Jom lihat!

Wednesday, October 23, 2013

MyCerpen: Ulang Tahun Kita

"Tina, apsal monyok je muka kau ni? Jumpa aku pun tak happy?" tegur Rania melihatkan wajah Best Friend Forever, BFF, agak kelam dan monyok. Tak seperti biasa celotehnya tak boleh berhenti.

"Ala, si Shakir tu lupa anniversary kitorang lagi. Tahun lepas pun sama.Em, tahun ni dah tiga tahun kitorang kahwin tau. Dah la first year kahwin pun, dia busy. Sedih aku." Tina mengeluh sambil mencebik. Sepatutnya semalam ulang tahun perkahwinan mereka disambut dengan gembira. Shakir pulang lewat kerana terpaksa menyudahkan kertas kerja untuk projek syarikatnya. Apa lagi, muncung sedepa la Tina kat rumah bila Shakir pulang. Chicken chop yang dimasaknya sejuk tidak bersentuh. 

"Biasala lelaki memang pelupa babe. Dorang mana nak ingat benda-benda penting camni. Ni dah tiga tahun korang kahwin, takkanlah kau tak kenal lagi perangai Shakir? Beralah la sikit. Mungkin buat reminder ke. Kalau nak tunggu dia surprise kau, lagi kau kecewa haa." ujar Rania sambil tersenyum kecil. Geli hatinya melihatkan perangai kawannya yang sorang ni. 

"Geramlah. Aku dah cakap bulan lepas, ingat bulan ni bulan special kami. Dia cakap dia ingat, jangan risau. Semalam terus lupa! Pentingkan sangat syarikat dia dari aku." Gumam Tina, masih tak puas hati.

"Astaghfirullah al azim. Dah la tu. Dia dah minta maaf kan? Cukup-cukuplah. Macam ni, kau claim suruh dia belanja kau makan besar kat mana-mana. Tak payah merajuk macam ni. Dia kerja cari rezeki, untuk isteri tercinta juga. Baby dalam perut tu siapa nak belikan baju nanti? Haa." 

"Amboi, kemain kau backing Shakir ni. Kau baru kahwin kan. Tahulah nanti bila Muaz lupa birthday atau ulang tahun korang." Cebik Tina. Rania angkat bahu saja. Malas nak dipanjangkan isu ni. Kita pun bukan budak kecil lagi.

Em, lelaki. Memang benda-benda kecil camni dorang fikir tak penting. Kita pula perempuan yang nak makan hati bila dorang lupa. Aku tak mau makan hati. Kalau dia lupa, aku akan ingatkan. Kan kami dah janji nak hidup harmoni. Ish! Tina ni cabul jek cakap camtu kat aku. Dia yang sedih, tempias aku lak terkena. Aiiiih!


...................................


Bzz! Bzz! Korus lagu Ungu Percaya Padaku berkumandang di telefon bimbitnya. Dia tersenyum mendengar panggilan daripada cinta hatinya. Tika ini dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Wilayah Persekutuan. Nada suara Radio Hot.FM diperlahankan ke tahap 1.

"Assalamualaikum sayang." 

"Waalaikummussalam abang. Uit, buat apa tu?" Rania tersengih-sengih. Okay juga ada orang teman time tengah sesak macam ni. 

"Abang dah sampai rumah, hari ni balik awal. Sayang dah balik?" tanya Muaz.

"Wah best la dia. Sayang stuck in jam lagi. Abang call ni okay sikit. Jom borak-borak!" 

"Eh, bawa kereta tu berhemah sikit. Abang saman karang bawa kereta cakap phone. Tak de, tak de. Abang call ni cuma nak cakap kat sayang, abang dah belikan dinner kita. Sayang tak perlu masaklah hari ni ya."

"Ala, nak saman apendenya. Emm, abang beli apa? Yay!" Gembira hati Rania. Fuhhh, tak perlu masak! He.He.He. Memang dia dah berkira-kira nak masakkan lauk ayam merah dan sayur acar untuk makan malam bersama. Tangguh je menu esok terus. 

"Rahsia. Sayang nak tahu, cepat-cepat balik okay." Muaz ketawa kecil. Saja nak usik Rania kesayangan.

"Roger bang! Sayang selit selit jem ni terus sampai jap gi." Ni yang buat aku nak tahu ni. Saja je la dia ni nak kenakan aku. Dinner pun nak rahsia!

