Jom lihat!

Wednesday, September 26, 2012

Cinta....Again? (12)

"Oh sorry, sorry! Saya tak perasan tadi!"

Dia segera membantu lelaki itu mengutip buku-buku yang terjatuh di atas lantai. Arghh! Segannya! Camne la aku boleh terlanggar mamat ni padahal tempat tu bukan main luas lagi.

"Khadijah?"

Dia tersentap apabila mendengar suara lelaki itu. Segera dia menjeling ke arah tuan empunya suara. Mereka masing-masing berpandangan, masih lagi mencangkung dengan buku di tangan. Khadijah serta-merta tersengih lebar. Hatinya rasa riang sangat, entah kenapa!

"Eh, lama tak jumpa kau. Apa khabar bro?" Buku-buku di tangannya disusun elok-elok. "Err, nah buku kau. Sorry aku betul tak nampak tadi. Tak sengaja."

"Tak apa. Aku sihat aje. Kau camne pula?" tanya lelaki itu sambil tersenyum. Senyuman menawannya yang mahal itu!

"Aku sihat. Sibuk dengan kerja aku ni la. He.He.He. Kau beli buku apa? Banyak aku tengok?" Dah lama tak jumpa dia. Almost setahun!

"Emm just select a few. Ni nak gi baca tengok mana yang sesuai untuk beli. Buku photography and some thriller novels." Lagak lelaki itu masih seperti dahulu. Tetapi, Khadijah perasan dia pun seperti terkejut bertembung dengan dirinya di sini. Yelah, tak de ribut tak de apa pelik juga dia datang ke MPH Subang Jaya ni. Bukan dia dok sini pun.

"Okaylah, aku nak gerak dulu. Kau enjoylah okay. Sorry again!" Bagaikan tersedar, Khadijah cepat-cepat meminta untuk beredar. Lelaki itu tersenyum.

"No problem. Take care!"

Aduii, kenapa berdebar jantung aku? Rasanya perasaan aku kat dia dah lama luput. Macam mana boleh bertembung kat sini pula. Uihhh, aku pula secara refleksnya menjadi sangat ceria pulak! Aiyo, janganlah mamat tu fikir bukan-bukan.

'Mana kad kahwin kau, aku tak dapat pun?'

Argh, pertanyaan tu hanya tersekat di kerongkong. Dia tak mahu mengeruhkan suasana pertemuan yang mengejut ini. Lelaki itu masih sama seperti dahulu! Gayanya, suara dan paling penting senyumannya yang menawan! Emm. Tiba-tiba, hatinya terasa sesuatu. Adakah dia masih mengharapkan suatu keajaiban berlaku? Oh tidak. Bukankah dia sudah memilih Ashraff? Mamat tu pun silap-silap hari bulan dah kahwin tapi tak cerita aje.

"Kenapa mood swing pulak ni. Kan aku dah shopping elok-elok je tadi." Gumam Khadijah di dalam hati.

Dia bergerak menuju ke Gloria Jean's Coffees untuk menghiburkan hatinya. Strawberries and Creams kegemarannya dipesan. Selepas membuat bayaran, dia duduk di salah satu meja di situ dan mula membuka novel yang baru dibelinya. Walaupun jam di tangan sudah menunjukkan waktu 8.30 malam, namun para pengunjung pada malam Sabtu masih lagi ramai. Memang menjadi kebiasaan Khadijah untuk meronda selepas waktu bekerja, kadang-kadang aje. Selalu buat camni kena sound dengan ibu la jawabnya. Ada benda nak beli, baru datang.

Beep! Beep!

Oh, mesej? Telefon bimbit yang berada dalam beg tangannya digagau perlahan. Susah gak kalau bawa handbag besar camni. Dok main sembunyi je handphone aku.

Assalamualaikum, Dhija. Ehemm, buat apa tu? - Ashraff

Aiseh, typical question. Nak jawab ke tak nak. Em, biarlah. Telefon bimbitnya disimpan semula. Dia tak tahu nak jawab apa.

Tidak berapa lama kemudian, kedengaran mesej baru pula masuk. Pembacaan Khadijah terganggu lagi. Sebenarnya, nak habiskan dua page pertama tu pun susah. Fikirannya melayang.

Kusyuknya dia membaca.  -Ashraff

Serentak Khadijah berpaling, matanya mencari kelibat Ashraff. Eh, tak de? Ishh, ke mamat ni teka je aku membaca. Dia kan tahu aku suka baca buku. Emmmm. Terasa sedikit hampa. Ish, apa aku ni! Kenapa dengan hati aku hari ni? Astaghfirullah al azim. Ni gara-gara terkena panahan senyuman menawan la kot. Aihh, minta jauh!

"Assalamualaikum cik adik. Boleh abang duduk?"

Khadijah mengangkat wajahnya. Serta-merta dia tersenyum.

"Amboi! Mana awak sembunyi? Ingatkan teka je tadi." tanya Khadijah sambil menutup novelnya. Tak ada makna aku nak fokus dah ni.

Ashraff ketawa kecil seraya menarik kerusi berhadapan dengan Khadijah. Untung aku hari ni dapat dating senyap-senyap dengan tuan puteri. He.He. Bagus gak call bakal mak mentua tanya khabar tadi. Habis pecah rahsia! Apa lagi, on the way nak balik dari kerja terus dia singgah Subang Parade. Maghrib dulu baru dia memulakan operasi mencari tuan puteri kayangannya. Mujur jumpa!

"Saja nak usik. Yelah, dia kedekut kredit nak reply mesej kita kan. Kerja okay hari ni?" Ashraff memulakan bicara. Berdebar juga dia apabila sendiri perasan tengah dating. Rasa lain macam....

"Okay. Minggu ni busy sikit, sebab nak kejar product customer kan. Kena siapkan beberapa juga." balas Khadijah. Seketika terdetik di hatinya. Tak manisnya mereka berdua-duaan seperti ini. Lagi pun bukan ada ikatan yang sah lagi. Dalam masa yang sama, dia ingin meluangkan masa bersama Ashraff. Oh hati....

"Dah makan? Saya tiba-tiba lapar. Nak order makan ni. Dhija nak apa-apa?"

Pertanyaan Ashraff dibiarkan tanpa jawapan. Khadijah diam. Dia kini berlawan dengan rasa hatinya. Kalau dia makan dengan Ashraff, lagi lama masa dia bersama dengan Ashraff. Dan macam-macam permainan hati yang akan berlaku, yang mungkin dia tak sedar nanti. Ah, majlis tak lama lagi. Tiga bulan aje.

"Cik Dhija? Anda lapar sampai termenung?" Ashraff tersengih sambil mengetuk meja. Gadis itu mengangkat pandangannya. Ashraff pelik, penat ke dia?

"Em, sorry Ashraff saya nak balik dulu." Dadanya berdebar-debar. Dia takut nafsunya mula mengawal akalnya. Lebih baik dia cepat beredar.

"Aik, cepatnya. Kita makan dulu baru balik."

"Saya teringat ada hal nak buat. Minta maaf ye." Gadis itu mula menolak kerusi untuk bangun. Ashraff mengetap bibirnya.

"Dhija, takkan sekali sekala saya nak luangkan masa dengan awak tak boleh? Macam ni tak seronoklah!" Tegas suara Ashraff. Dia terasa hati dengan sikap Khadijah yang acuh tak acuh itu.

