Jom lihat!

Wednesday, September 19, 2012

Tirai Cinta Berlabuh (2)

PART 2 

Hilal! Mana Hilal? Aku tak nampak dia kat sini. Hilal!
Dengan sepenuh tenaga aku berenang mencari Hilal. Janganlah dia lemas. Tiba-tiba aku diserang panik. Panik sekiranya aku kehilangan dia. Aku tak confess lagi ni! Tak nak! Please don't! Terasa sesak nafas di dada. Air membuak-buak masuk melalu hidung dan mulutku. Apakah ini? Kenapa aku tak dapat nak tahan nafas? Salur hidung dan kerongkongku terasa perit yang amat. Debaran di dada semakin menggila. Ah. Aku tak boleh mati dulu. Aku nak cari Hilal!

Tiba-tiba aku seakan-akan ternampak seperti bayangan tubuh manusia, menjunam jatuh ke dasar tasik dengan perlahan. Tanpa mengira kesakitan yang amat, aku terus berenang menuju ke bayangan tersebut. Hilal!

"Hilal!" Jangan tinggalkan aku dow!

"Auni! Auniiii!"

Arghhh! Terasa seperti ditekan-tekan dadaku. Serentak dengan itu perutku memuntah keluar air tasik yang tertelan tadi. Aku membuka mata perlahan-lahan. Berpinar mata dan kepalaku. Aku cuba untuk bertenang. Apa ini? Basah kuyup bajuku. Kenapa aku terlentang kat sini?

"Eh, kita kat mana ni?" tanyaku ke-blur-an. Tekak masih terasa perit. Aper ni air tak sedap! Uwek!

"Kita kat Putrajaya Auni. Kat tepi tasik." terang Umairah kepada Auni yang separa sedar.

"Eh?" Serentak dengan itu aku terbayangkan Hilal. Terus aku bangun terduduk sambil menggengam tangan Umairah. "Hilal mana Umairah? Dia okay ke?"

"Tu, sihat dan selamat je dia. Ko janganlah risau." sampuk Nadya sambil tersengih-sengih.

Aku berpaling memandang Hilal. Dia merenung ke arahku sambil tersenyum. OWMIGAWD!! Comelnya dia senyum! Argh! Apsal sweet sangat ko ni? Wah first time nampak rambut dia basah! Handsome gile! Dengan penuh gaya baju basah....opss. Ehem, syukur dia selamat.

"Syukur ko selamat bro. Cuak aku tadi weh." Spontan aku melontarkan statement yang padaku biasa-biasa saja tapi bukan kepada tuan pendengar."Aku nampak ko lemas tadi...."

"Auni...Auni. Hilal ni juara renang kampung dia kot. Sungai tu dah jadi rumah kedua dia dah. Kitorang terkejut tengok ko lompat sekali dari jambatan tu. Serious terkejut." ujar Amir sambil menggelengkan kepalanya.

"Err...pelik kenapa aku lemas eh...?" tanyaku blur. Sungguh aku pelik kenapa aku pulak yang lemas!

"Kaki ko tiba-tiba kejang tadi. Nasib baik aku sempat sambar ko." jawab Hilal.

Hilal selamatkan aku? Bermakna dia pegang aku kah? Arghhh!! Ceh, tetiba pipi ni nak jadi merah-merah malu kucing pulak. Aku segan kot! Yelah, aku beria nak selamatkan dia tadi. Alih-alih aku pulak yang lemas. Malu giler! Malu depan pujaan hati. Perasan nak jadi hero kot tadi.

Ziela dan Umairah memegang tanganku sambil menepuk-nepuk bahu memberi semangat. Ye. Aku masih confuse. Kakiku kejang? Patutlah aku tak dapat nak berenang tadi. Terkejut gak aku. Tapi mengenangkan Hilal, aku tak sedar yang aku sendiri pun tengah lemas tika itu.

"Yang ko tiba-tiba lompat kenapa Auni? Mujur ko selamat okay. Risau dow." Nadya bercekak pinggang, lagak mak tiri risaukan anaknya.

"Ah? Oh spontan je aku lompat tadi masa nampak Hilal jatuh. Heee. Yelah aku nak selamatkan Hilal la. Aku kan baru masuk kelas renang. Emmm...." Cam nak tertelan air liur. Aaaa! Bongek! Bodooo gile ko depan Hilal! Mana kesopanan, kesantunan dan kesusilaan yang dijanji-janjikan itu?!

"Auni!! Adoiii la. Yelah aku tahu ko baru masok kelas renang. Aihhh...Auni Auni..." Nadya garu kepala dia yang memang dah gatal sejak tadi. Panas beb panas! Matahari membahang.

"Auni, terima kasih sebab nak selamatkan aku." ucap Hilal sambil menganggukkan kepalanya. Aku terkedu. Aisey beb. Hati gua kecil je, mudah tersentuh dengan ucapanmu itu. Uhuks.

"Er...eh sama-sama. Patut aku yang thanks kat ko sebab ko tolong aku. Eh, malulah..." Terkulat-kulat aku kat situ. Bongek! Memang malu tahap gaban! Takkan aku nak confess dalam keadaan camni kat dia? Kalo aku hero, bolehlah aku confess kat dia dengan penuh kesantunan! "Em, terima kasih Hilal."

Masing-masing diam. Opss, malaikat lalu. Tulaa, baru nak start jiwang. Ish. Tak leh. Jiwang sorang-soranglah kau.

"Budak berdua ni dah basah kuyup camni, nak layan movie lagi ke?" tanya Ziela.

