Jom lihat!

Tuesday, September 13, 2011

Rezeki di mana-mana


Pada petang itu, saya memandu BimBim di area Seri Kembangan selepas membuat beberapa site visit dari UPM, UKM dan ke Bangi (rumah auntie). Berjalan sakan hari ni, tapi bertujuan. Hehe. Sampai je di Seri Kembangan, azan Asar berkumandang. Sambil mengerling ke arah jam, saya mula mencongak masa dan arah yang perlu saya tujui sekarang supaya tidak tersangkut dalam jem nanti.

Saya tawaf dua tiga shop lots untuk mencari butik atau kedai pakaian untuk muslimah. Saya ingin mempromosi koleksi tshirt company saya kepada mereka. Namun, sedikit di luar jangkaan saya tak ada pun kedai pakaian yang diharapkan. Kedai muslimah dulu, yang dekat dengan spa yang selalu saya pergi tu sudah tidak beroperasi.  Kedai Emilia yang menjahit dan menjual tudung secara borong dan retail pula hari ini tutup, cuti mungkin.

Aiii~ sambil-sambil tawaf tu, saya ternampak banner Salun Muslimah, baru dibuka rasanya. Usha dekat sikit, sebab hajat di hati memang nak turun tengok spa tu. Saya memang suka pergi spa. Dulu masa belajar di UPM, ada aje masa terluang, lagi-lagi lepas BimBim ada, harus pergi spa. Bila da kerja ni, langsung tak de can gi spa. Wat aje spa di rumah~ errr exclusive lain sikit.

Salun Muslimah? Aii, tutup pula hari ni. Saya cuba call, mana tahu ada orang kat atas walaupun dah terang lagi bersuluh grill dimangga. Tak berangkat. Saya pun terus cruise keluar dari kawasan tu dan menuju ke shop lots lain, berdekatan dengan McD Seri Kembangan.

Hanya satu kedai pakaian saja jumpa, iaitu kedai pakaian yang menerima tempahan jahitan, sambil itu dia juga ada menjual blouse dan tshirt untuk wanita. Saya masuk ke kedai kecil itu sambil membawa katalog dan membimbit beg berisi sample tshirt. Mana tahu kalau ada rezeki saya di sini. Seorang wanita bertudung kuning dan berbaju kurung warna senada, tersenyum memandang saya.

"Assalamualaikum kak." Saya menyapa sambil memperkenalkan diri saya kepadanya.

Tetapi, akak tu memberi bahasa isyarat kepada saya bahawa dia tidak boleh bercakap. Bermakna, Allah menarik salah satu nikmat daripadanya iaitu suara. Dia menunjukkan kertas dan pen kepada saya sebagai medium untuk kami berkomunikasi. Saya terkedu seketika, tetapi cepat-cepat saya mengangguk sambil tersengih pada akak tu.

Saya bertanya sekiranya dia dapat mendengar suara saya, dia menidakkannya. Jadi, saya juga perlu menulis di atas kertas itu untuk menjelaskan tujuan serta mempromosi produk saya. Dia memberitahu saya bahawa bos dia tak de sekarang, balik kampung jenguk mak dan ayah. Rupa-rupanya, akak tu staf situ.

Saya meminta padanya supaya menyampaikan katalog dan pesanan saya kepada bosnya. Sekiranya berminat bolehlah menghubungi saya bila-bila masa, kecuali kalau saya tidur lah kan.

Namanya Suraya. Kak Suraya. Rupa-rupanya Kak Suraya lah tukang jahit di kedai itu. Walaupun tiada suara, namun Allah mengurniakan jari jemarinya yang cekap menjahit supaya dia dapat mencari rezeki juga. Em, terasa sepi kedai itu tanpa sebarang suara. Cuma, kadang-kadang terdengar suara saya teruja dok usha blouse kat situ. Memang ada yang berkenan di hati, tapi wang dalam wallet tak cukup. Terpaksa letak balik shirt yang cantik itu. Tak apa, jimat duit. :D

Sebelum saya beransur pulang, saya bersalaman dengan Kak Suraya dan ketika itu saya perasan perut Kak Suraya lain macam. Kak Suraya pregnant 7 bulan, tapi nampak kecil aje perut dia. Saya cakap kat dia supaya jaga diri. Tiba-tiba, hari ni saya pandai berbahasa isyarat pula.

Sebenarnya, saya terasa sedikti kagum dan bersyukur. Entah kenapa. Melihatkan Kak Suraya yang tiada suara, namun masih mampu bekerja mencari rezeki sebagai tukang jahit, dan kini tengah menunggu kelahiran anaknya. Jauh di sudut hati, saya nak berkenalan dengan owner kedai itu. Hati saya terasa senang, mungkin kerana owner kedai itu memberi peluang kepada Kak Suraya untuk berkhidmat dan menggunakan bakatnya mencari rezeki. Bukan semua orang mahu menggajikan orang kurang upaya ya.



Alhamdulillah. Hari ni ternyata, rezeki Allah di mana-mana saja untuk semua hambaNya. Terpulang pada kita mahu mencarinya, atau mahu menjadi malas dan duduk saja. Bila saya melihat Kak Suraya, terasa seperti mendapat satu semangat untuk terus tekun, rajin dan bersungguh dalam mencari rezeki yang halal. Jadi, kita yang boleh dikatakan cukup anggota dan sifat, tak boleh bermalasan dan merungut sepanjang masa.Tidak perlu risau atau bersedih. Buat yang terbaik dengan apa yang ada, dan jangan berhenti mencari dan membina peluang untuk maju jaya.

Terima kasih kepada Allah yang menemukan Kak Suraya dengan owner kedai itu. Saya berharap owner kedai tu akan menghubungi saya tidak berapa lama nanti. Semoga Kak Suraya mendapat baby yang comel dan soleh. =)



~cerita hari ini~
Tuan Auz
12.48 AM

1 comment:

  1. assalamualaikum..

    kedai tu ambil upah jahitkan label pada baju tak?

    terimakasih

    ReplyDelete