Khadijah sedikit terkejut mendengar kata-kata Ashraff. Pertama kali Ashraff menunjukkan protesnya. Dia dapat menghidu nada rajuk dari suara lelaki itu. Hmm, macam ni ke pasangan bercinta? Walaupun dia masih belum mempunyai perasaan cinta untuk lelaki di depannya namun dia akui dia berasa bahagia dengan perhatian yang diberi.

"Kenapa awak ni macam merajuk je? Saya ada hal nak kena pergi dulu." Jawab Khadijah berhati-hati. Kenapa dia mesti menjaga hati lelaki itu untuk sesuatu yang terang-terangan tidak betul? Apa ini?

"Awak tak pernah cuba nak luangkan masa dengan saya. Sekali sekala nak juga spend time dengan awak tanpa gangguan orang lain." Luah Ashraff. Lelaki itu semakin tenggelam dengan perasaannya yang membuak-buak. Dia terlupa...terlupa sesuatu untuk seketika.

"Ashraff. Awak sedar apa awak cakap? Nak luangkan masa dengan awak? Apa keperluaannya? Kita belum ada ikatan yang sah lagi. Terus-terang saya cakap, berdua-duaan macam ni jatuh hukum haram. Kalau awak rasa tak seronok dengan saya, awak pertimbangkan semula keputusan kita untuk berkahwin. Saya nak balik dulu. Awak fikirlah." Khadijah bertegas, demi prinsip dan janjinya kepada Yang Maha Agung. Dia mahukan hubungan yang bersih. Jadi dia tak mahu tercalit sedikit pun kelekaan yang tidak membawa makna apa-apa ini. Dia takut.

Khadijah terus beredar tanpa memandang wajah Ashraff.

Lelaki itu terpaku. Terperanjat dengan kata-kata Khadijah yang tepat mengenai batang hidungnya. Hendak dikejar, terasa lemah kepala lututnya. Dia tersedar akan keterlanjurannya yang terlalu mengikut kata hati. Terasa menyesal mengingatkan kembali luahan hatinya yang konon inginkan perhatian dan bermanja dengan Khadijah. Dia tersilap kali ini. Dia terlupa syarat Khadijah kepadanya pada awal perkenalan mereka. Dia terlupa Khadijah bukan gadis sembarangan. Nampak je releks dan selamba, jinak-jinak merpati. Dalam masa yang sama dia bersyukur kerana Khadijah masih kuat untuk mengingatkan dirinya yang terleka sebentar. Sesungguhnya dia bertuah dipertemukan dengan gadis seperti Khadijah.

Arghh! Aku kan dah janji nak jaga dia seumur hidup. Kenapa pula aku nak mencemarkan hubungan yang belum pun bermula? Kesal. Dia menyesal sungguh. Dia tak ingin kehilangan gadis itu. Tak keruan jadinya dek penangan cinta Khadijah!

Sementara Khadijah pula, dia memandu kereta dengan perasaan yang bercelaru. Ish, kenapa pula aku terasa nak minta maaf dengan mamat tu pulak? Bukan salah aku. Aduhai, apakah perasaan ini? Bukan cinta kan kalau benda ni tak betul? Dia harap Ashraff bermuhasabah diri. Begitu juga dengan dirinya.

Ya Allah, ampunkan aku. Aku janji takkan terleka lagi. Aku mohon keampunan dariMu. Engkau lindungilah aku dari perasaan nafsu yang bermain di hati ini. Jauhi aku dari zina hati. Aku mohon keberkatan dariMu dalam hubungan aku dengan Ashraff. Semoga Engkau lindungilah kami berdua dari nafsu masing-masing. Amin Ya Rabbal Alamin.

Nampaknya, malam ni aku perlu meluangkan masa bersama Tuhanku. Tenangkanlah hatiku, lapangkan dadaku ini. Semakin dekat nak kahwin, semakin banyak dugaan. Alhamdulillah. Syukur masih ada sedikit kesedaran dalam diri aku.


<bersambung>

Friday, September 21, 2012

Tirai Cinta Berlabuh (END)

PART 4


Hilal membuka facebook dia seperti biasa. Hari ni kurang sikit sibuknya. Biasanya, tiap weekend pasti ada je member ajak dia keluar, tak pun amek gamba.  Dia browse web Home cam biasa. Eh? Ada message.

Auni Azrai.

Hmmm. Berkerut dahi Hilal tatkala membaca nama gadis itu. Apa cik akak ni hantar kat aku kali ni? Bank soalan ke tuk aku jawab? Mesej yang tertera di skrin PC dibaca dengan tenang.

Oh? Senyuman terukir di bibirnya. Terus dia menggerakkan mouse dan arrow dihala ke link tersebut. Double click. Facebook profile Auni sendiri….Oh,  dia post video?

Happy Birthday to you, especially for you ….. –A.A-

Butang play ditekannya. Video start loading. Buffering.  Background muzik Wedding Dress terus berkumandang. Kelihatan sekujur tubuh berjaket hitam dan berbaju merah, serta berseluar hitam, memakai bandana serta cap yang menutup wajahnya. Serentak dengan itu gerak tubuhnya beralun mengikut rentak muzik lagu Wedding Dress nyanyian Taeyang Big Bang.

Hilal telan liur. Perghhh! Gempak gile menari. Ni siapa? Dia terpana melihat tarian gadis itu. Sehingga ke akhir lagu, ada sebaris ayat terpapar di video sambil si gadis tersebut membuat tanda peace. Wajahnya masih terlindung.

Happy Birthday En. H ! Semoga ko berjaya dunia dan akhirat!
Oh jangan lupa ye, Ahad pukul 3 petang k. Gua serius. Haha.

Hilal menggelengkan kepalanya. Apa lagi ni yang kol 3 petang tu? Ahad? Ye hari nilah!  Dia ketawa kecil. Auni ke yang menari tu? Smart gile! Entah berapa lama dia praktis semata-mata nak buat tarian ni kan. Erm…thanks Auni.

Video itu diulangnya sekali lagi. Menarik juga. Terhibur dia jap. Kelakar pon ada minah ni. Ni rupanya kerja dia. Ceh.

Kemudian, dia terus menyambung kerja-kerja mengedit gambar customernya. Gambar perkahwinan yang diambil last week. Ada orang promote dia. So dia pun amek la job tu. Boleh tahan lumayan juga bayaran yang diterimanya. Memang seronok buat kerja ni. Hobi dan minatnya sejak dulu lagi….

4.30 petang….

Eh! Hilal terkebil-kebil bangun dari tidurnya. Ya Allah! Aku terlajak tidur ke. Dah Asar ni. Huh. Tiba-tiba dia teringat mesej dari Auni. 3 petang! Aku dah miss ke? Dia bangun lalu menuju ke tandas untuk berwuduk. Solat perlu diutamakan dulu. Namun, pelbagai andaian berputar di dalam kepalanya. Usai solat Asar, Hilal turun ke ruang tamu. Kelihatan ibunya sedang menonton TV.

“Hilal. Tadi ibu jenguk, Hilal tidur. Tak sampai hati ibu nak kejutkan anak ibu sorang ni.” Pn. Mazni tersenyum. Hilal duduk di sebelah ibunya. Kelihatan ibunya tersenyum-senyum memandangnya. “Dah besar kan anak ibu ni.”

“Nape ibu senyum camtu? Semacam jek?” Hilal tersengih. Ahah! Musykil aku nih.

“Ermm…. Ni….” Tiba-tiba, Pn Mazni mengambi sebungkus paper bag berwarna biru cair dan dihulurkan kepada anaknya.