"Aii, terpaksa cancel la camtu beb. Tak pe. Adventure what hari ni. Aiih Auni, next time ko jangan wat camtu lagi." balas Nadya sambil tersengih. Lucu hati dia melihat gelagat dan muka Auni yang serba salah depan Hilal tu. Hilal cam biasala gaya cool dan tenang dia. Apa la yang minah sorang ni fikir, sanggup nak terjun jambatan ni, kalau nak kira ketinggian jambatan, tinggi jugak. Huiisshh!

"Eh alang-alang cancel movie, jomlah kita ambik gambar. Haaa cepat senyum. Aku nak ambik gambar selepas lemas pulak!" Amir ketawa sambil bersedia untuk mengambil gambar kami semua.

SNAPPPP!


MALAM :  Anjung Rimba, Bandar Baru Bangi

Ruang dalam kepalaku terasa kosong. Tiada putaran imej yang berlaku. Tiada interpretasi kata-kata yang terjadi. Statik. Aku merenung gelas berisi air teh O limau kegemaranku di depan. Straw ku pusing-pusing dan ku hirup teh sikit-sikit. Macam malas nak hirup gitu. Aku tak mahu ingat!

"Ko okay ke ni Auni?" tanya Umairah sambil mencuit lenganku.

"Aaa? Not okay..." keluhku. Aku jadi tak semangat bila teringatkan kisah tengahari tadi.

"Pasal ko lemas tu ke?" tanya Nadya. Aku pandang wajah dia.

 "Aku malu gile dooo! Aku rasa cam bodoh tahap gaban. Aku dah berjanji tak nak nampak sengal depan dia. Tapi, aku tetap hampeh je. Malu la. Entah apsal kaki time tu nak kejang pulak. Aduhaii. Aku tak tahu pulak dia juara kampung, penghulu sungai segala bagai. Rasa tak sanggup nak bertentang mata dengan dia. Adoilah." Laju je mulut aku menyusun cerita. Plot-plot yang memang tepat dan tersusun.

"Weh, cool je. Dia pun dah terima kasih kat ko. Mesti dia hargai apa ko buat tadi tu. Dia takkan fikir bukan-bukan punya." pujuk Ziela. 

"Entah-entah dia dah detect aku suka dia. Aduiiii. Cuak la weh." Rasa nak nangis jek! Ceh. Borak sikit pasal Hilal, nak sebak je keje. Tak macho langsung!

"Hmm tu tak tahu nak cakaplah. Tapi obvious kot ko sanggup lompat sebab dia. Semua orang leh baca dari situ." Jawapan Nadya yang sememangnya selalu je kena batang hidung aku serta dahi dan segala poin kat muka aku. Maluuuuu!

"Aku lompat sebab nak selamatkan dia." Noktah. Yakah? Bukan sebab aku suka dia? Takut kehilangan dia? Argh! What is this man! Amende nak kehilangannya, dia bukan pakwe ko pon.

Tidak berapa lama kemudian, pelayan datang membawa pesanan kami. Masing-masing sudah mengadap hidangan yang dipesan sebentar tadi. Aku sekadar memesan sup tomyam. Konon tak de selera. Padahal perut ni dok berbunyik sejak tadi. Aku mengerling ke arah Umairah. Wow! Nasi pataya faveret aku! Aku tengok Nadya. Huissshhh Mi hailam laaa. Aku jenguk Ziela punya pula. Waah, nasi goreng daging merah. Aduhaii. Aku pe barang sup tomyam ni?? Wat cirit birit sok baru tahu.

Kruuuk! Kruukkk! Tak mau mau perut ni nak senyap. Ish!

"Em, Umairah, nak sikit boleh?" Tersengih-sengih aku meminta simpati sebelah Umairah.

"Haa, kata tak de selera? Kalo dah lapar buat cara lapar. Tak de makna nak majok berjauhan hati gini. Rugi tolak rezeki." Panggg! Sekali lagi Nadya tuju kepala aku bebetul. Aku tersengih jek. Aduhaiii, makanan orang punya memang nampak lebih sedap sebenarnya. Ehem.


HILAL...

Dia tersenyum tatkala teringatkan insiden di Putrajaya tadi. Memang boleh buat orang ketawa la minah tu. Adoiila. Kelakar betul. Tak pernah aku jumpa orang camtu rasanya. Sanggup pulak dia terjun semata-mata nak selamatkan aku? Dah tu tak pasal kaki dia pulak cramp kat dalam air. Aihh. Memang bahaya tadi. Nasib baik sempat selamatkan dia. Kalau tak confirm lemas kot. 

Tak pasal sok keluar headline METRO~
Seorang Gadis Mati Lemas kerana Cuba Menyelamatkan Kekasihnya di Tasik Putrajaya

"Kekasih?"

Haha Apsal mesti kekasih pulak? Pape pon memang seramlah. Hilal tersengih lagi. Sebenarnya, jauh di sudut hatinya dia terharu dengan si Auni tu. Semata-mata nak selamatkan dia yang bukannya kawan baik pun, terus terjun tasik tak fikir apa-apa dah. Hmmm. Hilal seakan-akan dapat menangkap perasaan Auni pada ketika itu. Tapi, dia buat cool je la. Memang gaya dia cool pun selalu. Tenang dan relax. Tak perlu gelabah gelabah ni.

"Ish tapi memang aku sendiri pun terkejut sebab aku boleh jatuh dalam tasik tu. Serious aku cuak gile. Tapi, bila ternampak Auni terjun dalam air tu....aku rasa selamat sikit." getus hati kecil Hilal.

Dia memeriksa kamera Nikon DSLR kesayangannya lagi sekali. Dilapnya dengan penuh berhati-hati. Harap takde terkena percikan air ke apa. Segala peralatan kameranya disimpan dengan penuh tertib. Nyawa nih!

