)


"Mengagumkan."

Khadijah mengerutkan dahinya sambil memandang wajah kawan karibnya. Sehari selepas dia mendapat surat misteri itu, dia membuat keputusan untuk meminta pendapat Azuwa. Walaupun dia tiada perasaan apa-apa dan tidak berhajat mencari pasangan istimewa, namun sejujurnya surat pengakuan cinta itu sedikit sebanyak menyentuh hati wanitanya. 

Perlukah dia menolak tanpa berbincang dahulu?

Atau menerima orang asing ini begitu saja? Tidak semudah itu!

"Kau rasa dia baik?" soal Khadijah sambil memandang tepat wajah Azuwa.

"Kalau dari surat dia ni, macam orang baik-baik. Tapi, kita tak leh nak judge camtu aje. Entah siapa pula si Aimi ni. Kau ada kawan nama Aimi ke?" 

"Aimi....?" Minda Khadijah ligat membuat flashback demi flashback. Ada ke aku kenal orang nama Aimi ni? Junior, senior, classmate? Khadijah menggeleng.

"Macam mana kau dapat surat ni?" tanya Azuwa.
"Post box. Tak tahu siapa letak. Rasanya hantar sendiri ni sebab tak de setem."

"Kau rasa camne?" Azuwa memandang wajah Khadijah sekilas.

"Tak tahu. Itu aku nak minta pendapat kau tu. Perlu ke aku kenal dengan orang ni dulu? Serius betul bunyi surat ni. Em. Aku tak ready nak kahwin lagi," ujar Khadijah.

"Ready atau tak, Allah aje yang tahu. Siapa sangka ada someone yang so serious hantar surat macam ni kat kau. Aku cadangkan kau buatlah solat hajat dan sunat istikharah untuk yakinkan hati kau. Ke kau ada sesiapa kat hati? Orang lama?" Azuwa tersenyum manis.

Khadijah tersentak. Orang lama? Rasanya dah nak masuk tiga tahun dia masih menunggu seseorang itu. Tiada perjanjian antara mereka. Hanya hati Khadijah memang untuk lelaki itu seorang. Hari ini tiba-tiba Azuwa bertanya direct soalan tu padanya. Dah lama tak berborak pasal lelaki itu. 

"Suka dia lagi?" soal Azuwa apabila Khadijah berdiam diri.

"Aku tak pernah lupakan dia," jawab Khadijah secara tidak langsung.

"Tak apalah. Aku sokong kau buat istikharah dulu. Pilihan banyak, kita usaha cari. Hanya Allah je tahu siapa yang terbaik untuk kau. Sebenarnya, dah tiga tahun kau tunggu dia. Jujurnya aku harap kau dapat yang lebih baik." Kawan karibnya menepuk bahunya sambil tersenyum. Surat itu dipulangkan kembali.

"Insya Allah. Aku busy kot, macam tak sempat nak fikir pasal hal macam ni. Jadual aku tu cam tak tahu nak selit katne kalau nak bercinta." Khadijah ketawa kecil.
"Eleh poyo la kau. Rezeki jodoh semua tu kuasa Allah. Kau dok rasa tak ready lagi, tup tup next month kau yang nikah dulu. Haaaa baru tahu busy tak busy." 

Khadijah tersengih senang hati. Biarlah siapa pun mamat ni. Apa-apa pun malam ni dia akan mula beristikharah. Bak kata pepatah, bukan apa yang kita suka tu baik untuk kita. Mungkin benda yang kita tak terfikir tu, adalah yang terbaik. Who knows. Keep on searching. Masalahnya, hatinya masih teringatkan orang lama tu.....berkesan ke istikharah tu nanti?

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui, Khadijah. 




-bersambung-



Saturday, October 29, 2011

Cinta...Again? (1)





Ke hadapan Saudari Khadijah,


Assalamualaikum saudari. Nama saya Ashraff. Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk berkenalan dengan saudari. Sekiranya saudari sudi, insya Allah saya berhajat untuk berjumpa dengan ibu bapa saudari untuk berbincang mengenai peminangan, pertunangan dan pernikahan kita. Saya serius dalam mencari pasangan. Pertama kali saya terpandangkan raut wajah saudari, saya yakin saudari tercipta untuk saya.


Saya menunggu maklum balas dari saudari. Adik perempuan saya, Aimi, akan jumpa saudari untuk mengetahui jawapan saudari.


Maafkan saya seandainya surat ini membuatkan saudari terkejut.




Saya menunggu jawapan dari saudari.




Assalamualaikum.




Yang benar,
Muhammad Ashraff




Terkedu sebentar selepas membaca warkah cinta berwarna biru itu....eh...lebih kepada warkah peminangan secara tidak langsung dari lelaki yang tidak dikenalinya. Dia berulang kali membaca tulisan lelaki itu. Bagaikan tidak percaya masih ada lelaki yang seperti ini di zaman sekarang. Surat menyurat dan...... sungguh bersopan!

Khadijah mengetap bibir. Ini agak menakutkan. Aku tak kenal pun siapa Ashraff ni. Mana pulak dia jumpa aku? Tak pernah ada mana-mana lelaki yang tegur dia sebelum ni. Ada orang memerhatikan aku ke? Lantas Khadijah melipat kemas warkah mengejut itu dan disimpan di dalam laci biliknya. Dengan siapa harus aku berbincang pasal hal ni?

Cinta pandang pertama? Wujud ke??

Uh, ini menakutkan! Serius!



-bersambung-

Sunday, October 16, 2011

Tercelaru


Aduhh! Penat sungguh hari ni. Kalau la kaki ni boleh bercakap, dah lama dia menjerit suruh berhenti berjalan, dan sila duduk di atas kerusi yang empuk untuk merehatkan diri si kaki ini. Untuk lebih hyperbola, kaki ini mungkin bila-bila masa aje boleh berkerak lalu terpecah tumit yang mulus itu. Seharian berjalan ke sana dan ke mari, berjumpa orang itu dan orang ini, selesaikan segala urusan yang sepatutnya.

Dia teringatkan seseorang, dimesej kawannya itu bertanya khabar. Matanya dilelapkan sebentar sementara menunggu SMSnya berbalas. Arghh. Maghrib ni. Tak elok tidur! Tapi, nafsu sungguh kuat menguasai diri, tidurlah~ terasa begitu merdu panggilan nafsu tidur ini. Badan terasa berat sekali, lenguh sendi-sendinya terasa lega dengan kelembutan tilam yang empuk memangku tubuhnya.

Bzz! Bzz!  Handphonenya vibrate kuat disertai dengan ring tone lagu rock kapak, Jemu nyanyian May. Terasa kantuknya hilang terus. Terkejut. Dia menjawab panggilan itu dengan salam disertai senyuman. Walaupun kawan tu tak nampak, tapi senyumannya terukir di sebalik suaranya.

"Haii, buat apa tu? Aku okay je. Aku baru je dapat kerja baru. Isnin mula. Thanks offer me the job ek," ujar Wawa dengan suaranya yang memang naturally kedengaran manja itu.

"Wow, kerja katne? Baguslah weh ko dah dapat kerja. Aku teringat ko, sebab tu aku SMS ko." balas Adlina. Kepalanya yang terasa gatal digarunya dengan penuh kesungguhan. Gatal oi! Japgi kena syampu rambut ni.

"Aku kerja part time je kat Tutti Frutti. Aku nak sambung Master nanti kat Australia. Ni kerja sebab nak kumpul duit, nak ambik exam English dia."

"Sambung Master? Bagus gile ko. Bagus bagus weh. Plan nak buat course apa?" tanya Adlina, excited pulak dia. Secara personal, dia kagum dengan kawan-kawan dia yang sambung master dan ada yang baru bermula pHD. Sebab dia malas nak wat thesis, tu tak sambung walaupun mak nak dia sambung. So, sapa yang sambung study ni memang bertuah betul.

"Aku tak pasti lagi. Antara dua ni, biomedic atau pun food science. Kalau ikut hati, aku minat food science lebih."

"Better ko amek apa ko minat Wawa. Food science ni lebih meluas skopnya. Kalau biomedic, cam ko keje aje kat hospital kan?" kataku.

"Tula. Aku pun rasa cam food science best. Emm tengoklah. Insya Allah aku ambil food science," jawab Wawa.

Mereka terdiam seketika. Er...malaikat lalu kah?

"Aku tak tahu mana hala tuju aku ni Adlina," keluh Wawa.

"Kenapa ko rasa camtu Wawa?" soal Adlina kembali. Em tiba-tiba aje dia cakap camni?

"Yela. Kejap aku nak kerja. Kejap aku nak belajar. Takut lost dalam hidup." tambah Wawa sambil menarik nafasnya.

"Kalau ikut hati ko sebenar, ko nak buat apa?"

"Kerja, cari duit." Pendek saja jawapan Wawa.