Darah Hilal berderau tiba-tiba. Apsal  entah. Buang tebiat ke? Dapat paper bag sweet camni pon menggeletar. Berdebar-debar aku. Dia melihat barang-barang di dalm paper bag itu. Sebuah kotak berwarna coklat, bercorakkan bintang  serta sebuah buku dan segulung surat.

“Ada kawan Hilal datang bagi kat ibu. Sempena birthday Hilal hari ni. Dia kirim salam. Rasanya Nadya. Dia biasa datanglah dulu.”

PAP!! Nadya? Kalau Nadya, mestilah dia ada juga kan? Dia datang rumah aku?

“Cuba tengok apa dia bagi. Cantek betul balutan dia.” Tambah Pn Mazni.

Hilal membuka ikatan surat tu. Amboi, bergulung-gulung cam utusan diraja apakah? Geli hati dia melihat surat ni.

Hilal,
Selamat hari jadi.
Aku doakan semoga ko berjaya dunia akhirat.
Senyumla selalu sebab ko senyum menawan.
Silala baca buku ni, best! Dan hope ko suka hadiah yang tidak seberapa tu.

Auni Azrai dan rakan-rakan.


Pendek ni jek? Haha apa ni ‘dan rakan-rakan’? Comel je. Dia mengambil buku dan melihat tajuk depannya. Tabir Menyingkap Kebahagiaan. Hmm, cam Islamic motivation je. Nampak best. Kemudian, dia mengangkat kotak coklat itu. Tertulis, handle with care. Wah! Kemain.

Perlahan-lahan dia membuka kotak tersebut. Terkedu seketika dia melihat isi yang terkandung di dalam. Tak tertelan rasanya air liur. Pn Mazni di sebelah juga terpegun.

“Cantiknya Hilal. Ni toy ke apa?” Tanya Pn Mazni. Memang cantik!

Nikon DSLR D300 cake.

Sure tempah special ni. Lawa gilerrr!! Cam real! Siap dengan micro lens tak tahan tu. Details dia pon cantik. Kek ke ni? Sayangnya nak makan.  Fondant color yang digunakan pun seakan-akan warna camera betol. Pada skrin belakang camera cake itu terdapat edible image dia. Hilal tidak terkata. Jujurnya, dia sangat suka hadiah kek tu. Camera dia Nikon…..

“Kek birthday? Wah memang sesuai la dorang bagi kek camera ni. Hilal kan suka amek gambar.”

“Em. Memang cantik kek ni ibu. Sayang betol nak makan kan?” Hilal tersengih sambil memandang ibunya sekilas. Tak leh blah ada edible image dia tuh! If tengok gambar tu, tahulah mana minah tu cilok gambar dia…. Tapi aku suka. Seriously smart.

“Kita simpan kek ni dulu boleh ke ibu?”




Auni Azrai’s….Home

“Oh mak dia ke yang ambik?”

“Aah, mak dia cakap Hilal tidur masa tu.” Ujar Nadya. “Weh thanks belanja chicken wings Domino’s tadi.”

“No hal bro. Haha. Yelah upah ko tu, dah terbang masok perut? Em. Aku harap dia suka weh.”

“Suka tu. Lawa kott kek! Dengan aku tak de pon ko nak buat kek camtu! Huh, benci okay…” Nadya mencebik.

“Ala cukup la chicken wings tu. Kolesterol okay! Haha!” Cam sengal pon ada. “Terima kasih bebanyak Nadya. Aku tahu aku buat kerja gila dan kalo orang lain tengok bunyinya cam aku terhegeh-hegeh. Tapi ko tahu kan perasaan aku yang betul.”

“Ye. Jangan risau. Aku kenal ko. Terhegeh apanya? Penuh kesantunan aku menjadi orang tengah, pass barang kat orang tu. Kalo terhegeh ni, dok tergedik-gedik kejar. Tak de apa.” Balas Nadya.

“Em. Aku cuma tak nak menyesal je nanti. Aku nak buat apa aku fikir sekarang ni. Apa dia nak fikir kat aku, entahlah. Belakang kira. Tak de benda akan berubah pun sama ada aku buat ke tak. Gua ikhlas beb! Kekadang aku terasa aku ni patot jadi laki jek....” Aku mengeluh. Tiba-tiba aku rasa cuak sikit. Apa dia fikir. Suka ke dia dengan hadiah tu? Em…

Plop!

Eh? Bunyi mesej facebook. Uhuk!! Beliau!!

“Nadya! Dia mesej aku ni. Heeee aku nak jawab mesej dia. Okay, nanti pape aku update ko.”

“Amboi, cepat je nak byebye kan. Camnila kawan. Haha. Okay weh. Gitaula nanti kat aku. Bye.”

“Bye.” Aku terus mematikan perbualan antara kami. Handphone ku letak tepi. Em! Nervous gile ni. Cam dah tak terasa jari jari aku. Kebas semacam nak menaip.

Hilal: Salam
Aku: Salam Hilal
Hilal: Aku dah terima. Thanks untuk hadiah tu.
Aku: No hal beb. Hope ko suka je.

Senyap jap. Argh! Lambatnya dia reply. Ke aku nak tanya soalan?

Aku: Err camne kek tu? Sedap ke?
Hilal: Sedap. Thank you ye. : ) Mana dapat kek tu?

Tiba-tiba laptop aku hang! OWMIGAWD!! Apakah dugaan ini? Kenapa mesti nak hang masa Hilal bertanyakan aku soalan buat julung-julung kalinya? Noooooooooo!! Tolong! Lappie please don’t do this to me.  Kisah cintaku dihujung tanduk!

Woooot! Terus padam. Gelap skrin gua.

Aku rasa nak berguling-guling je kat situ. Mahu hentak berlipat kepala kat laptop ni! Rasa cam melepas sangat! Woi! Saja je kan laptop ni dengki dengan aku. Ah. Malasnya nak on balik laptop. Aku lihat jam di dinding. Dah nak kol 11 malam. Ngantok gak mata ni. Sok kerja.

Hilal, fahamilah gua bro. Gua bukan sengaja nak offline. Huuuuuuuuuu~!  Em. Tiba-tiba teringat janji sendiri. Bukan ke ko cakap lepas ko bagi hadiah kat dia. Ko dah tak nak cakap apa-apa dengan dia. Tak nak kacau dia. Tak nak chat dengan dia dah. Yelah takut ganggu dia je. Sure dia tak suka aku dok chat dan tanya macam-macam soalan basic, tidak berilmiah langsung. Ermmm. Boleh ke aku buat camtu?

Ah tidur je la!



Tiga minggu berlalu….


“Monyok je minah ni apsal?” Tanya Umairah sambil meletakkan baju-baju yang diangkat dari jemuran di atas katil.  “Auni?”

“Auni!”

“Em??” Aku berpaling. Terasa sayup je orang panggil nama aku tadi.

“Apsal ni? Sedih je muka?” Tanya Umairah sambil tersenyum.

“Oh…em..” Sambil mengunjukkan gambar Hilal. Aku rindu dia weh. Camne ni? 

“Tak chat dengan dia ke?” Tanya Ziela.

Aku geleng.

“Aku dah berjanji tak nak kacau dia pas bagi hadiah tu. Aku terasa cam dia sure sentap bile tengok nama aku nak chat dengan dia. Habisan la tu prepare nak counter soalan-soalan aku. Sedih sikitlah.” Aku tunduk merenung gambar Hilal. “Aku rindu dia do! Tak macho langsung weh! Aaaaa!”

“Jadah pulak macho tak macho ni. Perasan ingat ko jantan? Haha! Ala chat je la. Entah-entah dia pun tertunggu-tunggu ko mesej dia. “ sampuk Nadya sambil membetulkan laptopnya di atas meja.