Tiba-tiba, kedengaran bunyi mesej masuk. Hilal mencapai handphonenya yang berada di atas katil. Terukir sebuah senyuman bahagia di bibirnya tatkala menatap nama si penghantar mesej.

"Hilal!"
"Ye mak?"
"Datang sini kejap."
"Baik mak!" Hilal bergegas bangun dan meninggalkan handphonenya di dalam bilik dengan senyuman yang semakin melebar.....


<bersambung>




Tuesday, September 18, 2012

Cinta...Again? (11)

"Ala, tak boleh ke kita jalan sama-sama? Ramai-ramai baru happening betul tak?" Terselit sedikit kecewa dengan cadangan bakal isterinya. Secara peribadi dia tak berpuas hati tapi kena kawal perasaan yang sedang membuak-buak. Ashraff mengetap bibirnya.

"Ashraff, barulah surprise betul tak? Seronok apa plan macam ni. Saya pergi beli hadiah dengan mak ayah Ashraff. Ashraff pula pergi dengan ibu saya dan Aimi. Dah siap beli semua barulah dikira hadiah surprise! Saiz ke apa jangan risau, ibu saya tahu taste saya macam mana." Khadijah tersenyum manis. Dia dapat menangkap ketidakpuasan hati Ashraff dengan cadangan mengejutnya. Walaupun En. Shamsul, Puan Ainna, Aimi dan ibunya sendiri bersetuju dengan ideanya, namun tidak bagi Ashraff. 

"Awak tak suka dengan idea saya?" Sengaja Khadijah bermain kata. Lelaki ni kena main psikologi juga. 

"Bukan, bukan saya tak suka. Em. Kalau tersalah beli barang yang tak sesuai dengan Dhija macam mana?" Uwaaa, tak mau berpisah! Nak jalan sama-sama dengan Dhija laa. Tak best langsung! Kata nak beli barang sama-sama. Menangis dalam hati je.

"Insya Allah, apa yang awak beli saya mesti terima dengan hati yang terbuka. Awakkan bakal suami saya," balas Khadijah, tenang. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Mengada-ngada la mamat ni. 

Ashraff kehabisan kata-kata. Hatinya sedikit sebanyak tersentuh dengan pujukan Khadijah. Amboi, manis betul mulut dia. Pandai berkata-kata. Yelah! Lepas kahwin saya takkan lepaskan awak. Memana kita kena pergi bersama-sama! Ish, apa aku meraban ni? Kenapa sikit-sikit aku nak terasa hati, jauh hati je kerjanya.

"Ashraff, jom ikut ibu." panggil Puan Ariani. Dia dapat mengesan keresahan hati anak muda itu. Tiga bulan aje nak kahwin, sabarlah. Tak ke mana Dhija tu, getus hati kecil Puan Ariani. "Aimi jom. Kita pilih sama-sama hadiah untuk Kak Dhija."

Ashraff tersenyum simpul. Dia mengerling ke arah Khadijah yang sudah bergerak bersama-sama kedua-dua orang tuanya. Tak pandang aku langsung! Eh, eh Assalamualaikum En. Ashraff. Yang kau emotional ni kenapa? Jagalah hatimu itu wahai En. Ashraff. Dhija tak lari ke mana pun. Jangan risau. Doa banyak-banyak. Jaga pandangan, jaga hati. Jangan berangan lebih-lebih. 

"Ashraff, tak lari ke mana Dhija tu," sindir Puan Ariani apabila dia melihat lelaki itu terpandang-pandang ke arah anak gadisnya. Benarlah apabila pasangan itu makin dekat nak berkahwin, makin kuat mereka diduga. Jauh di sudut hati Puan Ariani, dia bersyukur kerana Khadijah agak tegas dalam hal ini berbanding Ashraff yang banyak kali cuba mencari kesempatan untuk berhubung.

"Err, sorry ibu. He.He. Jom kita cari barang untuk Dhija. Emm, emm....pihak laki bagi tujuh dulang?" Tergagap-gagap Ashraff menyusun kata. Kantoi depan mak mentua malu you! Aimi tersengih-sengih memandang abangnya. Mujurlah tiga bulan aje tinggal. Kalau setahun lagi nak kahwin, tak ke kurus abangnya menahan kerinduan?? 

"Ya, tujuh dulang aje, perempuan bagi sembilan dulang. Dah ada idea nak bagi barang hantaran apa untuk Dhija?" Mereka berjalan perlahan-lahan menyusuri kedai-kedai di One Utama itu. Sambil melihat-lihat sekiranya ada apa-apa yang menarik hati.

Lelaki itu menyeluk sakunya, mengeluarkan sehelai kertas yang berlipat kemas. So, kita bagi tujuh dulang aje.... woh! Dekat dua puluh barang juga aku catit kat sini! Banyaknya hadiah aku berangan nak bagi. Emm.. emm camne nak pilih ni....

"Ibu, apa barang yang paling Dhija suka?" tanya Ashraff. Aimi melihat list yang ditulis oleh abangnya. Mak oi! Kaya betul abang aku ni ha.

"Dhija kalau shopping dia suka sangat beli handbag dan kasut. Dia tak pakai high heels. Mungkin kalau nak beli ala-ala sneakers perempuan tu dia minat juga. Tak pun design feminin tapi tak berapa tinggi. Charles & Keith favourite brand dia." jelas Puan Ariani.

"Emm, saya rasa nak hadiahkan dia sepersalinan baju kurung pahang. Saya tengok dia gemar betul dengan baju kurung pahang. Mungkin warna krim putih ada lace di hujung. Sempat lagi kan kita nak beli kain dan tempah jahit baju ni ibu?" 

"Insya Allah sempat. Okay, list banyak-banyak ni boleh potong. Pilih mana yang perlu, kemudian kita pergi cari hadiahnya." Puan Ariani tersenyum geli hati. Bagus, dia perasan kegemaran Khadijah terhadap baju kurung pahang.

