PART 4
Hilal
membuka facebook dia seperti biasa. Hari ni kurang sikit sibuknya. Biasanya,
tiap weekend pasti ada je member ajak dia keluar, tak pun amek gamba. Dia browse web Home cam biasa. Eh? Ada
message.
Auni
Azrai.
Hmmm.
Berkerut dahi Hilal tatkala membaca nama gadis itu. Apa cik akak ni hantar kat
aku kali ni? Bank soalan ke tuk aku jawab? Mesej yang tertera di skrin PC
dibaca dengan tenang.
Oh?
Senyuman terukir di bibirnya. Terus dia menggerakkan mouse dan arrow dihala ke
link tersebut. Double click. Facebook profile Auni sendiri….Oh, dia post video?
Happy Birthday to you, especially
for you ….. –A.A-
Butang
play ditekannya. Video start loading. Buffering. Background muzik Wedding Dress terus berkumandang.
Kelihatan sekujur tubuh berjaket hitam dan berbaju merah, serta berseluar
hitam, memakai bandana serta cap yang menutup wajahnya. Serentak dengan itu
gerak tubuhnya beralun mengikut rentak muzik lagu Wedding Dress nyanyian
Taeyang Big Bang.
Hilal
telan liur. Perghhh! Gempak gile menari. Ni siapa? Dia terpana melihat tarian
gadis itu. Sehingga ke akhir lagu, ada sebaris ayat terpapar di video sambil si
gadis tersebut membuat tanda peace. Wajahnya masih terlindung.
Happy Birthday En. H ! Semoga ko
berjaya dunia dan akhirat!
Oh jangan lupa ye, Ahad pukul 3
petang k. Gua serius. Haha.
Hilal
menggelengkan kepalanya. Apa lagi ni yang kol 3 petang tu? Ahad? Ye hari nilah!
Dia ketawa kecil. Auni ke yang menari
tu? Smart gile! Entah berapa lama dia praktis semata-mata nak buat tarian ni
kan. Erm…thanks Auni.
Video
itu diulangnya sekali lagi. Menarik juga. Terhibur dia jap. Kelakar pon ada
minah ni. Ni rupanya kerja dia. Ceh.
Kemudian,
dia terus menyambung kerja-kerja mengedit gambar customernya. Gambar
perkahwinan yang diambil last week. Ada orang promote dia. So dia pun amek la
job tu. Boleh tahan lumayan juga bayaran yang diterimanya. Memang seronok buat
kerja ni. Hobi dan minatnya sejak dulu lagi….
4.30
petang….
Eh!
Hilal terkebil-kebil bangun dari tidurnya. Ya Allah! Aku terlajak tidur ke. Dah
Asar ni. Huh. Tiba-tiba dia teringat mesej dari Auni. 3 petang! Aku dah miss
ke? Dia bangun lalu menuju ke tandas untuk berwuduk. Solat perlu diutamakan
dulu. Namun, pelbagai andaian berputar di dalam kepalanya. Usai solat Asar,
Hilal turun ke ruang tamu. Kelihatan ibunya sedang menonton TV.
“Hilal.
Tadi ibu jenguk, Hilal tidur. Tak sampai hati ibu nak kejutkan anak ibu sorang
ni.” Pn. Mazni tersenyum. Hilal duduk di sebelah ibunya. Kelihatan ibunya
tersenyum-senyum memandangnya. “Dah besar kan anak ibu ni.”
“Nape
ibu senyum camtu? Semacam jek?” Hilal tersengih. Ahah! Musykil aku nih.
“Ermm….
Ni….” Tiba-tiba, Pn Mazni mengambi sebungkus paper bag berwarna biru cair dan
dihulurkan kepada anaknya.
Darah
Hilal berderau tiba-tiba. Apsal entah.
Buang tebiat ke? Dapat paper bag sweet camni pon menggeletar. Berdebar-debar
aku. Dia melihat barang-barang di dalm paper bag itu. Sebuah kotak berwarna
coklat, bercorakkan bintang serta sebuah
buku dan segulung surat.
