Jom lihat!

Showing posts with label Cinta...Again?. Show all posts
Showing posts with label Cinta...Again?. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Cinta...Again? (FINALE)


Ashraff mengambil cuti selama seminggu sempena majlis perkahwinannya. Namun, Khadijah dapat bercuti selama empat hari sahaja kerana dia terpaksa menghadiri perbincangan penting dengan pelanggan dari luar negara. Hari ni hari terakhir Khadijah bercuti, Ashraff mengajak isterinya yang tersayang untuk keluar berjalan-jalan di One Utama. Sekadar meluangkan waktu bersama dan dating secara halal. Akhirnya! Getus hati kecil Ashraff dengan rasa penuh bahagia.

 Treeet! Treeet!

Segera Ashraff menyeluk tangannya ke dalam poket seluar apabila telefon bimbitnya berbunyi. Eh, Faisal call? Terus dia menjawab panggilan telefon dengan salam. Khadijah sekadar memerhati suaminya bercakap telefon dengan sepupunya. 

"Aii, apa kau buat kat sini? Nak lunch sama boleh juga! Aku? Aku mestilah dating dengan cinta hati aku." Ashraff melirik ke arah isterinya sambil tersenyum lebar. Khadijah membalas senyuman suaminya. Bahagia betul muka mamat ni! "Haa okay, jumpa kat Burger King boleh? Okay cantik! Jumpa nanti."

Wajah Khadijah yang penuh dengan persoalan direnung Ashraff. Jari jemari Khadijah digenggamnya erat. Tak terungkap rasa bahagia di hatinya kini. Kesabarannya untuk memiliki gadis ini berbaloi! Sebelum ni langsung dorang tak dating walaupun kadang-kadang hati kecil Ashraff memberontak tak setuju, tetapi apa yang Khadijah gariskan benda yang betul. Memang Islam pun larang. Lelaki itu mengukir senyuman tanpa sedar.

"Abang, tersenyum je tengok Dhija ni kenapa? Faisal nak makan dengan kita ke?" tegur Khadijah, lucu pula dia melihat muka suaminya. Orang bercinta, baru kahwin!

"Suka abang tengok Dhija, cinta hati abang dunia dan akhirat. Tadi Faisal call. Dia nak join sekali lunch dengan kita. Kebetulan dia ada kat sini juga. Bolehkan sayang? Makan Burger King kegemaran sayang."

"Ala, ingatkan nak makan berdua dengan abang jek." Spontan Khadijah menarik muka empat belas. Entah kenapa angin merajuknya datang. Apa hal aku ni?? Macamlah lain hari tak boleh nak dating lagi.

"Eh, merajuk? Abang pun nak makan berdua dengan Dhija juga. Tapi, kebetulan dia sorang. Apa salahnya. Tak pe, nanti kita dinner berdua aje okay! Abang janji. Special untuk Dhija. Amboi, sejak bila pandai merajuk ni?" Lelaki itu ketawa sambil memeluk erat bahu isterinya. Khadijah menganggukkan kepalanya dan tersenyum tawar.

"Sekali ni jek!" ujar Khadijah. Pelik. Kenapa aku nak merajuk pun? Wargh! Perubahan hormon ke apa ni! Jujurnya, jauh di sudut hati Khadijah dia kurang senang apabila Faisal ada bersama. Dia terasa pandangan lelaki itu tajam menikam wajahnya. Untuk apa dia tak tahu. Baginya, dia merasakan cinta Faisal terhadapnya bukanlah telus, tetapi dek kerana terfikirkan kesalahan terlepas cakapnya yang dulu tu, tu yang dok teringat aje tu.

Mereka berdua mengambil tempat duduk sementara masih belum dipenuhi oleh pelanggan lain. Sementara menanti kedatangan Faisal, Ashraff bergegas ke kaunter untuk membuat pesanan. Khadijah setia menanti di tempat duduk. Dia berharap dia dapat relaks saja depan Faisal nanti. Lagi pun, bukan dia buat salah pun dulu, kenapa dia nak rasa janggal.