"Aha, jangan pandai-pandai nak menyelit macam pro kat situ. Sayang tu dah jadi isteri abang. Apa-apa jadi karang abang juga yang susah. Zaman single dulu bolehlah nak Formula 1 kat highway ya. Bawa kereta elok-elok ye sayang. Laju kang abang piat telinga." Siap-siap Muaz bagi amaran. Risau juga dengan perangai isterinya yang memang suka pandu kereta ikut kepala dia je. Memanglah Rania cekap memandu, tapi kalau dah takdir kemalangan menangis tak berlagu lak aku ni ha kat sini, getus hati kecil Muaz.  

"Okay sayang, jumpa kat rumah okay. Please behave on the road." tambah Muaz. "Love you, sayang."

GULP! Senak perut jap. Nasib baik tak terpecut ke depan kereta ni. 

"Abang." 

"Ya sayang?"

"He.He. Terpulas kejap jantung sayang dengar abang cakap macam tu." Senyum memanjang Rania. Agaknya apalah orang kereta sebelah fikir tengok dia tergelak-gelak. Tak apa, nasib baik tinted gelap sikit!

"Main-main sayang ni. Abang lipat sayang masuk poket kejap lagi nak? Dah, dah. Bawa elok-elok. Love you. Assalamualaikum."

"Sayang abang jugak. Waalaikummussalam." Lipat simpan dalam hati la abangku sayang. Ha.Ha. Loyar buruk je aku ni. Siap kejap lagi kena tarik telinga. He.He. Tak apa. Aku suka! Gahhh! Okay, jom MitMit kita menyelit! (Nota merah: MitMit nama kereta kesayangan Rania.)


Tepat azan Maghrib berkumandang, Rania tiba di depan pagar rumahnya. Ni paling cepat aku menyelit. Tu pun dah kena horn berapa kali dengan orang lain. Kurang asam katanya, potong lane. He.He. Aku bab-bab orang cakap rahsia itu ini payah sikit. Memang sifat inkuiri aku amat tinggi. Walaupun hanya sebuah makan malam!

"Assalamualaikum, abang!" Ucap Rania sambil memulas kunci pada pintu gril rumahnya. Kelihatan meja makannya sudah tersedia dengan makan malam yang dinanti-nanti.

"Waalaikummussalam sayang. Cepat juga sampai ya." Muaz tersenyum sambil membawa sejag air oren yang baru dibancuhnya tadi ke meja. 

"Dah kurang jem bang. Jom, jom kita makan." Rania segera membuka tudungnya dan meletakkan beg tangan di kerusi ruang tamu. Laju je dia melangkah ke meja makan. "Yay! Domino's! Terima kasih abang belikan. Memang surprise!"

"Gembira betul ek. Abang order Classified Chicken untuk sayang. Abang nak makan nasi goreng ayam. Lapar nasi." Muaz sekadar memandang Rania yang dah bersedia untuk menikmati pizza kegemarannya. Dia berdehem sekali dua.

"Em, ya bang?" Rania tertanya-tanya sambil merenung wajah suaminya. Dipandang kembali meja makan. Ada tertinggal sesuatu? Pinggan, gelas, jag air, makanan semua dah cukup?

Muaz menghulurkan tangannya. Aiya! Getus hati Rania. Segera gadis itu menyalami tangan suaminya. 

"Hee, minta maaf abang. Ermm." Tak tertelan air liur Rania. Segan deh!

"Amboi sayang. Dapat Pizza Domino's, terus dilupakan suami tercinta. Cinta hatilah, intan payunglah, kata sayang. Tak apa, kita solat Maghrib dulu baru makan ya. Jom sayang, bersihkan diri dulu." Muaz menarik tangan isterinya untuk bersama-sama berwuduk dan menunaikan solat Maghrib. Rania sekadar menuruti sambil tersengih. 

Seusai solat jemaah, Rania dan Muaz menikmati makan malam bersama. Gembira hati Rania. Dah lama dia tak makan pizza ni. Rasanya sejak kebelakangan ni mereka berdua sibuk bekerja. Balik rumah dah penat nak keluar. Dating kat rumah je la. Dia sendiri pun dah lama tak membeli-belah. Rasa baik simpan duit dari dok beli baju yang dah penuh dalam almarinya. Muaz pun dah bagi hint bila tengok almari macam kapal pecah dah. 

"Abang, sayang nak minta izin boleh?" tanya Rania sambil mengunyah pizza kegemaran.

"Boleh sayang. Tapi, habiskan dulu makanan dalam mulut tu. Makan perlahan-lahan. Aii, kebulur je abang tengok ni ha." Tegur Muaz sambil menarik telinga Rania, perlahan tapi mendalam maksud. Rania tersengih sambil menggaru dahinya yang tak gatal tu. Awkward you know!