“Ada
kawan Hilal datang bagi kat ibu. Sempena birthday Hilal hari ni. Dia kirim
salam. Rasanya Nadya. Dia biasa datanglah dulu.”
PAP!!
Nadya? Kalau Nadya, mestilah dia ada juga kan? Dia datang rumah aku?
“Cuba
tengok apa dia bagi. Cantek betul balutan dia.” Tambah Pn Mazni.
Hilal
membuka ikatan surat tu. Amboi, bergulung-gulung cam utusan diraja apakah? Geli
hati dia melihat surat ni.
Hilal,
Selamat
hari jadi.
Aku
doakan semoga ko berjaya dunia akhirat.
Senyumla
selalu sebab ko senyum menawan.
Silala
baca buku ni, best! Dan hope ko suka hadiah yang tidak seberapa tu.
Auni
Azrai dan rakan-rakan.
Pendek
ni jek? Haha apa ni ‘dan rakan-rakan’? Comel je. Dia mengambil buku dan melihat
tajuk depannya. Tabir Menyingkap Kebahagiaan. Hmm, cam Islamic motivation je.
Nampak best. Kemudian, dia mengangkat kotak coklat itu. Tertulis, handle with
care. Wah! Kemain.
Perlahan-lahan
dia membuka kotak tersebut. Terkedu seketika dia melihat isi yang terkandung di
dalam. Tak tertelan rasanya air liur. Pn Mazni di sebelah juga terpegun.
“Cantiknya
Hilal. Ni toy ke apa?” Tanya Pn Mazni. Memang cantik!
Nikon
DSLR D300 cake.
Sure
tempah special ni. Lawa gilerrr!! Cam real! Siap dengan micro lens tak tahan
tu. Details dia pon cantik. Kek ke ni? Sayangnya nak makan. Fondant color yang digunakan pun seakan-akan
warna camera betol. Pada skrin belakang camera cake itu terdapat edible image
dia. Hilal tidak terkata. Jujurnya, dia sangat suka hadiah kek tu. Camera dia
Nikon…..
“Kek
birthday? Wah memang sesuai la dorang bagi kek camera ni. Hilal kan suka amek
gambar.”
“Em.
Memang cantik kek ni ibu. Sayang betol nak makan kan?” Hilal tersengih sambil
memandang ibunya sekilas. Tak leh blah ada edible image dia tuh! If tengok
gambar tu, tahulah mana minah tu cilok gambar dia…. Tapi aku suka. Seriously
smart.
“Kita
simpan kek ni dulu boleh ke ibu?”
Auni
Azrai’s….Home
“Oh
mak dia ke yang ambik?”
“Aah,
mak dia cakap Hilal tidur masa tu.” Ujar Nadya. “Weh thanks belanja chicken
wings Domino’s tadi.”
“No
hal bro. Haha. Yelah upah ko tu, dah terbang masok perut? Em. Aku harap dia
suka weh.”
“Suka
tu. Lawa kott kek! Dengan aku tak de pon ko nak buat kek camtu! Huh, benci okay…”
Nadya mencebik.
“Ala
cukup la chicken wings tu. Kolesterol okay! Haha!” Cam sengal pon ada. “Terima
kasih bebanyak Nadya. Aku tahu aku buat kerja gila dan kalo orang lain tengok
bunyinya cam aku terhegeh-hegeh. Tapi ko tahu kan perasaan aku yang betul.”
“Ye.
Jangan risau. Aku kenal ko. Terhegeh apanya? Penuh kesantunan aku menjadi orang
tengah, pass barang kat orang tu. Kalo terhegeh ni, dok tergedik-gedik kejar.
Tak de apa.” Balas Nadya.
“Em.
Aku cuma tak nak menyesal je nanti. Aku nak buat apa aku fikir sekarang ni. Apa
dia nak fikir kat aku, entahlah. Belakang kira. Tak de benda akan berubah pun
sama ada aku buat ke tak. Gua ikhlas beb! Kekadang aku terasa aku ni patot jadi
laki jek....” Aku mengeluh. Tiba-tiba aku rasa cuak sikit. Apa dia fikir. Suka
ke dia dengan hadiah tu? Em…
Plop!