Kelihatan Faisal berada di pintu masuk restoran, mencari-cari mereka berdua sambil tangannya memegang telefon bimbitnya menanti panggilannya berangkat. Khadijah serba salah. Tak tahu nak lambai ke tak. Ashraff masih lagi di kaunter. Spontan dia bangun dan melambaikan tangannya ke arah Faisal. Apabila terpandangkan Khadijah, Faisal segera melangkah ke arah gadis itu. Gadis itu tersenyum selamba.

"Mana Ashraff?" tanya Faisal seraya menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan gadis itu.

"Ashraff tengah order makanan. Dia takut kejap lagi ramai. Dia dah order untuk kau sekali." jawab Khadijah. Adoi! Duduk depan aku pula dia ni!

"Dating?"

"Saja berjalan-jalan. Esok aku dah kerja kot. Agak busy dengan client dari Jepun nanti." Sesekali Khadijah melirik ke arah Ashraff. Lambat lagi ke? Dan hatinya lega apabila melihat suaminya menuju ke meja bersama-sama dengan makanan kegemarannya.

"Faisal. Aku dah order terus untuk kau. Punyalah panjang tu beratur, mujur sempat aku pergi tadi. Tak de la lambat sangat menunggunya." Ashraff melabuhkan punggungnya di sisi isteri kesayangan. Dia mengambil burger dan air lalu diletakkan di depan Khadijah dulu. Kemudian barulah dihulurkan kepada sepupunya.

"Terima kasih abang," ucap Khadijah sambil tersenyum.

"Sama-sama sayang. Makan ek." Pandai nak merajuk pula sekarang ni. Serba salah sebentar hatinya tadi. Tapi tak apalah. Insya Allah masa mereka masih panjang lagi. Nanti dia buatlah kejutan lain pula. Banyak benda ni aku nak surprise untuk cinta hati aku! Hehe.

Faisal sekadar memerhati gelagat mereka berdua. Happy betul cousin aku ni! Entah dia tahu ke tak isteri dia dulu pernah cinta separuh mati kat aku. Tiba-tiba, terasa jahat pula hatinya memikirkan begitu. Kalau tahu pun kenapa? Bukan dia kahwin dengan aku pun? Burger di depannya terasa susah hendak ditelan tiba-tiba.

"Faisal, betul ke bulan depan nanti Mak Ngah nak buat kenduri bertunang Eliza? Aku tak tahu pula tiba-tiba si kecik tu nak bertunang dah? Tak de angin tak de ribut? Ni pun mak aku cerita semalam. Dorang ajak kita datang." ujar Ashraff.

"Em, Mak Ngah macam tak nak hebahkan sangat. Kenduri family je. Eliza cakap biarlah rahsia dulu dia bertunang. Kalau ada yang tahu, tahulah. Lelaki ni pun Pak Ngah yang kenalkan dengan Eliza. Dia macam dah malas nak cari orang lain semenjak kecewa hari tu." jelas Faisal.

"Nak tunang dah? Aku rasa dia macam kecik lagi wei. Umur berapa dah sekarang?" Tersenyum Ashraff mengenangkan sepupunya yang sorang tu. Memang tubuhnya kecil dan nampak muda sangat. Macam budak sekolah. Masa kecil-kecil dulu, Eliza memang manja dengannya sebab dia suka belikan Eliza ais krim. Budak-budak.

"Dah 24. Muda lagi pun tapi tak pe la kalau dah jodoh."

"Apa-apa nanti beritahulah. Kitorang plan nak pergi, Insya Allah." tambah Ashraff. "Opss, excuse me. Need to go to the washroom."

Khadijah hanya menganggukkan kepalanya. Ashraff bingkas dan menapak ke bilik air. Kini, tinggal mereka berdua sahaja. Terasa blank kepala kejap! Tak tahu nak borak apa. Gadis itu sekadar menumpukan perhatiannya kepada burger kesukaan. Dia perasan Faisal kejap-kejap memandangnya. Ada benda nak cakap bro?

"Kau rasa puas hati dapat balas kat aku? Kahwin dengan sepupu aku?"

Tersentap jantung Khadijah mendengar tuduhan tak berasas Faisal. Serta-merta dia meletakkan baki burger yang tidak habis di atas meja. Ice lemon tea kegemaran diteguknya. Dia merenung ke arah Faisal yang tersenyum sinis.

