Jom lihat!

Thursday, April 28, 2011

Artwork: The Hands



Yea, gunakanlah tangan kanan ketika makan.
Sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya.
Kadang-kadang mungkin kita tak perasan,
nak cepat nak tangan kanan penuh dengan barang.
Ngaappp, terus je suap makanan dengan tangan kiri.

Jadi, hati-hatilah.
Takut je keberkatan pada makanan tu kurang.

=)



Sekadar coretan,













Tuan Auz

Saturday, April 23, 2011

Artwork: Badmouth





Surah al-Humazah (Pengumpat) dalam al-Quran ada menyatakan,
si pengumpat atau pencela akan dihumban ke dalam neraka Humazah.
Api menyala-nyala dan dirapatkan ke tubuh hingga terbakar ke hati mereka.
Boleh rujuk tafsir al-Quran ye.


Islam tidak membenarkan umatnya bercakap buruk, berkata-kata tentang
orang lain kepada orang lain.Bak kata orang, bercerita or bergossip.
Kalau benda tu betul sekali pun, ianya jadi mengumpat.
Kalau benda tu tak betul, dah jadi fitnah.
Lebih baik mendiamkan diri, jangan dibuka aib orang lain.
Kerana Allah akan membuka aibmu berkali ganda.
Bercerita hanyalah kebaikan sahaja.
=)

Marilah saling mengingati.



Sekadar Coretan,











Tuan Auz

Wednesday, April 20, 2011

Artwork: High Heels

Click to enlarge

For further reading:


Seperti yang diterangkan oleh Source of Hadith, wanita tidak dibenarkan
memakai gelang kaki atau high heels atau kasut yang mengeluarkan bunyi apabila
kita berjalan. Bunyi-bunyian itu akan menarik perhatian lelaki yang 
mungkin menggegarkan nafsu mereka. 

Seboleh-bolehnya, biasakan diri memakai stokin apabila memakai sandal,
untuk melindungi warna kulit dari dilihat oleh lelaki ajnabi. 

'Bunyi gelang kaki itu menggegarkan pintu syurga'

Selamatkan iman dan maruahmu wahai Hawa.
=)



Coretan Rasa,


Tuan Auz

Monday, April 18, 2011

Artwork: DKNY Night

Click to enlarge





Coretan Rasa,

Tuan Auz

Artwork: Camel Hump

 Click to enlarge



Komik pendek berunsur nasihat dan hiburan. Awal-awal aku create watak Siti Sarah dan Auni Az-Zahra, aku sangat suka dorang dua. Sarah seorang yang selamba, blur dan terus-terang bersahabat baik dengan Auni yang humble, sopan dan sweet. Hehe. Insya Allah, aku akan tekun melukis sesuatu yang menarik untuk bacaan ringan semua.


Aku suka sangat melukis. Ni sambil aku improve skill melukis aku, aku nak cuba lukis sesuatu yang mendatangkan manfaat untuk semua. Semoga lukisan aku menghiburkan semua dan dapat diambil  nasihat dari situ. Hadis ni aku cari online, compare dua tiga hadis juga. Insya Allah sahih. Hehe. Seandainya ada kesilapan pada hadis, tolong tegur saya. Niat saya untuk sharing sedikit ilmu yang tidak seberapa dengan semua. Tanda peringatan sesama kita.

Aku benarkan sesiapa share artwork aku ni. =) 

Sebarkanlah walaupun sepotong ayat - Rasulullah S.A.W.




Sekadar coretan,
Tuan Auz



Camel Hump

Source of Hadith





Coretan oleh,
Tuan Auz


Maaf dipinta....


Aduh, dah berkurun aku tak menulis apa-apa.
Ada beberapa idea dalam kepala tapi bila sampai waktu melakar,
seperti kehilangan kata-kata dan tiada ayat yang sesuai untuk diluahkan.
Frust juga bila tengok Nukilan Rasa aku kosong camni.

Aku akan bermula semula dengan berkongsi cerita-cerita pendek untuk iktibar bersama.
Mungkin dek kesibukan masa, kepenatan badan, membuatkan idea sukar untuk dicoretkan.
Sekarang aku sedang melukis beberapa kartun pendek, sekadar suka-suka.
Akan ku poskan di PenaPenaMenari dan juga di blog personalku D'undefined Auzism.

Andai kata antara post-post dan komik aku nanti, ada yang mengguris rasa,
aku minta maaf awal-awal. Aku cuba belajar nak menggunakan hobi melukis dan mengarang
aku untuk menyelitkan sedikit unsur nasihat. Sebagai peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. =)


Have a nice day! 



Nukilan rasa,
Tuan Auz