PART 2
Hilal! Mana Hilal?
Aku tak nampak dia kat sini. Hilal!
Dengan sepenuh tenaga
aku berenang mencari Hilal. Janganlah dia lemas. Tiba-tiba aku diserang panik.
Panik sekiranya aku kehilangan dia. Aku tak confess lagi ni! Tak nak! Please
don't! Terasa sesak nafas di dada. Air membuak-buak masuk melalu hidung dan
mulutku. Apakah ini? Kenapa aku tak dapat nak tahan nafas? Salur hidung dan
kerongkongku terasa perit yang amat. Debaran di dada semakin menggila. Ah. Aku
tak boleh mati dulu. Aku nak cari Hilal!
Tiba-tiba aku
seakan-akan ternampak seperti bayangan tubuh manusia, menjunam jatuh ke dasar
tasik dengan perlahan. Tanpa mengira kesakitan yang amat, aku terus berenang
menuju ke bayangan tersebut. Hilal!
"Hilal!"
Jangan tinggalkan aku dow!
"Auni!
Auniiii!"
Arghhh! Terasa
seperti ditekan-tekan dadaku. Serentak dengan itu perutku memuntah keluar air
tasik yang tertelan tadi. Aku membuka mata perlahan-lahan. Berpinar mata dan
kepalaku. Aku cuba untuk bertenang. Apa ini? Basah kuyup bajuku. Kenapa aku
terlentang kat sini?
"Eh, kita kat
mana ni?" tanyaku ke-blur-an. Tekak masih terasa perit. Aper ni air tak
sedap! Uwek!
"Kita kat
Putrajaya Auni. Kat tepi tasik." terang Umairah kepada Auni yang separa sedar.
"Eh?"
Serentak dengan itu aku terbayangkan Hilal. Terus aku bangun terduduk sambil
menggengam tangan Umairah. "Hilal mana Umairah? Dia okay ke?"
"Tu, sihat dan
selamat je dia. Ko janganlah risau." sampuk Nadya sambil tersengih-sengih.
Aku berpaling memandang
Hilal. Dia merenung ke arahku sambil tersenyum. OWMIGAWD!! Comelnya dia senyum!
Argh! Apsal sweet sangat ko ni? Wah first time nampak rambut dia basah!
Handsome gile! Dengan penuh gaya baju basah....opss. Ehem, syukur dia selamat.
"Syukur ko
selamat bro. Cuak aku tadi weh." Spontan aku melontarkan statement yang
padaku biasa-biasa saja tapi bukan kepada tuan pendengar."Aku nampak ko
lemas tadi...."
"Auni...Auni.
Hilal ni juara renang kampung dia kot. Sungai tu dah jadi rumah kedua dia dah. Kitorang
terkejut tengok ko lompat sekali dari jambatan tu. Serious terkejut." ujar
Amir sambil menggelengkan kepalanya.
"Err...pelik
kenapa aku lemas eh...?" tanyaku blur. Sungguh aku pelik kenapa aku pulak
yang lemas!
"Kaki ko
tiba-tiba kejang tadi. Nasib baik aku sempat sambar ko." jawab Hilal.
Hilal selamatkan aku?
Bermakna dia pegang aku kah? Arghhh!! Ceh, tetiba pipi ni nak jadi merah-merah
malu kucing pulak. Aku segan kot! Yelah, aku beria nak selamatkan dia tadi.
Alih-alih aku pulak yang lemas. Malu giler! Malu depan pujaan hati. Perasan nak
jadi hero kot tadi.
Ziela dan Umairah
memegang tanganku sambil menepuk-nepuk bahu memberi semangat. Ye. Aku masih
confuse. Kakiku kejang? Patutlah aku tak dapat nak berenang tadi. Terkejut gak
aku. Tapi mengenangkan Hilal, aku tak sedar yang aku sendiri pun tengah lemas
tika itu.
"Yang ko
tiba-tiba lompat kenapa Auni? Mujur ko selamat okay. Risau dow." Nadya
bercekak pinggang, lagak mak tiri risaukan anaknya.
