Jom lihat!

Tuesday, June 28, 2011

MyCerpen: Yang Sebenarnya....

Di suatu masa....

Sedang dia menyusun kembali album-album lamanya ke dalam almari, tidak semena-mena sekeping gambar terjatuh dari celahan album tersebut. Dia memandang sekilas dan cepat-cepat membetulkan atur letak album di dalam almari. Badannya dibongkokkan untuk mengambil gambar yang tersadai di atas lantai itu.

Hatinya tersentap tatkala melihat wajah yang tertera pada gambar tersebut. Dia mengetap bibirnya. Kenapa dia masih menyimpan gambar ini? Sangkanya dia sudah membuang semua barang-barang yang mengingatkan dirinya pada lelaki itu. Matanya masih tertancap pada gambar lama itu. Lelaki itu tersenyum manis menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. Bukan dia yang tangkap pun. Gambar ni dia special request dari seorang kawan untuk ambilkan untuknya.

"Kalau aku gitau dulu, mungkin ke dia menjadi milikku?" getus hati kecilnya. Kemudian, dia tersedar dan cepat-cepat beristighfar. Itu hal lima tahun lepas. Kini, dia sudah menjadi isteri yang sah kepada suaminya. Terdetik rasa bersalah di hatinya. Aku curang ke fikir camni? Nampaknya aku masih tak boleh lepaskan rasa tu.

"Ernie, dah siap kemas ke?" Kedengaran namanya dipanggil lembut. Dia terkejut. Gambar itu cepat-cepat disimpan di dalam salah sebuah buku di almari itu.

"Dah nak siap ni. Saja Ernie kemas buku kat rak ni. Berhabuk. Jarang baca pulak tu." Balas Ernie sambil memandang wajah suaminya sekilas. Entah kenapa, dia tidak berani merenung mata Faisal. Terbit rasa bersalah di hatinya!

"Emm, album lama ye? Abang tak pernah ada can nak tengok album lama Ernie ni. Boleh abang tengok jap?" Faisal tersenyum manis. Renungan matanya lembut memandang wajah Ernie, meminta keizinan mungkin.

"Er...tengok aje la." balas Ernie, rasa cam tersekat suara di kerongkong! Nape aku cuak semacam? Bukannya aku curang!

"Hehe. Manalah tahu ada gambar ex-boyfriend Ernie ke?" Faisal ketawa kecil. Dia perasan perubahan air muka isterinya. Dia cukup kenal sikap Ernie yang sangat disayangi itu. Adalah tu benda nak cover.

"Ala, tengok ajelah. Bukan Ernie ada pakwe pun dulu." GULP! Senak terasa perut ini. Macam tetau je si Faisal ni? Ish. Bahayalah. Dia memang pandai baca riak aku. Baik aku blah jap. "Abang, Ernie nak ke dapur kejap ye."

"Sayang ni...cuak la tu." usik Faisal sambil tersengih-sengih. Tangannya mencapai sebuah album dengan cover yang berwarna merah. Hmmm. Ni macam zaman sekolah bini aku je. Dia tersenyum-senyum sambil membelek helaian demi helaian.

Sementara itu pula, Ernie yang berada di dapur bagaikan terkapai-kapai mencari udara. Pelik. Kenapa aku nak berselindung?? Padahal bukannya aku ada apa-apa pun dengan mamat ni dulu. Buku yang terselit gambar lelaki yang pernah dicintainya suatu ketika dahulu dibuka perlahan. Lama dia menatap gambar tersebut. Terbit rasa sayu di hatinya, entah kenapa. Dadanya sebak tiba-tiba.

Macam mana kalau aku luahkan perasaan aku masa tu? Adakah dia pun sukakan aku sebenarnya? Kalau aku cakap, adakah dia tetap akan bernikah dengan orang lain? Terasa satu kerugian yang amat apabila dia memikirkan hal tersebut. Menyesalkah dia? Tidak cukup bersyukurkah dia dapat berkahwin dengan Faisal yang baik hati ini?Faisal yang tulus ikhlas mencintai dan menyayangi dirinya.

Kepalanya berpinar-pinar. Tidak semena-mena, nafasnya mulai sesak. Salur udaranya terasa terhimpit rapat. Dia kelemasan. Tangannya menggagau mencari inhaler yang sepatutnya berada di dalam laci dapurnya. Memang dia akan meletakkan inhalernya di beberapa tempat, takut berlaku kecemasan macam sekarang. Dadanya terasa perit, bagaikan hendak pecah. Rohnya seperti hampir meninggalkan jasadnya. Dia jatuh tersembam di lantai dengan terseksanya. Gambar dan buku tadi entah ke mana. Ini ke balasan aku, kerana terdetik rasa hati macam ni pada lelaki lain? Air matanya berjuraian turun. Tubuhnya menggeletar dahsyat.Faisal! Faisal! Suaranya tersekat di kerongkong.

Dia nampak kelibat Faisal yang berlari ke arahnya. Sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil lelaki itu. Namun, matanya terasa berat yang amat. Dia tidak berdaya untuk bertahan lagi. Faisal....Ernie minta maaf...

"Ernie!"


.....................................~.........................................

