Jom lihat!

Sunday, October 16, 2011

Tercelaru


Aduhh! Penat sungguh hari ni. Kalau la kaki ni boleh bercakap, dah lama dia menjerit suruh berhenti berjalan, dan sila duduk di atas kerusi yang empuk untuk merehatkan diri si kaki ini. Untuk lebih hyperbola, kaki ini mungkin bila-bila masa aje boleh berkerak lalu terpecah tumit yang mulus itu. Seharian berjalan ke sana dan ke mari, berjumpa orang itu dan orang ini, selesaikan segala urusan yang sepatutnya.

Dia teringatkan seseorang, dimesej kawannya itu bertanya khabar. Matanya dilelapkan sebentar sementara menunggu SMSnya berbalas. Arghh. Maghrib ni. Tak elok tidur! Tapi, nafsu sungguh kuat menguasai diri, tidurlah~ terasa begitu merdu panggilan nafsu tidur ini. Badan terasa berat sekali, lenguh sendi-sendinya terasa lega dengan kelembutan tilam yang empuk memangku tubuhnya.

Bzz! Bzz!  Handphonenya vibrate kuat disertai dengan ring tone lagu rock kapak, Jemu nyanyian May. Terasa kantuknya hilang terus. Terkejut. Dia menjawab panggilan itu dengan salam disertai senyuman. Walaupun kawan tu tak nampak, tapi senyumannya terukir di sebalik suaranya.

"Haii, buat apa tu? Aku okay je. Aku baru je dapat kerja baru. Isnin mula. Thanks offer me the job ek," ujar Wawa dengan suaranya yang memang naturally kedengaran manja itu.

"Wow, kerja katne? Baguslah weh ko dah dapat kerja. Aku teringat ko, sebab tu aku SMS ko." balas Adlina. Kepalanya yang terasa gatal digarunya dengan penuh kesungguhan. Gatal oi! Japgi kena syampu rambut ni.

"Aku kerja part time je kat Tutti Frutti. Aku nak sambung Master nanti kat Australia. Ni kerja sebab nak kumpul duit, nak ambik exam English dia."

"Sambung Master? Bagus gile ko. Bagus bagus weh. Plan nak buat course apa?" tanya Adlina, excited pulak dia. Secara personal, dia kagum dengan kawan-kawan dia yang sambung master dan ada yang baru bermula pHD. Sebab dia malas nak wat thesis, tu tak sambung walaupun mak nak dia sambung. So, sapa yang sambung study ni memang bertuah betul.

"Aku tak pasti lagi. Antara dua ni, biomedic atau pun food science. Kalau ikut hati, aku minat food science lebih."

"Better ko amek apa ko minat Wawa. Food science ni lebih meluas skopnya. Kalau biomedic, cam ko keje aje kat hospital kan?" kataku.

"Tula. Aku pun rasa cam food science best. Emm tengoklah. Insya Allah aku ambil food science," jawab Wawa.

Mereka terdiam seketika. Er...malaikat lalu kah?

"Aku tak tahu mana hala tuju aku ni Adlina," keluh Wawa.

"Kenapa ko rasa camtu Wawa?" soal Adlina kembali. Em tiba-tiba aje dia cakap camni?

"Yela. Kejap aku nak kerja. Kejap aku nak belajar. Takut lost dalam hidup." tambah Wawa sambil menarik nafasnya.

"Kalau ikut hati ko sebenar, ko nak buat apa?"

"Kerja, cari duit." Pendek saja jawapan Wawa.

"Tapi, kenapa ko sambung Master kalau macam tu?"

"Aku memang ada niat nak buat Master before habis study dulu. Tiba-tiba tukar nak kerja. But when I think again, better continue study for my future."

"Bagus Wawa! Go for it. Bukan mudah nak buat Master. Tak semua orang berpeluang nak buat. Ni ada chance, ko grab je. Lagi pun ko tengah single, no other commitment, takut dah kahwin nanti mungkin a bit hard for you to do it. Macam-macam komitmen nanti. Lepas buat master pun boleh kerja. Tapi ingat, ko ada extra sebab ko ada Master tau." Semangat Adlina memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Unregistered Cheerleader.