Eh?
Bunyi mesej facebook. Uhuk!! Beliau!!
“Nadya!
Dia mesej aku ni. Heeee aku nak jawab mesej dia. Okay, nanti pape aku update
ko.”
“Amboi,
cepat je nak byebye kan. Camnila kawan. Haha. Okay weh. Gitaula nanti kat aku.
Bye.”
“Bye.”
Aku terus mematikan perbualan antara kami. Handphone ku letak tepi. Em! Nervous
gile ni. Cam dah tak terasa jari jari aku. Kebas semacam nak menaip.
Hilal:
Salam
Aku:
Salam Hilal
Hilal:
Aku dah terima. Thanks untuk hadiah tu.
Aku:
No hal beb. Hope ko suka je.
Senyap
jap. Argh! Lambatnya dia reply. Ke aku nak tanya soalan?
Aku:
Err camne kek tu? Sedap ke?
Hilal:
Sedap. Thank you ye. : ) Mana dapat kek tu?
Tiba-tiba
laptop aku hang! OWMIGAWD!! Apakah dugaan ini? Kenapa mesti nak hang masa Hilal
bertanyakan aku soalan buat julung-julung kalinya? Noooooooooo!! Tolong! Lappie
please don’t do this to me. Kisah
cintaku dihujung tanduk!
Woooot!
Terus padam. Gelap skrin gua.
Aku
rasa nak berguling-guling je kat situ. Mahu hentak berlipat kepala kat laptop
ni! Rasa cam melepas sangat! Woi! Saja je kan laptop ni dengki dengan aku. Ah.
Malasnya nak on balik laptop. Aku lihat jam di dinding. Dah nak kol 11 malam.
Ngantok gak mata ni. Sok kerja.
Hilal,
fahamilah gua bro. Gua bukan sengaja nak offline. Huuuuuuuuuu~! Em. Tiba-tiba teringat janji sendiri. Bukan
ke ko cakap lepas ko bagi hadiah kat dia. Ko dah tak nak cakap apa-apa dengan
dia. Tak nak kacau dia. Tak nak chat dengan dia dah. Yelah takut ganggu dia je.
Sure dia tak suka aku dok chat dan tanya macam-macam soalan basic, tidak
berilmiah langsung. Ermmm. Boleh ke aku buat camtu?
Ah
tidur je la!
Tiga
minggu berlalu….
“Monyok
je minah ni apsal?” Tanya Umairah sambil meletakkan baju-baju yang diangkat
dari jemuran di atas katil. “Auni?”
“Auni!”
“Em??”
Aku berpaling. Terasa sayup je orang panggil nama aku tadi.
“Apsal
ni? Sedih je muka?” Tanya Umairah sambil tersenyum.
“Oh…em..”
Sambil mengunjukkan gambar Hilal. Aku rindu dia weh. Camne ni?
“Tak
chat dengan dia ke?” Tanya Ziela.
Aku
geleng.
“Aku
dah berjanji tak nak kacau dia pas bagi hadiah tu. Aku terasa cam dia sure
sentap bile tengok nama aku nak chat dengan dia. Habisan la tu prepare nak
counter soalan-soalan aku. Sedih sikitlah.” Aku tunduk merenung gambar Hilal.
“Aku rindu dia do! Tak macho langsung weh! Aaaaa!”
“Jadah
pulak macho tak macho ni. Perasan ingat ko jantan? Haha! Ala chat je la.
Entah-entah dia pun tertunggu-tunggu ko mesej dia. “ sampuk Nadya sambil
membetulkan laptopnya di atas meja.
“Ceh,
statement nak yang beri harapan je kan?” Aku tersenyum. Tiga minggu. Ceh tere
juga aku tak chat dengan dia. Ikot hati mahu je aku chat setiap hari! Nak tanya
dia tengah buat apa. Camne kerja hari ni? Apa jobscope kerja ko? Turnover
company baper tiap tahun? Uhux!
