Jom lihat!

Sunday, June 10, 2012

Cinta...Again? (6)


"Em...Khadijah..." Sesekali Ashraff melarikan pandangan matanya. Khadijah kelihatan sangat ayu dan manis di matanya. "Terima kasih kerana sudi menjemput saya dan keluarga makan tengah hari. Sedap Khadijah masak."

Khadijah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. "Terima kasih." 

"Sorry, tadi saya tak tahu macam mana nak cakap dengan Khadijah. Lagi pun, mak dan ayah ada jadi saya segan sikit." Ashraff menghela nafas panjang. Macam ni ke rasa perasaan berdebar-debar bila berdepan dengan seseorang yang kita cintai? Biasanya dia tak ambil kisah dengan perempuan lain yang kadang-kadang cuba mendekati dirinya. Tapi, kali ni terasa macam nak tergigit lidahnya. "Apa yang saya cakap dalam surat saya tu, saya serius dengan Khadijah. Jujurnya, ni kali pertama saya jatuh cinta pada seorang perempuan. Jatuh cinta pandang pertama. Emm, mungkin Khadijah rasa macam merepek aje cinta pandang pertama ni, tapi saya tak main-main.Saya takkan paksa Khadijah buat keputusan sekarang. Lagi pun, benda macam ni kena fikir betul-betul. Sekarang saya cuma tunggu Khadijah aje beri kata putus." 

"Cinta pandang pertama ya...." Khadijah tersenyum sedikit. "Macam mana awak pasti awak jatuh cinta pada saya? Mungkin sebab awak layan sangat perasaan tu aje?"

"Kalau saya tak pasti, saya takkan datang hari ni untuk 'merisik' awak." balas Ashraff.

"Macam yang saya cakap dalam mesej pada Aimi, kita mulakan as friends dulu. Kadang-kadang, apa yang kita tengok tak sama seperti yang kita rasa. Awak boleh kenal dulu saya macam mana. Lepas tu, awak boleh reconsider." cadang Khadijah. "Saya nak beritahu awak something, awak fikir betul-betul ya." 

"Apa dia?" Debaran di dada Ashraff semakin kencang. Dia menanti kata-kata seterusnya dari puteri kayangannya.

"Jujurnya, dalam masa tiga tahun ni saya tak pernah lupakan seseorang di hati saya. Dia cinta pertama saya. Tapi, dah lama saya tak contact dia sebab dia pernah mesej saya minta jangan kacau dia lagi. Dia cakap nak hantar kad kahwin tapi tak pernah hantar pun. Entah. Saya pun confuse dengan mesej terakhir dia yang agak emosional tu. Saya dah bakar semua barang related dengan dia sebab itu yang dia mahu." Khadijah membetulkan tudungnya apabila terasa senget disapa lembut oleh sang angin yang nakal. "Bila saya dapat surat dari awak, saya fikir nak tolak terus. Lepas bincang dengan ibu dan kawan baik saya, dorang cakap why not bagi awak peluang. Takkan saya nak terikat dengan kisah lama. So, saya buat solat hajat dan sunat istikharah sebelum contact awak. Saya harap awak faham apa yang saya terangkan. Saya tak nak lepas ni ada benda salah faham antara kita. Saya tak nak awak terasa hati." 

Terasa bagaikan dihiris jantung Ashraff tatkala mendengar pengakuan Khadijah. Eh, kenapa terasa pedih dada aku ni? Apa perasaan ni? Rupa-rupanya, hati Khadijah sudah ditakluki oleh seseorang. Siapa orang tu?

"Maksudnya, Khadijah masih ada hati pada dia lagi ke sekarang ni?" Laju Ashraff menyoal. Khadijah mendongak kembali.

"Perasaan tu mungkin dah lama tak de. Ingatan tu masih ada." 

"Saya ada peluang ke?" 

"Peluang?" 

"Saya masih ada peluang ke untuk menjadi yang pertama di hati Khadijah? Walaupun saya bukan cinta yang pertama...." Wajah Ashraff kelihatan serius.

Khadijah ketawa kecil. Kelakar betul mamat ni! Kitorang tak start apa-apa pun lagi. Serius sungguh muka dia. Khadijah tersenyum-senyum. Ashraff terpinga-pinga.

"Kenapa Khadijah ketawa?"

"Kelakar juga awak ni. Seriusnya muka. Peluang tu... bergantung pada usaha awaklah. Insya Allah, ada jodoh saya tak lari ke mana," jawab Khadijah. Not bad juga dia ni. Lepas bercakap dengan dia, tak de la aku rasa nervous sangat dah. 

"Can I take that as a 'yes' from you?" 

"Who knows. Let me see your hard work first. We are not making any promises, all right."

"Okay, kita mulakan sebagai kawan dulu. Mula-mula, boleh saya minta phone number Khadijah?" Ashraff tersengih lebar. Hatinya terasa riang! 