Ah...
Kalaulah aku boleh kembali ke masa dulu....
Kalaulah aku diberi peluang sekali lagi......
Aku mahu berterus-terang kepadanya......
Aku mahu meluahkan perasaan ini...........
Biarlah digelar perigi mencari timba..........
Aku sayangkan dia....aku cintakan dia......
Aku mahu tahu jawapannya..................
Apakah dia pernah berperasaan sama terhadapku....

Kalaulah aku diberi peluang...
Kembali ke masa dulu.......
Aku mahu kembali..............
Ke waktu itu....................
Tolonglah.......................
Ya Allah.........................

Berilah aku satu peluang lagi................................



"Ernie...Ernie....."

Matanya terasa berat sekali. Namun, dia gagahi jua untuk membuka kelopak matanya. Terasa berpinar matanya tatkala sinaran cahaya menembusi kornea matanya.

"Ernie. Lega kau dah sedar. Risau aku tadi."

"Uh, aku pengsan lagi?" Dia meraut wajahnya. Dadanya sudah tidak terasa perit lagi. Dia kini terlantar di katil yang bercadar serba putih dan berbau 'hospital'. "Hospital?"

"Ya. Dia tolong hantar kau ke sini. Kau kena asthma attack lagi. Inhaler kau pula kebetulan dah habis." terang Nadrah sambil memegang lengannya. Ernie merenung Nadrah dengan pandangan yang pelik.

"Mana Faisal?" tanya Ernie sambil pandangannya menerawang ke seluruh ruang wad pesakit itu. Dia tercari-cari kelibat suaminya. Dia yang hantar? Faisalkah?

"Siapa Faisal pulak ni?" soal Nadrah sambi berkerut dahinya. Tak pernah aku dengar nama Faisal, buang tebiat ke cik akak ni?

"Faisal....suami aku. Kau ni buat-buat tanya kenapa?" balas Ernie. Masakan Nadrah mahu bergurau dengannya?? Dia bertanya benda yang betul.

"Suami?? Bila masa kau berkahwin ni mak kiah oi?? Tahulah dia yang bawa kau masuk wad ni. Takkan kau siap mimpi bersanding dengan dia pulak? Aduhai. Kau okay tak ni? Ernie....ni berapa?" tanya Nadrah sambil menunjukkan dua jarinya di depan muka Ernie. Ernie mencebik.

"Eh, habis tu kau cakap dia yang hantar? Mestilah suami aku." Geram betul aku dengan Nadrah ni. Kenapa dia macam tak ingat nama suami aku pulak?

"Allah.... dia tu yang aku maksudkan cinta hati kau la. Si Hafriz tu. Cinta pandang pertama kau tu ha. Nanar dia jap tadi weh. Dia yang tolong dukung kau masuk sini."

Hafriz?? Dadanya berdegup kencang apabila nama cinta pertamanya disebut. Terasa menggeletar tangannya. Hafriz ada di sini? Kenapa pula Hafriz yang angkat dia? Bukan ke dia pengsan kat rumah ke tadi?

"Aku tak fahamlah Nadrah. Apa semua ni? Sudahla...jangan nak bergurau dengan aku lagi la." Hatinya terasa sedikit kecewa dengan perangai Nadrah yang seperti mahu memainkan dirinya.

"Aku serius ni. Kau tu yang meraban cari laki kau sume, entah sapa-sapa Faisal tu?" Nadrah mencebik.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam." jawab Ernie dan Nadrah serentak. Seorang wanita bertudung merah jambu dan berkot putih tersenyum memandang Ernie. Fail merah di tangannya dipegang rapat ke dada.

"Ernie ye? Dah baik sikit?" tanya doktor tersebut.

"Alhamdulillah. Tadi, saya asma teruk. Ubat dah habis agaknya." balas Ernie sambil tersenyum.

"Tak de bawa spare ye? Nanti saya refer pada pharmacy minta dorang providekan Ernie Salbutamol. Petang ni dah boleh discharge ye." jelas doktor itu sambil tersenyum manis. Cantiknya! Getus hati kecil Ernie.

"Er...doktor. Hari ni hari apa?" tanya Ernie. Nadrah sekadar mendiamkan diri. Mungkin geram dengan kawannya yang sorang itu. Meraban dan kemaruk hendak berlaki mungkin. Ops.

"Sabtu, 12 hari bulan."

"Bulan berapa?"

"Ogos?" Doktor itu tersenyum nipis.

"Er....tahun...."

"2011."jawab doktor itu dengan sabar. Dia terasa pelik dengan soalan Ernie itu.

"Hah??" Terpacul jeritan kecil dari bibir mungil Ernie. 2011 ?? Eh! Bukan ke sekarang sepatutnya 2015??

"Ya Allah, kau kenapa ni Ernie? Risau aku tengok kau. Sejak kau sedar tadi, macam-macam aksi pelik kau ni ha." Nadrah menyampuk. Sungguh, dia terasa pelik dengan Ernie. Macam orang hilang ingatan pun ada. Macam orang yang berada di awang-awangan. Masih perasan tengah berlaki ke cik akak ni??

"Apsal 2011? Bukan ke sekarang sepatutnya 2015?" Ernie memandang tepat pada wajah Nadrah.

