Jom lihat!

Saturday, May 11, 2013

Cantik Di Mata Saya....


Cuti hujung minggu dirasakan begitu berharga dan paling dinanti-nantikan untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Dua tiga menjak ni hidupnya agak sibuk dengan kerja dan projek semakin bertimbun-timbun di ofis. Sabtu yang tenang ni digunakan sebaik mungkin untuk keluar makan angin bersama isteri tersayang.

"Di, hadiah ada dengan Di ke?" tanya si isteri yang sudah molek bersiap dengan baju kurung moden merahnya.

"Di dah letak dalam kereta hadiah tu pagi tadi. Takut lupa. Mya dah siapkan, jom!" Isterinya yang tercegat di depannya di pandang atas dan bawah. Matanya tidak berkelip. Aii, buang tebiat ke aku ni? Tapi, isteri aku ni memang nampak lain la lepas kitorang kahwin. Makin cantik dan bergaya tapi ada sesuatu yang kurang....

"Dah lama Mya tak pergi majlis kahwin. Seronoknya! Mya suka gi tengok orang kahwin ni." Ujar Mya dalam kereta semasa perjalanan ke rumah pengantin lelaki, kawan lama mereka. Adlee tersenyum menjeling ke arah Mya yang dari tadi tak henti berceloteh. 

Mereka baru saja dua bulan berkahwin. Tapi cuti dua minggu je sebab Adlee tak boleh nak ambil cuti panjang. Ada urgent matter, kata bosnya. Lepas tu terus sibuk dengan projek baru mereka dan jarang dapat keluar bersama-sama selain di rumah saja. 

Sampai saja di majlis perkahwinan kawan mereka, kebetulan tiba sekali bersama dengan rombongan pengantin. Tak pasal Adlee dan Mya berarak sekali. Seronoklah si Mya tu. Para tetamu dah semakin ramai al maklumlah cuaca baik aje hari tu. Tak panas, mujur tak hujan juga.

"Pali, tahniah untuk ko dan isteri! Akhirnya kahwin juga ko ye. Ingat nak bujang terus jadi playboy je!" usik Adlee sambil bersalaman dengan kawan sejak zaman kampus lagi.

"Haha. Sengal je kau kan pekena aku depan wife aku. Playboy dah insaf, lepas jumpa buah hati tersayang. Kenalkan isteri aku, Fadhilah." Ceria sungguh senyuman Pali dan segak di samping isteri tercinta.

"Fadhilah, semoga korang kekal bahagia hingga ke syurga ya." ujar Mya sambil tersenyum. Fadhilah mengucap terima kasih dan tersenyum bahagia. Memang memancar-mancar cahaya kebahagiaan pada wajah mereka berdua.

"Okay, jemputlah makan Adlee, Mya. Jangan segan-segan. Tak cukup boleh minta mak aku mangkuk tingkat, take away ye." Gelak sakan Pali.

"Sedapnya perli aku. Wei, mujur kau tak buat majlis kahwin Pot Luck! Kalau tak memang tak datang aku. Tak pun bawa sup sayur je." Bidas Adlee sambil tersengih. "Kitorang menjamu selera keh."

Pali tunjuk thumbs up. Konon all the best, with food.... gitu.

"Alamak Di, Mya lupa nak ambik air Mya. Di jaga meja ek." Pinggan Mya berisi sesuku nasi dan dua ketul ayam masak merah bersama acar dan tiga ulas buah oren. Ni makan pagi ke makan tengahari Mya ni, getus hati kecil Adlee.

Dia sekadar memandang isterinya dari tempat duduk. Kelihatan beberapa hadirin lain menoleh-noleh ke arah isterinya. Sambil berbisik-bisik sesama mereka. Eh, apehal pulak dok usha isteri orang ni! Mya pula macam biasa perangainya, siap tolong tuangkan air untuk dua tiga orang yang beratur belakang dia lagi. Kemudian, barulah dia ambik dua gelas air sirap limau dan dibawa ke meja mereka. Selain itu ada lagi empat orang tetamu yang berkongsi meja bulat itu bersama.

"Mya, sampai dua gelas ni?" Adlee menjeling manja. Sebab dia dah tersedia ambil sirap limau tu.

"Kita kongsi la lagi satu gelas tu ye.... hehehe." Standby dua gelas kan senang! Nanti tak perlu ulang-alik.

"Mya!"

"Eh, Dhija! Lama tak jumpa!" Tak sangka Mya jumpa kawan lama dia kat sini. Dhija datang dengan dua lagi rakannya yang Mya tidak kenal.

"Adlee, apa khabar?" Tegur Dhija sekadar berbasa-basi.

"Alhamdulillah baik. Kawan pengantin lelaki juga ke?" balas Adlee. 

"Tak, kawan pengantin perempuan. Tapi tak tahu pula si Mya kenal dorang juga. Sangat lama tak jumpa kau okay! Hehe."

"Wei, wedding hari tu kau datang kannn? Baru dua bulan lebih." Mya senyum.

"Iyelah. Orang dah kahwin rasa cam sekejap je masa. Eh tak pe la. Aku nak jumpa kawan aku tu. Korang makanlah ye. Hehe." Dhija beredar bersama dua rakannya untuk bertemu dengan raja sehari di atas pelamin.

"Time macam nilah nak jumpa balik kawan-kawan lama kan. Majlis camni. Kalau hari biasa tu, weekend ke jaranglah nak contact kawan. Rasa nak berehat kat rumah je. Bila dah kahwin ni pun rasa tak sempat nak berhubung sangat. Sekadar phone call dan SMS." kata Adlee. Mya mengiyakan kata-kata suaminya. Betul, rasa macam dah lama tak berhubung dengan member-member lama.

