Jom lihat!

Sunday, September 11, 2011

Kisah Fati: Si Purdah


(thanx to Twinkle Twinkle)



Matanya menebar ke segenap ruang yang terlakar di imej retinanya. Setiap manusia yang melintas di hadapannya tidak terlepas dari pemerhatiannya. Chewing gum yang berada di dalam mulutnya dikunyah sehingga tawar rasanya, kehabisan rasa glukosa. Rasanya dia dah boleh buat traffic statistik dari segi jumlah golongan orang muda dan tua yang datang ke shopping mall ni. Kaki kanannya tidak henti-henti bergedik. Jam di tangan dikerling sekilas, dah hampir pukul 6! Selendang yang membaluti leher dan kepalanya terasa sungguh panas dan merimaskan!

Mana mangkuk ni! Dah la aku hantar SMS dan call, dia balas satu aje! 'Odw'. Macam siot! Getus hati kecil Fati. Geram betul dia kat mamat sorang tu. Kemain beria nak buat date dengan dia hari ni, last last dia yang jadi tukang tunggu. Terasa menyirap dah api kat kepalanya. Apehal aku yang kena tunggu dia pulak?? Dah tu apsal ko tak blah aje Fati?

"Fati! Fati!"

Telinganya menangkap suara garau yang memanggil namanya. Segera dia berpaling dengan wajah yang mencuka. Ditenungnya muka lelaki di hadapannya itu.

"Sorry Fati! Saya stuck in traffic jam and missed the train tadi! So sorry!" Termengah-mengah lelaki itu menuturkan kata maaf. Kepenatan lelaki itu langsung tidak mencairkan hati Fati yang sememangnya tengah panas itu. Banyaklah kau punya alasan!

"Aku ingat nak blah je. Macam siot tunggu kat sini lama-lama." Mendatar sahaja suara Fati. Tidak berkedip matanya memandang muka mamat lelah itu.

"Serious I am so sorry! Biar saya belanja awak makan, as my apology to you." 

Tanpa berkata apa-apa, Fati terus berpaling dan mengatur langkah. Panas gile tunggu kat stesen komuter Mid Valley ni! Pelik gile apsal aku tak masok aje Mid tadi. Aku sendiri pelik kenapa tunggu mangkuk ayun ni kat sini. Mamat tadi terus mengejar Fati yang membisu seribu bahasa.
"Fati, saya minta maaf. Janganlah marah lagi." ujar Fakhri sambil menarik tangan Fati. Serentak dengan itu Fati merentap tangannya dari pegangan Fakhri.

"Eh, sapa bagi kau pegang tangan aku ni?"

"Oh okay okay! My bad. Fati, saya memang tak sengaja. Betul."

"Dahlah. Kita pon dah lewat kot. Asar dulu." Nadanya mula kendur sedikit. Bukan apa, dia bosan mendengar kata-kata maaf dari Fakhri. Bosan! Ni bukan sekali dua dia lambat masa date, banyak kali dah. Aku yang jadi pak pacak...eh mak pacak!

Jam sudah menunjukkan pukul 6.50 petang. Sudah hampir waktu Maghrib. Namun, manusia masih berpusu-pusu memboloskan diri ke dalam shopping mall tersebut. Masing-masing sedang mengejar showing time untuk movie pilihan mereka, date dengan kekasih hati, gathering dengan kawan-kawan sekolah lama dan sibuk dengan pelbagai urusan yang tidak pernah habis.

Pada waktu-waktu sebegini, surau sudah tentu penuh dan padat dengan manusia yang mahu menunaikan Asar gajah, yang nak buat Asar-Maghrib two in one, dan mungkin ada yang mula chop tempat untuk menunggu waktu Maghrib berkumandang.

Fati berlegar-legar di hypermarket Jusco sementara menunggu Fakhri menunaikan Asar-Maghrib two in one. Fati cuti hari ni. Red flag. Dia membelek makanan yang tersusun cantik di rak. Tiba-tiba, kakinya terasa bagaikan dilanggar sesuatu dengan kuat. Terkejut Fati!

Budak lelaki itu jatuh terduduk dan dua kotak Coco Crunch tersadai di atas lantai. Fati segera membantu kanak-kanak itu untuk berdiri.

"Oh dear. Saya minta maaf cik. Anak saya terlanggar cik. Cik okay?" tegur satu suara dari belakangnya.