“Ceh, statement nak yang beri harapan je kan?” Aku tersenyum. Tiga minggu. Ceh tere juga aku tak chat dengan dia. Ikot hati mahu je aku chat setiap hari! Nak tanya dia tengah buat apa. Camne kerja hari ni? Apa jobscope kerja ko? Turnover company baper tiap tahun? Uhux!

Buzz! Buzz!

Aku melihat Nadya membaca SMS yang diterimanya. Umairah dan mula melipat kain dan baju-baju yang diangkat sebentar tadi. Monyok ke aku? Rasa biasa je. Cuma tak bertenaga sangat la. Inspirasi dah makin menjauh. Tapi , tiap malam aku buat solat hajat. Semalam je tak buat sebab aku ngantok sangat. Heeee.

“Aiseh….”

Aku pandang Nadya.

“Aku dapat SMS jemputan bertunang Hilal ni.  Dia ajak aku pergi. Bulan depan. Majlis sederhana je kat rumah bakal tunang dia.” Nadya ketap bibir sambil merenung aku. Aku dah memang rasa cam nak terputus rambut masa tu jugak. Sipi lagi roh aku nak keluar dari kepala aku, terasa nak membawa diri jauh dari sini.  Gua sentap!! “Sorry Auni.”

Serta-merta bergenang air mataku. Terus laju meleleh turun. Huh. Apa perasaan ni? Kenapa aku rasa dada aku cam berdenyut-denyut sakit ye? Sampai sini sajakah antara aku dan dia? Memang tiada jodoh antara kami? Ceh! Sudahlah berdrama. Sejak bila dia milik ko?

“Auni…” Panggil Umairah. Masing-masing senyap memandang aku.

“Aku sedihhhh. Aku tak sangka dia cepat camni nak bertunang. Ke sebab aku bagi dia hadiah? Signal nak soh aku back off?  Wwuuuuu…” Aduiii! Apsal tak nak stop menangis ni? Air mata please jangan keluar. Malu aku depan bebudak ni. Tak macho doww.

Umairah  memeluk bahuku. Lagi laaa aku nak teresak bila dia comfort aku camtu. Nadya dan Ziela sekadar memerhati.

“Auni. Sabar okeh. Jangan fikir banyak sangat. If tak de jodoh, tu maksodnya dia tak sesuai untuk ko. Ada lagi orang yang lebih baik tuk ko.” Ujar Umairah.

“Auni….” Nadya memegang pahaku.

“Em. Aku tahu. Aku tahu…” Tapi air mata ni tetap tak nak berhenti mengalir jugak. Pleaselah air mata. Hilal. Memang dia bukan jodoh aku ke? Kalau aku nak dia jugak, macam mana? Adakah ini jawapan kepada doa aku? Doaku sudah dijawab oleh-Nya....

 
Sehari sebelum pertunangan Hilal....

~Biarrlahhh, ku rela.. melepas mu, meninggalkan aku...Berikanlah aku kekuatan untuk lupa kamu~ ! 

Aisey!! Apsal lagu Biarlah ni aku pi nyanyi pulak? Ini bukan lagu tema Hilal ye puan-puan. Emosi sungguh gua. Seb bukan Cinta Kain Putih yang berkumandang. Tak pon lagu Bengang oleh Mantera.  Aku usha handphone ku. Em. Sok adalah tarikh keramat, tarikh istimewa dan tarikh yang....ah! AKu tak nak tahu. Sayu je terasa hati ini. 

Makan hati sungguh aku. Nak tengok facebook dia pun aku tak sanggup. Dengar nama pun dah rasa luluh jantung dan hati aku nih. Tinggal rangka dada je. Besar sungguh penangan Hilal terhadapku. Entah. Hanya dia aku rasa lain macam. Tidak seperti crushes aku yang dulu-dulu. Sungguh. Memang lain.Ko akan dapat detect bila ko jumpa THE ONE. Huh? Apa ko cakap tu? Drama kecil di sini jek! 

Em. Dialah sumber inspirasi aku untuk kembali berkecimpung dengan hobi aku. Aku jadi semangat jika mahu buat sesuatu sekarang. Dan kerana dia, aku dalam process untuk menerbitkan himpunan cerpen-cerpen pendek aku selama ni. Atas sokongan kakak aku juga, aku betul-betul fokus. Aku sangat gembira. Dia memang betul-betul naikkan semangat aku balik. Aku dah nampak hala tuju hidup aku.

Sungguh. 

Aku terasa seperti dialah untukku. Namun, semuanya tidak seperti yang kita rancang. Hanya Allah je yang Maha Mengetahui. Mungkin juga Allah bagi aku jumpa dia so that aku dapat start balik minat aku yang dulu, minat yang telah lama berkubur dek kekecewaan yang teruk. Arghhh positif la sangat !

"Dikk....oooo dik!!"

Hah? Terkejut aku. Brother ni panggil aku rupanya.

"Mi goreng dah siap ni. Jauh termenung nampak?" tegur abang kedai tu sambil menghulurkan sebungkus mi goreng kepadaku. Memang selalu aku order dengan abang ni tuk makan malam. 

"Thanks bang. Fikir masalah dunia ni...." Aku tersengih sambil menghulurkan wang kepada abang tu. 

"Yelah dik. Kekadang, masalah ni jangan fikir sangat. Makin fikir makin bermasalahlah kita. Betul tak?"

"Errr..betul betul." Kejap!! Aku cuba memahami apakah nasihat abang tu kepada aku sebenarnya? Kemudian, aku terus minta diri untuk pulang ke blok aku.

Sampai sahaja di bilik, kelihatan Umairah sedang membaca magazine Solusi. Mungkin baru dibelinya tadi. Aku menyapanya sambil tersenyum. Mi goreng ku letak atas meja. Ziela dan Nadya masih belum pulang. 

Hmm, Nadya. Sure berdating dengan Fizzo tu. Hari tu dia ada story problem dia ngan kitorang. Baru tahu dia dalam dilemma diganggu ex lama dia. Aiseeeh! Haha! Kelakar gak. Nampak je brutal Nadya tu. Tapi, hati kucing je. Dia ceritala ex dia beria ni pujuk. Sampai satu tahap tu dia berbelah bahagi dengan Fizzo pulak. Apa lagi, kitorang advice dia cukup-cukup. Dah dah la Shazry tu. Fizzo dah cukup considerate kot. Memang Fizzo ni nampak tulus dan ikhlas dengan dia. Dan Nadya menyahut nasihat kami dengan tegar....

"Dating lagi ke Nadya tu?" tanyaku kepada Umairah. "Ko dah makan Umairah?"

"Dia baru je keluar pas Maghrib. Katanya saja nak jumpa Fizzo, nak bagi hadiah apa entah. Haa aku baru je makan tadi weh." Umairah memandangku lama. Gaya cam ada benda nak sambung lagi.

"Nape ko tengok aku camtu?" soalku. Aneh. 

"Ko okay?"

Aku mengeluh. Ceh. Terbantut jap niat aku nak makan. Tadi memang lapar kemain perut. Aku kona pergi ke katil Umairah. Tergaru-garu kepalaku cuba memikirkan camne nak memulakan bicara. Malas nak meleret beremosi.

"Aku sedih Umairah. Sayu je rasa hati. Konon cam lagu Nidji Biarlah tu la. Faveret aku dulu-dulu. Tapi, nak buat camne kan. Mungkin ni la jawapan Allah nak gitau aku kot." ucapku tenang. Tapi mata dah terasa panas. Air mata dah standby jek nak meluncur laju.

