HUH??
Tersentap jantungku
apabila member aku memberitahu yang dia dah sampaikan sesuatu kepada pujaan
hatiku itu. Siap gitau aku minat dia! AAhhh! Kejang otot perutku!
"Weh, ko
biar betul ko gitau dia?" tanyaku seakan-akan tidak mempercayai apa yang
dikatakan oleh Nadya.
“Betullah.
Semalam kebetulan aku jumpa dia di warung Mak Cik Edah, aku pun terus la tanya
sekali. Nak gak aku tahu jawapan dia apa." balas Nadya selamba.
NOOOOOOOOOOOO! Nadya!
Aku malu sungguh sekarang. Aku rasa aku tak mampu nak wujud di muka bumi ini
lagi. Tak pernah seumur hidup aku ada orang lain tolong sampaikan isi hati aku.
Aku pandang wajah Nadya yang tidak bersalah. Wajah penuh yakin.
"Camne aku nak
bertegur sapa dengan dia ni Nad? Waaaa malu la aku weh! Aku rasa nak lenyap
sekarang jugak. Uhuk!" Aku kuak rambut depanku, baru potong rambut
semalam. Style baru beb. Huuiii! "Emm, apa respon dia?"
"Haa nak gak ko
tahu kan apa respon dia?" Nadya ketawa kecil.
"Eh mestilah.
Aku rasa cam sengal-sengal tulang rangka dada aku ni.... eh tulang rusuk
cukup," Aku tersengih sendiri. Teringat wajah lelaki itu dengan
senyumannya yang menawan. Pergh! Memang hampir tercabut salur arteri aku
tatkala menatap senyuman beliau.
"Em...tak tahu
camne aku nak gitau ko."
GULP! Lain macam je
muka Nadya ni. Aku dah berdebar-debar. As I expected ke? As usual ?
"Dia cakap dia
dah ada tapi dia tak nak gitau sapa. Aku tak tahu nak gitau ko camne yang
ni." ujar Nadya dengan muka yang tiba-tiba serba salahnya itu.
Ah. Memang aku dah
agak. Tapi kenapa dada aku masih terasa sakitnya? Aku rasa tak mampu nak sengih
atau nak komen apa-apa masa tu. Aneh! Padahal aku baru je jumpa mamat tu.
Semuanya kerana senyumannya yang menawan yang memang menepati pakej citarasa
aku. Ahh puitis pulak dah ko.
"Alaa dia dah
ada ke? Huu Nad, tiba-tiba aku rasa sebak nih..." Air mataku dah mula
bergenang. Aku pegang bahu Nadya. Argh! Jangan nangis la dol ! Tak macho gile
ko nak nangis kat sini! "Uuuu sebak gile ni! Cam nak nangis jek Nad. Rasa
cam terlepas sangat." Apakah statement berani matiku ini??
"Aku faham weh
perasaan ko. Tapi tula. Aku takut ko hope sangat. Dahlah weh."
"Camne aku nak
berkawan dengan dia sebab ko dah gitau straight kat dia aku minat dia? Aku
segannnnnn! Rasa nak delete je facebook!"
"Ohh tadi tu aku
gurau je la. Aku tak gitau pun ko minat dia. Tapi aku just tanya soalan dia
random je la. Em birthday dia 20 December. Payah juga dia nak gitau birthday
dia. Perahsia betul." Nadya tersenyum.
"Gurau je??
Waaaah! Ko ni kan. Memang sikit lagi nak putus nadi aku tau. Em, okaylah sikit.
Walopon aku frust tahu dia dah ada someone. Tapi at least aku leh kawan-kawan
dengan dia. Ha dapat birthday dia, tu pun cukuplah." Aii, memang
frust. Tapi takkan aku nak jadi minah psiko kejar laki kot? HELL NO ! Gua ada
imej yang kena jaga beb. Maruah gua tinggi! Ha!
Ahmad Hilal. Pertama
kali aku berjumpa dia masa kitorang lepak kat boling The Mines. Dia adalah
kawan kepada Nadya. Kawan sejak sekolah. Mula-mula aku jumpa dia, macam
biasa-biasa. Tak de pun aura pelik dan aneh di situ. Ianya berlaku masa main
boling.
Pada ketika itu, aku,
Nadya, Ziela dan Umairah serta Hilal dan dua kawannya, Amir dan Faisal. Tengah
best main dan bergelak ketawa, tiba-tiba aku terpandang senyuman Hilal.
Pandanganku bagaikan terkunci di saat itu. Nampak Hilal je, sekeliling aku tu
dah malap makin malap dan terus blur aku tak nampak sapa dah. Kecuali dia.
Memang jenis senyuman yang aku suka. Senyuman menawan.
Padahal baru first
time kenal, dan aku ni spesis yang takkan cepat suka seseorang tu unless aku
berkawan dengan dia dulu dan berborak panjang dan seumpamanya. Ini aku baru
first nampak senyuman dia tu. Perasaan apakah ini? Kenapa perasaan ini perlu
datang kepadaku? Ishh kacau daun la!