"Terima kasih Adlina. Sebenarnya ayah aku yang nak aku buat. That's why aku apply, if not aku pun tak apply. Em, bila fikir balik, tengok kawan-kawan lain ada yang dah kerja, terasa nak kerja juga. Nak kumpul duit. Nak berjaya macam orang lain. Sebab aku ada fikir, if sambung Master, lambat la pula nak kerja nanti." jelas Wawa.

Adlina tersenyum mendengar kata-kata Wawa. Dia pasti, kebanyakan kawan-kawannya juga pernah merasai dilema antara nak sambung study atau terus kerja atau nak terus melepak, relax kat rumah ke apa. Setiap pilihan akan melakarkan jalan cerita dan kesudahan yang berbeza, jadi masing-masing sure pening bila fikir hal ni.

"Wawa, ko jangan risau sangat pasal masa depan. Kejayaan setiap orang berbeza. Bagus dah tu ko buat Master. You go for it. Aku ada tips kecil nak kongsi dengan ko, tips kejayaan.....nak tahu?" Adlina berteka-teki.

"Emmm, boleh jugak. Apa dia?" Berkerut dahi Wawa mendengar kata-kata kawannya itu. Tips nak berjaya? Kerja keras, of course?

"Sebenarnya, seorang Islam dikira berjaya apabila dia sentiasa dan tidak putus asa untuk menyucikan dirinya, rohani dan jasmani. Terpenting ialah soul purification la. Bila dia tak jemu nak baiki diri ke arah kebaikan, positifkan diri, rajin beribadah dan jauhi benda-benda kemaksiatan dan kemungkaran. Itulah kejayaan sebenar seorang Islam. Benda ni la yang susah nak kita buat, sebab kebanyakan manusia cintakan duniawi, kejar dunia dan kekayaan, nak glamor, harta dan barang mewah. Kejayaan bukan diukur sebesar mana rumah yang dibeli, banyak mana harta atau pangkat yang disandang di pangkal nama. Semua itu tak janji pape kat akhirat. Kalau setakat pangkat Tan Sri, Dato Seri, tapi kat iman kehausan, apa maknanya? Hidup kita dalam kerugian memanjang." terang Adlina panjang lebar. Ha ko, kasi can nak bercakap tak berhenti terus. Dah jadi motivator part time pula.

"Soul purification? Means, kita kena selalu muhasabah diri la kan. Jaga kelakuan dan adab, jaga ibadah kita. Em aku personally memang risau bila fikir kerja. Takut aku lambat start, lambat kumpul duit semua. Nak tolong mak ayah aku lagi. Aku tak nak harapkan dorang dah. Aku nak berdikari, dan biar aku pula yang bagi duit kat mak dan ayah aku," kata Wawa.

"Wawa, kalau kita asyik risau fikir nak kumpul duit, nak beli kereta bila, rumah katne nak beli, pendek kata fikir dunia sampai hati runsing aje, haaa semua ni buang masa kita, dan kita dah rugi bila masa yang sepatutnya digunakan untuk beribadah pada Allah, bermunajat, dok fikir benda-benda dunia yang tak de faedah pape kat akhirat nanti. Bab rezeki ni insya Allah sentiasa ada. Allah yang bagi. Kita usaha cari, usaha plan, dan biar Allah yang tentukan dan lead kita ke mana kita nak pergi. Allah knows the best. Kita usaha betul-betul, buat sunat dhuha tu penting, solat hajat, dan belajar buat solat tahajud untuk kesihatan diri."

"Itulah kan. Bila kita jauh dengan Allah, tu yang jadi runsing tu. Betul kata ko. Kita dok fikir nak berjaya dunia aje, tapi akhirat terabai. Fokus dunia sangat, masa untuk buat bekal akhirat, entah ke mana. Aku akan cuba balancekan dua-dua. Em, aku akan tetapkan hati aku nak buat Master. Kawan aku pun ada cakap juga, bagus buat muda-muda sebab kita single lagi, tak de komitmen," ujar Wawa sambil tersenyum. Telinganya terasa panas dengan haba dari handphonenya, tetapi dia masih ingin meneruskan perbualan dengan Adlina.Alhamdulillah, at least bila borak camni, terbuka sikit mata hati, ada keyakinan untuk terus melangkah dengan pilihan yang dibuat.