"Kau jangan pandang aku. Aku dah tak tahu nak jawab apa. Ke otak kau kero sikit lepas pengsan tu ha?" Balas Nadrah sedikit kasar. Risau dia. Apa hal dengan Ernie ni? Kalau iye pun Hafriz yang dukung tadi, takkan sampai camni sekali penangan cinta hati dia tu? Sampai jadi mereng sat?? Puh!

"Ernie, iye sekarang ni tahun 2011 lagi. Mungkin Ernie confuse agaknya lepas pengsan tadi. Berehatlah baik-baik ya." nasihat doktor muda itu.

Ernie mendiamkan diri. Ah! Tak pasal aku dilabel gila pula. Baik aku senyap! Aduh. Aku masih ingat, tadi aku pengsan di dapur di rumah aku. Dan aku terasa seperti Faisal yang datang ke arah aku. Kenapa tiba-tiba masuk tahun 2011 pulak? Arghhh! Sakit otak aku. Faisal, mana abang?!

"Udah udah. Kau tidur baik-baik. Japgi parents kau nak datang ambik kau. Jangan pening-pening pale. Hui, dasat juga ye cinta kau pada Hafriz. Sekali dia dukung, terus camni." Nadrah ketawa kecil. Ernie mencebik. Ah, ni bukan sebab Hafriz. Eh ya ke bukan? Sekali Hafriz tersenyum, kejang aku. Ah tapi..tapi...kenapa begini? Ah....aku keliru!



Di rumah.....


"Alhamdulillah, syukurlah anak mama ni dah sihat balik. Risau mama bila dapat tahu Ernie pengsan kat rumah kawan."Mama Ernie tersenyum lega.

Dahi Ernie dikucupnya penuh kasih sayang. Ernie masih mendiamkan dirinya. Dia tidak berani untuk berkata apa-apa lagi. Dia memandang tarikh di handphonenya. 12 Ogos 2011. Ye, setahun  selepas dia jatuh cinta pada Hafriz iaitu 12 Ogos 2010. Dia kini berada di ruang masa 12 Ogos 2011, empat tahun dahulu. Ya Allah, apakah semua ini? Ernie telan liur.

"Mama, bila Ernie kahwin?"

Mamanya terdiam. Kemudian, dia tersenyum sambil mengusap kepala anak keduanya itu. Kahwin?

"Bila Ernie plan nak kahwin? Ernie dah ada boyfriend yang mama tak tahu ke?" Mamanya tersenyum lagi.

Aku single? Belum kahwin? Faisal mana?Siapa Faisal?

Tiba-tiba, handphonenya berbunyi. Dia melihat nama yang tertera di skrin handphonenya. Jantungnya berdegup kencang. Dia memandang mamanya sebentar dan kemudian meminta diri untuk menjawab panggilan itu. Lidahnya terasa kelu.

"Assalamualaikum, Ernie."

"Waalaikummussalam."

Sepi. Tiada bicara yang terungkap. Ernie nervous sangat! Cinta hati dia telefon bertanya khabar? Ini first time tau! Memang diorang pernah bertukar nombor telefon dulu, tapi tak pernah contact. Hanya Ernie kadang-kadang menghantar mesej berbentuk ucapan selamat gitu. Dia mengetap bibirnya. Apa yang harus dikatakan?

"Kau dah okay ke?" tanya Hafriz.

"Aaa...emm...ye aku dah okay. Terima kasih tolong hantar ye." ucap Ernie. Terasa macam terbakar mukanya kini. Argh! Please! Apa yang perlu aku cakap lagi?? Suara aku okay ke? Merdukah??

"Baguslah macam tu. Risau kitorang masa kau tiba-tiba pengsan tadi. Aku tak tahu pula kau ada lelah?"

"Sejak kecil lagi aku lelah ni. Memang kena depend on inhaler. Selalunya kalau penat atau stress je kena. Tak tahulah, mungkin excited berparti kot? Terkejut jantung jap." jelas Ernie. Hafriz ketawa kecil. GULP! Rasa melayang kepala Ernie mendengar ketawa Hafriz. Once in a blue moon! Kena catat diari!

"Jaga diri baik-baik. Jangan hyper sangat. Take care ye?"

"Terima kasih Hafriz. Byebye."

"Assalamualaikum."ucap Hafriz.

"Waalaikummussalam." Gulp!! Diakhiri dengan ucapan salam! Amek kau, byebye tu menatang haper? Aduh! Intro baik dah. Tapi, closing hampeh. Aishhh~! Hati Ernie berbunga riang. Dia terlupa sebentar berkenaan persoalan peralihan waktu tadi. Senyumannya lebar dan dia berasa bersemangat sangat. 



Beberapa bulan selepas itu....


Rindu Ernie pada Hafriz semakin menebal. Dia ingin menghubungi lelaki itu, tetapi tak tahu macam mana. Nak SMS segan. Sejak hari dia pengsan, itulah kali pertama dan terakhir lelaki itu menelefonnya. Kadang-kadang saja dia menghantar email bertanya khabar kepada lelaki itu. Dia tak sangka, cinta pandang pertama yang disangkanya sekadar rasa yang biasa-biasa atau crush itu, menjadi perasaan istimewa yang tidak pernah dia rasai sebelum ini. Entah kenapa, dia yakin dengan harapannya bahawa suatu hari nanti dia akan berkahwin dengan Hafriz. Cuma, tak tahu bila masanya.