Buzz!
Buzz!
Aku
melihat Nadya membaca SMS yang diterimanya. Umairah dan mula melipat kain dan
baju-baju yang diangkat sebentar tadi. Monyok ke aku? Rasa biasa je. Cuma tak
bertenaga sangat la. Inspirasi dah makin menjauh. Tapi , tiap malam aku buat
solat hajat. Semalam je tak buat sebab aku ngantok sangat. Heeee.
“Aiseh….”
Aku
pandang Nadya.
“Aku
dapat SMS jemputan bertunang Hilal ni.
Dia ajak aku pergi. Bulan depan. Majlis sederhana je kat rumah bakal
tunang dia.” Nadya ketap bibir sambil merenung aku. Aku dah memang rasa cam nak
terputus rambut masa tu jugak. Sipi lagi roh aku nak keluar dari kepala aku,
terasa nak membawa diri jauh dari sini. Gua
sentap!! “Sorry Auni.”
Serta-merta
bergenang air mataku. Terus laju meleleh turun. Huh. Apa perasaan ni? Kenapa
aku rasa dada aku cam berdenyut-denyut sakit ye? Sampai sini sajakah antara aku
dan dia? Memang tiada jodoh antara kami? Ceh! Sudahlah berdrama. Sejak bila dia
milik ko?
“Auni…”
Panggil Umairah. Masing-masing senyap memandang aku.
“Aku
sedihhhh. Aku tak sangka dia cepat camni nak bertunang. Ke sebab aku bagi dia
hadiah? Signal nak soh aku back off?
Wwuuuuu…” Aduiii! Apsal tak nak stop menangis ni? Air mata please jangan
keluar. Malu aku depan bebudak ni. Tak macho doww.
Umairah memeluk bahuku. Lagi laaa aku nak teresak
bila dia comfort aku camtu. Nadya dan Ziela sekadar memerhati.
“Auni.
Sabar okeh. Jangan fikir banyak sangat. If tak de jodoh, tu maksodnya dia tak
sesuai untuk ko. Ada lagi orang yang lebih baik tuk ko.” Ujar Umairah.
“Auni….”
Nadya memegang pahaku.
“Em.
Aku tahu. Aku tahu…” Tapi air mata ni tetap tak nak berhenti mengalir jugak.
Pleaselah air mata. Hilal. Memang dia bukan jodoh aku ke? Kalau aku nak dia
jugak, macam mana? Adakah ini jawapan kepada doa aku? Doaku sudah dijawab
oleh-Nya....
Sehari
sebelum pertunangan Hilal....
~Biarrlahhh, ku
rela.. melepas mu, meninggalkan aku...Berikanlah aku kekuatan untuk lupa kamu~
!
Aisey!! Apsal lagu
Biarlah ni aku pi nyanyi pulak? Ini bukan lagu tema Hilal ye puan-puan. Emosi
sungguh gua. Seb bukan Cinta Kain Putih yang berkumandang. Tak pon lagu Bengang
oleh Mantera. Aku usha handphone ku. Em. Sok adalah tarikh keramat, tarikh
istimewa dan tarikh yang....ah! AKu tak nak tahu. Sayu je terasa hati ini.
Makan hati sungguh
aku. Nak tengok facebook dia pun aku tak sanggup. Dengar nama pun dah rasa
luluh jantung dan hati aku nih. Tinggal rangka dada je. Besar sungguh penangan
Hilal terhadapku. Entah. Hanya dia aku rasa lain macam. Tidak seperti crushes
aku yang dulu-dulu. Sungguh. Memang lain.Ko akan dapat detect bila ko jumpa THE
ONE. Huh? Apa ko cakap tu? Drama kecil di sini jek!
