Jom lihat!

Sunday, October 14, 2012

SP: Andai Ku Bercinta Lagi


"Aku memang nak kat kau. Jadi aku nak tanya kau nak tak kat aku? Aku malu siot nak tanya benda macam ni tapi aku nak tahu kau camne." Tenggelam timbul suara lelaki itu di hujung talian.

"Wei, bersimpul tali perut aku dengar statement kau ni!" Betul, memang hampir bersimpul tali perut. Menakutkan! Haha. "Aku tak leh nak jawab soalan kau tu sekarang. Sebab aku tak tahu kalau sebulan dua lagi ke Allah detikkan rasa tu kat hati aku. Buat masa ni kita kawan dulu, tengok macam mana. Aku akan bagi jawapan kat kau bila sampai masanya okay?"


-----------------------------------


"Zafran, jap!"

Lelaki itu berpaling tatkala namanya dipanggil. Sebelah keningnya terangkat sambil matanya merenung Dhiya yang merapati dirinya. Tersengih-sengih si Dhiya ni. Tangan kanannya menggagau poket seluarnya, mengeluarkan lipatan kertas yang terlipat seperti kipas. 

"Em ni kau baca ni." Dhiya menunjukkan isi lipatan pertama kepada Zafran.

Berkerut-kerut wajah lelaki itu membacanya. 

Lipatan kedua dibukanya, disuakan kepada lelaki itu. Terkumat-kamit Zafran membaca sepotong ayat yang tertulis. Dhiya tersenyum-senyum.

"Tengoklah camne petang ni okay." balas Zafran.

"Ada benda aku nak cakap, nanti gitaulah boleh ke tak ek!" ujar Dhiya lagi. Dia sekadar mengangguk sambil tersenyum simpul dan terus beredar pergi.

Gahh!! Apsal aku nervous sangat ni ha?Adoyaii. Tapi kalau tak settle benda ni aku dok terfikir aje. Kena juga gitau dia, kena declare semua ni. Aihh, pening kepala aku, Dhiya mengomel sendirian. Sejak semalam lagi dia nak jumpa Zafran, nak cakap sesuatu yang peribadi. Tapi, tak terkata. Argh! Amende yang aku cuak sangat??? Face to face la sangat ni kan. Kalau dalah phone nanti tak clear sangat dan tak dapat tengok riak muka dia camne. 

Waktu yang ditunggu lagi dua jam. Dia menerima satu SMS dari Zafran yang mengatakan dia kena bergegas pulang awal ke rumahnya. Ada emergency katanya. Entah kenapa hati Dhiya lega tapi sedikit kecewa sebab tak dapat nak settle petang ni juga. Aih, esok masih ada, Insya Allah. Sepetang tu Dhiya menyudahkan kerja-kerjanya bersama teman sekerja yang lain. Kepala penuh nak kejar deadline untuk assignment. 


Keesokan harinya.....

Pagi tu dia datang awal. Tak boleh jadi kerja tak habis lagi. Niat di hati mahu balik awal tapi tak tahulah kalau dapat ke tak. Biasanya last minute mesti ada kerja lain. Wargh! Sedang dia menyusun bahan-bahan assignment dan beberapa fail yang bertimbun di atas meja sejak semalam, Zafran mendekatinya. Aik, awal gak mamat ni!

"Apa kau nak cakap semalam?" tanya Zafran sambil tersengih-sengih. 

"Eh....oh semalam....em..."Dhiya ketap bibir. Eh lidah kelu nak berkata-kata. 

"Aha apa dia?" 

"Aku nak buat kerja aku jap pagi ni. Banyak nak settle. Nanti aku gitau kau tengahari boleh?"

"Takut karang aku busy pula tak sempat." 

"Tak pe aku akan cari kau nanti. Ni tak leh nak fokus kang. Aku akan gitau kau nanti ye." kata Dhiya. Dadanya berdebar-debar. Ish, apa ni Ya Allah. Adeh la....

"Okaylah camtu. Nanti gitaula ye." Zafran melangkah pergi dari kubikelnya. Dhiya menghembus nafas lega. Nak pengsan hai!

Beberapa jam kemudian, jam di tangan dikerlingnya. Dah nak lunch time! Semua orang kat ofis tak de hari ni. Tinggal dia dengan Zafran aje. Uh, ni la peluang aku nak bercakap dengan dia. Baik lunch sekali! Walaupun hatinya tidak begitu gembira dengan cadangan sendiri, makan berdua kat luar. Argh tak pernah dia buat dengan lelaki dan dia pun tak nak. Tak baik okay. Tapi hari ni please ampunkan aku Ya Allah! Aku kena settle juga benda ni dengan dia. Kena gitau dia.