"Aku rasa nak confess kat dia je...."

"Kau biar betul, Ernie?" soal Nadrah kembali. Kawan baiknya yang sorang itulah tempat dia meluah segala perasaannya. Lagipun, Hafriz juga mengenali Nadrah.

"Setahun lebih....setahun lebih...dah nak masuk dua tahun aku pendam perasaan ni kat dia. Aku tak tahu nak cakap camne. Aku betul-betul sayangkan dia, Nad. Aku mengharapkan ada sesuatu yang istimewa yang terjadi antara kitorang. I mean, bukanlah couple or what. Tapi, ikatan yang sah dan halal."

"Aku faham. Tapi, berani ke kau nak cakap kat dia kau sukakan dia? Emm, kau dah ready ke nak kahwin ni? Hehe. Iyelah, teringat aku tiba-tiba masa kau pengsan dulu. Tak pasal-pasal bangun cari laki kau. Nak tergelak aku, nak sepak pun ada." Nadrah ketawa kecil. Ernie memuncungkan bibirnya. Geram!

"Kau rasa macam mana? Hafriz tu boleh terima ke kalau pompuan yang confess?"Uh...kenapa aku merasakan seperti....ah deja vu!

"Hmmm. Aku tak berani nak advice. Yelah. Memang bunyi macam perigi cari timba. Walaupun tak de salahnya sebenarnya.... kau betul-betul serius?" Nadrah menjeling ke arah Ernie. Ernie menghirup air soya suam sambil matanya merenung jauh ke depan. Dejavu....serious. Aku pernah dengar ayat Nadrah ni tapi di mana ye?

"Em, tak pela. Aku takut juga sebenarnya. Tak tahu aku boleh terima rejection ke tak." Ernie memberi kata putus. Entah kenapa, hatinya meronta-ronta menyuruhnya meluahkan rasa hati kepada Hafriz. Pelik?

"Betul ni? Jangan menyesal pula. Hehe." Pulak dah! Nadrah ni, gi kona kok situ pula. Tadi, macam tak nak galakkan.

Ernie sekadar tersenyum. Rasanya, dia tidak perlu beritahu tentang confessionnya itu kepada Nadrah.Dia berkira-kira hendak memberitahu Hafriz hari ni juga. Dadanya terasa hendak pecah menanggung rindu yang amat. Dia inginkan suatu kepastian. Walaupun dia dapat mengagak jawapan Hafriz, tapi dia ingin cuba. Doa dan harapannya kuat kepada Allah. Insya Allah, dia percaya Allah akan mengaturkan sesuatu yang terbaik untuknya. Cuma, dia perlu membuat satu keputusan sekarang.


'Assalamualaikum Hafriz. Awak free ke tu? - Ernie'

Lebih kurang lima minit kemudian, Hafriz reply SMS Ernie. Jantung Ernie dah dup dap dup dap dah hendak membuka mesej dari idaman hatinya itu.

'Waalaikummussalam Ernie. Ye, ada apa? - Hafriz'


Ernie menggigit bibirnya kuat-kuat. Ouch!! Sakit dow. Ye! Nak bagi aku tersedar dari alam mimpi. Okay. Apa patut aku buat? SMS atau call dia? Kalau call, entah-entah suara aku jadi cacat pulak sebab terlalu cuak. Nervous break down yang amat kang. Adeh, ready nak masok ICU japgi.

Sepuluh minit telah berlalu, Ernie masih merenung mesej yang diterimanya dari Hafriz. Apa patut aku buat. Perlu ke aku tahu jawapan Hafriz. Akan kecewakah aku? Mampu ke aku menghadapi kekecewaannya? Bagaimana kalau Hafriz pun ada perasaan yang sama terhadap aku? Mungkin dia ingat aku dah ada pakwe ke? Oh! Entah-entah dia dok ingat Rashid yang suka bertempek dengan aku tu, pakwe aku? Oh tidakk!

Hafriz, apakah perasaan kau sekarang? Hati kecil Ernie berkata. Jari jemarinya mendial nombor telefon Hafriz. Sudah dihafalnya nombor 'buah hatinya' itu. Yelah, dok tenung nombor aje, bukannya dia mampu nak call pon. Butang hijau dipandang dua kali. Betulkah keputusan ini?

Calling......

Ernie pejam mata. Ceh, macamlah Hafriz ada depan kau sekarang? Kalau aku pengsan japgi, kena asthma attack lepas dengar suara yang tersayang ni, aku akan mati dengan aman. Aik? Lencong jauh sudah?

"Assalamualaikum Ernie." ucap Hafriz sambil tersenyum. Suaranya kedengaran ceria. Apakah ini satu petanda yang baik? Eh gitu pulak ye?

"Er...waalaikummussalam Hafriz." GULP! Tertelan salam tu masok dalam perut balik. Rasa nak pengsan ni ha! Gila ke aku nak buat confession?? Patut aku tulis surat jek! "Apa khabar?"