Em. Dialah sumber
inspirasi aku untuk kembali berkecimpung dengan hobi aku. Aku jadi semangat
jika mahu buat sesuatu sekarang. Dan kerana dia, aku dalam process untuk
menerbitkan himpunan cerpen-cerpen pendek aku selama ni. Atas sokongan kakak
aku juga, aku betul-betul fokus. Aku sangat gembira. Dia memang betul-betul
naikkan semangat aku balik. Aku dah nampak hala tuju hidup aku.
Sungguh.
Aku terasa seperti
dialah untukku. Namun, semuanya tidak seperti yang kita rancang. Hanya Allah je
yang Maha Mengetahui. Mungkin juga Allah bagi aku jumpa dia so that aku dapat
start balik minat aku yang dulu, minat yang telah lama berkubur dek kekecewaan
yang teruk. Arghhh positif la sangat !
"Dikk....oooo
dik!!"
Hah? Terkejut aku.
Brother ni panggil aku rupanya.
"Mi goreng dah
siap ni. Jauh termenung nampak?" tegur abang kedai tu sambil menghulurkan
sebungkus mi goreng kepadaku. Memang selalu aku order dengan abang ni tuk makan
malam.
"Thanks bang.
Fikir masalah dunia ni...." Aku tersengih sambil menghulurkan wang kepada
abang tu.
"Yelah dik.
Kekadang, masalah ni jangan fikir sangat. Makin fikir makin bermasalahlah kita.
Betul tak?"
"Errr..betul
betul." Kejap!! Aku cuba memahami apakah nasihat abang tu kepada aku
sebenarnya? Kemudian, aku terus minta diri untuk pulang ke blok aku.
Sampai sahaja di
bilik, kelihatan Umairah sedang membaca magazine Solusi. Mungkin baru dibelinya
tadi. Aku menyapanya sambil tersenyum. Mi goreng ku letak atas meja. Ziela dan
Nadya masih belum pulang.
Hmm, Nadya. Sure
berdating dengan Fizzo tu. Hari tu dia ada story problem dia ngan kitorang.
Baru tahu dia dalam dilemma diganggu ex lama dia. Aiseeeh! Haha! Kelakar gak.
Nampak je brutal Nadya tu. Tapi, hati kucing je. Dia ceritala ex dia beria ni
pujuk. Sampai satu tahap tu dia berbelah bahagi dengan Fizzo pulak. Apa lagi,
kitorang advice dia cukup-cukup. Dah dah la Shazry tu. Fizzo dah cukup
considerate kot. Memang Fizzo ni nampak tulus dan ikhlas dengan dia. Dan Nadya
menyahut nasihat kami dengan tegar....
"Dating lagi ke
Nadya tu?" tanyaku kepada Umairah. "Ko dah makan Umairah?"
"Dia baru je keluar
pas Maghrib. Katanya saja nak jumpa Fizzo, nak bagi hadiah apa entah. Haa aku
baru je makan tadi weh." Umairah memandangku lama. Gaya cam ada benda nak
sambung lagi.
"Nape ko tengok
aku camtu?" soalku. Aneh.
"Ko okay?"
Aku mengeluh. Ceh.
Terbantut jap niat aku nak makan. Tadi memang lapar kemain perut. Aku kona
pergi ke katil Umairah. Tergaru-garu kepalaku cuba memikirkan camne nak
memulakan bicara. Malas nak meleret beremosi.
"Aku sedih
Umairah. Sayu je rasa hati. Konon cam lagu Nidji Biarlah tu la. Faveret aku
dulu-dulu. Tapi, nak buat camne kan. Mungkin ni la jawapan Allah nak gitau aku
kot." ucapku tenang. Tapi mata dah terasa panas. Air mata dah standby jek
nak meluncur laju.
"Esok ko nak
pergi ke...." Ragu-ragu Umairah bertanya. Tepat matanya merenung muka ku. Pergh!
Aku tersenyum
memandang Umairah.
"Jom? Makan free
kan?"
Kerja gila? Ye. Aku
suka buat kerja gila.
Hari
pertunangan…
Ziela memakirkan
keretanya tidak jauh dari rumah perempuan itu. Tak de la ramai sangat kereta.