"Maksud kau apa? Aku tak faham?" Aku kena bertenang. Kalau aku marah, bermakna aku kalah dengan dia. Saja nak provoke aku. Motif??

"Mesti kau tahu dia sepupu aku, alang-alang dia ngorat kau. Kau terima je la dia kan? Nak buat aku rasa menyesal sebab reject kau dulu." kata Faisal tanpa rasa bersalah. Rasa marah dan cemburu mengawal hati dan akalnya.

Khadijah tersenyum tiba-tiba. Dia menggelengkan kepalanya. Macam mana mamat ni boleh terfikir hingga ke tahap tu sekali?

"Faisal, aku tak pernah terfikir pun nak balas dendam kat kau. Kau sendiri cakap dah nak kahwin, aku terima je la. Ada aku kacau kau selepas kau minta aku jangan hubungi kau lagi? Aku tak pernah tahu pun Ashraff ni sepupu kau. Hari nikah tu baru aku tahu kau ni sepupu yang dia paling sayang. Bagi aku, yang lepas tu lepaslah. Lagi pun, aku percaya confession kau hari tu bukanlah sebenarnya dari hati kau. Kau tak pernah ada perasaan kat aku pun. Tapi, mungkin kau rasa bersalah dan fikir kau suka aku?" Ujar Khadijah dengan tersenyum. "Cinta kau hanya untuk dia aje. Jangan kelirukan diri kau sebab dia dah tolak cinta kau. Kalau dia belum kahwin, belum bertunang, apa kata kau cuba je? Jodoh tu rahsia Allah. Tapi, kita usaha cari dan dapatkannya dengan cara yang betul."

"Aku sayangkan Ashraff dan terima dia sepenuh hati aku pada hari pernikahan tu. Sekarang ni, aku nak hidup bahagia dan jadi isterinya yang solehah. Cerita lama, tutup ajelah buku. Okay, Faisal? Kau fikir betul-betul. Tak de gunanya kau nak cemburu dengan aku. Memang dah bukan jodoh kita. Aku tunggu kau setahun lebih, tapi kau tolak aku. Dan aku bertemu dengan Ashraff. Siapa sangka? Jodoh itu unik. Percayalah. Apa pun, ketentuan Allah takkan mengecewakan diri kita selagi kita percaya dan redha dengan Allah." tambah Khadijah lagi. Lelaki di depannya seperti kehilangan kata-kata.

"Sejak bila kau jadi tenang macam ni?" keluh Faisal sambil menguak rambutnya ke belakang. Terkesan juga kata-kata gadis itu di dalam hatinya. Dia malu sendiri. Dia memang sengaja hendak membuatkan Khadijah marah dengannya, tetapi gadis itu sempoi dan relaks je. Macam bukan dia pula?

"Eh, aku tak cool ek sebelum ni?"

"Langsung tak. Kau gelabah, over excited dan blur." Faisal ketap bibir.

"So, apa kata kau cari balik cinta sebenar kau? Aku tahu dia dah ada someone else. Kalau belum bertunang, kau keep in touch je dengan dia. Mana tahu dia clash ke, haaa kau ambillah peluang." Khadijah ketawa kecil. Sengal punya nasihat!

"Ehem, rancak nampak borak apa?" Kemunculan dewa kayangan, Ashraff kelihatan gembira sentiasa sekembalinya dari bilik air.

"Borak kosong je." jawab Faisal. Khadijah cuma tersenyum, bersahaja.

"Em, okaylah. Aku ada hal sikit Ashraff. Nak pergi somewhere. Korang dua dating la ye. Maaf kacau. He.He.He." Faisal bingkas bangun.

"Eh habiskanlah burger ni dulu kalau iye pun?" Tegur Ashraff. Masih tinggal separuh. Sayangnya tak habis.

"Tolong habiskan ye. Thanks belanja! Lain kali aku pula belanja korang dua. Aku pergi dulu. Okay, Khadijah, gerak dulu. Jumpa kat majlis Eliza nanti." Faisal kenyit mata dan terus bergegas pergi. Entah mana lak dia nak merambu tu.

"Aik, tak nyempat dia? Ada apa hal Dhija?"

