Jom lihat!

Sunday, October 30, 2011

Cinta...Again? (2)


"Mengagumkan."

Khadijah mengerutkan dahinya sambil memandang wajah kawan karibnya. Sehari selepas dia mendapat surat misteri itu, dia membuat keputusan untuk meminta pendapat Azuwa. Walaupun dia tiada perasaan apa-apa dan tidak berhajat mencari pasangan istimewa, namun sejujurnya surat pengakuan cinta itu sedikit sebanyak menyentuh hati wanitanya. 

Perlukah dia menolak tanpa berbincang dahulu?

Atau menerima orang asing ini begitu saja? Tidak semudah itu!

"Kau rasa dia baik?" soal Khadijah sambil memandang tepat wajah Azuwa.

"Kalau dari surat dia ni, macam orang baik-baik. Tapi, kita tak leh nak judge camtu aje. Entah siapa pula si Aimi ni. Kau ada kawan nama Aimi ke?" 

"Aimi....?" Minda Khadijah ligat membuat flashback demi flashback. Ada ke aku kenal orang nama Aimi ni? Junior, senior, classmate? Khadijah menggeleng.

"Macam mana kau dapat surat ni?" tanya Azuwa.
"Post box. Tak tahu siapa letak. Rasanya hantar sendiri ni sebab tak de setem."

"Kau rasa camne?" Azuwa memandang wajah Khadijah sekilas.

"Tak tahu. Itu aku nak minta pendapat kau tu. Perlu ke aku kenal dengan orang ni dulu? Serius betul bunyi surat ni. Em. Aku tak ready nak kahwin lagi," ujar Khadijah.

"Ready atau tak, Allah aje yang tahu. Siapa sangka ada someone yang so serious hantar surat macam ni kat kau. Aku cadangkan kau buatlah solat hajat dan sunat istikharah untuk yakinkan hati kau. Ke kau ada sesiapa kat hati? Orang lama?" Azuwa tersenyum manis.

Khadijah tersentak. Orang lama? Rasanya dah nak masuk tiga tahun dia masih menunggu seseorang itu. Tiada perjanjian antara mereka. Hanya hati Khadijah memang untuk lelaki itu seorang. Hari ini tiba-tiba Azuwa bertanya direct soalan tu padanya. Dah lama tak berborak pasal lelaki itu. 

"Suka dia lagi?" soal Azuwa apabila Khadijah berdiam diri.

"Aku tak pernah lupakan dia," jawab Khadijah secara tidak langsung.

"Tak apalah. Aku sokong kau buat istikharah dulu. Pilihan banyak, kita usaha cari. Hanya Allah je tahu siapa yang terbaik untuk kau. Sebenarnya, dah tiga tahun kau tunggu dia. Jujurnya aku harap kau dapat yang lebih baik." Kawan karibnya menepuk bahunya sambil tersenyum. Surat itu dipulangkan kembali.

"Insya Allah. Aku busy kot, macam tak sempat nak fikir pasal hal macam ni. Jadual aku tu cam tak tahu nak selit katne kalau nak bercinta." Khadijah ketawa kecil.
"Eleh poyo la kau. Rezeki jodoh semua tu kuasa Allah. Kau dok rasa tak ready lagi, tup tup next month kau yang nikah dulu. Haaaa baru tahu busy tak busy." 

Khadijah tersengih senang hati. Biarlah siapa pun mamat ni. Apa-apa pun malam ni dia akan mula beristikharah. Bak kata pepatah, bukan apa yang kita suka tu baik untuk kita. Mungkin benda yang kita tak terfikir tu, adalah yang terbaik. Who knows. Keep on searching. Masalahnya, hatinya masih teringatkan orang lama tu.....berkesan ke istikharah tu nanti?

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui, Khadijah. 




-bersambung-



No comments:

Post a Comment