Jom lihat!

Sunday, August 14, 2011

MyCerpen: "Haa nak apa?"

"Aduhh! Hoi, jalan tengok depan laa!" jerkah Halim dengan muka berang. Lengan bajunya dikuis-kuis seperti menguis habuk dan kotoran degil yang melekat di situ. Wajah lelaki muda di hadapannya dipandang bengis.

"Minta maaf bang. Saya tak sengaja tadi." balas lelaki muda itu sambil mengangkat tangannya. Terkejut juga apabila dia dijerit sedemikian rupa. Padahal, sikit je terlanggar tu orang tu. Lelaki yang dilanggarnya mungkin dalam lingkungan 30-an.

"Kau nampak tak baju aku ni brand mahal?? Polo okay! Color putih nih, kau langgar kotor kau ada duit nak ganti??" Balas Halim dengan penuh sombong. Baju Polo berwarna putih tu baru je dibeli semalam, Mega Sales okay....

"Polo? Minta maaf. Saya tak sengaja tadi." Lelaki muda itu telan liur. Makk aihhh. Sampai cenggitu sekali dia sound aku? Orang ramai dah tengok dah. Naik segan pun ada aku dengan perangai lelaki ni.

"Huh! Kalau dah tahu tak mampu, mata tengok depan. Jangan main langgar je orang." Mata Halim tajam merenung lelaki tadi, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Dah la pakai selekeh! Entah dari mana datang budak ni. Bengang sungguh.

Lelaki muda itu sekadar tersenyum simpul dan menganggukkan kepalanya. Malas hendak memanjangkan cerita, dia terus berlalu pergi dengan sebalan di hati. Orang zaman sekarang, dah tak de hemah. Mentang-mentang kita budak-budak aje, tak dihormatnya kita. Azrie terus beredar dari situ tanpa memandang ke belakang.



Keesokan harinya, Halim datang kerja seperti biasa. Hari ini terasa lebih bersemangat. Mungkin kerana akhirnya dia berjaya juga membeli baju idamannya, iaitu Polo. Setiap kereta yang masuk ke entrance, dilambainya dengan penuh gembira.

"Assalamualaikum, encik. Saya nak tumpang park sini kejap untuk turunkan barang boleh?" tanya seorang gadis yang baru tiba dengan kereta Myvinya.

"Turun barang apa?" Serta-merta angin Halim berubah apabila melihat owner Myvi tu. Dijeling kereta kecil itu sekilas.

"Saya ada jualan di atas. Banyak barang saya nak kena angkat. Semalam saya masuk situ untuk letak barang dan park kereta." jelas gadis itu dengan berhati-hati. Dia dapat merasakan angin pak cik ni serba tak kena aje.

"Siapa benarkan awak park situ?? Kalau nak kena clamp, silakanlah. Saya tak jamin. Kalau awak nak sangat masuk, kena clamp nanti saya tak tahu." balas Halim dengan sombong. Gadis itu hanya dipandang dengan ekor matanya sahaja.

"Barang saya banyak ni encik. Semalam saya park situ, boleh je? Puan Asya dari Maybank benarkan. Pak guard semalam pun okay je." jawab gadis itu.

"Pak Guard mana pulak ni? Tak pe. Kena clamp, saya tak tahu." ujar Halim seraya membuka palang untuk gadis itu masuk. Ucapan terima kasih dari gadis itu bagaikan angin lalu, antara dengar dan tidak.

Uhh, ada hati nak request itu dan ini. Padahal bawak kereta kecik je. Ingat dia tuan besar ke nak masuk punggah barang depan muka pintu?? Getus hati kecil Halim.

Tidak berapa lama kemudian, datang sebuah kereta BMW Sport M3 putih di hadapannya. Tergesa-gesa Halim membuka kon untuk laluan kereta mewah itu. Tersengih-sengih dia sambil mengangkat tangannya tanda penuh hormat.

Tingkap kereta tinted hitam itu diturunkan perlahan. Terpacul wajah seorang lelaki muda yang segak berkaca mata frameless, merenung wajah Halim dengan senyuman. Halim mengucapkan selamat pagi kepada tuan muda di hadapannya itu.

"Selamat pagi En. Halim." ucap lelaki itu.

"Selamat pagi tuan! Silakan masuk tuan!" balas Halim dengan bersemangat.

"Hmm, tadi apa cerita budak Myvi tu? Kecoh je saya tengok." tanya lelaki itu, curious.

"Oh, budak tu. Dia minta nak masuk dalam untuk letak barang-barang jualan dia. Padahal tempat tu untuk bos bos parking kereta. Saya dah tegur dia sikit, kalau nak park situ, kena clamp saya tak jamin." terang Halim kepada lelaki itu.