Selesai menjamu selera dan berjumpa tuan rumah dan pengantin raja sehari, Adlee dan Mya beransur pulang. Seronok! Lama tak keluar macam ni.

"Lepas ni kita pergi jalan-jalan nak Di? Lama tak dating tau! Masa bercinta dulu mana kita dating kan."

"Em, yelah. Memang tak pernah dating, nak jaga batasan. Tapi, ada orang tu cakap lepas kahwin hari-hari nak dating tak de hal. Ni baru kali kedua kita dating lepas honeymoon." Sindir Adlee sambil tersengih.

"Eh dating je hari-hari kat rumah. Tiap hari Mya tunggu Di dinner tau. Pakai cantik-cantik. Hehe."

"Mya." Panggil Adlee. Enjin kereta sudah dihidupkan dan pedal minyak ditekan perlahan. 

"Ye Di?" Mya memandang ke arah suaminya.

"Di tengok, sekarang Mya makin cantiklah. Di rasa asyik nak pandang Mya je. Lagi-lagi hari ni." puji Adlee sambil mengerling sekilas.

"Er..." Mya terkedu. Segan tak pasal! Jarang-jarang Adlee puji dia bagai menggunung cam hari ni. "Hehe. Di suka ke Mya pakai camni? Baju kurung ni baru je Mya tempah dua minggu lepas. Baru pakai."

"Di suka. Tapi macam ada benda yang kuranglah."

"Apa dia?" Ada benda kurang? Oh is it my baju kurung too simple? Should I put some beads or lace later? 

"Di lebih suka tengok Mya pakai macam dulu. Baju longgar, tudung cover dada. Very sweet and modest. Hari ni Di tengok Mya lain macam je, mengancam pun ada." Adlee ketawa kecil. Mya mencebik.

"Di suka ke perli Mya ni?" Ah, baju aku terbuat ketat ke? Emmmm.

"Di cakap jujur. Mya isteri Di. Mestilah Di suka tengok Mya cantik. Tapi hanya cantik dan mengancam di depan Di je. Tak perlu la orang lain pun nak curi pandang isteri Di macam kat majlis tadi. Baju kurung ni ikut body la. Lepas tu tudung kenapa selempang atas sangat? Tak cover penuh." 

"Mya nak nampak cantik dan up to date. Untuk Di juga." Mya mengakui kesilapannya di dalam hati. Sebelum berkahwin memang dia memakai tudung yang labuh juga, bajunya longgar dan menutup pinggul. Tapi dia masih lagi lawa dan kelihatan sopan. Tak tahu kenapa lepas kahwin ni, dia terasa nak buat macam-macam style baju dan gaya tudung. Nak nampak cantik sentiasa depan Adlee.

"Tak perlu nak up to date sangat. Sebab baju kurung merah Mya yang mengancam ni, ramai lelaki yang dok usha Mya kat majlis tadi. Dorang pandang pastu dok bisik, pandang lagi. Mya isteri Di. Sepatutnya lepas kahwin, kita lebih menjaga aurat kita supaya tak timbul fitnah lain nanti. Mya jangan risau. Kalau Di tak berkenan Mya pakai apa, Di akan gitau. Di lebih suka Mya yang dulu, innocent and sweet. Simple je gaya Mya. Nak bergaya camtu boleh, kat rumah je ye. Atau pun longgarkan baju kurung tu dan labuhkan tudung." Panjang lebar Adlee memberi nasihat. 

Walaupun baru je berkahwin, isteri perlu dididik sejak awal lagi. Kerana sayanglah kena tegur isteri kalau ada benda yang mungkin dia terlupa atau terlepas pandang. Bukan sebab sayang kita follow je apa dia kata dan buat. Masing-masing kena sama-sama berbincang dan bersikap terbuka. Niat mereka berdua untuk mendapat keberkatan dan redha Allah dalam perkahwinan mereka. Jadi hidup dan amalan juga perlulah berlandaskan syariat Islam.

"Betul kata Di. Mya dah terlupa sebab Mya nak nampak cantik." Terbit rasa kesal dan malu di hatinya. Dulu kemain dia menjaga aurat dan batasannya. Tapi kenapa selepas kahwin dia mudah melupakan semua itu? Padahal dia sudah pun bersuami dan aurat semakin perlu di jaga dari menjadi tatapan lelaki ajnabi.

"Okay ya. Hari ni je Mya pakai baju ni. Nak pakai, pakai kat rumah ye.... masa dinner ke...lunch date kita ke.. hehe. Mya pakai baju comot dan kain batik pun tetap cantik di mata Di." Adlee tersengih sambil mencuit pipi isterinya.

"Tu dah lebih la tu. Ada ke baju comot pun cakap cantik!" Mya nak merajuk tak jadi. Ada-ada je Di ni....

"Okay jom kita balik rumah kejap. Mya tukar baju yang lagi cantik. Kemudian, kita pusing KL ke, Jalan TAR ke, okay sayang?" kata Adlee.

"Yay! Jalan-jalan! Boleh dating." Excited amat si Mya. 



Tuan Auz
12:59AM
11 Mei 2013


<Tamat>

2 comments:

  1. cerpen yang sweet dan penuh pengajaran =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah share dengan kawan2 ya. :)

      menulis dari hati utk mengajar diri sendiri jugakk

      Delete