PART 3
Damnn!
Aku terlambat bangun nak gi ofis! Hari ni hari Jumaat! Sok sudah cuti. Uwaaa,
apsal mereka tak kejutkan aku pun? Aku bergegas bangun dari katil lalu tersepak
Mr. Bubu yang entah camne ada di hujung kaki ku dah. Berterbangan gambar Encik
Hilal. Ops!
Aku
kutip Mr. Bubu, teddy bear yang dihadiahkan oleh Yusra sempena konvoku suatu
ketika dahulu. Siap berjahit jubah konvo serta mortar lagi kat teddy bear tu. Yusra
memang pakar bab-bab mereka cipta dan menjahit benda-benda comel.
“Bubu,
jaga my Hilal okay? Saya mahu mandi ni.” Aku meletakkan gambar Hilal di
pangkuan Mr. Bubu, seolah-olah dia memegang gambar tersebut.
Aku
lihat Nadya dah tiada kat katil. Mandi barangkali? Ku jenguk budak Masters kat
sebelah. Amboi! Bestnye dia tidur. Yelah kelas dia lambat. Si Ziela pun hanyut
sekali. Eh pukul berapa ni?? Nape semua cam relax je?
Aku
buka pintu bilik. Pap! Nadya tercegat di depan muka pintu sambil mengelap
rambutnya yang basah. Tangan kirinya mengangkut baldi mandian kaler pinknya.
Mana dibeli baldi pink tu pun aku tak tahu.
“Weh.
Apsal semua relax tak nak bangun lagi ni? Nape ko tak kejut aku? Aku dah lambat
laa.” Zap! Banyak betol soklan di pagi hari ni. Nadya mencebik.
“Apsal
ko gelabah semacam ni? Baru pukul 6.30 pagi. Bukan ke ko ni hujung-hujung baru bangun gi mandi? Tak pun, pas Subuh ko kembali
beradu sampai 7.30. Ofis ko 8.30 kan start?”
“Eh
ye ke? Aku cam mimpi aku dah lambat la. Opssy! Aku mandi dulu!” Terus aku
berlari ke bilik air. Pelik. Nape aku rasa cam dejavu. Aku terlambat ke ofis!
Ceh, berapa kali je aku on time sampai ofis pun??
Nadya
siap berpakaian. Kemudian, dia mengejutkan Ziela dan Umairah. Hmm, memang relax
bebudak ni. Betol kata Auni. Tiba-tiba,
dia terpandangkan gambar Hilal di samping Mr. Bubu. Eh, sejak bila minah ni ada
gambar mamat tu? Aduhhhh!! Kemaruk betol kawan aku kat member aku ni. Memacam
la. Nak gelak pun ada. Padahal si Hilal buat dek je ngan dia. Nadya mencapai
gambar Hilal yang sedang menunggang kuda itu. Wow! Memang ada kelas gambar ni.
Pandai minah ni pilih. Haha. Stalker tak bertauliah betol. Gambar itu diletak
kembali ke riba Mr. Bubu.
Selesai
je mandi dan kemudian breakfast, aku bergegas turun ke keretaku. BimBim
tersayang! Jom kita race ke ofis! Aku dah lambat ni. I’m counting on you man,
kataku kepada BimBim. Aku panaskan enjin beberapa ketika. Wajib jaga enjin
dengan baik supaya BimBim hidup lebih lama dan sentiasa awet muda.
Tempat
kerja aku tidak berapa jauh dari situ. Aku bekerja kat syarikat Event
Management Red Apple. Baru sebulan. Sangat menarik!
“Auni,
lambat bangun lagi hari ni?” tegur kawan sekerjaku, Amri. Aku tersengih sambil
buat thumbs-up. Motif pun aku tak tahu kenapa.
Belum
sempat aku duduk atas kerusi empuk, boss tiba-tiba melaung dari biliknya.
Pantang nampak aku je mesti menyeru namaku terus! Terus aku pergi ke bilik
boss.
“Awal
sampai?” Boss tersenyum manis. Tapi tak menawan seperti Hilal. Ceh!
“Emm,
cam biasa la boss. Saya tersasul sikit pagi ni. Haaa.” Jawabku dengan selamba.
Takpe. Janji segala kerja aku laksanakan dengan terbaik sekali. Kerja favourite
aku!
“Lain
kali please be punctual okay. Kalau awak nak, saya boleh kejutkan awak setiap
pagi.” Qhairyl, merangkap Boss aku dan juga Event Manager di situ dah start
“berdialog mesra”.
“Boss,
it’s okay. Saya pakai alarm clock guna bateri Energizer. Boss simpan je tepon
tu.” Balasku. Malas nak melayan. Kekadang merapu entah ke mana. Seram juga
mamat ni.