GULP! Okay. Dua kali kena tegur hari ni. 

"Sayang nak minta izin. Dua minggu lagi sayang out station tiga hari kat Johor, ada event kat sana. Nak minta kebenaran abang. Em, sayang pergi dengan lagi lapan kawan sekerja. Boleh ek abang?"

"Tiga hari? Amboi lamanya, sayang nak tinggalkan abang ek." Muaz merenung wajah Rania. Happy betul isteri aku ni. Sukalah tu dapat berjalan. 

"Abang izinkan? Tiga hari tak lama pun bang. Please!" Pujuk Rania lagi. Dia betul-betul nak join event kali ni. Seronok sangat tengok jadual event tu. Macam-macam program ada! He. He. Bolehlah dia usha sesuatu untuk bagi surprise sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Yay! 

"Boleh, tapi sayang kena janji dengan abang." 

"Abang izinkan? Terima kasih abang! Em, janji apa bang?" Berdebar Rania nak mendengar kata-kata seterusnya. Janji apa? 

"Janji duit tu simpan dalam poket. Tak perlu nak beli apa-apa kat sana. Mata pun jangan nak menerawang je ye. Jangan tengok lelaki lain." Tegas Muaz. Matanya dihalakan ke nasi dalam pinggan. Masih tinggal separuh. Ayam goreng kegemarannya juga hampir habis dicubit.

Terkedu sebentar Rania. Bunyi cemburu je? Hatinya berbunga riang.

"Sayang janji. Tapi kan, boleh ke kalau abang letak bajet macam RM100 maksimum untuk sayang shopping? Please bang. Takkanlah kita pergi jauh-jauh tak beli apa-apa." Pinta Rania.

"Tak perlulah sayang. Duit tu baik simpan untuk benda lain, ya?" 

"Abang, RM80 please?" Rania buat muka kesian. Orang nak buat surprise kat dia. Tak pa, berlakon je!

Muaz menjeling tajam. Namun, akhirnya dia menganggukkan kepalanya. Ada pula kang yang kempunan kat selatan nun. Rania tepuk tangan, terus menggigit pizza yang sedap itu!


............................


"Perghh memang best event kali ni. Tak sia-sia kita pergi. Aku puas hati wei. Ramai sangat orang datang dalam masa dua hari ni. Banyak gak dapat kita jual kan." Mimi, rakan sekerja mencelah. Seronok sangat! Selain itu banyak gerai-gerai lain yang dapat mereka lawati juga. Pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka, motor show, mountain climbing dan macam-macam lagi. 

"Tu la. Harap ada lagi event macam ni kita boleh joinkan? Aihh, balik ni aku nak relek, lepak kat rumah. Penat jugak sebenarnya." Rania mengiyakan kata-kata rakannya itu. Macam-macam dia beli. Sudah. Hampir over budget tapi masih mampu disabarkan hatinya. Heeee. Kelihatan jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Masih ada dua jam untuk sampai ke Kuala Lumpur. Rania memejamkan matanya untuk berehat sebentar.....

Bzzt! Bzzt! 

Rania terjaga. Telefon bimbitnya bergetar, tanda mesej masuk. Dalam keadaan mamai, dia menjenguk ke luar. Dah masuk KL. Alhamdulillah. Dia melihat mesej yang diterimanya. Dari suaminya.

'Assalamualaikum sayang. Sayang kat mana? Abang dah on the way ke ofis sayang.' - Abang.

'Waalaikummussalam bang. Sayang dah masuk KL. Mungkin setengah jam lagi sampai ofis. Terima kasih abang ambil sayang ya.' - Raina.

'Sama-sama sayang. Selamat sampai ya, insya Allah. Salam, love.' - Abang.

Raina menjenguk melihat rakan-rakannya yang lain. Semuanya tertidur kepenatan. Memang seronok program kali ni, cuma sangat penatlah. Raina bersandar kembali. Lupa nak mesej Abang. Mujur dia dah on the way. Tidur mati aku ha. Alhamdulillah selamat sampai. Syukur.


Sebaik sahaja tiba di perkarangan ofis, Muaz sudah menantinya di dalam kereta. Setelah siap berkemas segala barang ke dalam ofis, Raina pulang dengan Muaz. Rasa macam tersadai dalam kereta. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam ketika ini.

"Macam mana program sayang, semua okay?" Muaz memulakan bicara. Dia tahu Rania penat. Namun, dia rindukan celoteh dan loyar buruk isterinya. Selama tiga hari ni Rania sibuk dan mereka sekadar berborak kosong sebelah malam, sebelum Rania tidur. Em, ni kot orang cakap bila dah terbiasa dengan seseorang, bila dia tak ada rasa sunyi. Walaupun kadang-kadang dia geram dengan loyar buruk Raina, tapi itulah penceria rumah tangga mereka sebenarnya.