"Esok ko nak pergi ke...." Ragu-ragu Umairah bertanya. Tepat matanya merenung muka ku. Pergh! 

Aku tersenyum memandang Umairah.

"Jom? Makan free kan?"

Kerja gila? Ye. Aku suka buat kerja gila.


Hari pertunangan…

Ziela memakirkan keretanya tidak jauh dari rumah perempuan itu. Tak de la ramai sangat kereta. Mungkin dorang ajak yang rapat-rapat dan saudara terdekat aje. Yelah. Baru bertunang. Nanti dah nikah barulah buat gempak sikit. Jimat cermatkan amalan yang disukai Allah? Tak baik membazir ni. 

Kami semua turun dari kereta. Ziela mengunci keretanya dan memastikan agar tiada barang-barang berharga yang tertinggal di situ. Aku sekadar merenung kosong ke arah rumah tersebut. Terasa kepala ni ada dot hitam, dan tak de apa-apa pon yang menari-nari di sekeliling dot hitam tu. Cuma ada satu punat je kat situ. Kosong. 

"Ko betul ni nak pergi? Aku tak nak pula tibe-tibe esok keluar paper, 'seorang gadis kecewa direjek mengamok di hari pertunangan lelaki yang merejectnya'.Ahaa." ujar Nadya. Concern tapi ayat sentap kot!

"Amboi. Hebat betul statement ko ni kan. Ishh, aku okay je la. Kalau tak okay, dah lama aku berkabung kat rumah. Ni aku pakai baju merah lagi okay. Merah membara! Haa makan free kenalah terima. Rugi tolak. Aku suka kenduri-kenduri ni." balasku selamba. Tiada perasaan yang ku tunjuk. Tak sedih. Tak excited. Constant je.

"Ko kuatkan Auni. Jangan risau. Kitorang ada kat sini." Umairah memegang lenganku sambil memberi kata-kata semangat. Aku tersenyum. Betul, korang ada dengan aku. Korang lebih lama kenal aku berbanding dia. Thanks korang!

Dengan langkah yang sopan kami menuju ke majlis pertunangan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ah sudah. Debaran di dadaku dah mula dah. Terasa berderau darah tatkala memikirkan yang Hilal akan menjadi milik orang sebentar saja lagi. Walaupun dia cuma bertunang, tapi peluang untuk aku dah makin tipis sebab berdosa sekiranya kita mengganggu tunang orang lain. Ye. Berdosa. 

"Haa kawan-kawan Arisya ke ni?" tiba-tiba seorang mak cik menegur kami semua.

Arisya? Oh, itukah namanya. Cantik. Pasti tuan empunya badan juga cantik dan manis. Sepadan dengan Hilal. Shuuhh! Oi jangan fikir pelik-pelik daaa. Ko juga nak datang kan. Sekarang nak meroyan pulakk dalam kepala. Chill beb! Aku mengetap bibirku. 

"Ha ye ye. Kami datang nak raikan pertunangan dia." Jawab Ziela dengan berhemah. Meraikan pertunangan. Huiih.

Kami dibawa masuk ke dalam rumah. Aku menarik nafas panjang-panjang. Apa ni? Betulkah apa aku buat? Ada ke orang yang gila cam aku? Menyaksikan orang yang dikasihi menjadi tunangan orang lain? Aku mendongak kepalaku. Tepat mataku bertentang mata dengan Arisya, mungkin. Dia tersenyum manis memandangku.

Waaah memang cantik! Sangat ayu. Aku terasa diriku comot je dan tak layak dengan Hilal. Hmm, patutlah. Memang aku tak sepadan dengan dia. 

Arisya lengkap berpakaian baju kurung berwarna merah jambu yang dihias ringkas dengan butiran manik-manik berwarna warni. Veil cream pinkish dan bersulam emas melitupi kepalanya. Dia duduk bersimpuh di atas pentas kecil yang dihias cantik. Tampak ayu dan lembut. Aku terpana melihatnya. No wonder la... gua sapa? Jauh sekali... jauh memang jauh....

"Okayy, mari. Dah sampai masa nak sarungkan cincin. Mak mentua mana?" Kedengaran seseorang memanggil mak mentua Arisya. Dah nak sarung ke?

Aku menggenggam tangan Umairah. Aku rasa aku tak kuat nak tengok semua ni.
"Auni..." Umairah memandangku.

"Weh...aku laparla. Jom makan..." ujarku sambil tersengih. Tergaru-garu pinggang yang tak gatal. Tebiat sangat. Lalu aku terus mengatur langkah ke luar. Aku tak nak tengok....

"Nak makan ke? Atau kita nak balik?" tanya Ziela.

"Emm, honestly aku tak nampak pon Hilal hari ni. Pelik." ujar Nadya.

"Lelaki kan sepatutnya tak leh datang. If ikot adatlah." tambah Umairah.

Mendengarkan nama lelaki itu, spontan mataku melilau mencarinya. Sejak tadi aku menafikan kehadirannya. Aku tak nak bertembung. Takut aku sedih. Tidak semena-mena, aku ternampak seseorang berjalan ke arah kami. Eh? 

"Nadya. Dah lama ke korang sampai ni?" Hilal menegur kami. Di bahunya tersangkut kamera Nikon DSLR D300 kepunyaannya. Pasti tadi sibuk mengambil gambar tunangnya. Aku sayu.

"Weh tak nampak pon ko tadi?" tanya Nadya. 

"Adalah. Aku tadi kat belakang. Then aku ambik gambar orang tunang ni ha." balas Hilal. Kemudian, dia memandangku sambil tersenyum. Ape hal lu bro?

"Hm, tahniah beb. Ko dah tunang. Awal betul kan." ucapku ikhlas walaupun hatiku terasa berat. Dia tersenyum-senyum.

Huh. Gembira sungguh.

"Cantik tak Arisya tu?" tanya Hilal. Dia tanya aku ke?? Nadya, Umairah dan Ziela memandangku. Masing-masing menanti reaksiku. Soalan zasss ni!

"Dia memang cantik. Sepadan dengan ko." balasku jujur. Aku tak suka ni! Nak balik. Perut pun dah lapar. Hati aku memberontak tapi tak kuasa nak tunjuk. Imej wajib dijaga okeh.

"Apsal tibe-tibe nak bertunang awal?" Soalku tiba-tiba. Argh! Apsal pulak mulut ni lancang bertanya? Tak reti nak berinsurans!

"Tunang awal? Siapa cakap aku tunang awal?" Hilal ketawa kecil. Aku dah blur. Nadya, Umairah dan Ziela pun cam sentap je. Kehairanan. 

"Habis tu, yang ko mesej Nadya tu apa? Ko bertunang hari ni kan." Hoi!! Ape ko cakap keling gini? Huh! Tetiba aku rasa cam temperature aku nak naek sikit. 

"Oh. Haaa. Tu saja je aku type camtu. Saja nak bergurau je. Tak sangka Nadya datang. Dan thanks korang datang hari ni. Cuma, bukan aku yang bertunanglah. Aku amek job ni as photographer je." terang Hilal sambil tersenyum-senyum. Aku ternganga. Ya Allah. Budak sekor ni betul tak? 

"Ko gurau ke?" ulangku. Pening jap kepala. Berpinar. Tapi cam satu beban besar terlepas dari bahuku. Huargh! "Ko bergurau ke bro?"