"Ermm, oh no it's okay. I'm good. Perhaps I'm the one who is blocking the way here." balas Fati. Namun, matanya bagaikan digamkan pada wajah perempuan di hadapannya. Cantik sungguh matanya! Tapi, wajahnya terselindung di sebalik purdah berwarna hitam yang dipakainya.

"Umar, kan ibu dah cakap jalan tu elok-elok? Kan dah berlanggar dengan kakak ni bila Umar berlari? Apa yang Umar patut buat?" Wanita berpurdah itu menegur anaknya.

"Kakak, saya minta maaf sebab langgar kakak. Maafkan saya kakak." ucap kanak-kanak itu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Fati. Fati bagaikan dipukau sebentar.

"Terima kasih kerana membantu Umar bangun." ucap wanita berpurdah itu lagi.

"Tak de apa-apa. Er...akak dari mana ni?" tanya Fati. Dia bagaikan tertarik untuk mengenali wanita itu dengan lebih dekat. Entah kenapa.

"Bangsar. Hari ni ada trading exhibition kat atas area food court tu kan. Itu yang akak dan suami datang. Ni tunggu nak Maghrib dulu, baru balik." balas wanita itu mesra.

"Nama saya Fati. Akak?" 

"Umainah. Simplenya nama Fati?" Wanita berpurdah itu tersenyum. Fati nampak senyuman di mata wanita itu. Ikhlas dan tulus.

"Er...nama saya Fatimah az-Zahra. Tapi panggil Fati je."

"Subhanallah. Cantiknya nama Fatimah. Kenapa panggil Fati saja? Kan lebih cantik kalau panggil Fatimah?" tambah Umainah sambil tersenyum. Fati tersengih-sengih, tak tahu nak balas apa. "Oh, minta maaf ya Fatimah. Akak pergi dulu, suami akak mesti dah habis bayar. Ni pun nak cari Coco Crunch untuk Umar. Insya Allah, kita akan bertemu lagi." Mereka berdua bersalaman. Umainah merenung Fati seketika.

"Kenapa kak? Ada apa-apa kat muka saya ke?" 

"Fatimah ni cantik orangnya. Akak percaya, Fatimah akan kelihatan lebih cantik dan sopan dengan memakai pakaian yang lebih longgar dan labuh. Fatimah budak baik. Akak doakan Fatimah dilindungi Allah dan dijauhi dari segala kemungkaran." ucap Umainah perlahan dan berhati-hati agar tidak menyakitkan hati gadis itu. 

Fati terkedu. Itulah kali pertama ada orang memberi nasihat kepada dirinya. Dia berasa sedikit segan, memandangkan pakaian tidaklah begitu shariah compliance, jeans boot cut dan kemeja three quarter sleeves tetapi senteng tidak menutupi pinggul. Selendangnya juga dililit kemain dan bergaya tetapi tidak menutupi aurat yang sepatutnya. Dalam diam, dia berasa senang hati dengan teguran ikhlas itu.

"Kak, first time ada orang cakap kat saya macam ni. Saya rasa cam....terharu sangat. Terima kasih kak doakan saya." Hatinya benar-benar tersentuh. Umainah tersenyum. Selepas mengucapkan salam, mereka berpisah di situ juga.

Fatimah az-Zahra.

Betapa cantiknya nama yang diberikan oleh ibunya. Tetapi, dia kurang menyukainya. Masa sekolah dulu, namanya selalu diejek oleh kawan-kawan. Katanya dialah serikandi Islam, tapi serikandi celup sebab tak pakai tudung pun. Namanya tak sesuai dengan dirinya. Mak tersalah pilih nama dan macam-macam lagilah kritikan yang diterima. Dia bosan! Dia tak suka nama tu. 

Namun, hari ini dia seperti tersedar. Kata-kata Umainah tulus begitu menusuk kalbunya. Dia memandang sekelilingnya, manusia yang sedang sibuk membeli-belah ration di hypermarket Jusco. Pelbagai fesyen dan gaya boleh dilihat. Namun, hanya berapa kerat je yang memakai pakaian menutup aurat. Lain? Semua nak follow ikon! Tak mahu ketinggalan fesyen terkini. 

Beep! Beep!

-Fati, awak katne? I dah siap solat ~Fakhri

-Tunggu depan stall sweet potato ~Fati

Fati segera menemui Fakhri. Dia melihat Fakhri sedang membeli sweet potato. Sweet potato makanan kegemaran Fati. Memang kalau dorang datang Mid Valley, Fakhri mesti beli sweet potato untuknya. Fakhri cakap, dia suka tengok Fati makan sweet potato, nampak sedap. Meraban aje mamat ni.