"Uh? Dhija pun tak tahu bang. Abang datang je, tiba-tiba dia nak kena pergi. Adalah tu baru teringat agaknya." balas Khadijah. Dia pun pelik juga lelaki tu tiba-tiba nak beransur pulang. Sanggup dia tak habiskan burger yang sedap ni.

Selesai menjamu selera, Khadijah mengajak Ashraff pulang. Penat katanya. Sebelum tu, dia nak belanja Tutti Frutti kegemaran Ashraff, tetapi biasalah lelaki tu, apa sahaja untuk Dhija dia belikan.

"Dhija nak belanja abang pula."

"Eh, Dhija. Biarlah abang yang belikan. Abang anggap Dhija belanja abang okay?" Tersenyum memanjang Ashraff. Bekas Tutti Frutti bertukar tangan. Kongsi je baru romantik, kata Ashraff.

"Dhija, tak pe ke balik awal? Tak nak pusing tempat lain lagi?" tanya Ashraff sambil memasang tali pinggang kaledarnya. Enjin kereta dihidupkan.

"Abang, Dhija ada sesuatu nak beritahu. Dhija rasa tak senang hati tak dapat luah kat abang. Cuma, Dhija harap abang faham. Dhija cuma tak nak benda ni jadi salah faham in future nanti." Khadijah mengetap bibirnya. Patut cakap ke, rahsiakan? Tapi aku tak sedap hati kalau tak cakap.

"Em, apa tu sayang?"

"Cerita ni dah lama. Dhija rasa nak rahsiakan tapi serba salah. Baik Dhija cerita pada abang. Harap abang tak marah ye." Emm. Masing-masing membisu. Khadijah mencari kata-kata yang sesuai. "Ingat tak Dhija pernah cakap kat abang dulu, dalam hati Dhija ada seseorang? Orang tu ialah Faisal, sepupu abang."

Ashraff diam. Matanya tenang merenung wajah isterinya, menanti kata-kata seterusnya.

"Tapi, perasaan Dhija hanya untuk abang je! Dhija tak suka dia dah. Betul. Dhija cintakan abang sorang, hingga ke syurga." ujar Khadijah sambil meraih jari jemari Ashraff ke dalam genggaman. Segan! "Em, em tu je nak cakap. Abang...abang okay kan?"

"Abang jealous sikitlah." ujar Ashraff tanpa perasaan.

"Eh! Kenapa nak jealous pula?" Gelabah jap Khadijah.

"Tak sangka, dia cinta pertama Dhija." Ashraff menggenggam tangan isterinya. Memang dia terasa sedikit cemburu, tetapi Khadijah sudi berkahwin dengan dirinya, bukan sepupunya.

"Abang, tu cerita lama. Sekarang Dhija hanya untuk abang, dan abang hanya untuk Dhija. Okay?" Khadijah tersenyum sambil mencubit pipi Ashraff. Lelaki itu tersengih gembira. "Dia bukan ada hati kat Dhija pun dulu. Tak pe. Tutup buku! Minta maaf, abang. Dhija nak beritahu sebab Dhija tak nak ada salah faham kemudian kalau abang terdengar cerita dari orang lain."

"Sayang, abang percayakan sayang. Terima kasih beritahu abang." Kepala Khadijah diusap lembut. "Jom, abang nak bawa Dhija ke satu tempat best! Abang nak spend time dengan Dhija hari ni, nanti esok lusa Dhija dah busy pula. Boleh sayang?"

"Mestilah boleh!" Dalam hati Khadijah berazam untuk menjadi isteri solehah buat Ashraff. Dia inginkan keberkatan dan keredhaan dari Allah untuk membina sebuah keluarga yang bahagia bersama-sama lelaki yang dicintainya. Insya Allah.





TAMAT













Tuesday, December 4, 2012

Cinta...Again? (14)

Jantungnya berdegup kencang apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya. Deringan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Khadijah menghembus nafas lega. Tidak berapa lama kemudian, si pemanggil masih tidak berputus asa. Telefon bimbit diambil dan butang 'Answer' ditekan.

"Assalamualaikum," ucap Khadijah.

"Waalaikummussalam."