"Tapi, kenapa ko sambung Master kalau macam tu?"

"Aku memang ada niat nak buat Master before habis study dulu. Tiba-tiba tukar nak kerja. But when I think again, better continue study for my future."

"Bagus Wawa! Go for it. Bukan mudah nak buat Master. Tak semua orang berpeluang nak buat. Ni ada chance, ko grab je. Lagi pun ko tengah single, no other commitment, takut dah kahwin nanti mungkin a bit hard for you to do it. Macam-macam komitmen nanti. Lepas buat master pun boleh kerja. Tapi ingat, ko ada extra sebab ko ada Master tau." Semangat Adlina memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Unregistered Cheerleader.

"Terima kasih Adlina. Sebenarnya ayah aku yang nak aku buat. That's why aku apply, if not aku pun tak apply. Em, bila fikir balik, tengok kawan-kawan lain ada yang dah kerja, terasa nak kerja juga. Nak kumpul duit. Nak berjaya macam orang lain. Sebab aku ada fikir, if sambung Master, lambat la pula nak kerja nanti." jelas Wawa.

Adlina tersenyum mendengar kata-kata Wawa. Dia pasti, kebanyakan kawan-kawannya juga pernah merasai dilema antara nak sambung study atau terus kerja atau nak terus melepak, relax kat rumah ke apa. Setiap pilihan akan melakarkan jalan cerita dan kesudahan yang berbeza, jadi masing-masing sure pening bila fikir hal ni.

"Wawa, ko jangan risau sangat pasal masa depan. Kejayaan setiap orang berbeza. Bagus dah tu ko buat Master. You go for it. Aku ada tips kecil nak kongsi dengan ko, tips kejayaan.....nak tahu?" Adlina berteka-teki.

"Emmm, boleh jugak. Apa dia?" Berkerut dahi Wawa mendengar kata-kata kawannya itu. Tips nak berjaya? Kerja keras, of course?

"Sebenarnya, seorang Islam dikira berjaya apabila dia sentiasa dan tidak putus asa untuk menyucikan dirinya, rohani dan jasmani. Terpenting ialah soul purification la. Bila dia tak jemu nak baiki diri ke arah kebaikan, positifkan diri, rajin beribadah dan jauhi benda-benda kemaksiatan dan kemungkaran. Itulah kejayaan sebenar seorang Islam. Benda ni la yang susah nak kita buat, sebab kebanyakan manusia cintakan duniawi, kejar dunia dan kekayaan, nak glamor, harta dan barang mewah. Kejayaan bukan diukur sebesar mana rumah yang dibeli, banyak mana harta atau pangkat yang disandang di pangkal nama. Semua itu tak janji pape kat akhirat. Kalau setakat pangkat Tan Sri, Dato Seri, tapi kat iman kehausan, apa maknanya? Hidup kita dalam kerugian memanjang." terang Adlina panjang lebar. Ha ko, kasi can nak bercakap tak berhenti terus. Dah jadi motivator part time pula.

"Soul purification? Means, kita kena selalu muhasabah diri la kan. Jaga kelakuan dan adab, jaga ibadah kita. Em aku personally memang risau bila fikir kerja. Takut aku lambat start, lambat kumpul duit semua. Nak tolong mak ayah aku lagi. Aku tak nak harapkan dorang dah. Aku nak berdikari, dan biar aku pula yang bagi duit kat mak dan ayah aku," kata Wawa.

"Wawa, kalau kita asyik risau fikir nak kumpul duit, nak beli kereta bila, rumah katne nak beli, pendek kata fikir dunia sampai hati runsing aje, haaa semua ni buang masa kita, dan kita dah rugi bila masa yang sepatutnya digunakan untuk beribadah pada Allah, bermunajat, dok fikir benda-benda dunia yang tak de faedah pape kat akhirat nanti. Bab rezeki ni insya Allah sentiasa ada. Allah yang bagi. Kita usaha cari, usaha plan, dan biar Allah yang tentukan dan lead kita ke mana kita nak pergi. Allah knows the best. Kita usaha betul-betul, buat sunat dhuha tu penting, solat hajat, dan belajar buat solat tahajud untuk kesihatan diri."

"Itulah kan. Bila kita jauh dengan Allah, tu yang jadi runsing tu. Betul kata ko. Kita dok fikir nak berjaya dunia aje, tapi akhirat terabai. Fokus dunia sangat, masa untuk buat bekal akhirat, entah ke mana. Aku akan cuba balancekan dua-dua. Em, aku akan tetapkan hati aku nak buat Master. Kawan aku pun ada cakap juga, bagus buat muda-muda sebab kita single lagi, tak de komitmen," ujar Wawa sambil tersenyum. Telinganya terasa panas dengan haba dari handphonenya, tetapi dia masih ingin meneruskan perbualan dengan Adlina.Alhamdulillah, at least bila borak camni, terbuka sikit mata hati, ada keyakinan untuk terus melangkah dengan pilihan yang dibuat.

"Aku pun weh dulu, beria nak sambung Master. Siap cakap dah kat lecturer aku tu aku nak buat under dia. Tup tup konvo, aku lepak 2 bulan, pastu dapat kerja. Dah Master aku entah ke mana. Jujurnya aku tak rasa nak buat Master tu pun lagi. Rasa malas nak bergelumang dengan thesis dan labwork semua tu. Aku la yang malas. Kau nak sambung aku sokong 120 peratus!" Adlina ketawa kecil bila teringatkan janjinya dengan En. Zul, lecturernya suatu ketika dahulu. Last last, tadakkk apaaa. "Aku fikir juga, nak buat pilihan ni susah sangat, antara nak kerja atau sambung Master, dua-dua ni akan bagi jalan cerita yang berbeza. Em, tapi kalau dah ada target nak capai apa dalam life kita, tak kira la kita mula kerja dulu ke, Master dulu ke, insya Allah dapatlah capai target hidup tu nanti. Mungkin impian nak beli tanah untuk wakaf kat orang Islam ke kan? Haa tu la contoh target."

"Thanks weh. Aku rasa celaru jap. Em, bila borak dengan member buat Master, terasa nak buat juga. Tapi bila tengok member dah beli kereta Honda, tu yang nak kerja cepat-cepat." sampuk Wawa.

"Wa, senang kata. Jangan kejar dunia. Kejar akhirat, dunia yang akan kejar kita. Bab pilihan ni, buat la istikharah. Biar Allah guide kata hati kita, nak ke mana. Biar Allah yang permudahkan dan luruskan perjalanan kita untuk mencapai kejayaan kita. Setiap orang takkan sama. Mungkin bagi aku, aku suka kerja aku sekarang. Aku buat terbaik dan hidup dengan tenang, itu satu kejayaan buat aku. Macam ko nak sambung Master, ko berjaya habiskan Master ko, itu ialah kejayaan buat diri ko. So, tak perlu nak compare kejayaan kita dengan orang lain, hanya compare kejayaan seseorang tu untuk dijadikan inspirasi kita supaya lebih bersungguh-sungguh untuk dapatkan apa kita nak."

"Conclusionnya, soul purification la. The true success of one Muslim." tambah Wawa. Suka pulak dia hari ni. Lega hatinya! Kecelaruannya berakhir. Dia perlu fokus! Tak payah nak ikut orang, atau terpengaruh dengan orang lain. Aku kena tahu apa aku nak. Aku ada impian aku sendiri. Wawa tersenyum lebar. "Terima kasih Adlina. Hope doakan aku berjaya."

"No hal beb. Apa-apa gitau la camne update feedback Master ko tu ye. Nak jadi budak Master dah ko. Bagus bagus!"

"Belum lagi la. Okay, anything I will let you know. Nanti aku call ko lagi. Okay Adlina, Assalamualaikum."

"Take care, waalaikummussalam."

Butang off ditekannya. Adlina tersenyum seketika.Eh, hilang ngantuk aku. Tapi, dia masih berbaring di atas katil, membiarkan kepenatannya terubat seketika. Biar kaki ni rehat kejap supaya kemulusan tidak pudar. Hehe.

Sekarang fasa membina kehidupan dan karier. Fasa kecelaruan identiti. Masing-masing masih tercari-cari apa yang perlu mereka gapai. Masing-masing mahukan sesuatu untuk disandarkan, sesuatu untuk dibanggakan, dan sesuatu yang memuaskan hati. Perjalanan hidup kita yang panjang namun sebenarnya singkat bagi orang-orang yang sedar, masih terlalu banyak benda yang hendak dicari. Namun, pencarian yang sebenarnya dan melengkapi hidup kita semua hanyalah satu, iaitu Islam yang sebenar.


