Jom lihat!

Monday, June 20, 2011

Cinta Pandang Pertama


Kepada: Sesiapa yang mengalami perasaan yang sama


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Orang kata, untuk jatuh cinta kita kena kenal hati budi seseorang itu dulu.
Dari mula bersahabat, mengenali peribadi dan hati budi dia, barulah hati ini tertarik padanya....mungkinlah.
Itu pun kalau tertarik pada dia kan. Hehe.

Orang kata, love at the first sight ni ala-ala cerita dongeng orang putih dulu-dulu.
Aku tak pernah percaya adanya love at the first sight.
Yelah, mana mungkin?? Kita tak kenal orang tu, takkan boleh jatuh cinta sewenang-wenangnya, betul tak?
Entah siapa-siapa dia, dari mana asalnya, langsung tak de klu, macam mana mahu jatuh cinta?

Tapi, akhirnya aku telah jatuh cinta pandang pertama.

Aku tak pernah kenal antara erti cinta dan suka.
Apa bezanya? Lebih kurang sajakan?
Eh, memang ada beza. Ejaan cinta dan suka sendiri pun dah lain. =)

Aku tak pernah jatuh cinta pandang pertama seumur hidup aku.
Selama ni, crush atau feeling feeling cipan pun dari persahabatan yang terbina.
Berkawan, makan sama, bermain sekali, belajar sama, lalu terciptalah perasaan itu.

Aku tak pernah percaya suatu ketika dahulu.
Bagi aku, ianya sesuatu yang mustahil.
Mencintai seseorang yang tidak kita kenali.
Dia juga tidak pernah mengenali kita.
Tiada sangkut paut dan tiada jalan cerita yang seiring dengannya.

Rupa-rupanya, aku telah jatuh cinta pandang pertama.
Buat pertama kalinya, dialah cinta pertama aku.
Aku selalu tertanya-tanya pada diri aku, apakah ianya sekadar mainan perasaan?
Adakah dia salah seorang antara crushes aku yang dulu-dulu?
Perasaan yang sama sekali lagikah?

Ternyata dia cinta pertama aku.
Aku bukan seorang yang pandai berpura-pura.
Perasaan itu jelas terukit di wajah aku.
Aku tidak pandai untuk menyembunyikan rasa.
Inilah kelemahan aku.

Aku masih ingat, dan sentiasa terpahat utuh di hati aku.
Pada 17 Oktober 2010, saat aku terpandangkan wajahnya yang tersenyum manis (menawan sangat!),
hati aku dah berdebar-debar dan mula tidak menentu.
Aneh. Pelik. Semacam.

Aku cuba pandang dia lagi.
Aneh. Aku tak dapat bertahan lama. Aku jadi segan.
Lantas, segala pergerakan aku terasa canggung sekali pada waktu itu.
Dan secara tak sedar, rupa-rupanya aku telah merenung dia.
Aduh, inilah kelemahan aku. 

Sesungguhnya aku cintakan dia.
Tiada alasan, dan tiada sebab.
Aku tidak pernah kenal dia.
Aku tidak pernah tahu dia.
Sejarah aku tidak pernah ada dia.
Namun, sejak hari itu namanya telah terselit kukuh di dalam hatiku.
Nama yang unik dan panjang, membuatkan aku tertarik padanya lagi.
Hehe, merabankan aku?
Aku sendiri pening dengan luahan kata-kata ini. Sungguh jiwang karat lagaknya. =P

Perasaan ini tulus dari hati aku.
Perasaan ini bukan dibuat-buat, direka dan bukan senang untuk dihapuskan begitu sahaja.
Perasaan ini adalah hadiah yang teristimewa dari Allah untuk aku.

Aku bersyukur mengenali dia.
Aku gembira pernah menjadi sebahagian kecil dari hidupnya.
Walaupun mungkin aku tidak dapat untuk berkata-kata dengan dia lagi.
Kerana kemungkinan kata-kata aku yang kononnya dari isi hati aku, 
akan menambah beban dirinya lagi.

Maafkan aku seandainya perasaan aku ini pernah membuatkan kau terasa terbeban.
Aku tidak ingin memaksa, untuk meminta kau membalas rasa ini jauh sekali.
Tidak pernah terlintas di hati.
Kerana siapalah aku di sisi kau. 
Aku manusia yang penuh kekurangan dari segi akal, budi bicara dan attitude yang begini.
Cuma, aku tidak pandai mennyembunyikan rasa ini apabila aku berhubung dengan kau.
Jadi, lebih baik aku menyepi dari duniamu. 
Walaupun, kadang-kadang terbabas juga, tapi aku akan berdisplin dan tidak mengganggu kau.
Cuma, tiada janji yang akan dilafazkan di sini =D 

Rasa ini sentiasa ada di hati aku.
Bagi aku, cinta pertama ini adalah yang terbaik dalam hidupku.
Ye. Aku tidak mengenali kau.
Tapi, hati aku yakin dengan perasaan ini.
Jangan risau, yakin ku hanyalah pada-Mu Ya Allah.
Kerana Dia lah yang Maha Berkuasa dalam membolak-balikkan hati dan perasaan hamba-hambanYa.
Harapan dan doa aku tidak pernah putus kepadaNya. 

Aku tidak pernah bercinta, tetapi aku tahu ini adalah cinta yang tulus lahir dari hati.

Walau apa pun yang terjadi, benarkan aku menunggu kau.
Selagi perasaan ini masih kuat di hatiku, selagi itu aku setia menanti.
Penantian yang bermakna, walaupun pengakhirannya mungkin tidak seperti yang diharapkan.

Insya Allah, segala urusan hanyalah milik Allah Taala.


Aku minta maaf kerana diri aku yang kekurangan ini,
telah jatuh hati pada diri kau dan sudah mula menyayangi kau.
Aku minta maaf.

Harap janganlah pening baca surat ni, sebab aku pun dah migrane tengok. =P


Yang Benar,
Tuan Auz




No comments:

Post a Comment