"Ya, ada apa-apa boleh aku bantu?" tanya Khadijah. Terasa janggal sekali. Entah kenapa. Walaupun sebelum ini dorang pernah terserempak sekali, dan Khadijah tidaklah berasa apa-apa yang aneh. Tapi, panggilan dari lelaki ini ialah sesuatu yang tak pernah diimpikannya.

"Kau apa khabar? Sibuk ke ni." Suaranya kedengaran jelas pada pendengaran Khadijah. Memang lelaki ini sentiasa cool dan matang. Berlainan dengan Ashraff yang agak kelakar dan meriah, pantang ada peluang nak mengusik kerjanya. Umur je banyak tapi kadang kala Ashraff bersikap kebudak-budakan bila bersamanya.

"Aku kat rumah. Apsal weh? Pelik kau call ni. Nak kahwin dah ke? Kad kahwin dulu tu tak sampai-sampai lagi ni ha." Khadijah tersenyum sendiri. Niatnya bukanlah untuk menyindir tetapi sekadar berbasa-basi.

"Ek, kahwin.... em tak adalah."

Sepi.

"Ada apa-apa kau nak cakap ke ni?" soal Khadijah lagi.

"Ada. Khadijah, aku sebenarnya masih rasa bersalah sebab pernah mesej kau macam tu dulu.  Aku nak minta maaf dari kau sangat-sangat. Aku tahu kau masih ingat. Dan aku masih terfikir-fikir apakah kau masih marahkan aku. Kau tak pernah reply mesej terakhir aku tu."

"Oh, hal ini ke. Aku tak kisah pun dah lama kot. Masa tu memang aku agak terkilan dengan kata-kata kau tu. Dah la, kalau hal ni tak payah nak ungkit lagi. Tak de kepentingan pun." balas Khadijah.

"Khadijah, sekarang kau masih single ke?"

"Apsal kau tanya?" Dia kurang selesa dengan soalan lelaki itu. Kenapa tanya sekarang? Kenapa bukan dulu?

"Khadijah, kalau kau single, dan belum berpunya, aku nak mengenali kau dengan lebih dekat lagi." kata lelaki itu, tersekat-sekat rasanya suara.

"Memang kita dah kenal pun kan." Mendatar suara Khadijah. Tak suka!

"Aku nak kenal kau lebih dari seorang kawan."

Khadijah diam. Apsal baru sekarang cari aku? Adakah kerana gadis yang dicintainya menolak, lalu dia mencari aku sebagai rebound girl, spare part dia?

"Sekadar berkawan boleh. Untuk lebih tu, aku dah berpunya sekarang. Insya Allah lusa aku bernikah dengan dia." Jawab Khadijah tenang. Entah kenapa dia terasa satu kepuasan dalam hatinya. Astaghfirullah al azim. Tak baik aku ni.

"Eh, kau nak kahwin ke? Betul ke ni?"

"Aku takkan bergurau tentang perkara yang serius macam ni. Aku juga takkan gunakan alasan ini sekadar untuk reject kau ke apa."

"Aha, betul kata kau tu. Tahniah Khadijah. Semoga kau berbahagia, tak sangka cepat juga kau kahwin ya." Suara lelaki itu berubah sedikit. Pasti terkejut dan tak sangka langsung!

"Terima kasih. Doa kau dulu makbul kot. Alhamdulillah aku dipertemukan dengan lelaki yang baik dan menghargai aku seadanya. Ada apa-apa lagi ke?"

"Tak... itu saja. Sorry ganggu kau. Tahniah sekali lagi."

"Terima kasih. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."


***********

"Dhija...Dhija!"

Panggilan ibunya menyentap lamunannya yang panjang. Khadijah sedikit terpinga-pinga. Dia masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya, bersimpuh dengan penuh kesopanan sambil menunggu pengantin lelaki tiba untuk majlis akad nikah.

"Ashraff dan rombongannya dah sampai. Sekali dengan Tok Imam Hadi. Dhija okay? Nervous?" Puan Ariani tersenyum manis sambil melabuhkan punggungnya di sebelah anak tunggalnya. Gadis itu kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu, termenung jauh.