The End


Sekadar Coretan,
Tuan Auz

1.02AM  16 Oktober 2011


http://penapenamenari.blogspot.com 


Friday, October 14, 2011

The Cinderella Wedding


"Opss, opss, excuse me! Tumpang lalu ye.... ekk...maap mak cik...erk akak! Hehe." Terkocoh-kocoh dia meloloskan dirinya di celah-celah orang yang sudah mula membanjiri majlis perkahwinan itu. Dia sepatutnya menjadi pengapit kawannya, mujur sempat sampai! Kalau terlambat haru kena ban friendship dorang selama 15 tahun tu!

Pintu kayu jati dikuak perlahan, takut menganggu tetamu istimewa di dalam yang tengah bersiap. Now dah pukul 11 pagi, sepatutnya dah readylah. Pagi tadi dia dah nikah, tapi buat antara family aje. Kebetulan dia sendiri tak dapat nak hadir pepagi tu, so mampu hadir sebagai pengapit bertauliah aje.

Pandangan mata kedua sahabat itu bertaut. Tersengih-sengih dia memandang keayuan wajah pengantin di hari ini. Penat berbaur dengan perasaan serba salah sebab tak dapat datang nikah si Anisa pagi tadi. Anisa menjeling manja, saja nak balas dendam!

"Anisa, sorry la tadi aku memang tak sempat nak sampai. Ni dari KLIA tau aku berkejar datang ke majlis sanding ko! Straight dari Terengganu." Nady cuba meraih simpati. Sekejap saja seulas senyuman mekar di bibir mulus teman baiknya itu.

"Aku saja je nak merajuk dengan ko. Aku faham." Anisa segera merapati Nady dan mereka bersalaman dan berpelukan. Dalam setahun juga dorang tak berjumpa. Sibuk dengan tanggungjawab dan karier masing-masing.

"Ko sorang je? Mana mak andam?" tanya Nady sambil merenung ke segenap ruang bilik Anisa. Kini, bilik Anisa terhias indah sebagai bilik raja sehari. Warna pilihan hati Anisa ialah putih dan gold. Memang dewi kayangan sangat.

"Aku tak perlukan mak andam. Solek simple je."

"Eh? Kan lebih cantik kalau bersolek lebih sikit? Sekali sekala Anisa oi." sampuk Nady.

"Tabarruj kan tu?" Anisa tersenyum manis. Semanis kurma madu gitu. "Sebenarnya, tak baik bersolek lebih-lebih dan berpakaian sehingga menarik perhatian orang. Bermewah-mewah dalam perkahwinan pun, tak digalakkan dalam Islam, betul tak Nady?"

"Er... tabarruj...betul juga kata ko. Aku tak terfikir pulak. Em, kalau sehari je takkan tak boleh?" Nady memandang wajah mulus Anisa. Anisa memang natural beauty. Wajahnya bukanlah Pan Asian, tapi keayuannya terserlah dengan kelembutan semula jadi dalam dirinya. Tak make up tebal, sebenarnya Anisa dah manis dipandang. Sekadar memakai sedikit celak, lip gloss dan bedak di pipi supaya nampak lebih segar.

Anisa tersenyum lagi. Aiii, memang murah betul dengan senyuman si Nisa hari ni. Hari kebahagiaan mungkin? Getus hati kecil Nady.

"Tabarruj haram. Tiada pengecualian. Aku berharap sangat perkahwinan kitorang ni dirahmati Allah dan live happily ever after. Ini pun majlis sanding, bukanlah sanding pun, cuma untuk makan-makan nak kabo kitorang dah kahwin. Pelamin tu buat pun untuk korang bergambar." jelas Anisa sambil membetulkan baju kurungnya yang berwarna cream itu. Simple sangat! Cuma baju kurungnya jenis embroidery tapi tak terlalu menonjol. Baju nikah pagi tadi juga, cuma dia menambah veil berwarna keemasan perak di atas kepalanya untuk memberi sedikit kelainan.

"Eh, tak de makan beradab dan photoshoot ke?" Nady mengetap bibirnya. Takkan sempoi sangat! Tak best la beb.

"Makan beradab.....ada. Cuma aku request photographer perempuan. Ambil gambar untuk kenang-kenangan aje. Memang plan dengan Zafran nak buat sederhana je." tambah Anisa.

Nady terdiam. First time dia terdengar pasal photographer perempuan. Bukannya tak de, tapi selalunya wedding ni, photographer lelaki yang diupah. Jaranglah kalau photographer perempuan tu.  Eh, memang tak de kot sepanjang aku gi wedding kawan-kawan lain. Semuanya photographer lelaki yang shoot gambar.

"Nisa, meh aku tolong pinkan veil ko ni. Macam senget sikit." pelawa Nady apabila melihat Anisa terkial-kial cuba mencucuk pin di tudungnya supaya veilnya tidak jatuh nanti.

"Nady, aku ada terbaca dulu. Masa tu aku jahil lagi. Pasal isu ambik gambar wedding oleh photographer lelaki. Actually nak amek gambar untuk simpanan diri, dibolehkan. Kalau untuk tatapan umum, jadi haram. Sebabnya jatuh haram tu apabila aksi-aksi pasangan tu sangat mesra, berpelukan dan segala bagai di depan photographer lelaki. Ada yang duduk atas riba suami, meniarap sama-sama, lepas tu yang shoot gambar tu, lelaki. Aksi tu, sepatutnya lebih sopan dan terjaga. Mungkin orang akan cakap skema....tapi ni agama dah gariskan. Sebab tu untuk selamat, aku ambil photgrapher perempuan. Lagi pun, pilihan untuk hire photographer perempuan tu ada, dan bergambar bukanlah suatu yang wajib, kita pon bukannya darurat nak guna photographer lelaki." cerita Anisa panjang lebar. Nady ketap bibir. "Aku kongsi apa yang aku tahu, Nady. Harap kau faham."

"Eh, tak de apalah. Aku faham. Apa yang ko cakap tu, really make sense. Mungkin sekarang ni trend menguasai segalanya. Trend mengatasi hukum hakam agama. Bagus juga ko dapat praktikkan dalam perkahwinan ko." jawab Nady dengan perlahan. Dia terfikirkan tunangnya, seorang part time photographer.

"Dah okay ke veil aku tu?" tanya Anisa sambil memandang wajah Nady melalui cermin muka. Termenung pula cik akak ni. Mesti teringatkan tunang dia. Tapi, benda betul aku kena kongsi secara berkias.

"Veil ko dah kemas dah."

"Terima kasih. Cantik ko buat." puji Anisa sambil mencubit pipi Nady. "Termenung ya. Jangan risau. Slow talk boleh, insya Allah."

Nady mencebik. Uishh, minah ni bukan cubit manja. Kuat juga cubitan dia. Terasa geli hatinya, Anisa seakan-akan dapat membaca isi hatinya.

"Anisa, secara jujur aku suka tengok perkahwinan ko ni. Sederhana sangat. Simple dan .....honestly tak de la macam raja sehari tapi masih nampak meriah dengan sanak saudara ko yang happening tu. Aku tengok baju ko pun, cantik tapi so simple! Memang cut cost abes ek??" usik Nady sambil tergelak.

"Amboi mulut. Aha kitorang tengah budget la juga ni. Ni baju wedding mak aku. Cantik lagi kan. Hehe recycle jek."


Tok! Tok!

"Siapa?" tanya Anisa.

"Abang ni."

Anisa memandang Nady. Dia bingkas bangun untuk membuka pintu untuk suaminya.

"Sorry kacau Nisa dengan kawan. Dah ready ke? Jap lagi dah boleh keluar. Terus makan beradab." ujar suami Anisa. Lelaki itu mengangkat tangan pada Nady sebagai tanda 'hai, selamat berkenalan.' Nady menganggukkan kepalanya.

"Oh cepatnye. Tak sedar lak masa. Thanks abang tolong remind Nisa. Kejap lagi Nisa keluar dengan kawan ya. Oh Nady, kenalkan my husband, Zafran Zaki. Abang, kawan Nisa since sekolah rendah ni, Nadiah, boleh panggil Nady."

"Assalamualaikum Nady. Terima kasih selama ni tolong jaga Nisa untuk saya." ucap Zafran Zaki sambil tersenyum.

"Err waalaikummussalam. Hehe, no hal. Dulu dia ni nakal tau. Sekarang aje sopan santun penuh tatasusila. Mungkin lepas jumpa En. Zafran kot." balas Nady. Gagap jap dia mendengar salam dari suami Anisa ni. Puh, tawaduk habis gaya!

"Banyaklah tatasusila! Bang, kejap lagi kitorang kuar ek."Anisa mencelah. Zafran Zaki sekadar mengangguk sambil menunjukkan thumbs up kepada isterinya. Kemudian, dia beredar keluar.

"Eh?? Tak de kompang ke, berarak ke?" soal Nady. Macam habis pelik ini wedding! Itu dan ini tak de! Eh, jaga ayat ko.