"Hai." GULP!

Bagaikan terkena renjatan elektrik, Zafran serentak berpaling. Terkejut dia! Tengah kusyuk buat kerja ni ha. Wajah Dhiya blur. Bulat matanya merenung Zafran yang cuak habis tu.

"Ops, sorry. Terkejut?"

"Terkejut la wei. Adui, tengah semangat buat kerja ni." Tersengih-sengih mamat tu sambil menguakkan rambutnya. Eh, memang terkejut tau!

"Jom lunch. Aku dah kebulur ni. Aku pun nak cakap something kat kau." ajak Dhiya dengan wajah selamba. Memang selamba tapi dup dap dup dap ni ha.

"Em. Okay jom. Aku pun dah lapar ni."

"Naik kereta kau okey! Tak pernah lagi naik."

"Alahai, biasa je kereta." Senyum Zafran sambil memandang ke arah Dhiya sekilas.

Berada di dalam kereta, berdua-duaan bersama Zafran memang membuatkan dirinya nervous semacam. Lainlah kalau ada seorang dua member lagi. Anehnya rasa! Apa ni? Hari ni je please. Minta ampun! Aku rasa malu dengan diri sendiri. Tak pe lagi settle cepat lagi baik. 

Zafran diam aje, pandang tegak ke depan. Dhiya pula berkira-kira untuk membuka topik tersebut. 

"Aaa, pasal benda aku nak gitau tu. Em, camne ek aku nak mula. Em... jap biar aku susun ayat jap." Wargh! Ingat macho sangat dok bagi nasihat kat orang lain tapi bila sampai part aku, rasa nervous break down sikit je nak pengsan ha. Eh, bertenang, bertenang.

Zafran mengerling ke arahnya sekilas sambil tersenyum sedikit. Namun, dia masih lagi membisu. Seperti sudah dapat dijangka apa yang bakal Dhiya keutarakan.

"Okay, aku nak tanya kau betul-betul la kan. Apa perasaan kau kat aku?" Satu nafas je! Sah! Eh eh jap. Berjaya gak aku tanya. Aku tengok muka Zafran yang dah meraut wajahnya sambil tersengih.

"Weh, kita makan dulu la okay. Makan dulu." jawab Zafran.

"Apa jawapan kau? Ala cakap je la. Tak lalu aku nak makan karang. Adoi la." 

"Kita makan dulu okay." Zafran tersenyum-senyum. Mak aih, nervous.

Adoi. Boleh ke aku nak makan camni. Sendat perut aku terasa. 

"Nak makan katne ni?" soal aku apabila Zafran berdiam diri. Awkward! Tolong cakap sesuatu. Mana perangai gila-gila dia? Macam orang lain. 

"Mana-mana pun okay."

"Kita makan restoran bubur tu okay! Sedap weh!" cadang Dhiya.

"Ala situ? Aku nak makan kat warung tu." 

"Ek ele tadi tanya kata mana-mana pun okay. Cet!" 

Akhirnya, mereka sampai ke destinasi yang ditujui. Dhiya habis baca segala doa dalam hati dan bertenang. Ni memang tahap cool habis. Tak perlu nak gelabah, karang tak tertelan nasi tu. Zafran order nasi ayam dari stall Kak Limah. Sementara Dhiya pula memilih lauk campur kegemarannya. Berpuas hati dengan kailan ikan masin bersama keli masak cili padi, dia mencari kelibat Zafran. Mamat tu dah bersantap dulu, kebulur betul. Kerusi sebelah Zafran ditarik dan Dhiya duduk dengan tenang. Buat selamba jek la. Ikan keli masak cili padi memang kegemaranku!

Nak menghabiskan makanan tu, adalah juga dia borak-borak benda biasa. Dhiya pun layan sekali. Kalau senyap je rasa kekok je. Cerita je la benda meraban-raban. 

"Jom weh balik ofis." pinta Dhiya selepas selesai membasuh tangannya.

"Relek dulu. Lambat lagi la." 

"Ala aku ada kerja la nak kena buat ni." Dhiya mengetap bibirnya. Cehh!

Zafran membisu. Argh! Aku la ni nak start dulu? Dhiya menarik nafas. 

"Weh, pasal hal tadi tu. Apa jawapan kau?" tanya Dhiya.

"Amende?" Zafran mengerutkan dahinya. Namun, dia tak pandang wajah Dhiya. Tengok TV jek! 

"Kau nak aku ulang?" 

"Em...em.. okay." jawab Zafran, sekadar tersenyum-senyum. Tak pandang! Mamat ni segan ke apa?