"Ah? Oh spontan
je aku lompat tadi masa nampak Hilal jatuh. Heee. Yelah aku nak selamatkan
Hilal la. Aku kan baru masuk kelas renang. Emmm...." Cam nak tertelan air
liur. Aaaa! Bongek! Bodooo gile ko depan Hilal! Mana kesopanan, kesantunan dan
kesusilaan yang dijanji-janjikan itu?!
"Auni!! Adoiii
la. Yelah aku tahu ko baru masok kelas renang. Aihhh...Auni Auni..." Nadya
garu kepala dia yang memang dah gatal sejak tadi. Panas beb panas! Matahari
membahang.
"Auni, terima
kasih sebab nak selamatkan aku." ucap Hilal sambil menganggukkan kepalanya. Aku terkedu. Aisey beb. Hati gua kecil je, mudah tersentuh dengan ucapanmu itu.
Uhuks.
"Er...eh
sama-sama. Patut aku yang thanks kat ko sebab ko tolong aku. Eh,
malulah..." Terkulat-kulat aku kat situ. Bongek! Memang malu tahap gaban!
Takkan aku nak confess dalam keadaan camni kat dia? Kalo aku hero, bolehlah aku
confess kat dia dengan penuh kesantunan! "Em, terima kasih Hilal."
Masing-masing diam.
Opss, malaikat lalu. Tulaa, baru nak start jiwang. Ish. Tak leh. Jiwang
sorang-soranglah kau.
"Budak
berdua ni dah basah kuyup camni, nak layan movie lagi ke?" tanya Ziela.
"Aii,
terpaksa cancel la camtu beb. Tak pe. Adventure what hari ni. Aiih Auni, next
time ko jangan wat camtu lagi." balas Nadya sambil tersengih. Lucu hati dia
melihat gelagat dan muka Auni yang serba salah depan Hilal tu. Hilal cam
biasala gaya cool dan tenang dia. Apa la yang minah sorang ni fikir, sanggup
nak terjun jambatan ni, kalau nak kira ketinggian jambatan, tinggi jugak.
Huiisshh!
"Eh alang-alang
cancel movie, jomlah kita ambik gambar. Haaa cepat senyum. Aku nak ambik gambar
selepas lemas pulak!" Amir ketawa sambil bersedia untuk mengambil gambar
kami semua.
SNAPPPP!
MALAM
: Anjung Rimba, Bandar Baru Bangi
Ruang dalam
kepalaku terasa kosong. Tiada putaran imej yang berlaku. Tiada interpretasi kata-kata
yang terjadi. Statik. Aku merenung gelas berisi air teh O limau kegemaranku di
depan. Straw ku pusing-pusing dan ku hirup teh sikit-sikit. Macam malas nak
hirup gitu. Aku tak mahu ingat!
"Ko okay ke ni
Auni?" tanya Umairah sambil mencuit lenganku.
"Aaa? Not
okay..." keluhku. Aku jadi tak semangat bila teringatkan kisah tengahari
tadi.
"Pasal ko lemas
tu ke?" tanya Nadya. Aku pandang wajah dia.
"Aku malu
gile dooo! Aku rasa cam bodoh tahap gaban. Aku dah berjanji tak nak nampak
sengal depan dia. Tapi, aku tetap hampeh je. Malu la. Entah apsal kaki time tu
nak kejang pulak. Aduhaii. Aku tak tahu pulak dia juara kampung, penghulu
sungai segala bagai. Rasa tak sanggup nak bertentang mata dengan dia.
Adoilah." Laju je mulut aku menyusun cerita. Plot-plot yang memang tepat
dan tersusun.
"Weh, cool je.
Dia pun dah terima kasih kat ko. Mesti dia hargai apa ko buat tadi tu. Dia
takkan fikir bukan-bukan punya." pujuk Ziela.
"Entah-entah dia
dah detect aku suka dia. Aduiiii. Cuak la weh." Rasa nak nangis jek! Ceh.
Borak sikit pasal Hilal, nak sebak je keje. Tak macho langsung!