Anisa menggeleng. Gelengan Anisa tu sudah cukup untuk menjelaskan persoalan di hati Nady. Nak kata kagum, entahlah. Nak kata rugi, tak juga. Sebab siapa dia nak judge Anisa. Allah Maha Mengetahui segalanya.

"Minta maaflah wedding aku biasa je Nady. Tak meriah sangat, tak de kompang, karoke ke apa." ujar Anisa, merendah diri.

"Anisa, it's okay. Cuma aku terkedu kejaplah. Aku macam....wow. Ko betul-betul buat apa yang ko cakap. I mean, good for you. Honestly. Aku doakan wedding ko dirahmati dan diredhai Allah, Nisa. Aku nak sangat tengok ko happy. Bukan senang ko nak jumpa seorang lelaki yang betul-betul ikhlaskan," kata Nady sambil memegang bahu Anisa. Hatinya cukup tersentuh dengan kata-kata sahabatnya tadi. Bukan dia nak memperlekehkan. Cuma, culture shock man! Mungkin tahap pendedahannya dalam ilmu agama sangat sangat nipis. Ada certain benda yang Anisa sebut tadi, dia tak pernah tahu.

"Terima kasih ko share dengan aku....ilmu yang bermakna ni. I'll keep it in my mind for my wedding."

"Em, Nady. Terima kasih datang. Sebenarnya tak senang aku dan Zafran untuk yakinkan mak Zafran nak buat wedding simple camni. Kalau ikutkan mak Zafran, dia nak buat grand habis. Sebab Zafrankan anak bongsu lelaki dia sorang aje. Sebenarnya, ni pun idea Zafran juga. Dia berkeras nak buat simple camni. Aku pun, syukur."

"Alhamdulillah. Semoga perkahwinan ko diberkati. Eh jom kita keluar. Tak pasal En. Zafran ko tu kebuluran pulak." Nady menarik Anisa ke muka pintu. Baju dah cantik, muka dah cun, cuma perut aje perlu diisi. Mari!

"Aku tahu, ko bab makan nombor satu. Don't worry, aku dah ready nasik putih untuk ko. Ko kan tak suka makan nasi minyak." Anisa ketawa. Nady mencebik, tetapi hatinya berbunga riang kerana sahabat lamanya masih mengingati makanan allergiknya itu.

Anisa, ku doakan kau bahagia!

Aiii~ bila encik tunang nak ajak kawen ni??



The End

Sekadar Coretan,
Tuan Auz


12.58 AM  13 Oktober 2011




Thursday, October 13, 2011

Soal Hati

Jari jemarinya laju menekan pad Notebook Asus yang baru dibelinya sebulan lepas. Sesekali dia menghirup jus nanas pekat di sebelahnya. Muzik nyanyian Jem, Falling For You berkumandang memenuhi ruang headphonenya. Ideanya terasa tidak lancar seperti selalu. Lagu ini tidak mampu membuahkan sebarang inspirasi seperti yang diinginkan. Sambil mencongak dateline untuk manuskrip yang sudah hampir tiba, dia mengeluh sendirian.

"Assalamualaikum."

Dia masih fokus pada skrin Notebook yang berwarna merah hati itu. Salam itu dibiarkan tidak bersambut. Rupa-rupanya, dia tidak perasan kerana telinga tertutup dengan headphone. Bahunya dicuit lembut. Kepalanya berpusing pantas, terkejut.

"Eh! Sorry sorry. Aku tak perasan. Bila kau sampai?" Zahirah tersengih sambil menarik headphone yang melekap di kepalanya.

"Assalamualaikum Zahirah." ucap kawannya sekali lagi sambil tersenyum manis.

"Waalaikummussalam. Duduklah." pelawa Zahirah dengan wajah yang ceria.

"Lama tunggu?"

"Tak de lah. Asalkan Notebook aku ni ada, bertempek dengan novel aku yang tak sudah-sudah ni, masa  macam cepat je berlalu." Zahirah ketawa kecil.

Adnin mengangguk sahaja. Dia merenung wajah Zahirah, teman sekuliahnya dahulu. Sebenarnya, dia ada hajat datang berjumpa Zahirah. Entah kenapa, dia terasa ingin berbincang dengan gadis itu. Rasa senang nak berkomunikasi dan berkongsi cerita. Kadang-kadang, dia suka mendengar pendapat Zahirah walaupun Zahirah bukanlah seorang ustazah atau alim ulamak ke apa. Dia terasa pemikiran Zahirah semakin hari semakin mendewasakan. Tak percaya juga dia bila teringat Zahirah zaman dulu-dulu.

"Novel ko banyak lagi ke nak siap?" soa Adnin, sekadar memulakan perbualan. Dia sedikit cangung. Segan nak terus ke topik utama.

"Emmm. Adalah banyak juga. Now tengah klimaks. Tapi, aku tak de idea nak terus menaip. Tiba-tiba jam otak. Idea tu suka sangat datang time traffic jem, time aku driving tengah layan lagu jiwang sikit ke. Haaa, time tu memang berlambak. Sampai je masa mengadap laptop, hilang." jelas Zahirah sambil menggaru pipinya.

"Ko catat tak idea ko tu? Masa idea tengah banyak?"

Zahirah memandang tepat muka Adnin. Eh! Betul jugak ek. Aku tak catat satu huruf pun!

"Heee. Aku tak catat la weh. Err, tak terfikir. Bernas juga idea ko tu Adnin." Tersengih panjang si Zahirah sebentar. Kata novelis, perasan! Benda basic setiap novelis buat ialah mencatat segala idea dan apa-apa paparan yang terlintas di kepala. Poin kecil. Lepas tu baru buat cerita.

"Terima kasih. Nanti aku nak gi beli nota comel sikit, special untuk aku catat apa patut." Kemudian, Zahirah memanggil seorang pelayan yang kebetulan lalu dekat meja mereka berdua. "Adnin, orderlah. Aku belanja ko hari ni."

"Eh, sepatutnya aku belanja ko sebab aku nak jumpa ko." Adnin segan.

"Relek la. Bukan senang aku nak belanja tau. Pilih je apa yang ada dalam menu. Ha, dik, tolong bagi akak kita ni buku menu ye."

Pelayan itu tersenyum dan segera berlalu untuk mengambil menu seperti yang dipinta. Tidak berapa lama kemudian, pelayan itu kembali. Buku menu kini bertukar tangan. Adnin membelek dan melihat menu yang ada. Otaknya tak dapat nak register apa yang dibaca. Dia bukannya lapar sangat, tapi Zahirah beria nak belanja, kasihan pula.

"Dik, saya nak orange juice dan ice cream with chocolate cake." ujar Adnin sambil menghulurkan buku menu. Pelayan itu mencatat dan mengulangi pesanan Adnin, kemudian dia beredar dari situ.

"Aik itu aje? Kenyang ke Adnin?"

"Tak pe. Tadi aku dah makan kat rumah." Adnin diam seketika. Zahirah juga senyap. Masing-masing menanti topik utama untuk diutarakan.

"Em, Adnin. Apa yang ko nak cerita dengan aku tu?" Terus Zahirah bertanya. Dia sebenarnya tertanya-tanya. Macam ada sesuatu yang serius je si Adnin ni. Cuak jap.

"Zahirah, aku dah lama fikir soal ni. Ni antara kita aje ye. Aku seganlah. Biar aku straight to the point. Pada pendapat ko, camne sebenarnya cara kita nak berkawan dengan lelaki dalam Islam? Kalau kita tak leh nak berborak, camne kita nak kenal perangai orang tu?"

Zahirah terdiam. Soalan yang menarik tetapi berat untuk dikupaskan.

"Em, aku bukanlah orang yang tepat ko nak tanya soalan camni. Tapi, apa yang aku faham, dari pembacaan aku semua, kalau benda tu tak penting dan tak de tujuan, kita tak dibolehkan untuk berbicara dengan lelaki. Kalau just berbual kosong pun, sebenarnya tak boleh. Dari segi berkawan tu pun, kalau keluar nak bersuka-suka, hang out sama-sama pun sebenarnya tak boleh. Sebab takut bila kita berborak, kalau over the phone, suara kita mungkin menarik hati dia. Kalau secara berdepan, takut kita bergurau di luar sedar dan itu pun dah menyentuh hati dia. Depends." jawab Zahirah. "If ada benda penting je, kita boleh nak contact laki tu, kalau nak cerita sihat ke hari ni, makan apa, tak payahlah."

"Itulah. Tapi, camne kita nak mengenali jodoh kita? Sebelum kahwin mestilah kita nak kenalkan." tambah Adnin.

GULP! Camne nak jawab ni. Kalau bercerita tentang hukum hakam Islam, takut juga dia salah bagi nasihat pada Adnin. Tak pelah. Aku just boleh kongsi apa yang aku faham dan yakin selama ini. Yang memang tak bercanggah apa-apa dan kalau fikir sendiri pun, benda tu logik.