"Seronok sangat kat sana. Jarang dapat join program macam ni. Banyak syarikat yang join juga untuk jayakan kempen kesihatan ni. Selebihnya, gerai shopping bang." Jawab Rania sambil tersenyum.

"Sayang."

"Emm?"

"Esok kita dah setahun kan, sayang. Cepat je masa." Muaz tersenyum. Jari jemari Rania diraihnya sementara tangan kanannya menggenggam stereng.

"Em esok? Tarikh apa eh..." Gumam Rania sendirian antara dengar tak dengar. Zasss! Terus matanya terbuka luas. Dia tersentap sebentar. Muaz mengelus lembut tangannya. Kejap, kejap. Bukan September ke? Oktober berapa esok ni....13 hari bulan?! Dah 13 hari bulan??

"Wah, abang ingat ya! Baguslah abang ni. Sayang ingat abang lupa sebab yelah nampak sibuk je." Cover line habis! Rasa nak tergigit lidah sendiri. Rania betul-betul terlupa tarikh ulang tahun mereka, esok! Wargh! Mana hadiah surprise yang kau janjikan dengan diri sendiri? Rasa nak hantuk kepala kat cermin kereta jap.

"Ish sayang ni. Mestilah abang ingat. Tarikh istimewa kita berdua kan. Abang ada satu tempat nak bawa sayang esok. Special!" Muaz ketawa kecil. Sesekali dia menjeling ke arah Rania. Kereta sengaja dipandu perlahan. Dah lama tak berdua-duan macam ni. Macamlah kat rumah tak berdua, ye tak?

"He. He. Best nya ada surprise lagi! Tak sabar lak Rania. Mujur esok Ahad kan, cuti." Tersengih-sengih Rania. Sebenarnya lebih kepada cover line. Harap tak kantoi aku lupa tadi. Pada hal aku la yang sibuk dulu dok cakap laki itu ini lupa la tak pentingkan tarikh apalah masa awal kahwin. Sudah! Sekarang siapa yang lupa? Kalau Tina tahu, nak kena wrestling ngan dia malukan kaum wanita neh. Hah.

"Abang, happy our first anniversary!" ucap Rania, potong lane lagi.

"Apa lak, mana kira. Belum pukul 12 malam la sayang. Tak aci macam ni asyik nak jadi orang pertama je dia." Muaz mencebik geram. Pipi Rania dicubit perlahan. 

"Tak pe la bang. Siapa cepat dia menang. Esok kita celebrate ya. Sayang pun ada hadiah untuk abang." Hadiah ceruk mana la aku nak cari ni? Tak apa,bisa diatur! He. He. 

"Okay, insya Allah. Malam ni rehat. Esok kita pusing-pusing satu hari." Tiba-tiba, Muaz menarik telinga Rania yang terselindung dengan tudung, perlahan. Rania terkedu. Serentak dia berpaling ke arah Muaz. Muaz tersenyum-senyum. 

"Kenapa bang?" Eh, Muaz tarik telinga. Aku ada buat salah ke. Atau......

"Tak ada apa-apa sayang." Kepala Rania diusap perlahan. Aii, tere cover line nampak? Ingat abang tak tahu ke sayang terlupa ulang tahun kita? He. He. "Abang faham. Sayang penatkan. Tidurlah. Kejap lagi sampai abang kejut ek. Esok kita celebrate, insya Allah. Okay tutup mata, tutup mata cepat. Tidur ye!"

Aihh, kuatnya usap kepala aku. Habis senget tudung aku ni haaa. Muaz ni macam-macam la. Memang aku penat pun. Kepala tak leh fikir daaa. Okaylah, tidur tidur.....

"Sorry ya bang. Sayang tidur jap. Terima kasih jemput sayang tadi." Terus mata Rania tertutup. Seminit dua kemudian, terasa telinganya ditarik lagi. Dia terjaga dan terus mengerling ke arah Muaz. Lelaki itu tersenyum-senyum. Pandangannya di hala ke depan. 

Rania mengetap bibir geram. Sah! Dia tahu ke sebenarnya?? Aisey!



<TAMAT>

TUAN AUZ
11:15 PM
23/10/2013

1 comment:

  1. Muaz ni chumilll...!!! And kalau aku kawen nanti aku rasa aku jadik cam Rania..LOL..XP

    ReplyDelete