“Demi
awak, saya tak kisah.” Senyuman yang terukir di bibir Qhairyl amatlah
menyeramkan. Mungkin orang lain tengok kononnya manis. Bagi aku, nightmare!
“Apa
agenda hari ni Boss? Customer yang nak buat wedding kat Putrajaya tu camne?”
Sengaja aku mengalihkan topic. Boss ni kalo dah gatal patut gi kahwin je. Tak
kahwin-kahwin tu aku pelik. Kalau tengok, ramai je kawan perempuan yang datang
ofis ni nak jumpa dia. Klien? Tak macam klien pun!
“Cepat
je kan nak bincang pasal kerja? Pandai je awak ni. Couple tu ke? They all
confirm nak ambik kita as their wedding planner. No problem. Tarikh untuk
wedding dia 3 bulan dari sekarang. Dia minta kita buat ala-ala fairytale. Macam
Snow White lebih kurang. Itu contoh yang diberi ye.” Jelas Qhairyl. Walaupun
dia suka mengarut kat aku, tapi bab kerja memang Boss tip top! Semua beres.
Customer pun dia pandai handle. Semua sayang dia. Director lagi la sayang. Dah
4 tahun dia kerja kat company ni.
“Fairy
tale? Umur berapa couple tersebut?” Aiyo! Apakah beliau mahukan Peter Pan
berterbangan di atas siling juga?
“Amboi!
Dorang dengar awak cakap gitu, habislaaah. Haha! So, yang ni awak handle
bahagian decoration. Join sekali dengan Aril, Ben dan Zack.” Qhairyl tersenyum
melihat gelagat Auni. Pekerja barunya yang sorang tu memang bersemangat lain
macam. Betol-betol enjoy dengan kerja ni. Tapi tahap gelabah dia tu pun boleh
tahan jugak.
“Ai
ai Boss!” Yay! Seronoknya! Baru je sebulan dah boleh join event camni . Sebelum
ni , dia diberi tugas menjaga documentation dan admin ofis. Segala payment,
order customer dan list customer, supplier dia kena jaga. Berputar juga dunia.
Akhirnya, dapat peluang join the team!
“Auni,
lunch hari ni awak join saya okay. Kita jumpa another klien. Saya perlukan
seseorang nak ambik note. Dah, pergi
buat kerja.” Noktah! Muktamad keputusan Boss!
Aku
mencebik. Suka hati je. Ingat aku best sangat nak ambik note nih? Masa kuliah
dulu gua tidur je dalam kelas. Abis kelas baru menyesal tapi esok repeat the
same thing. Lecture yang menarik je baru penuh satu muka surat aku jot down
nota. Tak pe! Mari berusaha!
Nadya
& …..
Burrrr!
Burrrr!
Vibrate
handphone Nadya berbunyik dengan dahsyatnya. Dijeling nombor yang tertera di
skrin handphone. Tak kenal nombor sapa.
“Hello,
Nadya ke?”
“Ye
saya. Siapa ni?”
“…..”
“Hello?”
Sapa pulak nih? Line putuskah ?
“Saya
Shazry.”
Huh??
Apekejadah mamat ni call aku? Apa yang dia nak lagi?
“Ape
ko nak ni?” Serta merta berubah suara Nadya. Yang memang dah ganas, bertambah
ganas bunyinya.
“Yaya,
I nak jumpa you boleh? Okay. I mintak maaf sebab dah sakitkan hati you. I betul
menyesal ni Yaya. Kita discuss, slow talk okay?” Pujuk Shazry, ex Nadya. Clash
beberapa bulan lepas.
“Aku
malaslah nak ingat balik weh. Suka hatilah ko nak buat apa ngan hidup ko ni.
Sekarang aku dah okay. Dah ada pakwe baru pun.”
“Yaya,
I dah break up dengan girl tu. Honestly, I tak leh lupakan you. I tau you still
cintakan I kan.”
“Encik
Shazry. Ko paham ke tak bahasa aku ni? Tak payah call aku lagi.” Terus Nadya menekan
butang cancel. Arghhh! Tiba-tiba terasa kepalanya pening. Apa kes mamat ni call
aku? Berbulan menyepi tiba-tiba call? Aduhhh! Masalah weh! Dulu suka hati
curang kat aku. Pandang sebelah mata pun dah tak nak kat aku ni. Main kayu
tiga.
“Nadya!”
Nadya
berpaling. Fizzo, pakwe baru Nadya yang sungguh memahami dirinya datang
menyapa. Nadya sekadar tersenyum. Ceh. Buat hilang mood aku je budak ni.