"Abang, apa kata belikan kat Dhija kain telekung sembahyang dan sejadah yang cantik. Sebab hari tu Aimi dengar Dhija cakap tak perlu bagi Quran kat dia. Kalau nak bagi Quran, boleh ambil Quran kegemaran dia sekarang ni letak aje atas dulang." Cadang Aimi sambil tersenyum. Dia dah nampak kat mana nak beli telekung cotton penuh sulaman yang cantik dan selesa.

Selesai perbincangan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membaca directory! Hati Ashraff berbunga-bunga. Dia tak sabar nak bagi kejutan pada Khadijah yang tersayang. Dia berdoa agar Khadijah menyukai barang hantaran yang bakal dibelinya nanti. 



Selepas dua jam kemudian.....

Mereka berhenti rehat di Secret Recipe untuk menikmati mengisi perut yang mula berkeroncong. Lenguh-lenguh kaki berjalan. Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 1.30 tengahari. Orang ramai mula memenuhi ruang. Cuma Secret Recipe mereka sampai awal sikit aje, sempat mengambil tempat duduk. 

Kelihatan Ashraff memegang dua plastik besar. Borong banyak nampaknya mamat ni, bisik hati kecil Khadijah. Kelakar pun ada mengenangkan gelagat si Ashraff pagi tadi. Nak merajuk-rajuk pula dia.

"Dhija beli apa je?" tanya Ashraff, apabila dia melihat barang Khadijah tak begitu banyak berbanding dia.

"Rahsia." Bibir gadis itu mengukir senyuman manis, lucu melihatkan si Ashraff yang tak sabar-sabar. Aii, seram pulak aku dengan mamat ni. Tak menyabar!

"Ashraff mana boleh tengok apa kami beli. Nanti-nantilah, tunggu hari kahwin nanti. Insya Allah, confirm muat segala hadiah yang kami beli. Mak kan ada untuk check your size." sampuk En. Shamsul, sengaja nak mengusik Ashraff juga. Anak lelakinya sekadar tersengih malu. 

"Semua order. Lunch ni Ashraff belanja. Happy sangat hari ni! Barang kitorang dah banyak beli, tinggal satu benda lagi, tak de kat sini." Tersengih-sengih si Ashraff sambil menyelak menu. Ehem, nak makan apa ye.

"Amboi, happynya dia. Pagi tadi muncung panjang aje." Usik Aimi sambil ketawa. Mendengar kata-kata Aimi semua ketawa kecil Ashraff. Dia mencebik ke arah adiknya sambil mencubit pipi mulus Aimi.

"Pandai kenakan abang. Pagi tadi tu mana ada muncung. Orang relek je la." Argh! Malu aku! Si kecik ni pandai nak pekena aku depan Dhija ya. Dia memandang sekilas ke arah Dhija. Gadis itu ketawa kecil sambil menjelirkan lidah kepadanya. Wah comel amat! 

"Not bad juga, hari ni Ashraff dah beli hampir semua barang hantaran. Semangat betul dia ya Ariani?" tegur Puan Ainna apabila melihatkan barang-barang yang dibeli anaknya.

"Dialah paling gembira tadi Ainna. Saya naik lenguh kaki dok ikut dia. Sekejap sana sekejap sini. Cerewet pun ada. Dia nak beli apa yang nampak cantik dengan Dhija." jawab Puan Ariani. Hidangan yang dipesan tadi sudah tiba. Dia mula menggenggam garpu dan pisau untuk mula menikmati makanan yang terhidang lazat itu.

"Insya Allah, apa yang dipakai Dhija semuanya cantik di mata Ashraff." Tambah En. Shamsul. Sekali lagi mereka ketawa apabila melihat wajah Khadijah pula merona merah. Ashraff tersengih. Ye pakai apa pun cantik sayang.

"Ayah ni dok usik Dhija sangat. Tengok dia dah segan tu. Okay, kita rehat-rehat dulu, makan biar kenyang, lepas ni boleh solat dan bergerak pulang. Mesti dah penatkan dok berkejar dengan saya kan ibu? He.He. Barang lagi satu tu saya boleh beli lain kali. Ada masa lagi..." ujar Ashraff.

 Masing-masing bersetuju dengan pendapat Ashraff. Tambahan pula mereka berjalan dengan golongan 50-an. Jadi kenalah dipertimbangkan. Dua jam berjalan non stop kesian juga. Em, tak sabar nak beli barang special tu! Senyuman Ashraff semakin melebar.


<bersambung>


 

Tirai Cinta Berlabuh (1)

PART 1

HUH?? 
Tersentap jantungku apabila member aku memberitahu yang dia dah sampaikan sesuatu kepada pujaan hatiku itu. Siap gitau aku minat dia! AAhhh! Kejang otot perutku!

"Weh, ko biar betul ko gitau dia?" tanyaku seakan-akan tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Nadya.

“Betullah. Semalam kebetulan aku jumpa dia di warung Mak Cik Edah, aku pun terus la tanya sekali. Nak gak aku tahu jawapan dia apa." balas Nadya selamba.

NOOOOOOOOOOOO! Nadya! Aku malu sungguh sekarang. Aku rasa aku tak mampu nak wujud di muka bumi ini lagi. Tak pernah seumur hidup aku ada orang lain tolong sampaikan isi hati aku. Aku pandang wajah Nadya yang tidak bersalah. Wajah penuh yakin.

"Camne aku nak bertegur sapa dengan dia ni Nad? Waaaa malu la aku weh! Aku rasa nak lenyap sekarang jugak. Uhuk!" Aku kuak rambut depanku, baru potong rambut semalam. Style baru beb. Huuiii! "Emm, apa respon dia?"