Em,dah dua minggu
berlalu dan sampai ke hari ni aku masih teringatkan lelaki itu. Kekadang aku
nak cakap ini perasaan istimewa pun aku tak berani. Mungkin sekadar tempias
nafsu yang tidak bertepian. Tapi boleh ke kita percaya love at the first sight?
Boleh dipakaikah bidalan itu? Valid ke?? Arghhh gua confuseee! Eh, panjang pulak
monolog aku nih.
"Hei, aku
harap ko tak berharap sangat kat Hilal tu. Aku tak nak ko frust." sampuk
Nadya. Kembali ke alam nyata.
"Memang
aku frust dah ni. Tapi dia tak kahwin lagi, so aku ada chance lagi la kan? Tiap
hari aku doa kat Allah supaya dapat dia, boleh tak?" Jawabku. Cehh, saja
nak sedapkan hati. Memang ko dah tak de chance pun.
"Apa ko nak
berharap lagi ke? Haha. Memacam la ko ni Auni." Nadya ketawa. Dia dah
faham sangat perangai si Auni ni. Kalau dah suka tu, memang obses kot.
"Ye! Mari kita
berusahaaa!" Aku tersengih. Nasib baik Nadya tak cakap apa-apa pada Hilal.
If not, aku kerat kain perca bebanyak. Pastu tutup muka....
*~ Hari Sabtu
~*
Bilik 333,
Kolej 14, UPM…
Yay! Hari ni tak
kerja. Sungguh gembira. Aku memeluk bantalku, lagi rapat. Malas betul la nak
bangun. Handphone dah berapa kali aku snooze. Kesian dia. Sure dah bosan nak
kejut aku. Aku tak perlukan alarm sebenarnya. Bangun ikut suka hati!
"Auni,
bangunlah woi. Kata nak round Putrajaya hari ni ?" kejut Nadya. Dia masih
bertuala, baru siap mandi.
"Ziela ngan
Umairah dah siap lom?" tanyaku.
"Ko je yang tak
mandi lagi. Cepat weh. Hilal and gang pun join gak hari ni. Saja aku ajak
dorang." Nadya tersengih-sengih.
"What??"
Pantas aku terus melompat dari katil. Eh jap jap. Berdebar-debar dada aku di
pagi hari ni. Jangan disebut nama HILAL tu. Boleh darah tinggi aku. "Weh
ko tak cakap pun dia nak datang. Alamak! Sembab kot muka aku bangun lambat ni.
Huuu nak mandi japp." Terus aku mencapai tuala serta baldi mandian dan
memecut ke tandas kolej.
Oh. Kami menginap di
kolej, alang-alang aku kerja kat area Serdang kan. Kami bertiga menumpang di
bilik Umairah, share sewa la. Umairah student masters di sini. Ziela pulak
kerja kat Cheras dan Nadya kerja kat fakulti juga. Aku je tiba-tiba menyelit
menumpang. Heee baru bertukar kerja la katakan. Jimat dok kolej ni.
Sementara itu,
Nadya, Ziela dan Umairah bersiap-siap. Sambil menunggu Auni mandi, mereka
breakfast sambil menonton movie yang didownload oleh Nadya. Memang minah sorang
ni rajin mendownload. Request apa saja!
“Betul ke Hilal
ada sekali ?" tanya Umairah.
"Betul la."
balas Nadya sambil mengunyah cornflakes dengan sopannya.
"Ingatkan ko
saja je nak bagi Auni bangun cepat. Rupa-rupanya betul. Nak gelak aku tengok muka
minah tu. Excited gile! Tahu pun cuak jejaka idaman join sekali." ujar
Ziela sambil tersengih. Dia menghirup milo panas yang baru dibuatnya sebentar
tadi.
"Tapi aku takut
Auni tu kecewa je. Dia dah tau si Hilal tu dah ada someone. Entah. Dia cakap
nak berdoa juga. Adehlah. Takpela. Janji dia gembira. Harap lama-lama dia dapat
kikis la feelings kat mamat tu. Tang mana hensem pun aku tak tahulah weh."
kata Nadya dengan semangat.
"Aku tengok
Hilal tu memang handsome la. Pada mata akulah. Bukan taste ko kot Nad. Taste ko
ngan Auni kan memang opposite. Yang dia suka, yang tulah ko nak condemn.
Haha." Tambah Ziela lagi.
Toilet...
Alamak! Lama pulak
aku berangan dalam bilik air ni. Kena cepat nih. Huiih. Sambil berkemban dan
mengangkut segala baldi dan peralatan rejim-rejim mandian aku, aku terus
menapak ke bilik dengan lajunya. Gembiranya! Tapi dalam masa yang sama aku rasa
berdebar-debar sangat. Kiranya, mahu jumpa tapi malu. Ceh! What the hell?
Sampai je kat bilik,
aku terus menyarung jeans dan baju yang memang dah tersedia disangkut sejak
semalam. Kalau nak harap aku ready pagi ni, silalah tunggu aku bersiap dua jam
terima kasih. Dorang semua dah ready. Tunggu aku nak kelepet tudung bagi
penjuru tajam ke depan je ni.
"Geram aku
tudung ni! Apsal entah hari ni dia gedix."