"Aku bukanlah nak kata follow seratus peratus.Aku pun pening-pening juga. Tapi, memang aku mengawal diri dan elak terjebak benda-benda camni. Soal hati memang paling payah, paling senang dipengaruhi sebab hatilah yang sentiasa berbolak-balik. Hati susah nak tetap pada sesuatu benda. Susah nak istiqomah untuk orang macam kita ni. Memanglah senang cerita camni sebab aku tak de pakwe. Kalau bab nak kenal dia tu, mungkin kalau ko nak berjumpa dia juga, bawalah muhrim ko. Jangan jumpa berdua. SMS pun benda perlu, tapi siang hari je. Call pun siang hari je. Sebab kalau malam-malam, suasana dia lain macam dah. Ko boleh risik pasal dia dari member-member dia ke." ujar Zahirah sambil tersenyum. Pada ketika itu, dia teringatkan seseorang yang jauh tetapi dekat di hatinya.

"Sebenarnya, ada someone nak kenal dengan aku. So far kitorang SMS je, cuma tanya khabar buat apa semua. Tak de call lagi. Bila fikir jodoh ni, aku selalu terfikir kalau camtu, macam mana kita nak pilih jodoh yang sesuai dengan kita?"

Zahirah tersengih lagi. Apa yang Adnin fikir, dia juga pernah terfikir. Tapi, disebabkan dia tak terasa seru jodoh tu dekat, Zahirah kurangkan berfikir benda-benda tu. Baginya, kalau jodoh dah sampai, tak ke mana. Insya Allah lancar perjalanan.

"Adnin, aku yakin dengan Allah je pasal jodoh ni. Hati kau kena yakin, doa tu mestilah kan jangan putus. Sebab Allah sentiasa mengikut prasangka hamba kepadaNya. Kalau kita fikir baik, baiklah outcome dia nanti. Cuma cepat atau lambat. Adalah hikmah tu. Jodoh ni, aku pun terfikir kadang-kadang. Cuma yalah, apa aku boleh buat selain berdoa kan. Lagi pun kes aku ni lain sikit."

"Kau masih mengharapkan dia ke?" tanya Adnin.

"Ya." Zahirah tersengih-sengih, ceh segan konon. "Aku yakin dia untuk aku. Sebab aku tak pernah rasa camni kat sesiapa. Tak mudah juga Adnin. Selalu aku teringat, tapi aku tak dapat nak contact dia. Bukan tak de contact number, cuma tak de benda penting nak beritahu dia. Takkan nak SMS cakap rindu kat dia semata-mata? Mengacau hidup dia pula. Apa aku buat sekarang ni, doa je la. Tak perlu nak risau-risau jodoh kita kat mana. Kalau betul dia untuk kita, adalah tu Allah tengah rancang camne nak temukan dia dengan kita. Aku percaya dengan love story yang Allah tuliskan untuk aku."

"Aku kagum dengan ko." ujar Adnin sambil tersenyum.

"Amende nak kagumnya. Tak de apalah. Ko ni....Em. Cinta yang tulus dan ikhlas, datang bersama dengan keyakinan kita kepada Allah juga. Aku tak nak perkahwinan aku berdasarkan cinta kepada nafsu. Aku nak perkahwinan aku dipenuhi dengan rahmat Allah, aku nak malaikat jadi pengapit pernikahan aku, aku nak mas kahwin yang diredhai Allah dan aku nakkan hadiah pernikahan dari Allah iaitu sebuah keluarga yang bahagia dan dirahmati sehingga akhir hayat."

Adnin tidak membalas. Dia masih menanti ayat seterusnya dari Zahirah.

"Ko tahu Adnin? Perkahwinan memang impian setiap orang. Tapi, aku selalu fikir tanggungjawab selepas kahwin tu sebenarnya. Berat yang amat. Kita nak bawa title sebagai isteri pada dia. Banyak benda kita kena jaga. Perkahwinan bukanlah nak seronok jadi raja sehari semata-mata, tapi perkahwinan itu ialah persetujuan kita untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan Allah bersama-sama. Kita kena bermula dari sekarang, betulkan diri kita, perteguhkan iman kita, cara kita semua, sentiasa rajin untuk beribadah dengan giat. So, bila kita dah ready jadi isteri solehah, jodoh tu sekelip mata je. Mestilah kita nak jadi yang terbaik untuk dia kan, dan kita pun nakkan yang terbaik dari dia."

"Betul kata kau. Entahlah. Aku nak kata suka kat dia tu, belum ada lagi. Sekarang cuma kenal-kenal dulu. Memanglah kita kena jaga, tapi kadang-kadang aku macam kalah dengan perasaan aku sendiri." kata Adnin. Kek coklat bersama aiskrim vanila di depannya, disudu sedikit demi sedikit.

"Sapa yang tak pernah kalah dengan perasaan sendiri. Tapi, kita kena kuat dan pandai kawal rasa hati kita. Fikirlah, kita nak rahmat dan redha Allah kan, so kita buat apa Allah suruh. Aku selalu ingat, dulu dia pernah gitau aku, kalau kita jaga hak Allah, Allah jaga hak kita. Tak pun, Allah balas dengan lebih baik lagi. Benda yang susah dan pahit ni, biasanya ada kemanisan di hujungnya." Zahirah save word Novel yang ditaipnya tadi. Tak pasal je terlupa save, penat je menaip.

"Terima kasih weh. Aku keliru kekadang. Bila tengok kawan-kawan semua dah ramai yang kahwin, ada anak. Terasa macam nak jadi cam dorang juga."

"Akan sampai masa ko tu. Don't worry Adnin. Memanglah dorang dah kahwin, tu jodoh dorang. Tapi, jodoh kita yang belum datang ni, kita kena gunakan masa yang ada sebaiknya. Luangkan masa dengan family, dengan mak ayah, adik-beradik semua. Dah kahwin nanti, takut masa tu dah kurangkan. Banyak benda boleh kita buat," tambah Zahirah sambil tersenyum. "Boleh tahu sape nama lelaki tu?"

"Eh...er..." Adnin tergamam seketika. Terkejut dengan soalan mengejut dari Zahirah. Tersipu-sipu Adnin menjawab, "Fatah."

"Sedap nama tu." puji Zahirah, ikhlas. "Eh, camne dengan kek tu sedap? Boleh recommend aku beli lain kali?"

"Kek dia memang sedap. Coklat pekat sungguh. Nah cubalah." pelawa Adnin sambil menghulurkan kek coklat bersama aiskrim vanilla itu. Zahirah menolak perlahan.

"Aku harap ko okay lah dengan penjelasan aku tu. Titik tolaknya, ko kena yakin dengan Allah. Jangan terlalu risau dengan jodoh ni. Of course, mestilah kita semua nak kahwin, tapi let say kalau jodoh kita lambat, atau memang tak sampai di dunia ni, insya Allah ada la tu kat akhirat ke." Zahirah terangguk sendiri.

"Thanks Zahirah. Aku bukan apa, kadang-kadang perlu renew motivasi diri aku ni. Sekejap semangat, sekejap cam hanyut sikit. Oh, ko pergi ke wedding kawan kita kat Ipoh nanti?"

"Pergi, insya Allah. Aku harap tak de pape hari tu. Nak sangat konvoi sama-sama!"

"Eh, laparlah. Offer belanja ko tu, still ada lagi?" Adnin memegang perutnya sambil merenung muka Zahirah. Zahirah ketawa kecil.

"Haa, boleh. Minta la menu dengan abang waiter tu. Order apa yang patut. Amboi, tadi segan-segankan."

Adnin tersengih. Mereka berdua terus memesan untuk makanan tengah hari. Rupa-rupanya, waktu sungguh cepat berlalu. Dah nak masuk waktu Zohor. Zahirah dan Adnin menyambung perbualan, bertukar-tukar cerita tentang latest news kawan-kawan lain sambil menikmati makanan tengahari bersama


THE END


Sekadar Coretan,

Tuan Auz

11:14 PM , 13 Oktober 2011

Monday, September 19, 2011

Terdetik


Terdetik
Sesuatu di hati
Di ruang masa pasti berdetik

Terdetik
Bukan sekali dua
Terdetik
Beberapa kali
yang berulang-ulang

Bukan sengaja ia terdetik
Bukan dipinta untuk terdetik

Namun ia tetap mahu terdetik
Kadang-kadang kuat
Kadang-kadang perlahan

Namun ia tetap tidak pernah 
berhenti berdetik

Antara detikan untukmu
diselangi dengan detikan untukNya
Kerna ditakuti ia hanyalah detikan nafsu
Semoga Allah melindungi hati setiap waktu
Kerna yakinku tidak pernah berkurang

Walaupun ia sekadar satu detikan....




