Jom lihat!

Sunday, June 3, 2012

Cinta...Again? (4)


Tidak berkedip mata Aimi membaca SMS yang baru diterimanya sebentar tadi. Betul ke ni? Hatinya berbunga riang. Dia bingkas bangun dan melangkah keluar menuju ke ruang tamu. Assignment yang sedang ditaipnya dibiarkan begitu sahaja. 

Kelihatan Encik Shamsul, Puan Ainna dan Ashraff sedang berbual-bual sambil menikmati cucur udang buatan Puan Ainna. Sesekali mereka ketawa mendengar ayahnya bercerita. Gaya ayah bercerita memang lucu, sebab tu mak boleh jatuh hati pada ayah. Kata mak la. 

"Aimi, dah siap assignment ke? Mari makan cucur udang ni." Panggil Puan Ainna sambil tersenyum. Encik Shamsul meneguk sirap limau ais perlahan-lahan. Ashraff masih mengunyah cucur udang kegemaran. 

"Em." Sebuah senyuman lebar terukir di wajah Aimi. Sungguh manis dan cantik dipandang. Matanya bersinar-sinar. Handphonenya digenggam kuat. 

"Eh happy semacam aje Aimi?" tegur Ashraff, kehairanan. 

"Ehem ehem. Assalamualaikum Aimi. Maaf mengganggu. Saya rasa buat masa ini mungkin lebih elok saya dan Ashraff mengenali hati budi masing-masing. Perkahwinan ni satu keputusan yang besar. Em, jadi saya nak jemput Aimi dan family untuk datang makan tengahari di rumah saya Sabtu ni. Ibu saya jemput juga. If okay, reply la ya. Terima kasih. Khadijah." Selesai sahaja Aimi membaca 'watikah perutusan diraja' dari Puteri Kayangan idaman abangnya, Encik Shamsul dan Puan Ainna secara refleks bertepuk tangan. Ashraff tergamam. 

"Khadijah ni ke yang Ashraff cerita kat mak dan ayah?" soal Puan Ainna sambil tersenyum riang. Hatinya terasa bahagia mendengar SMS dari Khadijah itu. Dah lama dia menunggu Ashraff untuk mendirikan rumah tangga. Umur pun dah masuk 29 tahun.

"Ya mak. Khadijah ni yang Ashraff terserempak kat MPH dulu." Ashraff mengiyakan. Hatinya berdebar-debar. Dia tidak menyangka mendapat jawapan positif dari pihak gadis itu. Dia terasa bagaikan bermimpi. 

"Macam mana abang? Lunch Sabtu ni okay ke?" tanya Aimi, excited!

"Sabtu ni..." Ashraff termenung. Memang free aje! Tapi, berdebarnya dada aku ni ha. Alahai, rasa macam nak seram sejuk pula nak bertemu dengan puteri kayangan, gadis idaman pengarang jantung hati. Hatinya bercampur baur. Excited, nervous, impatient. 

"Mak dan ayah join sekali kan." Ashraff merenung kedua-dua mak dan ayahnya, silih berganti. Encik Shamsul dan Puan Ainna tersenyum-senyum.  

"Kalau kami pergi, dah rasa macam hantar rombongan meminang pulak dah." kata Encik Shamsul sambil ketawa kecil. Besar dah anak bujang aku ni! Dah nak kahwin dah? 

"Memang Ashraff fikir secara tak langsung, lunch tu kita merisik teruslah ayah."

"Mak, ayah. Jom kita pergi. Alang-alang bakal kakak ipar jemput kita semua. Kesian pula abang nervous sorang-sorang nanti," Usik Aimi sambil ketawa. 

Ashraff tersenyum lebar. Hatinya berbunga riang. Alhamdulillah.



Beep! Beep!

"Ah..." Khadijah membaca SMS yang diterima dari Aimi. Tiba-tiba terasa nervous pula. Eh! Nape aku nak nervousnya!

"Jadi dia datang rumah?" Puan Ariani bertanya.

"Ya ibu. Satu family datang."

"Alhamdulillah. Ibu pun nak kenal bagaimana orangnya. Jarang orang zaman sekarang guna orang tengah nak berkenalan," ujar Puan Ariani. "Apa perasaan Dhija sendiri?"

"Jujurnya, Dhija tak de perasaan apa pun. Sebenarnya, tak tahu nak cakap apa. Lagi pun, Dhija tak pernah jumpa dia lagi, tak kenal. Cuma adik dia ajelah yang Dhija jumpa hari tu, kebetulan."

"Ada beberapa hari lagi ni, berdoalah kepada Allah semoga dipermudahkan. Dhija seorang sahaja anak ibu. Ibu nak yang terbaik buat Dhija." Puan Ariani mengusap kepala anak tunggal kesayangannya. Khadijah tersenyum simpul. 

Aii, Sabtu tu terasa macam cepat sangat pulak! Apa aku nak cakap nanti dengan dorang, mak ayah dia pun ada sama. Ish cool Dhija, cool. Kau bukan ada feeling pape kat dia. Relax dulu. Kenal sebagai kawan. If tak ngam, withdraw. If serasi, proceed. Proceed?! Aku kerja keluar pagi balik malam, macam mana aku nak jadi suri rumah berjaya?

Eh! Apa aku bermonolog sorang-sorang ni. Khadijah menepuk-nepuk pipinya. Berangan!


Sementara itu, Ashraff di dalam biliknya pula, sedang sibuk membelek baju-baju yang ada. Em, aku nak pakai apa pergi rumah Khadijah ni? Takkan nak pakai Baju Melayu. Over betul. Ah! Kenapa aku jadi cerewet tiba-tiba ni? First impression tu penting, Ashraff. Sebab tu la ko kena cerewet. Ashraff tersenyum sendirian. Selama ini aku tak pernah kisah nak mix and match baju ke apa. Yang mana sesuai dan padan, aku pakai terus. Inikah kuasa cinta pandang pertama?


-bersambung-

No comments:

Post a Comment