"Dah okayla aku
tengok. Ko ni. Jom cepat! Nanti bebudak tu tunggu lama. Tinggal ko
karang...." Cewah Nadya, pandai ugut-ugut nampak ?
"Okay siap!
Let's go babe!" Semangatnya aku! Hehe. Gembiraaaa~!
Kami berempat naik
kereta Ziela. Kata Nadya, mereka akan berjumpa kita semua di masjid Putrajaya
senang. Hm, motif outing hari ni? Adalah bergambar ni sekitar Putrajaya. Memang
banyak free time kami semua. Haaa. Actually tu side activity je. Yang utama nak
tengok movie kat Alamanda. Movie Takers. Bunyi cambest jek kan.
Ceh berdebar
pulak gua...
Putrajaya....
Semakin
menghampiri.... makin kuat debaran di dada. Uhuks. Aku ketap bibir. Kurang
sikit bunyik aku hari ni sebab cuak nak bertentang mata dengan encik senyuman
menawan. Tolong! Semoga aku bersopan santun dan bertatasusila hari ni. Please
jangan buat perangai pelik dan aneh.
"Weh dah
sampai. Haa Auni. Amacam? Happy la tu dapat jumpa Hilal hari ni." Nadya
mencelah.
"Hish,
jangan la sebut nama dia. Berdebar aku! Mr. Tett cukup." balasku. Argh!
Memang aku cuak! Aku nak bergambar dengan Hilal please!
Kami berempat turun
dari kereta. Kelihatan Hilal dan Amir menunggu di depan kereta sambil si Hilal
shoot Amir yang sakan bergaya. Memang hobi Hilal mengambil gambar. Dia juga
buat kerja part time sebagai photographer. Tapi hari ni suka suka je keluar.
Takkan nak charge tiap masa lak?
"Amboi amboi.
Lama kitorang tunggu korang nih." ujar Amir sambil bercekak pinggang.
Hilal sekadar tersenyum di sisi. Kami semua tersengih-sengih.
"Minah ni ha,
lambat bangun. Tu yang kitorang terlewat. Minta maaf la ye." balas Nadya
yakin sambil menunjuk ke arahku. Aku sentap giler!! Apsal Nad cakap aku bangun
lambat? Habis imej aku depan Mr. Tett!
"Aku dah bangun
awal ye. Mandi je lambat." Sempat nak cover line. Wajib. Demi imej
terpelihara. "Dah dah jom kita bergambar riang ria di sini!"
"Ceh, tukar
topik nampak?" Perlahan je suara Nadya tapi aku dengar okay. Suka la tu
nak usik aku.
Memang sakan
kami bergambar di depan Masjid Putrajaya tu. Pelbagai aksi dan gaya yang
direka. Terlintas je kat kepala otak, terus kami lampirkan sebagai gaya
fizikal. Peh! Berpeluh-peluh jugak kat tengah-tengah tu.
“Korang, jom la
amek tepi jambatan ni pulak. Kasi nampak tasik. Cantik!" cadang Umairah
sambil tersenyum. Dia memang sukakan alam sekitar. Orangnya juga jenis tenang
dan cool. Em, Hilal pun cool je. Opss!
Berlari-lari
kami semua nak ke jambatan tu. Seperti kanak-kanak ribena yang baru diberi
kebenaran oleh bapak mereka untuk berlari riang. Hilal dan Amir kat belakang,
mengejar kami. Uh, sungguh tidak senonoh perangai kami. Umairah dan Ziela siap
bertempek tepi jambatan dah. Suka betol dorang.
Hari ni agak ramai
manusia-manusia lain berpeleseran di situ. Walaupun matahari dah semakin
meninggi, tapi tak reti-reti juga nak balik. Ramai yang datang dengan kekasih
masing-masing. Tu yang tak sedar hari dah panas tu.
"Hilal, bak aku
ambik gambar. Apa kata ko duduk atas birai jambatan tu?" Camera dah
bertukar ke tangan Amir. Hilal join kitorang kat tepi jambatan tu. Dia duduk di
birai jambatan. Aku nak naik juga tapi...ishh.
"Okay! Ready
weh! Aku nak amek ni..." Sound Amir.
Tiba-tiba, seorang
kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 5 tahun terjatuh berdekatan dengan
Hilal. Belon yang dipegang dari tangannya terlepas. Kanak-kanak itu terus
menangis. Spontan Hilal cuba menggapai belon yang semakin tinggi dari tanah
itu. Dan badannya terasa ringan melayang di udara.
"HILAL!!"
Nadya dan Umairah menjerit. Amir terus berlari ke arah kami. Hilal terjatuh ke
dalam tasik. Seraya itu orang ramai mula berkumpul di tepi jambatan.
"Ada orang jatuh
dalam air!"
"Cepat panggil
pak guard ke apa. Bagi pelampung!"
"Weh, apasal dia
terjun dalam air tu?"
"Lemas ke
dia?"
Aku tergamam.
HILAL! Dengan spontan aku melompat dari tebing jambatan untuk menyelamatkan
Hilal sambil menjerit namanya....
<bersambung>
No comments:
Post a Comment