"Eh, Fati gi mana? Ni saya belikan sweet potato untuk Fati." kata Fakhri sambil menghulurkan paper bag berisi dua sweet potato.

Fati sekadar merenung paper bag tanpa mengambilnya dari lelaki itu. 

"Jom, kita ke sana. Tak sesak dengan orang." ujar Fati dan terus melangkah pergi ke ruang yang lebih lapang.

"Ada apa Fati? Nah, ambiklah sweet potato ni." 

Fati memandang wajah Fakhri. Mamat ni memang ikhlas 'berkawan' dengan dia. Fakhri memang serius kat dia. Dia tahu tu. Dia juga sama. Cuma ada sikit perangai Fakhri yang kekadang mencabar kesabaran Fati. Contohnya, sikap dia yang tidak menepati waktu! Tahap kronik gaban! Lambat-lambat Fati menyambut paper bag berisi sweet potato itu. Bibirnya diketap lama.

"Fakhri, aku nak balik dulu. Aku tak jadi nak tengok movie ni. Minta maaf. Nanti aku bayar balik tiket kat ko." 

"Aik? Kenapa tiba-tiba je ni Fati? Kalau pasal Fati marah saya sebab saya lambat. Saya mintak maaf! Janganlah camni Fati. Saya betul tak sengaja." pujuk Fakhri. Tersentap jantung dia kejap mendengar kata-kata buah hati tersayang itu. Tiba-tiba aje! Tak pernah dia buat perangai nak balik separuh jalan?

"Bukan. Pasal tu aku dah cool dah. Aku tak marah ko. Aku tahu memang perangai ko camtu. Tapi, ko kenalah ubah juga. Untuk kebaikan ko sendir. Pasal aku nak balik rumah ni tak de kena-mengena dengan ko pun." jelas Fati. Dia tak nak Fakhri salah faham pula. Tak pasal mamat tu rasa bersalah seumur hidup karang.

"Tapi kenapa?" soal Fakhri lagi. Dia masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Fati. Lagi 10 minit movie tu nak start. Si Fati ni tak mau pulak dah.

Fati sekadar memandang wajah runsing Fakhri. Kepalanya ligat menyusun kata-kata yang sesuai. Orang semakin ramai memenuhi ruang lapang itu. Dia semakin rimas. 

"Aku minta maaf Fakhri. Tolong beri aku masa. Aku perlu bersendirian buat sementara ni. Aku nak muhasabah diri aku balik. Fakhri, aku balik dulu." Fati berpaling untuk menapak pergi tanpa melihat perubahan di wajah Fakhri. 

"Fati! Fati! Please Fati!" 

"Fakhri, kita berdua ada urusan yang lebih penting. Iaitu tanggungjawab kita sebagai seorang Islam. Kita kena reflect balik apa yang kita dah buat selama ni. Betul atau salah? Fakhri, insya Allah. Aku percaya kalau kita ada jodoh, kita akan jumpa lagi."

Kata-kata yang terbit dari bibir Fati bagaikan satu hukuman mandatori kepada Fakhri. Dia faham sangat maksud tersirat Fati. Ini bermakna Fati mahu memutuskan hubungan mereka berdua! Dia faham apa yang Fati cuba sampaikan. Tetapi, nafsunya menidakkan segalanya.

"Tapi janganlah drastik macam ni Fati. Saya sayangkan Fati." pujuk Fakhri lagi.

"Masa tidak menunggu kita untuk berubah, Fakhri. Ianya tanggungjawab kita, dan bukannya suatu pilihan." ujar Fati sambil tersenyum. 

Fakhri terkedu sambil merenung ke arah Fati. Tiada kata-kata yang mampu diucapkan. Hatinya menangis. Tetapi, dia kenal Fati. Gadis itu memang tetap pendirian. Apa yang disebut, tak payah nak hujah panjang lagi. Fakhri terasa nak meraung kat situ juga.

"Assalamualaikum." Fati terus melangkah pergi meninggalkan Fakhri. Hatinya nekad. Dia berterima kasih kepada Umainah, wanita berpurdah hitam itu. Terima kasih kak. Terima kasih ya Allah, kerana memberi aku kesedaran dari terus hanyut dengan kelalaian cinta dan dunia.




-Tamat-



Sekadar Coretan,
Tuan Auz




No comments:

Post a Comment