"Haa nak gak ko tahu kan apa respon dia?" Nadya ketawa kecil.

"Eh mestilah. Aku rasa cam sengal-sengal tulang rangka dada aku ni.... eh tulang rusuk cukup," Aku tersengih sendiri. Teringat wajah lelaki itu dengan senyumannya yang menawan. Pergh! Memang hampir tercabut salur arteri aku tatkala menatap senyuman beliau.

"Em...tak tahu camne aku nak gitau ko."

GULP! Lain macam je muka Nadya ni. Aku dah berdebar-debar. As I expected ke? As usual ?
"Dia cakap dia dah ada tapi dia tak nak gitau sapa. Aku tak tahu nak gitau ko camne yang ni." ujar Nadya dengan muka yang tiba-tiba serba salahnya itu.

Ah. Memang aku dah agak. Tapi kenapa dada aku masih terasa sakitnya? Aku rasa tak mampu nak sengih atau nak komen apa-apa masa tu. Aneh! Padahal aku baru je jumpa mamat tu. Semuanya kerana senyumannya yang menawan yang memang menepati pakej citarasa aku. Ahh puitis pulak dah ko.

"Alaa dia dah ada ke? Huu Nad, tiba-tiba aku rasa sebak nih..." Air mataku dah mula bergenang. Aku pegang bahu Nadya. Argh! Jangan nangis la dol ! Tak macho gile ko nak nangis kat sini! "Uuuu sebak gile ni! Cam nak nangis jek Nad. Rasa cam terlepas sangat." Apakah statement berani matiku ini??

"Aku faham weh perasaan ko. Tapi tula. Aku takut ko hope sangat. Dahlah weh."

"Camne aku nak berkawan dengan dia sebab ko dah gitau straight kat dia aku minat dia? Aku segannnnnn! Rasa nak delete je facebook!"

"Ohh tadi tu aku gurau je la. Aku tak gitau pun ko minat dia. Tapi aku just tanya soalan dia random je la. Em birthday dia 20 December. Payah juga dia nak gitau birthday dia. Perahsia betul." Nadya tersenyum.

"Gurau je?? Waaaah! Ko ni kan. Memang sikit lagi nak putus nadi aku tau. Em, okaylah sikit. Walopon aku frust tahu dia dah ada someone. Tapi at least aku leh kawan-kawan dengan dia. Ha dapat birthday dia, tu pun cukuplah."  Aii, memang frust. Tapi takkan aku nak jadi minah psiko kejar laki kot? HELL NO ! Gua ada imej yang kena jaga beb. Maruah gua tinggi! Ha!

Ahmad Hilal. Pertama kali aku berjumpa dia masa kitorang lepak kat boling The Mines. Dia adalah kawan kepada Nadya. Kawan sejak sekolah. Mula-mula aku jumpa dia, macam biasa-biasa. Tak de pun aura pelik dan aneh di situ. Ianya berlaku masa main boling.

Pada ketika itu, aku, Nadya, Ziela dan Umairah serta Hilal dan dua kawannya, Amir dan Faisal. Tengah best main dan bergelak ketawa, tiba-tiba aku terpandang senyuman Hilal. Pandanganku bagaikan terkunci di saat itu. Nampak Hilal je, sekeliling aku tu dah malap makin malap dan terus blur aku tak nampak sapa dah. Kecuali dia. Memang jenis senyuman yang aku suka. Senyuman menawan.

Padahal baru first time kenal, dan aku ni spesis yang takkan cepat suka seseorang tu unless aku berkawan dengan dia dulu dan berborak panjang dan seumpamanya. Ini aku baru first nampak senyuman dia tu. Perasaan apakah ini? Kenapa perasaan ini perlu datang kepadaku? Ishh kacau daun la!

Em,dah dua minggu berlalu dan sampai ke hari ni aku masih teringatkan lelaki itu. Kekadang aku nak cakap ini perasaan istimewa pun aku tak berani. Mungkin sekadar tempias nafsu yang tidak bertepian. Tapi boleh ke kita percaya love at the first sight? Boleh dipakaikah bidalan itu? Valid ke?? Arghhh gua confuseee! Eh, panjang pulak monolog aku nih.

 "Hei, aku harap ko tak berharap sangat kat Hilal tu. Aku tak nak ko frust." sampuk Nadya. Kembali ke alam nyata.

 "Memang aku frust dah ni. Tapi dia tak kahwin lagi, so aku ada chance lagi la kan? Tiap hari aku doa kat Allah supaya dapat dia, boleh tak?" Jawabku. Cehh, saja nak sedapkan hati. Memang ko dah tak de chance pun.
 
"Apa ko nak berharap lagi ke? Haha. Memacam la ko ni Auni." Nadya ketawa. Dia dah faham sangat perangai si Auni ni. Kalau dah suka tu, memang obses kot.

"Ye! Mari kita berusahaaa!" Aku tersengih. Nasib baik Nadya tak cakap apa-apa pada Hilal. If not, aku kerat kain perca bebanyak. Pastu tutup muka....

*~ Hari Sabtu ~*

Bilik 333, Kolej 14, UPM…

Yay! Hari ni tak kerja. Sungguh gembira. Aku memeluk bantalku, lagi rapat. Malas betul la nak bangun. Handphone dah berapa kali aku snooze. Kesian dia. Sure dah bosan nak kejut aku. Aku tak perlukan alarm sebenarnya. Bangun ikut suka hati!

 "Auni, bangunlah woi. Kata nak round Putrajaya hari ni ?" kejut Nadya. Dia masih bertuala, baru siap mandi.

"Ziela ngan Umairah dah siap lom?" tanyaku. 