"Macam mana agaknya kalau Dhija masih menunggu cinta pertama Dhija? Mungkinkah Dhija akan berkahwin dengan dia, bukan Ashraff?" Terpacul kata-kata itu dari bibir merah jambu Khadijah tanpa niat. Sejak mendapat panggilan telefon dari lelaki itu, hatinya tidak keruan. Dipaksa dirinya untuk sentiasa beristighfar dan menunaikan solat hajat bagi menetapkan hati supaya tidak diganggu hasutan nafsu dan syaitan.

"Astaghfirullah al azim Dhija sayang. Apa yang ada di depan Dhija sekarang ialah realiti. Waktu dan realiti yang sepatutnya Dhija hargai dan ingati sehingga ke akhir hayatmu, nak. Insya Allah. Ibu percaya Ashraff yang terbaik buatmu. Ibu tahu bukan mudah Dhija nak terima lelaki lain. Dhija dah buat sunat hajat dan istikharah kan? Bukan Dhija suka-suka terima Ashraff sebab nak cari pengganti. Dah, fikirkan positif. Doa banyak-banyak." Puan Ariani memeluk Khadijah dengan erat sekali. Anaknya membalas pelukan ibu tersayang.

"Terima kasih ibu. Minta maaf, Dhija dah cakap benda tak baik. Ashraff tu ikhlas sangat dengan Dhija. Dhija patut hargai dan belajar terima dia sepenuh hati Dhija." Gumam Khadijah dalam pelukan ibunya.

"Macam tulah anak ibu. Ada apa-apa, bincang elok-elok antara kita. Jangan simpan dalam hati ya." Wajah manis anak gadisnya ditenung lama. Akhirnya, dah sampai masa anak ibu menjadi milik suaminya. Namun, kasih ibu untuk Dhija hingga ke akhir hayat.Insya Allah. "Dhija, ibu keluar dulu. Nak tengok Pak Ngah Dhija dan semua camne. Dhija tunggu ya. Dah siap nanti, Ashraff akan masuk dalam untuk sarung cincin dan batal air sembahyang."

Khadijah mengangguk. Kini, tinggallah dia bersama Azuwa, teman karibnya yang juga merangkap make up artist untuk dirinya. Tapi, make up pun simple dan nipis saja. Tidak keterlaluan. Baru nampak lebih natural. Tiada bulu mata palsu, tiada kanta lekap berwarna warni, tiada sanggul yang tinggi dan tiada baju yang sendat dan mengikut bentuk badan. Khadijah beristighfar di dalam hati, berselang seli dengan surah Al-Nashrah penenang hati.


Sementara Ashraff bersama Tok Imam Hadi pula....

"Sah?"
Tok Imam Hadi memandang kedua-dua saksinya meminta persetujuan. Masing-masing mengangguk dan meyakini lafaz Ashraff itu jelas dan meyakinkan.

"Sah!" Ucap Tok Imam Hadi lalu mula berdoa.

Ashraff menghembus nafas lega. Alhamdulillah. Sejak awal lagi dia sangat berdebar-debar. Entah kenapa. Macam ni la kot orang nak kahwin? Nampak aje jabat tangan, relek, cool dan sah sah. Tapi, nak melafazkan akad tu ketar juga, macam nak pergi final exam jek! Alhamdulillah, syukur Dhija selamat menjadi isterinya yang sah. Hatinya sangat gembira. Air matanya bergenang dan dadanya terasa sebak. Bagaikan tidak percaya doanya dimakbulkan Allah Yang Maha Penyayang.

Apabila selesai semuanya, Ashraff dijemput untuk masuk ke bilik bertemu Khadijah bagi upacara membatalkan air sembahyang. Hatinya berdegup kencang tatkala melihat kejelitaan Khadijah pada hari itu. Biasanya gadis itu ringkas dan bersahaja dalam berpakaian asalkan menutup aurat. Hari ni lain sangat-sangat.

"Encik Ashraff, bolehlah sarungkan cincinnya ya." Tegur En Shamsul apabila melihat Ashraff merenung tajam ke arah Khadijah. Gadis itu serba tidak kena dengan renungan lelak itu. Ai, seronoknya menjadi muda.