Yang Terdetik dan Tercoret~ 

Tuan Auz

Tuesday, September 13, 2011

Rezeki di mana-mana


Pada petang itu, saya memandu BimBim di area Seri Kembangan selepas membuat beberapa site visit dari UPM, UKM dan ke Bangi (rumah auntie). Berjalan sakan hari ni, tapi bertujuan. Hehe. Sampai je di Seri Kembangan, azan Asar berkumandang. Sambil mengerling ke arah jam, saya mula mencongak masa dan arah yang perlu saya tujui sekarang supaya tidak tersangkut dalam jem nanti.

Saya tawaf dua tiga shop lots untuk mencari butik atau kedai pakaian untuk muslimah. Saya ingin mempromosi koleksi tshirt company saya kepada mereka. Namun, sedikit di luar jangkaan saya tak ada pun kedai pakaian yang diharapkan. Kedai muslimah dulu, yang dekat dengan spa yang selalu saya pergi tu sudah tidak beroperasi.  Kedai Emilia yang menjahit dan menjual tudung secara borong dan retail pula hari ini tutup, cuti mungkin.

Aiii~ sambil-sambil tawaf tu, saya ternampak banner Salun Muslimah, baru dibuka rasanya. Usha dekat sikit, sebab hajat di hati memang nak turun tengok spa tu. Saya memang suka pergi spa. Dulu masa belajar di UPM, ada aje masa terluang, lagi-lagi lepas BimBim ada, harus pergi spa. Bila da kerja ni, langsung tak de can gi spa. Wat aje spa di rumah~ errr exclusive lain sikit.

Salun Muslimah? Aii, tutup pula hari ni. Saya cuba call, mana tahu ada orang kat atas walaupun dah terang lagi bersuluh grill dimangga. Tak berangkat. Saya pun terus cruise keluar dari kawasan tu dan menuju ke shop lots lain, berdekatan dengan McD Seri Kembangan.

Hanya satu kedai pakaian saja jumpa, iaitu kedai pakaian yang menerima tempahan jahitan, sambil itu dia juga ada menjual blouse dan tshirt untuk wanita. Saya masuk ke kedai kecil itu sambil membawa katalog dan membimbit beg berisi sample tshirt. Mana tahu kalau ada rezeki saya di sini. Seorang wanita bertudung kuning dan berbaju kurung warna senada, tersenyum memandang saya.

"Assalamualaikum kak." Saya menyapa sambil memperkenalkan diri saya kepadanya.

Tetapi, akak tu memberi bahasa isyarat kepada saya bahawa dia tidak boleh bercakap. Bermakna, Allah menarik salah satu nikmat daripadanya iaitu suara. Dia menunjukkan kertas dan pen kepada saya sebagai medium untuk kami berkomunikasi. Saya terkedu seketika, tetapi cepat-cepat saya mengangguk sambil tersengih pada akak tu.

Saya bertanya sekiranya dia dapat mendengar suara saya, dia menidakkannya. Jadi, saya juga perlu menulis di atas kertas itu untuk menjelaskan tujuan serta mempromosi produk saya. Dia memberitahu saya bahawa bos dia tak de sekarang, balik kampung jenguk mak dan ayah. Rupa-rupanya, akak tu staf situ.

Saya meminta padanya supaya menyampaikan katalog dan pesanan saya kepada bosnya. Sekiranya berminat bolehlah menghubungi saya bila-bila masa, kecuali kalau saya tidur lah kan.

Namanya Suraya. Kak Suraya. Rupa-rupanya Kak Suraya lah tukang jahit di kedai itu. Walaupun tiada suara, namun Allah mengurniakan jari jemarinya yang cekap menjahit supaya dia dapat mencari rezeki juga. Em, terasa sepi kedai itu tanpa sebarang suara. Cuma, kadang-kadang terdengar suara saya teruja dok usha blouse kat situ. Memang ada yang berkenan di hati, tapi wang dalam wallet tak cukup. Terpaksa letak balik shirt yang cantik itu. Tak apa, jimat duit. :D

Sebelum saya beransur pulang, saya bersalaman dengan Kak Suraya dan ketika itu saya perasan perut Kak Suraya lain macam. Kak Suraya pregnant 7 bulan, tapi nampak kecil aje perut dia. Saya cakap kat dia supaya jaga diri. Tiba-tiba, hari ni saya pandai berbahasa isyarat pula.

Sebenarnya, saya terasa sedikti kagum dan bersyukur. Entah kenapa. Melihatkan Kak Suraya yang tiada suara, namun masih mampu bekerja mencari rezeki sebagai tukang jahit, dan kini tengah menunggu kelahiran anaknya. Jauh di sudut hati, saya nak berkenalan dengan owner kedai itu. Hati saya terasa senang, mungkin kerana owner kedai itu memberi peluang kepada Kak Suraya untuk berkhidmat dan menggunakan bakatnya mencari rezeki. Bukan semua orang mahu menggajikan orang kurang upaya ya.



Alhamdulillah. Hari ni ternyata, rezeki Allah di mana-mana saja untuk semua hambaNya. Terpulang pada kita mahu mencarinya, atau mahu menjadi malas dan duduk saja. Bila saya melihat Kak Suraya, terasa seperti mendapat satu semangat untuk terus tekun, rajin dan bersungguh dalam mencari rezeki yang halal. Jadi, kita yang boleh dikatakan cukup anggota dan sifat, tak boleh bermalasan dan merungut sepanjang masa.Tidak perlu risau atau bersedih. Buat yang terbaik dengan apa yang ada, dan jangan berhenti mencari dan membina peluang untuk maju jaya.

Terima kasih kepada Allah yang menemukan Kak Suraya dengan owner kedai itu. Saya berharap owner kedai tu akan menghubungi saya tidak berapa lama nanti. Semoga Kak Suraya mendapat baby yang comel dan soleh. =)



~cerita hari ini~
Tuan Auz
12.48 AM

Sunday, September 11, 2011

Saya cinta awak


(Thanx to Wallpaper)
Warning: Only married couples can ride the bike together


Di sebuah taman di Tasik Titiwangsa, kelihatan sepasang couple sedang berbual-bual...

