Jom lihat!

Wednesday, June 6, 2012

Cinta...Again? (5)


Rasa macam tak tertelan kari ikan haruan kegemarannya. Tatkala bertentang mata dengan lelaki itu, hatinya jadi tidak menentu. Macam dia pernah jumpa lelaki ni di mana-mana. Isi ikan haruan dicubit dengan teliti, membuang tulang-tulang halus ikan itu. Ibu rancak berbual dengan Encik Shamsul dan Puan Ainna. Sesekali Aimi menegur Khadijah di sebelahnya. Ashraff pula kelihatan lebih senang mendengar perbualan ibu bapa mereka dan hanya menjawab sekiranya ditanya Puan Ariani. Antara mereka masih tiada sebarang interaksi selain senyuman dan anggukan, atau pun interaksi tolong pass jug sirap limau. 

"Pertama kali saya makan ikan haruan masak kari. Sedap sangat! Saya tak biasa makan ikan sungai, tapi hari ni memang kalau cakap ikan sungai pun saya tak perasan." Puji Puan Ainna sambil tersenyum. Memang sedap! 

"Ikan haruan masak kari ni favourite Dhija. Dialah yang masak tadi. Kalau ikut dia, hari-hari memang dia masak ikan sungai aje, talapia, ikan patin, ikan keli semua dia suka. Ashraff kalau nak tambah silakan. Jarang ada orang masak ikan haruan masak kari." Puan Ariani tersenyum sambil memandang Ashraff. 

"Terima kasih Auntie. Saya dah dua kali tambah ni, memang best!" Balas Ashraff sambil menunjukkan ibu jarinya. Besta! Khadijah rasa nak pengsan segan dipuji! Ikan haruan masak kari je pun! 

Selesai menjamu makan tengahari, mereka beralih ke ruang tamu untuk menyambung perbualan. Khadijah sambil dibantu Aimi mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk di dapur. Sesekali Ashraff mengerling ke arah dapur, berkira-kira untuk bercakap dengan Khadijah mungkin. Tetapi disangkal rasa hatinya. Dia sendiri bagaikan terkedu apabila berhadapan dengan Khadijah. Sebelum datang kemain lagi dok rehearsal nak borak itu dan ini. Bila berdepan, tergamam.

"Kalau Puan Ariani tak keberatan, kami ingat nak merisik Khadijah. Jika dia masih belum berpunya, kami nak masuk meminang untuk Ashraff." En. Shamsul membuka bicara.

"Khadijah memang belum berpunya. Dia ada beritahu saya dia nak mula berkawan dengan Ashraff dulu. Tengok ada keserasian atau tidak. Selanjutnya, mungkin kena tanya dia sendiri." Puan Ariani membetulkan duduknya. Encik Shamsul dan Puan Ainna menganggukkan kepalanya. "Macam mana Ashraff boleh kenal Dhija? Auntie cuma nak tahu."

Ashraff tersentap dari lamunan. Bulat matanya memandang Puan Ariani. Mak dan ayahnya tersenyum-senyum memandangnya Sah! Berangan la ni. 

"Pertama kali saya terpandang Khadijah, saya dapat rasakan dialah untuk saya. Tak pernah saya rasa macam ni Auntie. Balik rumah tu saya cuba buang perasaan ni. Sebab saya tak pernah kenal Khadijah pun. Saya terserempak dengan Khadijah kat MPH masa tu. Dia tengah baca buku, kusyuk je." Ashraff tersenyum sendirian teringatkan wajah Khadijah pada ketika itu. "Beberapa hari lepas tu, tengah driving berhenti kat traffic light. Saya pandang kanan tengok kereta sebelah macam kenal. Rupanya Khadijah. Tak tahu kenapa saya terus follow kereta dia, nak tahu dia tinggal kat mana. Rupa-rupanya rumah dekat aje. Esoknya saya minta Aimi hantar surat kat dia, letak dalam letter box. Minta maaf Auntie, tiba-tiba jadi stalker anak Auntie." Ashraff ketawa kecil. 

"Pandai pula nak follow anak Auntie ye masa tu?" usik Puan Ariani. Mungkin sudah jodoh? Gerak hati? 

"Macam dah ditakdirkan aje saya follow Khadijah masa tu. Dia pula memang on the way nak balik. Rezeki saya." Perlahan saja suara Ashraff. Dia berharap supaya Puan Ariani dapat melihat betapa dia serius untuk meminang Khadijah. Apa-apa pun, keputusan di tangan Khadijah juga. 

"Dhija, dah habis berkemas? Mari duduk sebelah ibu." panggil Puan Ariani apabila terlihat kelibat Khadijah beriringan bersama Aimi. Khadijah mengambil tempat di sebelah ibunya, berhadapan dengan Ashraff. Suasana menjadi sepi. 


Sebelum berangkat pulang, Ashraff meminta kebenaran untuk bercakap dengan Khadijah bersendirian di laman rumah. Dia terasa bagaikan terkunci mulutnya bila nak bercakap di depan mak dan ayahnya, sambil diperhati Puan Ariani dan Aimi pula. 

"Ye Ashraff?" Khadijah mendongak kepalanya, menunggu kata-kata dari lelaki itu.

Pelik, kenapa aku rasa segan dengan mamat ni padahal aku tak de feeling kat dia pun? Rasa macam kena letrik pun ada. Tengok dekat-dekat, manis juga muka dia. Nampak matang dan cool.

"Khadijah...." 



-bersambung-

4 comments:

  1. subhanallah..jalan ceritanye sgt2 menarik..kali pertama ana singgh di blog nie ^_^v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bidadari Biru,

      semoga cerita ni dapat memberi inspirasi positif pada awak. :D

      terima kasih!

      Delete
  2. x sabar nak baca sambungannya :) cepat update ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah Yana Addin!
      Terima kasih kerana membaca. :D hehe

      Delete