"Eh sorry! Ashraff sarung sekarang. Em, Dhija?" Tersenyum-senyum Ashraff apabila ditegur begitu. Segan aku! Lawa sangat sayang aku ni!

Khadijah menghulurkan tangan kanannya dan disambut lembut oleh Ashraff. Cincin disarungkan ke jari manis gadis itu dan tangan Ashraff disalam dan dicium Khadijah.

"Kejap, kejap! Lama sikit salam tu Dhija. Nak ambil gambar ni." ujar Azuwa sambil ketawa.

Ashraff dan Khadijah kekok. Terasa berpeluh-peluh tangan Ashraff ni ha. Khadijah pula terasa tebal mukanya. Lamanya ambil gambar!

"Okay! Sekarang boleh kiss dahi pengantin perempuan!"

Kedua-dua pengantin baru itu saling berpandangan. Ashraff tersenyum, seperti meminta kebenaran. Khadijah spontan menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tunduk.

"Tak mau depan orang please...." bisik Khadijah. Wajahnya merona merah. Tak mahu! Ashraff menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Segannya dia ni.

"Tak boleh tunjuk depan orang ya. He.He.He. Top secret!" ujar Ashraff, berjenaka. Pandai tolong cover untuk isteri tercinta.

"Amboi mahal tu! Tak pelah. Mari kita menjamu selera. Jemput semua tetamu makan. Ashraff, Dhija. Bolehlah berkenalan dengan sanak-saudara ya." Sampuk Pak Ngah Din sambil tersenyum. Pak Ngah Din adik kepada ibu Khadijah, bapa saudara Khadijah juga.

"Silakan." Ashraff mempersilakan semua untuk keluar terlebih dahulu dari biliknya. Tangannya menarik Khadijah untuk keluar bersama-sama. Gadis itu masih lagi terasa kekok dengan Ashraff. Title isteri? Arghh! Sangatlah.... aneh terasa, getus hati kecil Khadijah. Tidak semena-mena, Ashraff mencium dahinya dengan lembut tetapi sekejap. Terkejut Khadijah!

"Apa awak buat ni! Eeee." Secara refleks Khadijah menyapu dahinya dengan cepat-cepat. Tergelak sakan Ashraff melihat gelagat isterinya. Lawaklah dia ni! Dulu konon rock tapi boleh tahan pemalu. Sukanya!

"Sayang ni cantik sangat. Tu rahsia kita berdua ye! Jom, abang nak kenalkan sayang dengan saudara mara abang semua. Abang gembira sangat tau. Terima kasih sayang terima abang." Ucap Ashraff sambil mengusap jari jemari Khadijah. Gadis itu sekadar membalas senyuman lelaki. Tak terkata.

Majlis akad nikah dah selesai dan kini sedikit kenduri kecil untuk menjamu para hadirin yang hadir, yang majoriti daripada kalangan keluarga dan sanak saudara belah perempuan dan lelaki. Kenduri akan diadakan pada sebelah petang selepas Zohor pula.

"Assalamualaikum Ashraff!"

"Eh, waalaikummussalam Faisal! My cuzzy!" Ashraff segera memeluk lelaki yang memberi salam tadi. Khadijah tersenyum memandang. Sepupu Ashraff.

"Tahniah. Sorry Ashraff aku lambat sampai. Adoilaa terlepas akad nikah kau yang paling lama aku tunggu ni ha! He.He. Kenalkan la isteri kau kat aku. Dah lama aku nak tengok ni." Ujar Ashraff tersengih-sengih. Kecewa masih bersarang di hatinya kerana terlewat tiba di hari penting sepupu rapatnya. Flight dari Kota Bharu delay pula. Air Asia biasalah tu.

"Dhija, mari abang kenalkan. Ni Ashraff, sepupu abang paling rapat. Faisal, Khadijah my beloved wife."

Masing-masing terkedu. Tergamam. Bibir Khadijah bagaikan terkunci namun dia masih mampu mengukirkan senyuman dan berlagak cool. Hanya Faisal yang kelihatan terpinga-pinga, terkejut sangat. Ashraff tersenyum-senyum, kehairanan.

"Amboi la Faisal. Apsal macam nak terkeluar biji mata kau aku tengok? Eh jangan pandang lama-lama ye!" usik Ashraff yang tidak mengetahui situasi yang sebenarnya.