En. Boy: Cantiknya awak hari ni. Saya suka rambut awak camni.
Cik Girl: Awak suka? Saya baru potong semalam, gi cuba kat salun baru kat area rumah saya.
En. Boy: Tapi, sayangnya. Ramai yang melihat kecantikan awak secara percuma.
Cik Girl: Percuma pun bukan dorang boleh sentuh. Saya nak awak bangga bersama saya.
En. Boy: Em, saya tengok baju ni macam makin kecil je? Shrinking ke lepas cuci?
Cik Girl: Saya baru beli baju ni sempena nak dating dengan awak hari ni. Dah lama kita tak berjumpa kan?
En. Boy: Tapi, kenapa saya tengok macam bukan saiz awak?
Cik Girl: Kalau saya pakai baju besar, nanti orang cakap saya pregnant pula. Saya nampak gemuk, awak tak suka pula.
En. Boy: Mak awak tak marah kita jumpa macam ni?
Cik Girl: Mak cakap okay aje, sekali sekala apa salahnya. Lagi pun bukan senang awak nak cuti balik sini. 
En. Boy: Awak sayangkan saya?
Cik Girl: Mestilah sayang!
En. Boy: Awak cintakan saya?
Cik Girl: Sangat sangat cinta.
En. Boy: Saya pun sayangkan awak. Hanya awak di hati saya.
Cik Girl: (tersenyum dan tersipu)
En. Boy: Saya nak kahwin dengan awak tahun ni.
Cik Girl: Eh, kenapa tiba-tiba? Saya belum habis study lagi.
En. Boy: Sebab saya sayangkan awak, saya nak kahwin dengan awak.
Cik Girl: Tapi, mak saya takkan bagi.
En. Boy: Saya akan cakap dengan mak dan ayah awak.
Cik Girl: Nanti kalau saya sibuk study, tak sempat nak layan dan masak untuk awak.
En. Boy: Tak apa, saya akan bantu awak. 
Cik Girl: Kalau saya nak keluar dengan kawan-kawan, awak benarkan ke?
En. Boy: Selagi tidak melanggar batas sebagai isteri, saya akan benarkan.
Cik Girl: Saya tak ready lagi lah awak.
En. Boy: Bila agaknya awak ready?
Cik Girl: Emmm.... dua atau tiga tahun lagi?
En. Boy: (Diam)
Cik Girl: (Senyap)
En. Boy: (Diam)
Cik Girl: Tapi saya sungguh cintakan awak. Saya nak kahwin dengan awak, cuma bukan sekarang.
En. Boy: Saya ikhlas sayangkan awak. Kalau nak tunggu lagi dua tahun, kita kena kurangkan berhubung. Tak boleh jumpa macam ni dah. Atau mungkin contact bila awak dah ready nak kahwin.
Cik Girl: Kenapa macam ni pulak? Saya tak setuju!
En. Boy: Saya tak mahu kita berdua hanyut dalam nafsu dan cinta sebegini. 
Cik Girl: Tapi kita tak buat apa-apa pun. Tak pegang tangan.
En. Boy: Ada. Kita selalu berbual dalam phone tanpa benda yang penting. Kita selalu SMS kata-kata rindu yang mampu membuatkan hati kita khayal. Bila ada peluang, kita dating macam ni. Ini semuanya maksiat. Zina hati dan mata.
Cik Girl: (Diam)
En. Boy: Kalau kita benar-benar ikhlas, kita kena hentikan semua ini. Saya juga berharap awak dapat memakai tudung dan pakaian yang sesuai untuk menutup aurat. Saya mahu bakal isteri saya kelihatan cantik dan memenuhi tuntutan agamanya.
Cik Girl: Saya muda lagi la awak. Nanti apa kata kawan-kawan saya pula. Nak jadi ustazah pula?
En. Boy: Menutup aurat kewajipan awak. Bukan pilihan.
Cik Girl: Awak ni kenapa bagi ceramah pula? Hari ni saya nak jumpa awak sebab rindukan awak. Tapi, awak pula nak tegur saya macam ni.
En. Boy: Sebab saya mahu awak lebih menyayangi diri awak.
Cik Girl: (Mendengus bosan)
En. Boy: Apa kata awak? Saya mahu melamar awak.
Cik Girl: Bertunang dulu la.
En. Boy: Boleh. Tapi tak boleh lama-lama. Tiga bulan saja okaylah.
Cik Girl: Saya ada setahun lagi nak habis.
En. Boy: Bertunang lebih banyak dugaan dan ujian hati. 
Cik Girl: Awak ni banyak cakap camni, sebenarnya awak ada perempuan lain ke?
En. Boy: Saya hanya ada awak. Saya mahu awak jadi perempuan yang disayangi Allah. 
Cik Girl: (Diam)
En. Boy: Kalau awak bertegas nak tangguh dua tahun lagi, saya akan tunggu awak. Tapi, saya tak nak kita berhubung dalam jangka masa dua tahun ni. Saya cuma mahu kepercayaan awak kepada saya saja. Kalau ada apa-apa, awak boleh sampaikan melalui mak awak.
Cik Girl: Kenapa awak ni! Saya tak boleh hidup tanpa awak! Jangan tinggalkan saya. Saya janji akan pakai tudung, tapi janganlah terus menyepi dari saya.
En. Boy: Saya sayangkan awak, sebab tu saya buat macam ni.
Cik Girl: Sayang apa kalau awak nak tinggalkan saya!
En. Boy: Insya Allah, saya akan menunggu awak. Saya mahu awak benar-benar bersedia untuk menjadi isteri saya.
Cik Girl: Kalau setahun aje? Setahun aje lagi awak.
En. Boy: Saya tetap akan tunggu awak dalam setahun. Awak, percayalah pada saya. Percayalah pada Allah. Seandainya kita ada jodoh, insya Allah saya akan datang meminang awak. Itu pun kalau awak tak dipinang orang lain.
Cik Girl: Saya nak awak sorang saja.
En. Boy: Insya Allah. Kita jaga hak kita pada Allah. Jauhi maksiat, patuh perintahnya. Allah akan jaga hak kita nanti. Awak kena yakin dengan Allah.
Cik Girl: Awak janji?
En. Boy: Allah tak pernah mungkir janji.
Cik Girl: (Diam sambil menganggukkan kepalanya)
En. Boy: Dah hampir petang. Jom kita balik.
Cik Girl: (Sekadar menurut)
En. Boy: Awak, saya sayangkan awak. Saya akan tunggu awak.
Cik Girl: Saya pun.

.....lalu couple itu mula mengatur langkah untuk pulang. Harapan En. Boy ialah semoga perhubungan mereka dirahmati dan dilindungi Allah. Dia mahu keberkatan dalam hubungannya dengan Cik Girl. Tetapi, dia harus menjaga batas-batas pergaulan dahulu. Selagi dia tidak berbuat demikian, macam mana Allah nak beri keberkatan dalam pernikahan mereka kelak? En. Boy yakin dengan janji Allah. Insya Allah, cintanya kepada Cik Girl akan sentiasa dilindungi dari nafsu-nafsu jahat dan godaan syaitan.

Cik Girl, saya cintakan awak. 


-Tamat-



Sekadar Coretan,
Tuan Auz





Kisah Fati: Si Purdah


(thanx to Twinkle Twinkle)



Matanya menebar ke segenap ruang yang terlakar di imej retinanya. Setiap manusia yang melintas di hadapannya tidak terlepas dari pemerhatiannya. Chewing gum yang berada di dalam mulutnya dikunyah sehingga tawar rasanya, kehabisan rasa glukosa. Rasanya dia dah boleh buat traffic statistik dari segi jumlah golongan orang muda dan tua yang datang ke shopping mall ni. Kaki kanannya tidak henti-henti bergedik. Jam di tangan dikerling sekilas, dah hampir pukul 6! Selendang yang membaluti leher dan kepalanya terasa sungguh panas dan merimaskan!

Mana mangkuk ni! Dah la aku hantar SMS dan call, dia balas satu aje! 'Odw'. Macam siot! Getus hati kecil Fati. Geram betul dia kat mamat sorang tu. Kemain beria nak buat date dengan dia hari ni, last last dia yang jadi tukang tunggu. Terasa menyirap dah api kat kepalanya. Apehal aku yang kena tunggu dia pulak?? Dah tu apsal ko tak blah aje Fati?

"Fati! Fati!"

Telinganya menangkap suara garau yang memanggil namanya. Segera dia berpaling dengan wajah yang mencuka. Ditenungnya muka lelaki di hadapannya itu.

"Sorry Fati! Saya stuck in traffic jam and missed the train tadi! So sorry!" Termengah-mengah lelaki itu menuturkan kata maaf. Kepenatan lelaki itu langsung tidak mencairkan hati Fati yang sememangnya tengah panas itu. Banyaklah kau punya alasan!

"Aku ingat nak blah je. Macam siot tunggu kat sini lama-lama." Mendatar sahaja suara Fati. Tidak berkedip matanya memandang muka mamat lelah itu.

"Serious I am so sorry! Biar saya belanja awak makan, as my apology to you." 

Tanpa berkata apa-apa, Fati terus berpaling dan mengatur langkah. Panas gile tunggu kat stesen komuter Mid Valley ni! Pelik gile apsal aku tak masok aje Mid tadi. Aku sendiri pelik kenapa tunggu mangkuk ayun ni kat sini. Mamat tadi terus mengejar Fati yang membisu seribu bahasa.
"Fati, saya minta maaf. Janganlah marah lagi." ujar Fakhri sambil menarik tangan Fati. Serentak dengan itu Fati merentap tangannya dari pegangan Fakhri.

"Eh, sapa bagi kau pegang tangan aku ni?"

"Oh okay okay! My bad. Fati, saya memang tak sengaja. Betul."

"Dahlah. Kita pon dah lewat kot. Asar dulu." Nadanya mula kendur sedikit. Bukan apa, dia bosan mendengar kata-kata maaf dari Fakhri. Bosan! Ni bukan sekali dua dia lambat masa date, banyak kali dah. Aku yang jadi pak pacak...eh mak pacak!

Jam sudah menunjukkan pukul 6.50 petang. Sudah hampir waktu Maghrib. Namun, manusia masih berpusu-pusu memboloskan diri ke dalam shopping mall tersebut. Masing-masing sedang mengejar showing time untuk movie pilihan mereka, date dengan kekasih hati, gathering dengan kawan-kawan sekolah lama dan sibuk dengan pelbagai urusan yang tidak pernah habis.

Pada waktu-waktu sebegini, surau sudah tentu penuh dan padat dengan manusia yang mahu menunaikan Asar gajah, yang nak buat Asar-Maghrib two in one, dan mungkin ada yang mula chop tempat untuk menunggu waktu Maghrib berkumandang.

Fati berlegar-legar di hypermarket Jusco sementara menunggu Fakhri menunaikan Asar-Maghrib two in one. Fati cuti hari ni. Red flag. Dia membelek makanan yang tersusun cantik di rak. Tiba-tiba, kakinya terasa bagaikan dilanggar sesuatu dengan kuat. Terkejut Fati!

Budak lelaki itu jatuh terduduk dan dua kotak Coco Crunch tersadai di atas lantai. Fati segera membantu kanak-kanak itu untuk berdiri.

"Oh dear. Saya minta maaf cik. Anak saya terlanggar cik. Cik okay?" tegur satu suara dari belakangnya.