"Ko je yang tak mandi lagi. Cepat weh. Hilal and gang pun join gak hari ni. Saja aku ajak dorang." Nadya tersengih-sengih.

"What??" Pantas aku terus melompat dari katil. Eh jap jap. Berdebar-debar dada aku di pagi hari ni. Jangan disebut nama HILAL tu. Boleh darah tinggi aku. "Weh ko tak cakap pun dia nak datang. Alamak! Sembab kot muka aku bangun lambat ni. Huuu nak mandi japp." Terus aku mencapai tuala serta baldi mandian dan memecut ke tandas kolej.

Oh. Kami menginap di kolej, alang-alang aku kerja kat area Serdang kan. Kami bertiga menumpang di bilik Umairah, share sewa la. Umairah student masters di sini. Ziela pulak kerja kat Cheras dan Nadya kerja kat fakulti juga. Aku je tiba-tiba menyelit menumpang. Heee baru bertukar kerja la katakan. Jimat dok kolej ni.

 Sementara itu, Nadya, Ziela dan Umairah bersiap-siap. Sambil menunggu Auni mandi, mereka breakfast sambil menonton movie yang didownload oleh Nadya. Memang minah sorang ni rajin mendownload. Request apa saja!

 “Betul ke Hilal ada sekali ?" tanya Umairah.

"Betul la." balas Nadya sambil mengunyah cornflakes dengan sopannya.

"Ingatkan ko saja je nak bagi Auni bangun cepat. Rupa-rupanya betul. Nak gelak aku tengok muka minah tu. Excited gile! Tahu pun cuak jejaka idaman join sekali." ujar Ziela sambil tersengih. Dia menghirup milo panas yang baru dibuatnya sebentar tadi.

"Tapi aku takut Auni tu kecewa je. Dia dah tau si Hilal tu dah ada someone. Entah. Dia cakap nak berdoa juga. Adehlah. Takpela. Janji dia gembira. Harap lama-lama dia dapat kikis la feelings kat mamat tu. Tang mana hensem pun aku tak tahulah weh." kata Nadya dengan semangat.

"Aku tengok Hilal tu memang handsome la. Pada mata akulah. Bukan taste ko kot Nad. Taste ko ngan Auni kan memang opposite. Yang dia suka, yang tulah ko nak condemn. Haha." Tambah Ziela lagi.

Toilet...

Alamak! Lama pulak aku berangan dalam bilik air ni. Kena cepat nih. Huiih. Sambil berkemban dan mengangkut segala baldi dan peralatan rejim-rejim mandian aku, aku terus menapak ke bilik dengan lajunya. Gembiranya! Tapi dalam masa yang sama aku rasa berdebar-debar sangat. Kiranya, mahu jumpa tapi malu. Ceh! What the hell?  

Sampai je kat bilik, aku terus menyarung jeans dan baju yang memang dah tersedia disangkut sejak semalam. Kalau nak harap aku ready pagi ni, silalah tunggu aku bersiap dua jam terima kasih. Dorang semua dah ready. Tunggu aku nak kelepet tudung bagi penjuru tajam ke depan je ni.

"Geram aku tudung ni! Apsal entah hari ni dia gedix."

"Dah okayla aku tengok. Ko ni. Jom cepat! Nanti bebudak tu tunggu lama. Tinggal ko karang...." Cewah Nadya, pandai ugut-ugut nampak ?

"Okay siap! Let's go babe!" Semangatnya aku! Hehe. Gembiraaaa~!

Kami berempat naik kereta Ziela. Kata Nadya, mereka akan berjumpa kita semua di masjid Putrajaya senang. Hm, motif outing hari ni? Adalah bergambar ni sekitar Putrajaya. Memang banyak free time kami semua. Haaa. Actually tu side activity je. Yang utama nak tengok movie kat Alamanda. Movie Takers. Bunyi cambest jek kan.

 Ceh berdebar pulak gua...


Putrajaya....

Semakin menghampiri.... makin kuat debaran di dada. Uhuks. Aku ketap bibir. Kurang sikit bunyik aku hari ni sebab cuak nak bertentang mata dengan encik senyuman menawan. Tolong! Semoga aku bersopan santun dan bertatasusila hari ni. Please jangan buat perangai pelik dan aneh.

 "Weh dah sampai. Haa Auni. Amacam? Happy la tu dapat jumpa Hilal hari ni." Nadya mencelah.

 "Hish, jangan la sebut nama dia. Berdebar aku! Mr. Tett cukup." balasku. Argh! Memang aku cuak! Aku nak bergambar dengan Hilal please!

Kami berempat turun dari kereta. Kelihatan Hilal dan Amir menunggu di depan kereta sambil si Hilal shoot Amir yang sakan bergaya. Memang hobi Hilal mengambil gambar. Dia juga buat kerja part time sebagai photographer. Tapi hari ni suka suka je keluar. Takkan nak charge tiap masa lak?

"Amboi amboi. Lama kitorang tunggu korang nih." ujar Amir sambil bercekak pinggang. Hilal sekadar tersenyum di sisi.  Kami semua tersengih-sengih.

"Minah ni ha, lambat bangun. Tu yang kitorang terlewat. Minta maaf la ye." balas Nadya yakin sambil menunjuk ke arahku. Aku sentap giler!! Apsal Nad cakap aku bangun lambat? Habis imej aku depan Mr. Tett!

"Aku dah bangun awal ye. Mandi je lambat." Sempat nak cover line. Wajib. Demi imej terpelihara. "Dah dah jom kita bergambar riang ria di sini!"

"Ceh, tukar topik nampak?" Perlahan je suara Nadya tapi aku dengar okay. Suka la tu nak usik aku.