"Aku cuma nak tengok ko datang ke tak hari ni." balas Hilal tenang. Huih minah ni confirm marah aku kaw-kaw japgi. Dah siap prepare mental dan fizikal ni. Sekali kena libas side kick dia tak pasal aku. Bukan apa. Takut kamera aku yang melayang nanti.

"Cam siol la ko ni. Haaa ni aku dah datang. So, ada hadiah apa-apa nak bagi? Menang cabutan bertuah?" kataku dengan tegas. Aku betul-betul geram sebenarnya. "Weh, dahlah. Kalau camni la ko asyik nak test aku je. Biar aku cakap direct kat ko. Aku memang ikhlas sukakan ko. Dan jangan ingat aku tahu semua pasal hidup ko tau. Nadya tak de info pon nak bagi kat aku. Jadi selama ni bila aku tanya-tanya ko tu, tu memang betul aku bertanya. Bukan sekadar nak create conversation. Aku tak pernah suka seseorang macam ni. Ko tahu, aku berharap ko tu pompuan dan aku laki. Senang kot nak tackle. Payah sebab aku pompuan. Kang ko ingat aku ni perigi pulak. Entahlah aku tak mintak perasaan macam ni. Tapi dia nak datang jugak. Aku suka ko dari first day kita jumpa, masa main boling tu. Terpulanglah. Apa-apa pun aku ikhlas berkawan dengan ko."

Hilal terkedu. Wajahnya merona merah. Dia pulak yang segan! Tak sangka Auni akan berkata begitu kepadanya. Nampaknya dia memang dah jentik lubang naga ni. Silap bergurau. Terkena kat dia balik. Sungguh dia malu. Sebab inilah kali pertama ada perempuan confess kat dia. Selama ini tak pernah. Dia nampak keikhlasan pada wajah Auni yang tengah marah tu. 

"Ek..Auni..." Hilal tergamam. Tiada kata-kata yang mampu dibicarakan. Dia segan dengan Auni! Minah ni memang kamikaze buat public confession kat sini. Ada beberapa mata yang memandang drama mereka. Ada juga yang tersengih-sengih.

"Huh, pape pon. Tak pela. Ko tak kahwin lagi kan. Tu paling penting. Okaylah. Aku balik dulu. Weh, jom jom." Aku menarik tangan Nadya dan terus blah ke kereta Ziela. 

"Kitorang balik dulu Hilal. Jumpa lagi." ucap Nadya. Umairah dan Ziela juga mengatakan benda yang serupa.

"Ahh...okay.." Hilal sekadar mengangguk. Dia merenung dari jauh. Dia pulak yang terkejut besar! Hmm, papepon dia sempat snap beberapa gambar Auni yang tengah membebel tadi. Kelakar sangat! Auni Auni....  Hilal tersenyum menawan. 

Dalam kereta Ziela, masing-masing senyap. Kedengaran enjin kereta menderum kuat. Umairah memandang aku. Aku memandang Nadya dan Nadya memandang Ziela. Passing pandangan pulak?

"Jom, aku belanja korang Domino's!" ujarku semangat!

"Eh eh. Tiba-tiba cam hidup balik budak ni. Selama ni monyok je." kata Nadya sambil tersengih. Lega dia tengok Auni dah ceria balik. Sebulan ni jangan cakapla. Constant jek perasaan dia. Mendatar gitu. Dah la suara monotone, lagi bertambah monotone.

"Best best! Jom Domino's orang nak belanja!" tambah Ziela sambil memecut keretanya. Umairah tersenyum riang.

Diam-diam aku terasa sungguh gembira! Ceh. Kaw kaw aku kena main. Arisya tu  watak tempelan aje ke. Huih. Pandai eh. Kuasam betol mamat ni. Tak pe. Maknanya, aku ada harapan lagi la kan. Betul tak Big Boss? Terima kasih Ya Allah. Bukan aku tidak benci dengan gurauan dia sekarang. Tapi, aku dapat merasakan hanya dia yang aku mahukan. Hanya dia je. Entah. Selagi dia belum berkahwin, dan selagi perasaanku masih setia pada dia, selagi itulah aku akan tetap berdoa kepada Allah. Heee kalo tak de yang pinang aku lagi la kann. Opsssy~!

Hilal, gua sayang lu.

Ya Allah,
Sekiranya dia memang tercipta untukku,
Kau dekatkanlah hatinya padaku,
Titipkanlah kebahagian buat kami,
Dan kasih yang abadi.

Ya Allah,
Sekiranya dia bukan milikku,
Jauhkanlah dia dari pandanganku,
Padamlah ingatanku terhadapnya,
Dan jauhilah aku daripada kekecewaan.....
AMIN.


12:50 AM  ;  18 Nov 2010 
Tuan Auz














Tirai Cinta Berlabuh (3)

PART 3

Damnn! Aku terlambat bangun nak gi ofis! Hari ni hari Jumaat! Sok sudah cuti. Uwaaa, apsal mereka tak kejutkan aku pun? Aku bergegas bangun dari katil lalu tersepak Mr. Bubu yang entah camne ada di hujung kaki ku dah. Berterbangan gambar Encik Hilal. Ops!

Aku kutip Mr. Bubu, teddy bear yang dihadiahkan oleh Yusra sempena konvoku suatu ketika dahulu. Siap berjahit jubah konvo serta mortar lagi kat teddy bear tu. Yusra memang pakar bab-bab mereka cipta dan menjahit benda-benda comel.

“Bubu, jaga my Hilal okay? Saya mahu mandi ni.” Aku meletakkan gambar Hilal di pangkuan Mr. Bubu, seolah-olah dia memegang gambar tersebut.

Aku lihat Nadya dah tiada kat katil. Mandi barangkali? Ku jenguk budak Masters kat sebelah. Amboi! Bestnye dia tidur. Yelah kelas dia lambat. Si Ziela pun hanyut sekali. Eh pukul berapa ni?? Nape semua cam relax je?

Aku buka pintu bilik. Pap! Nadya tercegat di depan muka pintu sambil mengelap rambutnya yang basah. Tangan kirinya mengangkut baldi mandian kaler pinknya. Mana dibeli baldi pink tu pun aku tak tahu.

“Weh. Apsal semua relax tak nak bangun lagi ni? Nape ko tak kejut aku? Aku dah lambat laa.” Zap! Banyak betol soklan di pagi hari ni. Nadya mencebik.

“Apsal ko gelabah semacam ni? Baru pukul 6.30 pagi. Bukan ke ko ni hujung-hujung baru bangun gi mandi? Tak pun, pas Subuh ko kembali beradu sampai 7.30. Ofis ko 8.30 kan start?”

“Eh ye ke? Aku cam mimpi aku dah lambat la. Opssy! Aku mandi dulu!” Terus aku berlari ke bilik air. Pelik. Nape aku rasa cam dejavu. Aku terlambat ke ofis! Ceh, berapa kali je aku on time sampai ofis pun??

Nadya siap berpakaian. Kemudian, dia mengejutkan Ziela dan Umairah. Hmm, memang relax bebudak ni. Betol kata Auni.  Tiba-tiba, dia terpandangkan gambar Hilal di samping Mr. Bubu. Eh, sejak bila minah ni ada gambar mamat tu? Aduhhhh!! Kemaruk betol kawan aku kat member aku ni. Memacam la. Nak gelak pun ada. Padahal si Hilal buat dek je ngan dia. Nadya mencapai gambar Hilal yang sedang menunggang kuda itu. Wow! Memang ada kelas gambar ni. Pandai minah ni pilih. Haha. Stalker tak bertauliah betol. Gambar itu diletak kembali ke riba Mr. Bubu.