"Baik." Hafriz ketawa kecil. "Ada apa ni? Macam kelakar je kau ni?"

"Er...boleh cakap ke ni? Kot la kan tengah sibuk ke." Argh! Gagap pulak!

"Boleh. Cakaplah. Tak yah la nak cuak cuak dengan aku pulak." Hafriz tersengih, walaupun dia tahu Ernie tidak nampak dia tersengih, geli hati. Apsal cuak je minah ni?

"Okay! Er...mula-mula aku nak minta maaf. Kalau apa yang aku nak cakap ni buat kau jauh hati. Aku harap, kau tak terasa hati atau rasa susah hati  ye. Aku perlu cakap kat kau." Intro baik punya!! Itulah Ernie!

"Ehemmm, yes?"

"Muhammad Hafriz, aku sukakan kau." Strike outttttt, Ernie!!! Apsal? Aku tak sempat buat home run!? Aku dah cakapkan??

Diam.

"Muhammad Hafriz, sejak dulu lagi, pertama kali aku kenal kau, aku dah jatuh hati pada kau. Almost dua tahun sekarang. Aku tak tahu apakah tindakan aku ni betul atau tak. Tapi, aku perlu luahkan pada kau. Aku sukakan kau." Ulang Ernie. Tabahkan hati. Tak leh harapkan Salbutamol lagi!

"Kau serius ke ni? Kau main-main?" Mendatar suara Hafriz. Kecut perut Ernie mendengarnya. Dia benci?

"Aku serius, Hafriz. Aku serius kat kau." Macam dah tak cukup vocab dah Bahasa Melayu ni tiba-tiba.

"Mana kau tahu kau serius?" Suaranya masih serius. Bagi Hafriz, dia tidak suka bercakap tentang perasaan yang belum pasti. Dia tidak suka mengungkapkan janji yang masih tidak tahu di mana penamatnya.

GAHHHH!! Soalan apa tu? Menyentap jiwa raga aku. Nampak sangat dia tak percayakan ketulusan dan keikhlasan hati aku. Bisu aku jap. Sedikit kecewa. Perlu ke dia soal aku macam tu?

"Aku tak tahu nak cakap apa kat kau. Tapi, inilah perasaan aku pada kau. Perasaan ni tak sama dengan crush aku yang lain-lain. Kau cinta pertama aku. Aku tak patut cakap camni. Tapi, aku nak cakap juga. Aku percaya, cinta ni hadiah dari Allah untuk aku."

"Kau yakin ke tu cinta Allah yang beri? Bukan nafsu aje?"

Ow mannn!! Aku rasa nak nangis aje dengan soalan zassss dia! Kenapa dia camni? I mean, cakap thank you , saya gembira awak suka saya. Cukuplah. Aku tak perlu kau terima cinta aku ni. Aku tak paksa juga.

"Hafriz. Sejak aku kenal kau, banyak benda baik jadi kat aku. Aku pun, mula untuk berubah lebih baik. Aku dulu tak bagus mana pun. Tapi, sekurang-kurangnya kau ada catalyst untuk aku berubah jadi baik juga. Aku tak paksa kau terima cinta aku. Aku serius pada kau. Aku percaya, seandainya ada jodoh antara kita, insya Allah. Kalau tak de pun, aku doakan Allah satukan kita dengan jodoh yang terbaik masing-masing."

"Em, aku tak tahu pula yang tu." Dingin saja suaranya. Lirih hati Ernie mendengarnya. No way! Aku kena tabah. Aku yang pilih nak confess kan?

"Ni aku beritahulah. Aku serius pada kau. Terima kasih untuk semuanya. Insya Allah, selagi ada rasa ni aku akan tunggu kau. Aku percaya pada Allah. Harapanku hanya pada Allah. Kau janganlah rasa terbeban ke apa."

"Aku tak tahu nak kata apa. Aku terkejut...."

"Aku nak tanya, kau dah ada someone ke?"

"Kenapa kau nak tahu?"

"Aku nak tahu." Ernie ketap bibir. Keras juga hati dia ni. Bukannya aku nak buat apa-apa pun. Soalan cepumas yang bakal membunuh diri.

"Mungkin." Pendek saja jawapan Hafriz. Air mata mula bergenang di kolam mata Ernie. Pedih rasanya hatinya.

"Siapa?"

"Aku tak berapa suka nak cakap benda yang aku tak pasti lagi. Harap kau faham." ujar Hafriz. Ernie menganggukkan kepalanya.

"Baiklah. Aku doakan kau gembira dengan siapa pun pilihan kau. Cuma, aku nak kau tahu, aku sukakan kau. Terima kasih, Hafriz. Boleh ke kita berkawan cam biasa?" Kawan?? Adakah aku sendiri mampu!? Puh!

"Kau rasa macam mana? Kalau aku cakap tak boleh, nanti kau kataku sombong pula." jawab Hafriz. Suaranya kembali biasa.

"Baiklah. Aku akan conclude sendiri jawpan kau tu. Terima kasih Hafriz. Take care, Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam...."