"Apa yang okay?" soal Dhiya, saja. Geram.

"Aku okay. Okayla."

"Aku tanya, apa perasaan kau kat aku. Apa yang okaynya?" 

"Tak tak, kau jawab dulu apa perasaan kau. Kau dulu okay!"

"Eh excuse me. Kau jawab dulu. Cepat weh!" Sentap Dhiya. Eh mamat ni, susah sangat ke.

"Okaylah." Tergaru-garu kepalanya. Segan gile!

"Tak leh blah kau ni. Okaylah aku bagi kau jawapan ek. A,B,C,D. Kau pilih satu. A kau tak de perasaan. B kau ada perasaan. C kau tak tahu. D kau keliru. Mana satu?" 

Lama Zafran memikirkan sebelum menjawab soalan cepumas tu. Rasa tertelan air liur dah ni. Payah sangat ke nak jawab, getus hati kecil Dhiya.

"Aku pilih B."

"B tu ape ke tadi?" Dah mula kesengalan si Dhiya ni. Zafran gelak sambi geleng kepala. Tapi, pandangannya masih tertancap pada TV tu. Entah apa yang menarik sana.

"Ish, tak sangka ek kau camni? Nampak je gila-gila, tapi penyegan juga." usik Dhiya sambil tersengih. "Jawapan tu memang dari hati kau ke? Tak pe, kau gitau je yang sebenarnya kalau kau rasa nak reject aku ke apa. "

"Amende aku nak reject kau pulak ni..."

"Bukan, maksud aku. Kau jawab ikut hati kau la. Jangan sebab nak jaga perasaan aku ke apa. Aku okay je." sambung Dhiya.

"Em, aku jawab B kan." Tak keruan muka si Zafran ni.

"Perasaan kau tu, camne? Suka ke cinta?" Okay, kau gile Dhiya. Nampak sangat macam kau nak menyakat mamat ni dah!

"Semua pun ada."

"Uish, semua ada? Takut ni!" Dhiya ketawa. Zafran pun sama tersenyum. Tak terpandang dia muka si Dhiya ni ha. Nervous jugak!

"Okaylah, aku pun pilih jawapan B juga. So sekarang ni, aku nak tahu camne status kita. Yelah. Kau dengan aku sama kan. Kau tak de komen apa-apa ke?"

"Em, tak de komen. Aku terima seadanya." Ceh, tak menjawab soalan!

"Memang tak menjawab soalan kau ni. Ha camne ni kita. So, kau dengan aku sama feelings. Boleh ke kalau aku nak anggap kau lebih dari kawan? Kiranya kita dua ni lebih dari kawan?" Rasa tersekat-sekat statement sendiri. Dhiya ketap bibir.

"Boleh." Tersenyum-senyum kambing Zafran. Matanya masih tidak boleh lekat pada wajah Dhiya. Tak sanggup.

Rasa nak tepuk je dahi mamat ni. Apekehal dengan dia hari ni? Biasanya hyper jek! Ni senyap semacam, macam terkena penangan puteri bunian ke apa. Adoyai. Aku pula yang conquer the conversation ni kenapa. Adeh la. Padahal aku nak bagi jawapan masa dia proposed aku dua bulan lepas tu. Nampak gaya macam aku lak yang dok tackle dia....ceh!

"Aku ada mimpi sebenarnya dalam tiga empat hari ni." kata Zafran. 

"Eh, kau mimpi apa pulak?"

Zafran menggerakkan kepalanya ke arah aku beberapa kali. Aku faham tapi malas nak layan isyarat bisu dia. Selagi tak dengar statement dari mulut dia tu, aku tak layan, fikir Dhiya. 

"Apa weh? Apsal kepala kau ni? Mimpi apa?"

Sekali lagi Zafran menggerakkan kepalanya ke arah Dhiya. Dhiya terus berpaling ke arah susunan lauk-pauk di atas troli sebelah kanan sambil menunjukkan ke arah salah satu lauk.

"Kau mimpi ikan keli ek??" Dhiya tersengih-sengih. Zafran ketawa.

"Apa kau ni. Aku mimpi nampak kau."

"Eeii! Takutnya aku dengar sampai kau mimpi aku ni. Berangan banyak kau ni kan."

"Tak lah. Aku ada buat solat juga. Aku ada nampak kau di hari bahagia kita."

"Weh, nak terserdak aku dengar ayat kau tu. Hari bahagia? Ow man, tolong!" Naik segan aku dengar kata-kata lelaki tu. Kelakar pun ada.