Selesai je mandi dan kemudian breakfast, aku bergegas turun ke keretaku. BimBim tersayang! Jom kita race ke ofis! Aku dah lambat ni. I’m counting on you man, kataku kepada BimBim. Aku panaskan enjin beberapa ketika. Wajib jaga enjin dengan baik supaya BimBim hidup lebih lama dan sentiasa awet muda.

Tempat kerja aku tidak berapa jauh dari situ. Aku bekerja kat syarikat Event Management Red Apple. Baru sebulan. Sangat menarik! 

“Auni, lambat bangun lagi hari ni?” tegur kawan sekerjaku, Amri. Aku tersengih sambil buat thumbs-up. Motif pun aku tak tahu kenapa.

Belum sempat aku duduk atas kerusi empuk, boss tiba-tiba melaung dari biliknya. Pantang nampak aku je mesti menyeru namaku terus! Terus aku pergi ke bilik boss.

“Awal sampai?” Boss tersenyum manis. Tapi tak menawan seperti Hilal. Ceh!

“Emm, cam biasa la boss. Saya tersasul sikit pagi ni. Haaa.” Jawabku dengan selamba. Takpe. Janji segala kerja aku laksanakan dengan terbaik sekali. Kerja favourite aku!

“Lain kali please be punctual okay. Kalau awak nak, saya boleh kejutkan awak setiap pagi.” Qhairyl, merangkap Boss aku dan juga Event Manager di situ dah start “berdialog mesra”.

“Boss, it’s okay. Saya pakai alarm clock guna bateri Energizer. Boss simpan je tepon tu.” Balasku. Malas nak melayan. Kekadang merapu entah ke mana. Seram juga mamat ni.

“Demi awak, saya tak kisah.” Senyuman yang terukir di bibir Qhairyl amatlah menyeramkan. Mungkin orang lain tengok kononnya manis. Bagi aku, nightmare!

“Apa agenda hari ni Boss? Customer yang nak buat wedding kat Putrajaya tu camne?” Sengaja aku mengalihkan topic. Boss ni kalo dah gatal patut gi kahwin je. Tak kahwin-kahwin tu aku pelik. Kalau tengok, ramai je kawan perempuan yang datang ofis ni nak jumpa dia. Klien? Tak macam klien pun!

“Cepat je kan nak bincang pasal kerja? Pandai je awak ni. Couple tu ke? They all confirm nak ambik kita as their wedding planner. No problem. Tarikh untuk wedding dia 3 bulan dari sekarang. Dia minta kita buat ala-ala fairytale. Macam Snow White lebih kurang. Itu contoh yang diberi ye.” Jelas Qhairyl. Walaupun dia suka mengarut kat aku, tapi bab kerja memang Boss tip top! Semua beres. Customer pun dia pandai handle. Semua sayang dia. Director lagi la sayang. Dah 4 tahun dia kerja kat company ni.

“Fairy tale? Umur berapa couple tersebut?” Aiyo! Apakah beliau mahukan Peter Pan berterbangan di atas siling juga?

“Amboi! Dorang dengar awak cakap gitu, habislaaah. Haha! So, yang ni awak handle bahagian decoration. Join sekali dengan Aril, Ben dan Zack.” Qhairyl tersenyum melihat gelagat Auni. Pekerja barunya yang sorang tu memang bersemangat lain macam. Betol-betol enjoy dengan kerja ni. Tapi tahap gelabah dia tu pun boleh tahan jugak.

“Ai ai Boss!” Yay! Seronoknya! Baru je sebulan dah boleh join event camni . Sebelum ni , dia diberi tugas menjaga documentation dan admin ofis. Segala payment, order customer dan list customer, supplier dia kena jaga. Berputar juga dunia. Akhirnya, dapat peluang join the team!

“Auni, lunch hari ni awak join saya okay. Kita jumpa another klien. Saya perlukan seseorang nak ambik note.  Dah, pergi buat kerja.” Noktah! Muktamad keputusan Boss!

Aku mencebik. Suka hati je. Ingat aku best sangat nak ambik note nih? Masa kuliah dulu gua tidur je dalam kelas. Abis kelas baru menyesal tapi esok repeat the same thing. Lecture yang menarik je baru penuh satu muka surat aku jot down nota.  Tak pe! Mari berusaha!



Nadya & …..

Burrrr! Burrrr!

Vibrate handphone Nadya berbunyik dengan dahsyatnya. Dijeling nombor yang tertera di skrin handphone. Tak kenal nombor sapa.

“Hello, Nadya ke?”

“Ye saya. Siapa ni?”

“…..”

“Hello?” Sapa pulak nih? Line putuskah ?

“Saya Shazry.”

Huh?? Apekejadah mamat ni call aku? Apa yang dia nak lagi?

“Ape ko nak ni?” Serta merta berubah suara Nadya. Yang memang dah ganas, bertambah ganas bunyinya.

“Yaya, I nak jumpa you boleh? Okay. I mintak maaf sebab dah sakitkan hati you. I betul menyesal ni Yaya. Kita discuss, slow talk okay?” Pujuk Shazry, ex Nadya. Clash beberapa bulan lepas.

“Aku malaslah nak ingat balik weh. Suka hatilah ko nak buat apa ngan hidup ko ni. Sekarang aku dah okay. Dah ada pakwe baru pun.”

“Yaya, I dah break up dengan girl tu. Honestly, I tak leh lupakan you. I tau you still cintakan I kan.”

“Encik Shazry. Ko paham ke tak bahasa aku ni? Tak payah call aku lagi.” Terus Nadya menekan butang cancel. Arghhh! Tiba-tiba terasa kepalanya pening. Apa kes mamat ni call aku? Berbulan menyepi tiba-tiba call? Aduhhh! Masalah weh! Dulu suka hati curang kat aku. Pandang sebelah mata pun dah tak nak kat aku ni. Main kayu tiga.

“Nadya!”

Nadya berpaling. Fizzo, pakwe baru Nadya yang sungguh memahami dirinya datang menyapa. Nadya sekadar tersenyum. Ceh. Buat hilang mood aku je budak ni.

“Eh, nape moody je aku tengok ko ni?” Tanya Fizzo, concern beb!

“Ko ingat lagi tak pasal ex aku yang sengal gile tu? Dia call aku tadi weh! Aku terkejut betol. Dia mintak jumpa. Berbulan-bulan kot dia menyepi, ignore bile aku call dan tak reply mesej aku. Tak tahu la weh. Rasa geram pun ada.” Jelas Nadya. Dia tak mahu berselindung dengan Fizzo. Lagi-lagi ianya mengenai ex-boyfriend.

“Laaa ya ke. Okay sayang…  chill beb. Buat bo layan je dengan dia. Jangan ambik ke hati. Kalau fikir sangat tu yang jadi moody. Benda dah lepaskan? Ko dah ada aku sekarang. Jom. Aku belanja lunch hari ni.” Pujuk Fizzo sambil tersenyum. Namun, di hatinya sedikit tersentuh. Terselit rasa risau di hati. Ex Nadya call balik? Harapnya kasih Nadya terhadap lelaki tu tak berbunga kembali la. Takut juga….

“Emm. Dengar je belanja aku rasa gembira sekarang. Jom jom!”





Sementara itu, di Restoran Wak Solo

Wak Solo?

Restoran favourite aku nih! First time datang masa final sem waktu belajar dulu kala. Suka sangat Nasi Ayam Penyet dia. Memang the best! Harga standard la. Mahal jugak sebenarnya pada aku. Kelihatan manusia berpusu-pusu masuk dan keluar dari restoran tersebut. Penuh.