Ernie menarik nafasnya. Lega? Bukan juga. Terasa cam lumpuh seluruh badannya. Gila! Ni kerja gila! Air matanya yang ditahan sejak tadi akhirnya tumpah membasahi pipinya. Terhinggut-hinggut bahunya menahan esakan yang menggila. Perasaan yang selama ini terpendam tetapi tidak tahu macam mana hendak diluahkan. Mujur dia parking kereta jauh sikit dari orang ramai. Tak de la yang perasan dia menangis dengan dahsyatnya.

Hafriz....Hafriz......

Nama itu sekadar mampu disebut di dalam hatinya. Dia tahu jawapan Hafriz. Muktamad. Mandatori. Namun, bolehkah jika dia ingin menunggu suatu keajaiban? Sesuatu itu yang mungkinkah terjadi? Atau mungkin ke dia akan menjadi gadis seumur hidupnya kerana setia menunggu lelaki itu?? Dia tidak berani membayangkan masa depannya. Hatinya sedih sekali.

Jauh di sudut hatinya, dia masih bersyukur kepada Yang Maha Agung kerana diberi kesempatan untuk bertemu dengan lelaki yang bernama Hafriz. Sejak dia mengenali Hafriz, secara tidak langsung, dia mula untuk berubah ke arah kebaikan. Dia mula untuk mengawal perangai gila-gilanya yang uncontrollable, kadang-kadang la. Bukan gila sangat pun, dia masih seorang yang pendiam tapi depends kalau datang anginnya, nasiblah. Namun, bukan kerana Hafriz dia berubah, tapi dia berubah ikhlas kerana Allah. Dia mula memandang lebih kepada akhirat kini. Sesuatu perubahan itu memerlukan pengorbanan yang besar. Dia manusia yang penuh dengan kekurangan dan hina. Masih banyak yang dia perlu belajar lagi.

Tetapi, perasaan cintanya kepada Hafriz, itu sesuatu yang lain. Dia gembira kerana dapat merasai perasaan istimewa ini. Rupa-rupanya inilah cinta ye? Walaupun bertepuk sebelah tangan, dia mengharapkan Hafriz sentiasa gembira dan semoga hidupnya sentiasa dirahmati dan diberkati Allah Taala. Seusai doa, nama Hafriz tidak pernah lepas dari doanya. Insya Allah. Hanya itu caranya untuk melepaskan rindu kepada Hafriz. Semoga Allah memberkati dirinya juga dan melindungi perasaan ini daripada godaan syaitan dan kemaksiatan. Insya Allah.


Beeep! Beeppp!

Ernie mengesat air matanya. Dia mencapai handphonenya yang berada di seat sebelah. Mamanya bertanyakan dirinya. Dia segera membalas SMS mamanya agar mama tidak risaukan dirinya. Rupa-rupanya, sudah agak lama dia di luar rumah. Dia kata nak keluar sekejap je. Pasti mama risau.

Segera dia mengangkat handbrake dan masuk ke gear satu. Perlahan-lahan kakinya mengimbangi pedal minyak dan clutch. Dia mahu pulang segera. Dia mahu segera bersemangat. Tiba-tiba, dia berasa sungguh penat dengan perasaan ini. Entah kenapa. Kepalanya berpinar-pinar. Nafasnya turun naik. Ah, takkan asma lagi? Kenapa sekarang?

Dia terasa pegangan pada steering sudah tidak kemas lagi. Walaupun tidak banyak kereta yang bersaing dengannya di atas jalan, dia dapat merasakan haluannya terhoyong-hayang. Alamak! Inhaler please! Tangan kirinya menggagau handbagnya, mencari inhaler untuk disedut. Sesekali kepalanya ditoleh ke arah handbagnya, membuatkan fokusnya hilang.

Tidak semena-mena, kereta di depannya brek mengejut. Dan Ernie tidak sempat untuk menekan brek lagi.....




..................................~.......................................


Kau tuliskan cerita tentang engkau dan dia
yg membuat hatiku semakin terluka
sudah usai sudah, cerita engkau dan aku
ku anggap sebagai bingkisan kalbu


Ku tulis cerita tentang aku dan dia
sehingga membuatmu terluka
sudah usai sudah, jangan menangis lagi
kurasa sampailah di sini




"Ma, dia dah bergerak. Nurse...nurse!"

Uh...kepala aku... sakit...berdenyut...dada aku juga.....

"Doktor. Tolong check isteri saya.... tadi saya nampak tangannya bergerak-gerak."

Suara itu....suara yang dirindui...tetapi siapa....? Tangannya terasa berat sekali. Tubuhnya tidak mampu digerakkan. Uh, terasa lemas dadaku. Tangannya cuba digerakkan. Dia mahu menggapai sesuatu. Dia tidak mahu ditinggalkan keseorangan. Bibirnya cuba bergerak-gerak memanggil seseorang. Tetapi, dia tidak tahu siapa.

"Ernie...Ernie." Tangannya digenggam kemas oleh Faisal. Lelaki itu setia menanti di sisinya. Matanya tidak lepas dari merenung wajah isterinya. Setiap hari dia berdoa agar Allah mengembalikan isterinya yang dikasihi.

"Ernie."

Matanya cuba dibuka perlahan-lahan. Kelihatan wajah seseorang yang amat dirinduinya. Tetapi, lidahnya masih kelu. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Air matanya bergenang. Terbit rasa kelegaan di hatinya sekarang. Apakah rasa itu?