"Aku pun weh dulu, beria nak sambung Master. Siap cakap dah kat lecturer aku tu aku nak buat under dia. Tup tup konvo, aku lepak 2 bulan, pastu dapat kerja. Dah Master aku entah ke mana. Jujurnya aku tak rasa nak buat Master tu pun lagi. Rasa malas nak bergelumang dengan thesis dan labwork semua tu. Aku la yang malas. Kau nak sambung aku sokong 120 peratus!" Adlina ketawa kecil bila teringatkan janjinya dengan En. Zul, lecturernya suatu ketika dahulu. Last last, tadakkk apaaa. "Aku fikir juga, nak buat pilihan ni susah sangat, antara nak kerja atau sambung Master, dua-dua ni akan bagi jalan cerita yang berbeza. Em, tapi kalau dah ada target nak capai apa dalam life kita, tak kira la kita mula kerja dulu ke, Master dulu ke, insya Allah dapatlah capai target hidup tu nanti. Mungkin impian nak beli tanah untuk wakaf kat orang Islam ke kan? Haa tu la contoh target."

"Thanks weh. Aku rasa celaru jap. Em, bila borak dengan member buat Master, terasa nak buat juga. Tapi bila tengok member dah beli kereta Honda, tu yang nak kerja cepat-cepat." sampuk Wawa.

"Wa, senang kata. Jangan kejar dunia. Kejar akhirat, dunia yang akan kejar kita. Bab pilihan ni, buat la istikharah. Biar Allah guide kata hati kita, nak ke mana. Biar Allah yang permudahkan dan luruskan perjalanan kita untuk mencapai kejayaan kita. Setiap orang takkan sama. Mungkin bagi aku, aku suka kerja aku sekarang. Aku buat terbaik dan hidup dengan tenang, itu satu kejayaan buat aku. Macam ko nak sambung Master, ko berjaya habiskan Master ko, itu ialah kejayaan buat diri ko. So, tak perlu nak compare kejayaan kita dengan orang lain, hanya compare kejayaan seseorang tu untuk dijadikan inspirasi kita supaya lebih bersungguh-sungguh untuk dapatkan apa kita nak."

"Conclusionnya, soul purification la. The true success of one Muslim." tambah Wawa. Suka pulak dia hari ni. Lega hatinya! Kecelaruannya berakhir. Dia perlu fokus! Tak payah nak ikut orang, atau terpengaruh dengan orang lain. Aku kena tahu apa aku nak. Aku ada impian aku sendiri. Wawa tersenyum lebar. "Terima kasih Adlina. Hope doakan aku berjaya."

"No hal beb. Apa-apa gitau la camne update feedback Master ko tu ye. Nak jadi budak Master dah ko. Bagus bagus!"

"Belum lagi la. Okay, anything I will let you know. Nanti aku call ko lagi. Okay Adlina, Assalamualaikum."

"Take care, waalaikummussalam."

Butang off ditekannya. Adlina tersenyum seketika.Eh, hilang ngantuk aku. Tapi, dia masih berbaring di atas katil, membiarkan kepenatannya terubat seketika. Biar kaki ni rehat kejap supaya kemulusan tidak pudar. Hehe.

Sekarang fasa membina kehidupan dan karier. Fasa kecelaruan identiti. Masing-masing masih tercari-cari apa yang perlu mereka gapai. Masing-masing mahukan sesuatu untuk disandarkan, sesuatu untuk dibanggakan, dan sesuatu yang memuaskan hati. Perjalanan hidup kita yang panjang namun sebenarnya singkat bagi orang-orang yang sedar, masih terlalu banyak benda yang hendak dicari. Namun, pencarian yang sebenarnya dan melengkapi hidup kita semua hanyalah satu, iaitu Islam yang sebenar.


The End


Sekadar Coretan,
Tuan Auz

1.02AM  16 Oktober 2011


http://penapenamenari.blogspot.com 


No comments:

Post a Comment