Mungkin dorang ajak yang rapat-rapat dan saudara terdekat aje. Yelah. Baru
bertunang. Nanti dah nikah barulah buat gempak sikit. Jimat cermatkan amalan
yang disukai Allah? Tak baik membazir ni.
Kami semua turun dari
kereta. Ziela mengunci keretanya dan memastikan agar tiada barang-barang
berharga yang tertinggal di situ. Aku sekadar merenung kosong ke arah rumah
tersebut. Terasa kepala ni ada dot hitam, dan tak de apa-apa pon yang
menari-nari di sekeliling dot hitam tu. Cuma ada satu punat je kat situ.
Kosong.
"Ko betul ni nak
pergi? Aku tak nak pula tibe-tibe esok keluar paper, 'seorang gadis kecewa
direjek mengamok di hari pertunangan lelaki yang merejectnya'.Ahaa." ujar
Nadya. Concern tapi ayat sentap kot!
"Amboi. Hebat
betul statement ko ni kan. Ishh, aku okay je la. Kalau tak okay, dah lama aku
berkabung kat rumah. Ni aku pakai baju merah lagi okay. Merah membara! Haa
makan free kenalah terima. Rugi tolak. Aku suka kenduri-kenduri ni."
balasku selamba. Tiada perasaan yang ku tunjuk. Tak sedih. Tak excited.
Constant je.
"Ko kuatkan
Auni. Jangan risau. Kitorang ada kat sini." Umairah memegang lenganku
sambil memberi kata-kata semangat. Aku tersenyum. Betul, korang ada dengan aku.
Korang lebih lama kenal aku berbanding dia. Thanks korang!
Dengan langkah yang
sopan kami menuju ke majlis pertunangan yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Ah sudah. Debaran di dadaku dah mula dah. Terasa berderau darah tatkala
memikirkan yang Hilal akan menjadi milik orang sebentar saja lagi. Walaupun dia
cuma bertunang, tapi peluang untuk aku dah makin tipis sebab berdosa sekiranya
kita mengganggu tunang orang lain. Ye. Berdosa.
"Haa kawan-kawan
Arisya ke ni?" tiba-tiba seorang mak cik menegur kami semua.
Arisya? Oh, itukah
namanya. Cantik. Pasti tuan empunya badan juga cantik dan manis. Sepadan dengan
Hilal. Shuuhh! Oi jangan fikir pelik-pelik daaa. Ko juga nak datang kan.
Sekarang nak meroyan pulakk dalam kepala. Chill beb! Aku mengetap bibirku.
"Ha ye ye. Kami
datang nak raikan pertunangan dia." Jawab Ziela dengan berhemah. Meraikan
pertunangan. Huiih.
Kami dibawa masuk ke
dalam rumah. Aku menarik nafas panjang-panjang. Apa ni? Betulkah apa aku buat?
Ada ke orang yang gila cam aku? Menyaksikan orang yang dikasihi menjadi
tunangan orang lain? Aku mendongak kepalaku. Tepat mataku bertentang mata
dengan Arisya, mungkin. Dia tersenyum manis memandangku.
Waaah memang cantik!
Sangat ayu. Aku terasa diriku comot je dan tak layak dengan Hilal. Hmm,
patutlah. Memang aku tak sepadan dengan dia.
Arisya lengkap
berpakaian baju kurung berwarna merah jambu yang dihias ringkas dengan butiran
manik-manik berwarna warni. Veil cream pinkish dan bersulam emas melitupi
kepalanya. Dia duduk bersimpuh di atas pentas kecil yang dihias cantik. Tampak
ayu dan lembut. Aku terpana melihatnya. No wonder la... gua sapa? Jauh
sekali... jauh memang jauh....
"Okayy, mari.
Dah sampai masa nak sarungkan cincin. Mak mentua mana?" Kedengaran
seseorang memanggil mak mentua Arisya. Dah nak sarung ke?
Aku menggenggam
tangan Umairah. Aku rasa aku tak kuat nak tengok semua ni.
"Auni..."
Umairah memandangku.