 Memang sakan kami bergambar di depan Masjid Putrajaya tu. Pelbagai aksi dan gaya yang direka. Terlintas je kat kepala otak, terus kami lampirkan sebagai gaya fizikal. Peh! Berpeluh-peluh jugak kat tengah-tengah tu.

 “Korang, jom la amek tepi jambatan ni pulak. Kasi nampak tasik. Cantik!" cadang Umairah sambil tersenyum. Dia memang sukakan alam sekitar. Orangnya juga jenis tenang dan cool. Em, Hilal pun cool je. Opss!

Berlari-lari kami semua nak ke jambatan tu. Seperti kanak-kanak ribena yang baru diberi kebenaran oleh bapak mereka untuk berlari riang. Hilal dan Amir kat belakang, mengejar kami. Uh, sungguh tidak senonoh perangai kami. Umairah dan Ziela siap bertempek tepi jambatan dah. Suka betol dorang.

Hari ni agak ramai manusia-manusia lain berpeleseran di situ. Walaupun matahari dah semakin meninggi, tapi tak reti-reti juga nak balik. Ramai yang datang dengan kekasih masing-masing. Tu yang tak sedar hari dah panas tu.

"Hilal, bak aku ambik gambar. Apa kata ko duduk atas birai jambatan tu?" Camera dah bertukar ke tangan Amir. Hilal join kitorang kat tepi jambatan tu. Dia duduk di birai jambatan. Aku nak naik juga tapi...ishh.

"Okay! Ready weh! Aku nak amek ni..." Sound Amir.

Tiba-tiba, seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 5 tahun terjatuh berdekatan dengan Hilal. Belon yang dipegang dari tangannya terlepas. Kanak-kanak itu terus menangis. Spontan Hilal cuba menggapai belon yang semakin tinggi dari tanah itu. Dan badannya terasa ringan melayang di udara.

"HILAL!!" Nadya dan Umairah menjerit. Amir terus berlari ke arah kami. Hilal terjatuh ke dalam tasik. Seraya itu orang ramai mula berkumpul di tepi jambatan.

"Ada orang jatuh dalam air!"
"Cepat panggil pak guard ke apa. Bagi pelampung!"
"Weh, apasal dia terjun dalam air tu?"
"Lemas ke dia?"

 Aku tergamam. HILAL!  Dengan spontan aku melompat dari tebing jambatan untuk menyelamatkan Hilal sambil menjerit namanya....



 <bersambung>


Cinta...Again? (10)

"Wow, kau memang nak buat satu majlis aje ke untuk dua-dua belah pihak?"

Khadijah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Matanya meneliti senarai yang ditulis oleh Ashraff semalam. Dia mengajak Azuwa untuk datang ke rumahnya, sama-sama membantu dia memikirkan apa yang patut disediakan. Sekurang-kurangnya, dah ada perancangan ringkas bolehlah dia berbincang dengan ibunya dan bakal keluarga mentua nanti.

"Aku nak upah kau jadi photographer aku boleh, Wawa?" tanya Khadijah.

"Eh, aku? Kau tak nak ambil profesional ke?"

"Em. Membazir. Lagi pun kau pandai ambil gambar. Aku akan bayar pada kau hari tu. Kiranya kau bagi segala softcopy kat aku nanti dan aku edit sendiri aje buat album."

"Wah, tak pe tak pe. Untuk album kahwin tu aku bagi buat dan hadiah kat kau. Kau bayar upah aku ambil gambar aje. Aku akan buat yang terbaik! He.He." Azuwa tersengih lebar. Terselit rasa bangga kerana dirinya dipilih sebagai jurugambar istimewa pada hari pernikahan kawan baiknya.

"Terbaik! Ehem, mak cik kau yang pandai menjahit tu.... aku ingat nak upah dia jahit baju nikah kitorang okay tak? Lawa gak sulam dan jahit manik dia mak cik kau tu. Aku minat nak buat baju kurung pahang putih untuk nikah.Tambah sulam atau lace hitam kat hujung lengan dan bawah baju kurung mesti cantik!" Terbayang-bayang baju kurung pahang idaman hatinya. Sejak dulu lagi dia berangan nak pakai kurung pahang putih jika ada rezeki untuk berkahwin. 

"Baju kurung pahang ek.... jarang-jarang orang pakai baju kurung tradisional sekarang ni. Selalunya baju kurung moden masa nikah. Boleh, mak cik aku tu memang tere jahit baju pengantin gak. Lagi tiga bulan wedding kau kan. Dah lepas raya so insya Allah mak cik aku banyak free." Azuwa segera menaip mesej kepada Mak Cik Tipahnya.

"Terima kasih.Aku hargai sangat kalau mak cik kau dapat jahitkan. Sekali la dengan baju Ashraff."

Azuwa ketawa kecil. Eceh sweet sangat bunyi 'baju Ashraff'! Khadijah merenung ke arah kawan baiknya dengan penuh tanda soal. Apa yang kelakar sangat? 

"So sweet.... baju Ashraff sekarang. Aku macam tak percaya kau dah nak kahwin. Dulu kemain relek habis macam dah tak nak kahwin dah aku tengok."

"Betul kata orang kan. Kalau dah sampai seru, jodoh tu dah ada. Sekejap aje. Senang aje nak buat keputusan dan terima orang tu. Em, kalau dah memang bukan jodoh, buat solat hajat, istikharah kita usaha camne pun, memang tak de jodoh juga sebab dia bukan untuk kita. Baru aku faham konsep bila kau dah jumpa jodoh tu, nak kahwin tu mudah je, tak de la dok lari-lari atau berat nak terima orang tu. Tapi, of course kena buat juga solat istikharah nak confirm dengan Allah, orang ni betul ke tidak." jelas Khadijah panjang lebar. Sesekali dia menulis sesuatu pada senarai perkahwinannya. Nanti nak pass kat Ashraff tengok pula sebelum berbincang dengan keluarga.