"Abang...." Ernie cuba tersenyum. Ya. Lelaki itulah yang dia dirinduinya selama ini. Yang sebenarnya.....

"Alhamdulillah, Ernie dah sedar? Ernie...." Faisal segera memeluk tubuh isterinya dengan erat. Hatinya memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah Taala. Saban hari dia berdoa dan menunaikan solat hajat agar isterinya segera sembuh. Sejak hari Ernie diserang lelah yang teruk, selama dua minggu Ernie tidak sedarkan diri. Doktor juga tidak dapat memberi punca kepada kejadian itu.

"Ernie, Alhamdulillah Ernie kuat. Risau mama. Alhamdulillah." Mamanya duduk di sebelah kanannya sambil mengusap lengannya.

Ernie tersenyum lemah. Faisal, mama dan papa ada di sisinya. Orang-orang yang amat disayanginya. Cuma, Nadrah tiada. Nadrah tak nak lawat dia ke? Ernie memejam matanya. Tangannya masih menggenggam erat jari jemari Faisal. Dia terasa sungguh penat. Fikirannya mula mendigest apa yang berlaku sebenarnya. Rupa-rupanya, dia tidak sedarkan diri untuk dua minggu sudah. Pasti Faisal sangat risau. Teringat dirinya yang kembali ke waktu dulu. Mimpikah? Macam real sangat.


Dua hari kemudian, Ernie dibenarkan pulang ke rumah. Faisal yang datang menjemputnya. Nadrah terus datang bertemu dengannya apabila mendapat berita Ernie sudah sedarkan diri. Menangis tak berlagu kawan sorang tu. Rindunya pada Ernie. Hari ni, Nadrah tak datang jemput dia. Dia pulang dengan Faisal saja. Senyuman manis tidak pernah lekang dari wajah Faisal. Gembira hatinya bukan kepalang melihat isterinya sudah sihat. Insya Allah, dia akan berpuasa selama tiga hari sebagai tanda syukur hajatnya dimakbulkan Allah.

Ernie tidak banyak bercakap. Dia sekadar mendengar Faisal berceloteh. Macam-macam cerita dia dengar dari Faisal. Faisal cerita yang dia setiap hari bacakan surah al-Quran untuk Ernie. Setiap hari Faisal cakap dia sayangkan Ernie. Faisal juga mengambil emergency leave selama Ernie tidak sedarkan diri. Faisal cakap dia tak boleh fokus kerja. Dia asyik teringatkan Ernie. Risaukan Ernie. Ernie tersenyum sambil memandang Faisal. Hatinya terasa bahagia. Tiada kata yang dapat diungkapkan pada ketika itu.

Namun, perasaan bersalah masih ada dalam dirinya. Kalau bukan kerana dia teringatkan Hafriz pada masa tu, mungkin dia takkan diserang asma yang teruk. Dia rasa bersalah sangat pada Faisal. Faisal yang sedang memandu dengan wajah yang ceria direnungnya lama. Lelaki itu tersedar dirinya menjadi perhatian, terus dia mengerling ke arah Ernie.

"Kenapa Ernie pandang abang macam tu?"

"Ernie rindu." jawab Ernie sambil tersenyum. Faisal tersengih-sengih. "Ernie sayang abang. Sayang sangat."

"Emmm...." Faisal mencubit pipi Ernie. Eh, aku lak segan???Langsung tak macho. Bini aku flirt je ponn. Faisal melontarkan pandangannya ke hadapan. Hatinya riang sekali. Dia rindu mendengar ucapan itu dari Ernie.

"Abang, ada benda Ernie nak gitau." Mata Ernie masih tidak lepas dari wajah Faisal. Dia mengetapkan bibirnya.

"Ye sayang?" Entah kenapa dada Faisal berdebar-debar. Eh, baru kena ayat sikit tadi, terus nervous kau? Err...mungkin sebab dah dua minggu tak bercakap dengan Ernie. Ni jadi cam pasangan baru bercinta pula. Em. Meraban aje.

"Ernie minta maaf. Pasal gambar lama tue...." Ernie menggenggam tangan kiri Faisal. "Ernie minta maaf banyak-banyak. Ernia tak ingat kat dia dah. Tapi, hari tu Ernia tak tahu kenapa....."

Faisal diam, memberi peluang kepada Ernie untuk membuat penjelasan.

"Hari tu Ernie teringatkan dia bila tengok gambar tu. Ernie tak sengaja. Ernie minta maaf. Hanya abang je di hati Ernie. Abang jangan salah faham." ujar Ernie tulus ikhlas. Sungguh. Hatinya tiada orang lain selain Ahmad Faisal bin Faizal.

"Nanti Ernie bakarla semua gambar dia. Abang jangan risau." Tambah Ernie apabila tiada respon dari Faisal. Faisal ketawa kecil mendengar kata-kata Ernie. Cuak la tu!