"Weh...aku
laparla. Jom makan..." ujarku sambil tersengih. Tergaru-garu pinggang yang
tak gatal. Tebiat sangat. Lalu aku terus mengatur langkah ke luar. Aku tak nak
tengok....
"Nak makan ke?
Atau kita nak balik?" tanya Ziela.
"Emm, honestly
aku tak nampak pon Hilal hari ni. Pelik." ujar Nadya.
"Lelaki kan
sepatutnya tak leh datang. If ikot adatlah." tambah Umairah.
Mendengarkan nama
lelaki itu, spontan mataku melilau mencarinya. Sejak tadi aku menafikan
kehadirannya. Aku tak nak bertembung. Takut aku sedih. Tidak semena-mena, aku
ternampak seseorang berjalan ke arah kami. Eh?
"Nadya. Dah lama
ke korang sampai ni?" Hilal menegur kami. Di bahunya tersangkut kamera
Nikon DSLR D300 kepunyaannya. Pasti tadi sibuk mengambil gambar tunangnya. Aku
sayu.
"Weh tak nampak
pon ko tadi?" tanya Nadya.
"Adalah. Aku
tadi kat belakang. Then aku ambik gambar orang tunang ni ha." balas Hilal.
Kemudian, dia memandangku sambil tersenyum. Ape hal lu bro?
"Hm, tahniah
beb. Ko dah tunang. Awal betul kan." ucapku ikhlas walaupun hatiku terasa
berat. Dia tersenyum-senyum.
Huh. Gembira sungguh.
"Cantik tak
Arisya tu?" tanya Hilal. Dia tanya aku ke?? Nadya, Umairah dan Ziela
memandangku. Masing-masing menanti reaksiku. Soalan zasss ni!
"Dia memang
cantik. Sepadan dengan ko." balasku jujur. Aku tak suka ni! Nak balik.
Perut pun dah lapar. Hati aku memberontak tapi tak kuasa nak tunjuk. Imej wajib
dijaga okeh.
"Apsal tibe-tibe
nak bertunang awal?" Soalku tiba-tiba. Argh! Apsal pulak mulut ni lancang
bertanya? Tak reti nak berinsurans!
"Tunang awal?
Siapa cakap aku tunang awal?" Hilal ketawa kecil. Aku dah blur. Nadya,
Umairah dan Ziela pun cam sentap je. Kehairanan.
"Habis tu, yang
ko mesej Nadya tu apa? Ko bertunang hari ni kan." Hoi!! Ape ko cakap
keling gini? Huh! Tetiba aku rasa cam temperature aku nak naek sikit.
"Oh. Haaa. Tu
saja je aku type camtu. Saja nak bergurau je. Tak sangka Nadya datang. Dan
thanks korang datang hari ni. Cuma, bukan aku yang bertunanglah. Aku amek job
ni as photographer je." terang Hilal sambil tersenyum-senyum. Aku
ternganga. Ya Allah. Budak sekor ni betul tak?
"Ko gurau
ke?" ulangku. Pening jap kepala. Berpinar. Tapi cam satu beban besar
terlepas dari bahuku. Huargh! "Ko bergurau ke bro?"
"Aku cuma nak
tengok ko datang ke tak hari ni." balas Hilal tenang. Huih minah ni
confirm marah aku kaw-kaw japgi. Dah siap prepare mental dan fizikal ni. Sekali
kena libas side kick dia tak pasal aku. Bukan apa. Takut kamera aku yang
melayang nanti.
"Cam siol la ko
ni. Haaa ni aku dah datang. So, ada hadiah apa-apa nak bagi? Menang cabutan
bertuah?" kataku dengan tegas. Aku betul-betul geram sebenarnya.