"Encik Ashraff! Apanya lama sangat tu berbual-bual? Esok lusa ada lagi boleh datang kalau tak cukup masa hari ni." Usik Encik Shamsul dari jauh. Terasa geli hati apabila melihat anak terunanya yang selama ni tak pernah kisah tentang cinta dan perempuan, berkelakuan sedemikian. Katanya, buat apa nak couple kalau hati belum rasa nak kahwin. Haram. 

"Tiga minit ayah!" Gembira betul Ashraff. Khadijah memberi nombor handphone kepada Ashraff. Terus Ashraff miss call Khadijah. 

"Mesej hal penting-penting aje. Malam tak boleh, siang aje." Khadijah mengenakan syarat. Ashraff menganggukkan kepalanya sambil mengangkat tangan kanannya kononnya aku janji follow syarat tersebut.

"Saya pergi dulu. Insya Allah jumpa lagi. Assalamualaikum!" 

"Waalaikummussalam. Bawa kereta elok-elok. Jangan berangan lebih sangat." 

Ashraff angguk kepala. Berangan pasal awak sorang aje, getus hati kecilnya.



Di rumah Ashraff...

"Abang Ashraff." 

Ashraff berpaling. Oh Cik Aimi kita. "Dik, masuklah!" 

"Macam mana? Apa yang Abang cakap dengan Kak Dhija tadi?" tanya Khadijah seraya melabuhkan badannya di atas katil abangnya. Ashraff sedang mengadap kerja-kerja ofisnya. 

Serta-merta, senyuman lebar terukir di bawah Ashraff. Memang cahaya kebahagiaan terpancar di wajahnya kini. Terasa lucu juga Aimi melihatkan gelagat abangnya yang sorang tu.

"Abang akan buat yang terbaik! I'll make her mine. He.He." 

"Uish, biar betul Aimi dengar Abang Ashraff cakap macam ni. Doesn't sound like you at all, Abang. Bermakna Kak Dhija setuju ke?" 

"Kitorang berkawan dulu. Abang anytime ready nak kahwin dengan dia. Cuma, sekarang ni Abang kena tunggu hati dia terbuka untuk menerima Abang. So, Abang kena kerja keras nak pikat dia." 

"Good for you, Abang. Aimi happy tengok Abang happy. Aimi doakan Abang jadi dengan Kak Dhija. Aimi tengok dia baik aje. Mesti seronok kalau dia jadi kakak ipar Aimi."

"Eh mestilah! Pilihan pertama dan terakhir Abang tu. Khadijah patut rasa bangga sebab dia sorang aje yang dapat pikat Abang, macam tu aje." Excited sungguh Ashraff. Dia betul-betul dah terpukau dengan Khadijah. Tapi, dia kena kawal perasaannya. Kat belakang bolehlah nak cakap macam ni, bila berdepan please don't go overboard flirting. Sebab dia bukan isteri sah lagi! "Lepas ni, tak de la yang sebok datang confess cinta dorang kat Abang lagi. Especially juniors."

"Maybe Abang ni charming sangat, tapi Abang tak sedar Abang macam tu. You are too gentleman with them, you know. Lepas ni dah ada Kak Dhija, Abang kena kurangkan gentleman Abang kat orang lain. Cuma Aimi rasa the best part of you, Abang is charming but strict. Benda-benda camni Abang tak layan. Biasalah perempuan jatuh hati dengan charming guys, normal."

"Abang serius nak cari seorang aje dalam hidup Abang to be the one and only wife. Selama ni, Abang strict dengan diri Abang sendiri sebab Abang nakkan seorang isteri yang terbaik untuk Abang. So, Abang kenalah jadi yang terbaik juga. Abang nak perkahwinan Abang tu diberkati Allah. Tak nak bercinta lama tapi tak kahwin-kahwin. Lagha pulak nanti. Tak pasal haram jadinya. Ni Abang dah jumpa someone yang Abang yakin. Aii, cuma nak tunggu tuan puteri bagi green light aje. Tak pe, Abang anggap itu cubaan. Kalau betul kita nakkan sesuatu, kita kenalah usaha sungguh-sungguh dan ikhlas betul tak?" 

Aimi tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Betul cakap Abang tu. Tak pelah. Orang tengah angau. Doakan semoga dia ikut landasan yang betul aje. Insya Allah Abang, Aimi doakan Abang juga. 


-bersambung-




4 comments:

  1. teruskan berkarya..sgt suka cite nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih!
      Akan ku siapkan cepat2 cerpen ni.
      Hehe, kekangan masa~! :D <3

      Delete
  2. Assalam.
    Suka sangat baca cinta...again nie.
    Ada pengajaran dan best.
    Tak sabar nak tahu lebih lanjut sambungan yang seterusnya.
    hehe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Liyana,

      Terima kasih kerana membaca! ;)
      Cerita ni memang saya niat tulis untuk pengajaran diri sendiri juga. :)
      Harap dapat berkongsi dengan semua orang.

      Saya akan siapkannn secepat mungkin. hehe. Insya Allah

      Delete