"Ermm, oh no it's okay. I'm good. Perhaps I'm the one who is blocking the way here." balas Fati. Namun, matanya bagaikan digamkan pada wajah perempuan di hadapannya. Cantik sungguh matanya! Tapi, wajahnya terselindung di sebalik purdah berwarna hitam yang dipakainya.

"Umar, kan ibu dah cakap jalan tu elok-elok? Kan dah berlanggar dengan kakak ni bila Umar berlari? Apa yang Umar patut buat?" Wanita berpurdah itu menegur anaknya.

"Kakak, saya minta maaf sebab langgar kakak. Maafkan saya kakak." ucap kanak-kanak itu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Fati. Fati bagaikan dipukau sebentar.

"Terima kasih kerana membantu Umar bangun." ucap wanita berpurdah itu lagi.

"Tak de apa-apa. Er...akak dari mana ni?" tanya Fati. Dia bagaikan tertarik untuk mengenali wanita itu dengan lebih dekat. Entah kenapa.

"Bangsar. Hari ni ada trading exhibition kat atas area food court tu kan. Itu yang akak dan suami datang. Ni tunggu nak Maghrib dulu, baru balik." balas wanita itu mesra.

"Nama saya Fati. Akak?" 

"Umainah. Simplenya nama Fati?" Wanita berpurdah itu tersenyum. Fati nampak senyuman di mata wanita itu. Ikhlas dan tulus.

"Er...nama saya Fatimah az-Zahra. Tapi panggil Fati je."

"Subhanallah. Cantiknya nama Fatimah. Kenapa panggil Fati saja? Kan lebih cantik kalau panggil Fatimah?" tambah Umainah sambil tersenyum. Fati tersengih-sengih, tak tahu nak balas apa. "Oh, minta maaf ya Fatimah. Akak pergi dulu, suami akak mesti dah habis bayar. Ni pun nak cari Coco Crunch untuk Umar. Insya Allah, kita akan bertemu lagi." Mereka berdua bersalaman. Umainah merenung Fati seketika.

"Kenapa kak? Ada apa-apa kat muka saya ke?" 

"Fatimah ni cantik orangnya. Akak percaya, Fatimah akan kelihatan lebih cantik dan sopan dengan memakai pakaian yang lebih longgar dan labuh. Fatimah budak baik. Akak doakan Fatimah dilindungi Allah dan dijauhi dari segala kemungkaran." ucap Umainah perlahan dan berhati-hati agar tidak menyakitkan hati gadis itu. 

Fati terkedu. Itulah kali pertama ada orang memberi nasihat kepada dirinya. Dia berasa sedikit segan, memandangkan pakaian tidaklah begitu shariah compliance, jeans boot cut dan kemeja three quarter sleeves tetapi senteng tidak menutupi pinggul. Selendangnya juga dililit kemain dan bergaya tetapi tidak menutupi aurat yang sepatutnya. Dalam diam, dia berasa senang hati dengan teguran ikhlas itu.

"Kak, first time ada orang cakap kat saya macam ni. Saya rasa cam....terharu sangat. Terima kasih kak doakan saya." Hatinya benar-benar tersentuh. Umainah tersenyum. Selepas mengucapkan salam, mereka berpisah di situ juga.

Fatimah az-Zahra.

Betapa cantiknya nama yang diberikan oleh ibunya. Tetapi, dia kurang menyukainya. Masa sekolah dulu, namanya selalu diejek oleh kawan-kawan. Katanya dialah serikandi Islam, tapi serikandi celup sebab tak pakai tudung pun. Namanya tak sesuai dengan dirinya. Mak tersalah pilih nama dan macam-macam lagilah kritikan yang diterima. Dia bosan! Dia tak suka nama tu. 

Namun, hari ini dia seperti tersedar. Kata-kata Umainah tulus begitu menusuk kalbunya. Dia memandang sekelilingnya, manusia yang sedang sibuk membeli-belah ration di hypermarket Jusco. Pelbagai fesyen dan gaya boleh dilihat. Namun, hanya berapa kerat je yang memakai pakaian menutup aurat. Lain? Semua nak follow ikon! Tak mahu ketinggalan fesyen terkini. 

Beep! Beep!

-Fati, awak katne? I dah siap solat ~Fakhri

-Tunggu depan stall sweet potato ~Fati

Fati segera menemui Fakhri. Dia melihat Fakhri sedang membeli sweet potato. Sweet potato makanan kegemaran Fati. Memang kalau dorang datang Mid Valley, Fakhri mesti beli sweet potato untuknya. Fakhri cakap, dia suka tengok Fati makan sweet potato, nampak sedap. Meraban aje mamat ni.

"Eh, Fati gi mana? Ni saya belikan sweet potato untuk Fati." kata Fakhri sambil menghulurkan paper bag berisi dua sweet potato.

Fati sekadar merenung paper bag tanpa mengambilnya dari lelaki itu. 

"Jom, kita ke sana. Tak sesak dengan orang." ujar Fati dan terus melangkah pergi ke ruang yang lebih lapang.

"Ada apa Fati? Nah, ambiklah sweet potato ni." 

Fati memandang wajah Fakhri. Mamat ni memang ikhlas 'berkawan' dengan dia. Fakhri memang serius kat dia. Dia tahu tu. Dia juga sama. Cuma ada sikit perangai Fakhri yang kekadang mencabar kesabaran Fati. Contohnya, sikap dia yang tidak menepati waktu! Tahap kronik gaban! Lambat-lambat Fati menyambut paper bag berisi sweet potato itu. Bibirnya diketap lama.

"Fakhri, aku nak balik dulu. Aku tak jadi nak tengok movie ni. Minta maaf. Nanti aku bayar balik tiket kat ko." 

"Aik? Kenapa tiba-tiba je ni Fati? Kalau pasal Fati marah saya sebab saya lambat. Saya mintak maaf! Janganlah camni Fati. Saya betul tak sengaja." pujuk Fakhri. Tersentap jantung dia kejap mendengar kata-kata buah hati tersayang itu. Tiba-tiba aje! Tak pernah dia buat perangai nak balik separuh jalan?

"Bukan. Pasal tu aku dah cool dah. Aku tak marah ko. Aku tahu memang perangai ko camtu. Tapi, ko kenalah ubah juga. Untuk kebaikan ko sendir. Pasal aku nak balik rumah ni tak de kena-mengena dengan ko pun." jelas Fati. Dia tak nak Fakhri salah faham pula. Tak pasal mamat tu rasa bersalah seumur hidup karang.

"Tapi kenapa?" soal Fakhri lagi. Dia masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Fati. Lagi 10 minit movie tu nak start. Si Fati ni tak mau pulak dah.

Fati sekadar memandang wajah runsing Fakhri. Kepalanya ligat menyusun kata-kata yang sesuai. Orang semakin ramai memenuhi ruang lapang itu. Dia semakin rimas. 

"Aku minta maaf Fakhri. Tolong beri aku masa. Aku perlu bersendirian buat sementara ni. Aku nak muhasabah diri aku balik. Fakhri, aku balik dulu." Fati berpaling untuk menapak pergi tanpa melihat perubahan di wajah Fakhri. 

"Fati! Fati! Please Fati!" 

"Fakhri, kita berdua ada urusan yang lebih penting. Iaitu tanggungjawab kita sebagai seorang Islam. Kita kena reflect balik apa yang kita dah buat selama ni. Betul atau salah? Fakhri, insya Allah. Aku percaya kalau kita ada jodoh, kita akan jumpa lagi."

Kata-kata yang terbit dari bibir Fati bagaikan satu hukuman mandatori kepada Fakhri. Dia faham sangat maksud tersirat Fati. Ini bermakna Fati mahu memutuskan hubungan mereka berdua! Dia faham apa yang Fati cuba sampaikan. Tetapi, nafsunya menidakkan segalanya.

"Tapi janganlah drastik macam ni Fati. Saya sayangkan Fati." pujuk Fakhri lagi.

"Masa tidak menunggu kita untuk berubah, Fakhri. Ianya tanggungjawab kita, dan bukannya suatu pilihan." ujar Fati sambil tersenyum. 

Fakhri terkedu sambil merenung ke arah Fati. Tiada kata-kata yang mampu diucapkan. Hatinya menangis. Tetapi, dia kenal Fati. Gadis itu memang tetap pendirian. Apa yang disebut, tak payah nak hujah panjang lagi. Fakhri terasa nak meraung kat situ juga.

"Assalamualaikum." Fati terus melangkah pergi meninggalkan Fakhri. Hatinya nekad. Dia berterima kasih kepada Umainah, wanita berpurdah hitam itu. Terima kasih kak. Terima kasih ya Allah, kerana memberi aku kesedaran dari terus hanyut dengan kelalaian cinta dan dunia.




-Tamat-



Sekadar Coretan,
Tuan Auz