"Betul sangat kata si Tania. Kau yang dok sibuk single, kata nak kahwin 28 la, 30 la, tak kisah kalau jumpa jodoh kat syurga. Tup tup tahun ni jugak! Huii memang ajaib aturan Allah tu. Happy aku tengok kau gembira. Oh ye, boleh tengok list korang? Kot ada apa-apa perlu tambah." Pinta Azuwa. Khadijah menghulurkan kertas senarai sambil tersenyum.


Wedding List Ashraff & Dhija  (Ashraff tulis)

1.  Baju pengantin laki dan perempuan - tempah Mak Cik Tipah
2. Booking Tok Imam plus pilih tarikh
3. Check sijil kahwin ada lagi or not, if not pergi sama-sama kursus kahwin (YAY!) 
(Djiha punya ada.)
4. Mak andam Dhija
5. Barang hantaran laki dan perempuan (beli sama-sama!) kena bawa mak dan ibu
6. Tempah pelamin
7. Pakej catering
8. Tempah kad kahwin  - tempah dengan Aliff
9. Inform thru FB dua bulan sebelum
10. Cincin pengantin~  Dhija cincin merisik, tunang dan nikah 
11. Survey pakej dan Booking dewan -- Tabung Haji, Kelana Jaya
12. Pilih Door gift  - al-matsurat dan uncang
13. PA System untuk lagu-lagu  - muzik tanpa lagu okay
14. Geng kompang
15. Photographer  - Upah je Azuwa
16. Tentatif : Nikah pagi, majlis 2 petang lepas Zohor.


Tiba-tiba kedengaran bunyi ring tone telefon bimbit Azuwa. Tersentap jantung Khadijah apabila lagu Right Here Waiting For You yang berkumandang. Disangka bunyi alarm clock telefon bimbitnya. Azuwa segera menjawab panggilan tersebut apabila dia tersedar lagu itu membawa seribu memori kepada Khadijah. Namun, Khadijah maintain cool. 

"Sorry, tadi tu office mate aku call. Ah, Dhija sorry. Aku tak sengaja tukar lagu ni." Serba salah jadinya si Azuwa.

"Kenapa nak minta maaf pula? Lagi pun itu cerita lama. Aku dah lama terima cuma bila dengar lagu ni ke, ternampak benda yang dia minat tu adalah terusik sikit. Tapi tak membawa makna apa-apa. Jangan risau. Yang lama dilupakan, hargai yang di depan mata. Kau kan selalu cakap, cari lelaki yang sayang kita lebih." Balas Khadijah dengan lembut. Dia tidak mahu Azuwa berasa bersalah untuk perkara yang sia-sia. 

"Kau ada dengar cerita dia ke?" Soal Azuwa, arghhh sibuk aku ni!

Khadijah menggelengkan kepalanya. Entah dah kahwin ke belum mamat tu. Kad kahwin tak pernah sampai ke tangannya sejak berbulan lepas. Tak sanggup kot dia nak hantar?

"Camne list aku tu, ada penambahan?" tanya Khadijah, kembali ke topik sebenar.

"List ni semua dah okay. Aku rasa kita mulakan dulu. Tengah-tengah tu mesti ada macam-macam berubah punya." Cadang Azuwa sambil tersenyum.

Beep! Beep! Khadijah mengerling ke arah telefon bimbitnya. Dia membaca mesej yang baru diterima sejenak tadi. En. Ashraff kita rupanya.

Assalamualaikum, Dhija. Macam mana dengan list tu semua okay? Saya fikir weekend ni bolehlah kita mulakan apa-apa yang patut. Saya dah cakap dengan mak tentang plan kita nak buat satu majlis aje. Nampaknya mak dan ayah setuju. Bakal menantu favourite la katakan. He.He. -Ashraff

Waalaikummussalam, Ashraff. Insya Allah semua OK. Sabtu ni boleh juga. Rasanya tak de apa sangat. At least dah boleh plan nak buat konsep dan warna apa. Okay kita jumpa Sabtu ni, ajaklah mak,ayah dan Aimi sama. Salam. -Khadijah


Aduila! Cepatnya si Dhija ni bye bye. Aku nak mesej lagi. Adeh, tak pela. Sabar aje lagi tiga bulan. Kemaruk betul kau ni Ashraff. Mesti Dhija tahu kau saja je SMS dia tadi. Pada hal dah inform nak gather Sabtu ni. Rindu punya pasal. Argh, istighfar banyak-banyak. Ashraff menarik nafas dalam-dalam. Kemudian dia tersenyum. Insya Allah she's the right one for me! 
Sementara Khadijah pula, dia sememangnya dah tahu Ashraff ni sengaja mesej dia benda-benda macam tu. Dah tahu, tapi nak dua kali tanya. Solution, layan dengan sopan dan good night terus. Uish, kejam gak aku. He.He. Tak apa kata nak menjaga sebelum bernikah. Masa ni la dugaan macam-macam. Masa ni la nak ambil kesempatan berdua-duaan membeli-belah barang hantaran, berdua nak hantar baju, berdua nak tempah kek, berdua itu dan ini. 

Ah, minta dijauhkan! Ya Allah, teguhkanlah imanku. Aku hanyalah hambaMu yang lemah. Risau juga kalau terasyik dengan layanan Ashraff yang penuh kasih dan perhatian tu. Hati perempuankan pantang diberi perhatian dan diambil berat. Eh belum lagi! Lepas dah kahwin nanti, kau limpahlah segala kasih sayang kau tu Ashraff. Ha.Ha.

"Okay, Wawa. Make sure kau free Sabtu ni!"



<bersambung>