"Emm, tapi memang situ loading bay kan? Jadi apa masalahnya kalau dia nak masuk situ?" soal lelaki itu kembali. Halim terdiam. Memang loading bay. Entah! Dia cuma menyampah tengok muka budak perempuan tu, sesuka hati nak park kat situ.

"Tuan ada meeting kat sini ke? First time saya nampak tuan hari ni." Segera Halim menukar topik. Dia terperangkap dengan soalan lelaki itu sebenarnya.

Lelaki itu merenung wajah Halim sambil tersenyum.

"Encik tak ingat saya ke? Ni bukan kali pertama kita berjumpa."

"Oh? Kita pernah berjumpa ke sebelum ni? Rasanya memang kali pertama tuan datang sini." Halim tersengih-sengih. Terasa sedikit bangga kerana lelaki kaya itu mengingati dirinya sedangkan dia yakin mereka tak pernah bertemu pun.

"Ye, cuba ingat."

Halim berkerut-kerut cuba mengingati pertemuan mereka yang....rasanya memang tak de!

"Maafkan saya tuan. Saya tak pasti di mana."

Lelaki muda itu ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Halim kebingungan. Ada rahsia apakah?

"Sayalah yang langgar baju Polo encik yang mahal tu."

Uh! Halim terkedu. Lantas dia teringatkan insiden dia menengking seorang budak lelaki hingusan kaw kaw baik punyaaaa!! Gara-gara budak laki tu terlanggar bahunya, bukannya sakit pun tapi entah kenapa memang angin dia tak leh ditahan-tahan kalau datang part bebudak muda camni. Terasa perutnya senak tiba-tiba. Tak disangka, lelaki yang ditengkingnya ialah...........orang yang berpangkat besar?? Huih muda muda dah kerja besar!

"Aaa....aaa maafkan saya tuan! Saya...saya..." Tergagap-gagap Halim cuba menyusun kata. Dia tak tahu di mana harus disorokkan mukanya.

"Encik Halim...Ye, Encik Halim kan? Kita ni hidup harus hormat-menghormati. Jangan terasa diri kita besar sangat. Walaupun budak tu bawa Myvi aje, budak tu tak de pangkat tinggi, layakkah kita nak menghina dia dan pandang sebelah mata? Habis tu, kalau orang tu bawa kereta besar, baru kita nak terbongkok-bongkok nak hormat? Hipokrit namanya tu. Ni pun kebetulan saya ada meeting kat sini, kalau tak saya pun takkan tahu Encik kerja sebagai pengawal di sini. Allah nak tunjuk, bila-bila aje."  ujar Azrie panjang lebar sambil merenung tepat ke wajah gusar Halim tu. "Emm, kalau baju Polo encik hari tu kotor, saya boleh tolong hantarkan dry cleaning. Anytime."

Halim mengetap bibirnya. Dia pandang hujung kasutnya, tidak berani bertentang mata dengan Azrie. Terasa pedas di hulu hatinya dengan kata-kata lelaki itu.

"Saya minta maaf tuan. Saya akan cuba berubah untuk menjadi seorang yang lebih ikhlas." Halim menundukkan kepalanya sedikit. Perasaan malu menular ke dalam dirinya.

"Harapnya, berterusanlah. Hormati orang lain, baru orang hormat kita. Okaylah, terima kasih bukakan kon. Saya parking sekarang." tambah Azrie seraya menaikkan tingkap keretanya dan terus berlalu pergi. Fuhhh, tak sangka boleh jumpa pak cik bengis ni! Padahal aku pinjam kereta abah hari ni. Inspira masuk bengkel. Hehe. Meeting executive jek ponnn. Seb bek! Harap dapat memberi pengajaran kepada pak cik tu.

Halim sekadar memandang kereta Azrie berlalu pergi. Kata-kata Azrie benar-benar memberi kesan pada dirinya. Memang dia melayan orang mengikut status. Kalau cam budak-budak ni, ala kadar atau buat dek je. Kalau yang pakai kereta BMW, Merc, pangkat Dato', memang dia layan baik punya. Terasa malu pulak pada diri sendiri.

"Aku akan cuba untuk berubah...." getus hati kecil Halim.

"Assalamualaikum, encik...." tegur seorang lelaki muda, yang sedang memjinjit dua buah beg berisi barang-barang untuk jualan mungkin.

"Haa awak ni, nak apa?!"



~Tamat~




Sekadar Coretan,
Tuan Auz.


No comments:

Post a Comment