“Ramai betul orang kat sini. Ada tempat ke Boss?” tanyaku sambil menggengam erat handbag purple Charles and Keith yang baru dibeli minggu lepas.

“Don’t worry. If rezeki awak ada hari ni, ada la tempat kosong.” Eh eh! Cenggitu pulak dia balas? Gaya mahu perli pun ada tu. Qhairyl menjenguk masuk ke dalam restoran. Akhirnya, ada satu meja kosong untuk mereka berdua. “Jom! Murah betul rezeki awak kan.”

Aku angkat bahu sambil tersengih. Aku mengekori Boss menuju ke tempat duduk yang kosong itu. Seraya kami melabuhkan punggung, seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan. Memang semua pekerja Wak Solo rata-rata daripada Indonesia.

“Saya nak set ayam penyet yang biasa!” ujarku tanpa melihat menu. Pelayan lelaki itu segera mencatat pesanan aku.

“Wah. Cepat je order dia ni. Tak payah tengok menu dulu ke? Mana tau ada yang menarik ni.” Qhairyl membelek-belek menu yang diberi. Tergaru-garu kepala dia nak makan apa. “Bang, samalah dengan dia ni. Tak tahu nak tengok apa. Banyak sangat menu.”

“Okay. Dua set ayam penyet biasa ye. Terima kasih.” Kedua-dua menu diambilnya dan segera dia berlalu dari situ.

Tinggallah aku dan Boss yang kepala tiga suku ni je. Tanpa berlengah, aku mengeluarkan nota kecil dan pen biru. Letak kat tepi je. Pape senang bila klien datang. Qhairyl memandangku sambil tersenyum simpul.

“Apa awak nak buat dengan nota ni?” Tanya Qhairyl. Dia dah dapat mengagak jawapan Auni tapi sengaja dia tanya untuk mengusik.

“Saja letak luar. Klien datang senang. Lambat gak orang ni?” Mataku melilau memandang ke luar restoran. Kot ada orang kat luar yang tecongok-congok mencari seseorang kan.

“Klien tu last minit cancel. So kita makan berdua je la.” Jawab Qhairyl dengan muka tidak bersalah. Padahal dalam hati nak tergelak kemain dah. Serious betul si Auni ni! Siap bawa nota dan pen? Aku nak ketawa daaa!

“Kenapa cancel pulak?” Tanyaku. Apekehal pulak. Kalau cancel, maknanya kena buat second meeting la ni? Adoi! Bagus gak tak payah aku ambik nota.

“Saya tak tahu pulak. Takpe. Relax sikit awakkan? Tak payah ambik nota.” Qhairyl tersengih-sengih. Klien? Huh! Kelentong jek tu. Mana ada klien. Saja aku buat cite nak lunch ngan budak ni. Kalau ajak biasa-biasa banyak je alasan dia. Puasa la. Diet la. Aihh.

Beep! Beep!

Aku melihat handphone ku. Oh! Task yang aku save. Emmm.

Hilal’s Birthday

“Hari ni berapa hari bulan ye Boss?”

“18. Kenapa?”

Aku mengukir senyuman. Hati berbunga riang. Tak sabar menanti birthday Hilal. Aku ada surprise untuk dia. Dah lama aku standby. Praktis kemain ni! Tak kisah la dia nak cakap aku psychotic admirer ke apa. Sapa soh ko senyum menawan sangat? Ko bersalah dalam hal ni sebab dah sebat hati aku.

“Apa senyum sorang-sorang ni Auni ?” Sah! Apa yang budak ni fikir? Getus hati kecil Qhairyl. Kalau tengok dari cara senyum tu…semacam….

“Boss! Pesanan dah sampai! Jom makan!” kataku dengan riang. Hilal, I miss you!



19 December…

Aku on facebook ku. Tujuan nak mencari Hilal. Walaupun aku dah ada nombor handphone dia. Tapi aku masih tak berani nak mesej dia. Emm. Teringat ketika aku meminta nombor handphone. Gaya kemain payah nak bagi. Itu pun melalui facebook chat je.  Memang aku buat bodooo je…sampai dia bagi.



Auni: Hai Hilal! Watpe?
Hilal: Salam… tengah facebook laa
Auni: Opss, salam. Hehe. Oh. Boleh aku nak mintak handpone number ko?
Hilal: Nak buat ape?
Auni: Just in case kot in future aku nak contact ko ke apa. Tu aku mintak. Nanti senang.
Hilal: In future?
Auni: Yelah. Kot aku nak pakai photographer ke kan. Boleh aku contact ko ke. Aku tengok portfolio ko sume lawa-lawa.
Hilal: kenapa tak minta dengan Nadya je. Dia kan ada.
Auni: Minta direct kan lagi senang? Alang2 aku chat dengan ko ni. Aku senang mintak terus dari orang tu. Nak berorang tengah pulak.  (Amek ko! Habis jujur. Tak de aku nak berhipokrasi dengan ko ni. Payah kemain nak bagi. Hui, mahal ni. Ahaks. Hilal Hilal… aku tak makan ko la…. Haih…)
Hilal: 017 – XXXXXXX
Auni: Thanks Hilal !! Hehe. Aku dah save. Yay! Oh sebelum aku lupa, ingat ye. 12 tengah malam ko tunggu depan rumah. Nanti aku antar hadiah.
Hilal: Uh, tak payah susah-susah . Rajin betol ko kan nak berhadiah kat aku lak ni

Emmm. Nak gelak bila terfikir balik. Aii. 12 malam ni. 20 December. Aku tersenyum sendiri. Saiko sangat! Wah!! Em bukan ada apa pun sebenarnya malam ni. Cuma aku nak post sesuatu je kat Hilal tu. Dia suka tak suka, itu belakang kira. Aku ikhlas nak bagi hadiah kat dia. Hope dia terima hadiah aku dengan baik. Tiba-tiba, terasa cuak di hati. Betul ke apa aku buat ni?

Terfikir pula apa pandangan Hilal terhadap aku nanti. Tapi, kalau asyik fikir macam tu sampai bila pun aku tak buat apa-apa. Betul. Aku ada perasaan kat dia. Perasaan istimewa. Makin hari makin kuat. Kekadang rasa nak buang je hati ni bagi masak asam pedas sikit, tak de la berani nak feelings lagi kan? Aku ikhlas. Apa aku buat ni pun, sebab terdetik rasa di hati aku nak buat semua ni. Tak menyusahkan. Nak ambik hati? Huh, jauh sekali. Kerna aku tahu semua itu….  Aih!

Auni! Auni! Ko da penat standby. Just proceed. Ni hidup ko, bukan hidup dia. So aku yang tentukan segalanya kan? Bukan aku mengutuk orang lain pun.

Aku gerakkan tetikus ke arah Status Box aku. Video yang aku dah lama simpan dan edit kemain canggih dengan bantuan kawan adik aku, aku upload. Fuh. Berdebar kemain. Berpinar mata aku sebenarnya. Patut aku tag dia ke tak? Ke just mesej inbox je? If tag, nanti post kat facebook page dia. Then orang lain akan tengok.

Hmm, post je la. Tag member-member je. Then aku just inbox dia link video ni. Sebaik sahaja aku post status baru aku dengan added special video khas untuk Birthday Boy di pagi hari ni, aku terus mesej inbox Hilal. Meninggalkan link facebook page aku.

Message sent.

Serta-merta aku log out.



<bersambung>