“Eh,
nape moody je aku tengok ko ni?” Tanya Fizzo, concern beb!
“Ko
ingat lagi tak pasal ex aku yang sengal gile tu? Dia call aku tadi weh! Aku
terkejut betol. Dia mintak jumpa. Berbulan-bulan kot dia menyepi, ignore bile
aku call dan tak reply mesej aku. Tak tahu la weh. Rasa geram pun ada.” Jelas
Nadya. Dia tak mahu berselindung dengan Fizzo. Lagi-lagi ianya mengenai
ex-boyfriend.
“Laaa
ya ke. Okay sayang… chill beb. Buat bo
layan je dengan dia. Jangan ambik ke hati. Kalau fikir sangat tu yang jadi
moody. Benda dah lepaskan? Ko dah ada aku sekarang. Jom. Aku belanja lunch hari
ni.” Pujuk Fizzo sambil tersenyum. Namun, di hatinya sedikit tersentuh.
Terselit rasa risau di hati. Ex Nadya call balik? Harapnya kasih Nadya terhadap
lelaki tu tak berbunga kembali la. Takut juga….
“Emm.
Dengar je belanja aku rasa gembira sekarang. Jom jom!”
Sementara
itu, di Restoran Wak Solo
Wak
Solo?
Restoran
favourite aku nih! First time datang masa final sem waktu belajar dulu kala.
Suka sangat Nasi Ayam Penyet dia. Memang the best! Harga standard la. Mahal
jugak sebenarnya pada aku. Kelihatan manusia berpusu-pusu masuk dan keluar dari
restoran tersebut. Penuh.
“Ramai
betul orang kat sini. Ada tempat ke Boss?” tanyaku sambil menggengam erat
handbag purple Charles and Keith yang baru dibeli minggu lepas.
“Don’t
worry. If rezeki awak ada hari ni, ada la tempat kosong.” Eh eh! Cenggitu pulak
dia balas? Gaya mahu perli pun ada tu. Qhairyl menjenguk masuk ke dalam
restoran. Akhirnya, ada satu meja kosong untuk mereka berdua. “Jom! Murah betul
rezeki awak kan.”
Aku
angkat bahu sambil tersengih. Aku mengekori Boss menuju ke tempat duduk yang
kosong itu. Seraya kami melabuhkan punggung, seorang pelayan datang untuk
mengambil pesanan. Memang semua pekerja Wak Solo rata-rata daripada Indonesia.
“Saya
nak set ayam penyet yang biasa!” ujarku tanpa melihat menu. Pelayan lelaki itu
segera mencatat pesanan aku.
“Wah.
Cepat je order dia ni. Tak payah tengok menu dulu ke? Mana tau ada yang menarik
ni.” Qhairyl membelek-belek menu yang diberi. Tergaru-garu kepala dia nak makan
apa. “Bang, samalah dengan dia ni. Tak tahu nak tengok apa. Banyak sangat
menu.”
“Okay.
Dua set ayam penyet biasa ye. Terima kasih.” Kedua-dua menu diambilnya dan
segera dia berlalu dari situ.
Tinggallah
aku dan Boss yang kepala tiga suku ni je. Tanpa berlengah, aku mengeluarkan
nota kecil dan pen biru. Letak kat tepi je. Pape senang bila klien datang.
Qhairyl memandangku sambil tersenyum simpul.
“Apa
awak nak buat dengan nota ni?” Tanya Qhairyl. Dia dah dapat mengagak jawapan
Auni tapi sengaja dia tanya untuk mengusik.
“Saja
letak luar. Klien datang senang. Lambat gak orang ni?” Mataku melilau memandang
ke luar restoran. Kot ada orang kat luar yang tecongok-congok mencari seseorang
kan.
“Klien
tu last minit cancel. So kita makan berdua je la.” Jawab Qhairyl dengan muka
tidak bersalah. Padahal dalam hati nak tergelak kemain dah. Serious betul si
Auni ni! Siap bawa nota dan pen? Aku nak ketawa daaa!
“Kenapa
cancel pulak?” Tanyaku. Apekehal pulak. Kalau cancel, maknanya kena buat second
meeting la ni? Adoi! Bagus gak tak payah aku ambik nota.
“Saya
tak tahu pulak. Takpe. Relax sikit awakkan? Tak payah ambik nota.” Qhairyl
tersengih-sengih. Klien? Huh! Kelentong jek tu. Mana ada klien. Saja aku buat
cite nak lunch ngan budak ni. Kalau ajak biasa-biasa banyak je alasan dia.
Puasa la. Diet la. Aihh.
Beep!
Beep!
Aku
melihat handphone ku. Oh! Task yang aku save. Emmm.