"Weh, dahlah. Kalau camni la ko asyik nak test aku je. Biar aku cakap
direct kat ko. Aku memang ikhlas sukakan ko. Dan jangan ingat aku tahu semua
pasal hidup ko tau. Nadya tak de info pon nak bagi kat aku. Jadi selama ni bila
aku tanya-tanya ko tu, tu memang betul aku bertanya. Bukan sekadar nak create
conversation. Aku tak pernah suka seseorang macam ni. Ko tahu, aku berharap ko
tu pompuan dan aku laki. Senang kot nak tackle. Payah sebab aku pompuan. Kang
ko ingat aku ni perigi pulak. Entahlah aku tak mintak perasaan macam ni. Tapi
dia nak datang jugak. Aku suka ko dari first day kita jumpa, masa main boling
tu. Terpulanglah. Apa-apa pun aku ikhlas berkawan dengan ko."
Hilal terkedu.
Wajahnya merona merah. Dia pulak yang segan! Tak sangka Auni akan berkata
begitu kepadanya. Nampaknya dia memang dah jentik lubang naga ni. Silap
bergurau. Terkena kat dia balik. Sungguh dia malu. Sebab inilah kali pertama
ada perempuan confess kat dia. Selama ini tak pernah. Dia nampak keikhlasan
pada wajah Auni yang tengah marah tu.
"Ek..Auni..."
Hilal tergamam. Tiada kata-kata yang mampu dibicarakan. Dia segan dengan Auni!
Minah ni memang kamikaze buat public confession kat sini. Ada beberapa mata
yang memandang drama mereka. Ada juga yang tersengih-sengih.
"Huh, pape pon.
Tak pela. Ko tak kahwin lagi kan. Tu paling penting. Okaylah. Aku balik dulu.
Weh, jom jom." Aku menarik tangan Nadya dan terus blah ke kereta Ziela.
"Kitorang balik
dulu Hilal. Jumpa lagi." ucap Nadya. Umairah dan Ziela juga mengatakan
benda yang serupa.
"Ahh...okay.."
Hilal sekadar mengangguk. Dia merenung dari jauh. Dia pulak yang terkejut
besar! Hmm, papepon dia sempat snap beberapa gambar Auni yang tengah membebel
tadi. Kelakar sangat! Auni Auni.... Hilal tersenyum menawan.
Dalam kereta Ziela,
masing-masing senyap. Kedengaran enjin kereta menderum kuat. Umairah memandang
aku. Aku memandang Nadya dan Nadya memandang Ziela. Passing pandangan pulak?
"Jom, aku
belanja korang Domino's!" ujarku semangat!
"Eh eh.
Tiba-tiba cam hidup balik budak ni. Selama ni monyok je." kata Nadya
sambil tersengih. Lega dia tengok Auni dah ceria balik. Sebulan ni jangan
cakapla. Constant jek perasaan dia. Mendatar gitu. Dah la suara monotone, lagi
bertambah monotone.
"Best best! Jom
Domino's orang nak belanja!" tambah Ziela sambil memecut keretanya.
Umairah tersenyum riang.
Diam-diam aku terasa
sungguh gembira! Ceh. Kaw kaw aku kena main. Arisya tu watak tempelan aje
ke. Huih. Pandai eh. Kuasam betol mamat ni. Tak pe. Maknanya, aku ada harapan
lagi la kan. Betul tak Big Boss? Terima kasih Ya Allah. Bukan aku tidak benci
dengan gurauan dia sekarang. Tapi, aku dapat merasakan hanya dia yang aku
mahukan. Hanya dia je. Entah. Selagi dia belum berkahwin, dan selagi perasaanku
masih setia pada dia, selagi itulah aku akan tetap berdoa kepada Allah. Heee
kalo tak de yang pinang aku lagi la kann. Opsssy~!
Hilal, gua sayang lu.
Ya Allah,
Sekiranya dia memang
tercipta untukku,
Kau dekatkanlah
hatinya padaku,
Titipkanlah
kebahagian buat kami,
Dan kasih yang abadi.
Ya Allah,
Sekiranya dia bukan
milikku,
Jauhkanlah dia dari
pandanganku,
Padamlah ingatanku
terhadapnya,
Dan jauhilah aku
daripada kekecewaan.....
AMIN.
12:50 AM
; 18 Nov 2010
Tuan Auz