"Ernie sayang. Sebenarnya, abang tahu cerita lama Ernie tu. Jangan risau. Ingat masa abang try tackle Ernie dulu, abang tak korek habis-habisan ke nape Ernie susah benor nak makan ayat-ayat manis abang ni? Abang percaya, masa Ernie terima abang tu, maksudnya Ernie dah boleh lupakan dia." Faisal menarik nafas panjang. "Cuma, abang jeles tau Ernie sampai sesak nafas teringatkan dia. Pernah ke Ernie sesak nafas rindukan abang?"

Ernie ketawa mendengar jawapan suaminya. Gila! Nak aku pengsan tiap kali rindu kat dia? Nak mampos!? Eh, kasar lak bahasa. Haha. Ernie menjeling ke arah Faisal, nak merajuklah tu ye?

"Eh abang nak ke Ernie tiap hari tak bangun? Sebab dok rindukan abang aje?" Ernie tersengih. Faisal juga tersengih mengingatkan kata-katanya sendiri. Ye tak ye. Nak ke bini ko jadi Sleeping Beauty aje?

"Abang sayang Ernie. Rindu betul abang kat Ernie. Hari ni nak makan apa? Biar abang belanja."

"Ehem. Bestnya. Sakit je ada orang nak belanjakan? Aaa....Ernie nak Domino's boleh? Dah lama tak makan Classified Chicken yang sedap tu! Extra cheese please!"

"Laju je dia order ye. Okay. Kita pergi teruslah." Faisal menjeling ke arah Ernie. "Hmmm, masa tak sedar diri tu, Ernie ada mimpi apa-apa ke?"

"Mimpi?" Oh! Confession tu....? "Tak mimpi apa-apa pun. Gelap jek tak nampak." Hmm, sebelum dia pengsan sesak nafas, dia pernah berharap kalau diberi peluang, dia nak confess pada Hafriz. Mimpi tu dah tunjuk semuanya. Sama ada dia confess atau tidak, Hafriz tetap bukan tercipta untuknya. Ah, biarlah rahsia. Aku tak nak dah buka cerita pasal kisah lama. Hati Faisal pun nak kena jaga. Nampak je ceria riang ria, tapi sapa tahu? Mesti dia jeles jugak.

"Ya ke? Rahsia la sangat!" Faisal tersengih panjang. Sebenarnya, sepanjang dia menjaga Ernie, ada beberapa kali dia mendengar Ernie memanggil namanya. Nak juga dia tahu, apa mimpi Ernie masa tu. Namun, dia yakin hati Ernie hanyalah untuknya. Takpe. Biarlah rahsia. Hehe.

"Abang, tarikh hari ni berapa?" soal Ernie tiba-tiba.

"Err...emm...9 December...." Teragak-agak Faisal menjawab. Tiba-tiba aje sayang ni tanye??

"Tahun?"

"2015 lah. Aii, jauh merantau? Tahun pun lupa?" usik Faisal sambil mencubit pipi Ernie. Ernie ketawa.

2015? Alhamdulillah. Aku kembali ke alam nyata. Alam kebahagiaan. Baik! Mari kita ke Domino's! Ye Domino's!! =D



Di dalam bilik Ernie dan Faisal, terdapat sekeping surat yang disimpan rapi yang diselit di dalam sebuah buku novel cinta....


Assalamualaikum Ernie,

Apa khabar?
Aku nak minta maaf sekiranya aku pernah membuatkan kau kecewa dan bersedih.
Aku berterima kasih sebab kau pernah menyimpan perasaan pada aku.
Cuma, antara kita tiada jodoh.
Insya Allah, aku percaya ada lelaki yang lebih baik untuk kau. Percayalah.

Biarlah aku berterus-terang.
Aku bakal bertunang dengan seseorang dan insya Allah akhir tahun ni
aku akan bernikah dengannya.
Seseorang yang telah lama aku tunggu, bertahun lamanya.
Aku hargai perasaan kau pada aku.
Aku doakan kau juga bahagia di samping jodoh kau nanti, Insya Allah.


Yang Benar,
Sahabatmu dunia dan akhirat,

Muhammad Hafriz
24 Febuari 2013






<The End>



oleh Aisya Auz
1.47 AM
28 June 2011


ps: Perasaan + Tulus + Istimewa + Ikhlas = Cinta Suci Murni. Hehe

5 comments:

  1. hehe thanks Aini. tertusuk kalbu ye

    ReplyDelete
  2. hahahahahhahahaha!!!!!weh!!! very the ausy sgt kot yg ----->sgt x macho...psatu nak domino's classified chicken!!!!! adoiiiii!!! rase nk punch je ko si lil' ausy!! aduiiiiiiiiiiiii!! sakit perot aku bace! hahahaha... haih....2 words from me...--------> MOVEEEEEEEEEEEEEEE ONNNNNNNNNNNNNNNNN okehhhhhhhhhh!!! xyah rase die tuh cm dia tuh diciptakan utk ko...sbb tu RASA,,,not the reality... n aku tau...just u have to fight with your heart n feeling okeh!!!!!!! hahahaha...lawak la ko...hope ko sedar akan ade 'FAISAL' yg akan jemput hati ko!! hikzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!

    ReplyDelete
  3. relek patin, hahaha. aku cool je =p x bajet, tapi betul ni. hehe

    ReplyDelete
  4. LOL!! still funny la cerpen nih! hahahahaha

    ReplyDelete