Hilal’s
Birthday
“Hari
ni berapa hari bulan ye Boss?”
“18.
Kenapa?”
Aku
mengukir senyuman. Hati berbunga riang. Tak sabar menanti birthday Hilal. Aku
ada surprise untuk dia. Dah lama aku standby. Praktis kemain ni! Tak kisah la
dia nak cakap aku psychotic admirer ke apa. Sapa soh ko senyum menawan sangat?
Ko bersalah dalam hal ni sebab dah sebat hati aku.
“Apa
senyum sorang-sorang ni Auni ?” Sah! Apa yang budak ni fikir? Getus hati kecil
Qhairyl. Kalau tengok dari cara senyum tu…semacam….
“Boss!
Pesanan dah sampai! Jom makan!” kataku dengan riang. Hilal, I miss you!
19
December…
Aku
on facebook ku. Tujuan nak mencari Hilal. Walaupun aku dah ada nombor handphone
dia. Tapi aku masih tak berani nak mesej dia. Emm. Teringat ketika aku meminta
nombor handphone. Gaya kemain payah nak bagi. Itu pun melalui facebook chat je. Memang aku buat bodooo je…sampai dia bagi.
Auni:
Hai Hilal! Watpe?
Hilal:
Salam… tengah facebook laa
Auni:
Opss, salam. Hehe. Oh. Boleh aku nak mintak handpone number ko?
Hilal:
Nak buat ape?
Auni:
Just in case kot in future aku nak contact ko ke apa. Tu aku mintak. Nanti
senang.
Hilal:
In future?
Auni:
Yelah. Kot aku nak pakai photographer ke kan. Boleh aku contact ko ke. Aku
tengok portfolio ko sume lawa-lawa.
Hilal:
kenapa tak minta dengan Nadya je. Dia kan ada.
Auni:
Minta direct kan lagi senang? Alang2 aku chat dengan ko ni. Aku senang mintak
terus dari orang tu. Nak berorang tengah pulak.
(Amek ko! Habis jujur. Tak de aku nak berhipokrasi dengan ko ni. Payah
kemain nak bagi. Hui, mahal ni. Ahaks. Hilal Hilal… aku tak makan ko la….
Haih…)
Hilal:
017 – XXXXXXX
Auni:
Thanks Hilal !! Hehe. Aku dah save. Yay! Oh sebelum aku lupa, ingat ye. 12
tengah malam ko tunggu depan rumah. Nanti aku antar hadiah.
Hilal:
Uh, tak payah susah-susah . Rajin betol ko kan nak berhadiah kat aku lak ni
Emmm.
Nak gelak bila terfikir balik. Aii. 12 malam ni. 20 December. Aku tersenyum
sendiri. Saiko sangat! Wah!! Em bukan ada apa pun sebenarnya malam ni. Cuma aku
nak post sesuatu je kat Hilal tu. Dia suka tak suka, itu belakang kira. Aku
ikhlas nak bagi hadiah kat dia. Hope dia terima hadiah aku dengan baik.
Tiba-tiba, terasa cuak di hati. Betul ke apa aku buat ni?
Terfikir
pula apa pandangan Hilal terhadap aku nanti. Tapi, kalau asyik fikir macam tu
sampai bila pun aku tak buat apa-apa. Betul. Aku ada perasaan kat dia. Perasaan
istimewa. Makin hari makin kuat. Kekadang rasa nak buang je hati ni bagi masak
asam pedas sikit, tak de la berani nak feelings lagi kan? Aku ikhlas. Apa aku
buat ni pun, sebab terdetik rasa di hati aku nak buat semua ni. Tak
menyusahkan. Nak ambik hati? Huh, jauh sekali. Kerna aku tahu semua itu…. Aih!
Auni!
Auni! Ko da penat standby. Just proceed. Ni hidup ko, bukan hidup dia. So aku
yang tentukan segalanya kan? Bukan aku mengutuk orang lain pun.
Aku
gerakkan tetikus ke arah Status Box aku. Video yang aku dah lama simpan dan
edit kemain canggih dengan bantuan kawan adik aku, aku upload. Fuh. Berdebar
kemain. Berpinar mata aku sebenarnya. Patut aku tag dia ke tak? Ke just mesej
inbox je? If tag, nanti post kat facebook page dia. Then orang lain akan
tengok.
Hmm,
post je la. Tag member-member je. Then aku just inbox dia link video ni. Sebaik
sahaja aku post status baru aku dengan added special video khas untuk Birthday
Boy di pagi hari ni, aku terus mesej inbox Hilal. Meninggalkan link facebook
page aku.
Message
sent.
Serta-merta
aku log out.
<bersambung>
No comments:
Post a Comment