"Hmm tu tak tahu
nak cakaplah. Tapi obvious kot ko sanggup lompat sebab dia. Semua orang leh
baca dari situ." Jawapan Nadya yang sememangnya selalu je kena batang
hidung aku serta dahi dan segala poin kat muka aku. Maluuuuu!
"Aku lompat
sebab nak selamatkan dia." Noktah. Yakah? Bukan sebab aku suka dia? Takut
kehilangan dia? Argh! What is this man! Amende nak kehilangannya, dia bukan
pakwe ko pon.
Tidak berapa lama
kemudian, pelayan datang membawa pesanan kami. Masing-masing sudah mengadap
hidangan yang dipesan sebentar tadi. Aku sekadar memesan sup tomyam. Konon tak
de selera. Padahal perut ni dok berbunyik sejak tadi. Aku mengerling ke arah
Umairah. Wow! Nasi pataya faveret aku! Aku tengok Nadya. Huissshhh Mi hailam
laaa. Aku jenguk Ziela punya pula. Waah, nasi goreng daging merah. Aduhaii. Aku
pe barang sup tomyam ni?? Wat cirit birit sok baru tahu.
Kruuuk! Kruukkk! Tak
mau mau perut ni nak senyap. Ish!
"Em, Umairah,
nak sikit boleh?" Tersengih-sengih aku meminta simpati sebelah Umairah.
"Haa, kata tak
de selera? Kalo dah lapar buat cara lapar. Tak de makna nak majok berjauhan
hati gini. Rugi tolak rezeki." Panggg! Sekali lagi Nadya tuju kepala aku
bebetul. Aku tersengih jek. Aduhaiii, makanan orang punya memang nampak lebih
sedap sebenarnya. Ehem.
HILAL...
Dia tersenyum
tatkala teringatkan insiden di Putrajaya tadi. Memang boleh buat orang ketawa
la minah tu. Adoiila. Kelakar betul. Tak pernah aku jumpa orang camtu rasanya.
Sanggup pulak dia terjun semata-mata nak selamatkan aku? Dah tu tak pasal kaki
dia pulak cramp kat dalam air. Aihh. Memang bahaya tadi. Nasib baik sempat
selamatkan dia. Kalau tak confirm lemas kot.
Tak pasal sok keluar headline
METRO~
Seorang Gadis
Mati Lemas kerana Cuba Menyelamatkan Kekasihnya di Tasik Putrajaya
"Kekasih?"
Haha Apsal mesti
kekasih pulak? Pape pon memang seramlah. Hilal tersengih lagi. Sebenarnya, jauh
di sudut hatinya dia terharu dengan si Auni tu. Semata-mata nak selamatkan dia
yang bukannya kawan baik pun, terus terjun tasik tak fikir apa-apa dah. Hmmm.
Hilal seakan-akan dapat menangkap perasaan Auni pada ketika itu. Tapi, dia buat
cool je la. Memang gaya dia cool pun selalu. Tenang dan relax. Tak perlu
gelabah gelabah ni.
"Ish tapi memang
aku sendiri pun terkejut sebab aku boleh jatuh dalam tasik tu. Serious aku cuak
gile. Tapi, bila ternampak Auni terjun dalam air tu....aku rasa selamat
sikit." getus hati kecil Hilal.
Dia memeriksa kamera Nikon
DSLR kesayangannya lagi sekali. Dilapnya dengan penuh berhati-hati. Harap takde
terkena percikan air ke apa. Segala peralatan kameranya disimpan dengan penuh
tertib. Nyawa nih!
Tiba-tiba, kedengaran
bunyi mesej masuk. Hilal mencapai handphonenya yang berada di atas katil.
Terukir sebuah senyuman bahagia di bibirnya tatkala menatap nama si penghantar
mesej.
"Hilal!"
"Ye mak?"
"Datang sini
kejap."
"Baik mak!"
Hilal bergegas bangun dan meninggalkan handphonenya di dalam bilik dengan
senyuman yang semakin melebar.....
<bersambung>
No comments:
Post a Comment