"Okay, aku nak gitau kau satu benda. Aku nak kahwin tahun depan." Ujar Zafran. Ada pun suara. Terkejut Dhiya dengar statement mandatori mamat ni!

"Oi, relek dulu! Belum apa-apa lagi ni ha. Kita go with the flow la. Memang aku niat tahun depan juga nak kahwin tapi sabarlah dulu. Tak tahu apa akan jadikan."

"Aku plan Raya Cina nanti." tambah Zafran. 

"Weh! Aku tak nak laa. Cepat sangat, aku nak enjoy dulu nak buat macam-macam lagi. Nervous siot aku dengar. Pening pale." Sekarang, giliran aku pula nak cuak, nak pengsan ke apa. 

"Habis tu kau nak bila?" tanya Zafran lagi.

"Akhir tahun ke, tengoklah November ke Disember ke." Berkerut muka aku, tak setuju! Nak sesak nafas aku dengar cerita kahwin.

"Tak lewat ke. Macam mana kalau April? Kita tahun depan nanti dah nak puasa pastu raya lagi." Serius sungguh muka mamat ni. Tak pernah aku tengok dia macam ni. Biasanya mesti ada je jawapan sengal dan bengong dia.

"Kenapa nak April, awal la. Em, aku nak raya kat kampung dulu! Pastu baru kahwin okay tak." Tiba-tiba, rasa cuak gile cakap pasal kahwin. Biar betul aku nak kahwin dengan dia ni? Terasa seperti cepat sangat!

"Okay, apa kata kau bagi tarikh. At least aku boleh plan dulu." 

Nak terserdak aku dengar kata-kata dia yang penuh dedikasi dan keseriusan tu. Em tarikh? Aku tak pernah fikir pun pasal tarikh ni adui. Zafran masih menunggu jawapan dari Dhiya.

"Kita ambil 13 Oktober okay? Hari ni kan kita officially jadi member special. Tapi aku tak janji, kita tengoklah situasi masa tu macam mana boleh?" balas Dhiya, teragak-agak. "Em, Zafran. ni aku nak cakap sikit. Katakanlah, dalam masa kita berkawan ni, masing-masing kenal dan kau ada jumpa girl yang lebih baik dari aku, terus-terang aje. Insya Allah aku okay. Jangan main belakang aku je. Aku pun akan buat benda yang sama nanti." 

"Ish apa kau cakap ni. Tak de la aku fikir nak cari lain dah." Zafran tak puas hati.

"Aku cakap je. Manalah tahu kita tak sure masa depan kan. So, kita buat dulu untuk masa sekarang. Nantilah masuk tahun 2013 baru aku fikir. Cuak la fikir kahwin ni!" 

"Mana cuaknya. Okay je weh."

"Alamak! Jom kita balik. Aku nak buat kerja ni ha." Ajak Dhiya tatkala melihat jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Terus aku bangun dan menyaukkan handbag ke bahu.

Zafran menganggukkan kepalanya dan terus mengekori Dhiya ke keretanya. Dalam kereta, terasa macam nak pengsan bila lagu yang dimainkan di radio lagu "Aku Suka Dia" nyanyian Ainan Tasneem. Adoila.

"Dah berapa lama kau nak cakap benda ni?" Suara Zafran mematikan lamunan Dhiya.

"Tiga hari. Dalam tiga hari ni baru rasa confident nak cakap kat kau. Tu pun macam nak pengsan jek. Susah juga nak cakap. Ai memang cuaklah cerita kahwin ni." 

"Tak payah nak cuakla. Tak de mende pun." ujar Zafran sambil tersengih.

Macam tak percaya pula aku dengan dia. Betul ke keputusan aku ni? Aiseh! Jangan fikir lebih-lebih. Lagipun apa aku buat ni ikut gerak hati, dengan solat hajat dan solat istikharah minta keyakinan sekiranya dia yang terbaik untuk aku. Macam kartun pun ada aku rasa. Tapi kitorang still remain the same, cuma status ajelah berubah. Bebel Dhiya dalam hatinya. Dia mengerling sekilas ke arah Zafran. 

Selagi kita menjaga hubungan ni dengan baik, tak tercemar dengan dating dan SMS yang meraban-raban, insya Allah, Allah akan melindungi hati-hati kami berdua. 

"Weh, lepas ni tak de keluar berdua ye. Kali ni je, sebab aku nak cakap benda ni." ujar Dhiya.

"Okay, cik Dhiya." Tersenyum lebar Zafran sambil memandang wajah kekasih hatinya. Insya Allah, tahun depan! Hehe.



<END STAGE ONE>

 14 Oktober 2012. 
 12.25 AM