Jom lihat!

Monday, November 7, 2011

Cinta...Again? (3)


Sebulan telah berlalu, Khadijah meneruskan hidupnya seperti biasa. Walaupun begitu, solat sunatnya masih berjalan dengan penuh istiqomah. Dia sudah menceritakan kisah surat daripada lelaki itu kepada ibunya. Ibunya juga memberi nasihat yang serupa seperti Azuwa. 

Hari ini dia bekerja separuh hari. Selepas habis je kerja di ofis, dia tidak terus pulang ke rumah. Dia bercadang untuk lepak di MPH, usha novel-novel yang menarik dari Fatimah Syarha. Jam di tangan dikerling sekilas, ermm okaylah ni kalau lepak sejam sini, Zohor sini baru balik. 

Sedang dia membelek-belek beberapa novel yang menjadi pilihan hatinya, dia terasa bagaikan dirinya diperhatikan seseorang. Sesekali kepalanya memandang suasana sekeliling. Em. Tiada sesiapa yang dia kenal. Orang lain dalam MPH Bookstore masa tu pula tak la ramai sangat. Khadijah kembali menatap novel yang dipegangnya.

"Assalamualaikum, kak."

"Waalaikummussalam...?" Khadijah mengangkat mukanya sambil memandang empunya suara itu. "Ya?"

"Kak Khadijah?" ujar gadis di depannya sambil tersenyum manis. Khadijah tersenyum sama, tapi lebih kehairanan.

"Saya. Er...kita kenal ke?" 

"Saya Aimi." Senyuman terus terukir di bibir gadis itu.

Aimi? Em. Aku ada kenal someone nama Aimi ke?

"Ya Aimi. Macam mana awak kenal saya? Ada apa-apa boleh saya bantu ke?" Soal Khadijah, masih kebingungan.

Aimi tersenyum lagi. Akak ni mesti terlupa pasal surat abang bagi tu? 

"Kak, saya Aimi adik Ashraf. Ingat lagi surat yang abang saya bagi pada akak bulan lepas?" 

Oh! Khadijah tersentap. Eh segan tiba-tiba pulak aku ni! Aku betul-betul dah lupa nama adik si penghantar surat tu, walaupun isi surat tu aku masih ingat. Khadijah pandang aje muka Aimi, tak tahu nak kata apa selain sekadar menganggukkan kepala.

"Saya cuma nak tahu jawapan daripada akak berkenaan abang saya."

"Yang itu? Emm...boleh beri akak masa sikit Aimi? Akak sekarang tengah buat solat sunat pasal hal ni juga."

Aimi tersenyum tatkala mendengar jawapan dari Khadijah. Sama macam abang juga, getus hati kecil Aimi. 

"Okay kak saya faham. Kak, boleh saya nak phone number akak? Apa-apa boleh saya call. Ini pun kebetulan saya bertembung dengan akak. Cadangnya nak datang rumah akak je tapi tak berkesempatan."

"Boleh...boleh. Save nombor akak ye." balas Khadijah sambil tersenyum. Sweet betul budak ni senyum. Agaknya macam manalah si Ashraf tu? Ops.

"Terima kasih kak. Emm, akak pun suka novel Fatimah Syarha ye?" ujar Aimi sambil memandang novel yang berada di tangan Khadijah. 

"Suka sangat. Pengisian novel ni tak sama macam novel lain. Cerita yang penuh pengajaran, yang buat kita insaf dan beringat," jawab Khadijah.

"Betul tu kak. Saya pun ada beberapa novel, bolehlah akak pinjam kalau berminat." 

"Terima kasih Aimi. Tapi, akak suka beli dan simpan sebagai koleksi, baru puas hati." Khadijah tersengih. Dia memang kaki novel. Dah bertimbun novel di rumahnya. Suka membaca buku-buku yang menarik.

"Baiklah kak. Saya pergi dulu ya, apa-apa saya contact akak nanti." Aimi terdiam seketika. Khadijah pandang Aimi. "Abang Ashraf ikhlas dengan akak. Harap akak tak ragu-ragu." 

"Oh? Terima kasih. Insya Allah. Menunggu jawapan daripada Allah juga." Terkejut sebentar dia mendengar nama lelaki yang meminangnya secara tidak langsung itu. Nervous pun ada!

"Alhamdulillah. Jumpa lagi ya kak. Assalamualaikum." 

"Jumpa lagi, waalaikummussalam Aimi."  

Jantungnya terasa berdetak laju! Adakah Ashraf pun ada dalam MPH ni?? Tak mungkinlah. Aimi sorang-sorang aje datang tegur. Tapi, tak mustahilkan? Harapnya tak de la si Ashraf ni. Segan pulak aku. Em, masih menunggu jawapan? Harapnya Allah memberikan jawapan yang terbaik untuk aku. 



<bersambung>