"Apa khabar Faisal?" ujar Khadijah. Memang selamba! Dalam diam, dia sedikit berdebar. Tak sangka langsung Faisal, cinta pertamanya ialah sepupu rapat kepada suaminya kini! Selama ni memang Ashraff ada bercerita tentang sepupunya. Cuma, nama Faisal tu tak terlintas dalam fikirannya adalah orang yang sama dengan Faisal yang lagi seorang.

"Uh baik. Er, berapa lama kenal dengan Ashraff?" Rupa-rupanya, lelaki yang bakal dikahwininya itu ialah Ashraff! Bertuah sungguh Ashraff!

"Tiga bulan lebih juga!" sampuk Ashraff laju. Khadijah ketawa kecil. Excited terlebih mamat ni. Faisal mengetap bibirnya. Dia nampak gembira di sisi Ashraff.

"Tahniah Ashraff. Aku doakan korang berbahagia bersama." Faisal tersenyum tawar. Hatinya terasa sedikit cemburu, entah mengapa.

"Okaylah Faisal. Aku nak kenalkan Dhija dengan saudara kita yang lain pula. Nanti kita boleh borak panjang lagi ye. Jom sayang!"

"Okay. Pergi dulu Faisal," tambah Khadijah. Jari jemarinya menggenggam erat tangan Ashraff, memohon sedikit kekuatan di dalam hati.

Keriangan Faisal untuk menyambut hari bahagia sepupunya itu lenyap sekelip mata. Entah kenapa, dia benar-benar cemburu dengan Ashraff. Dalam masa yang sama dia juga menyesal kerana pernah menolak Khadijah. Tambah-tambah lagi kata-katanya yang terakhir tu agak kasar untuk gadis itu padahal bukanlah kesalahan pun Khadijah cuba untuk berkawan dengannya dulu.

Ah...apa sudah jadi........


<bersambung>



Tuesday, November 6, 2012

Cinta...Again? (13)


Tok! Tok! Tok!

"Dhija?" Kedengaran suaranya dipanggil dari luar.

Khadijah bingkas bangun dari katil apabila mendengar suara ibunya. Segera dia membuka pintu untuk membenarkan ibunya masuk.

"Ya ibu?"

"Jom, kita ke ruang tamu. Ada seseorang nak jumpa Dhija. Pakai tudung." ujar Puan Ariani sambil tersenyum. Kemudian, dia terus beredar ke ruang tamu.

Terpinga-pinga Khadijah dibuatnya. Dia tengah syok baca novel kegemarannya  tadi. Cepat-cepat dia menyarung tudung ke kepalanya dan terus mengekori ibunya ke ruang tamu. Mujurlah ketika itu dia berseluar jeans dan berlengan panjang, tak perlu ambil masa lebih nak bersiap. Siapa pulak yang datang ni?

Sampai saja di ruang tamu, Khadijah terkedu sambil merenung tepat ke arah tetamu yang hadir. Tetamu itu tersenyum manis dan terus bangun. Di tangannya memegang sejambak bunga lili putih, sedia untuk diberikan kepada si gadis. Puan Ariani sekadar memerhati gelagat anaknya.

"Assalamualaikum Dhija." ucap Ashraff sambil menundukkan kepalanya.

"Waalaikummussalam Ashraff." Terasa bagaikan tertelan air liurnya menatap wajah Ashraff selepas tiga hari mereka tidak berhubungan, sejak peristiwa di Subang Parade tu.

Masing-masing tidak berganjak. Khadijah tak tahu apa yang perlu diperkatakan. Walaupun dia ada mengharapkan Ashraff menghubungi untuk berbincang dan meminta maaf, namun lelaki itu sekadar menyepi dalam masa tiga hari ini. Sedikit sebanyak Khadijah terkilan. Jauh di lubuk hatinya, dia rindu. Namun, hari ini lelaki itu muncul di rumahnya bersama bunga kegemarannya. Memujuk? Ashraff pula bagaikan terubat rindunya kepada gadis itu. Tiga hari memberikan dia masa untuk berfikir tentang kesilapan diri dan bagaimana untuk memujuk cinta hatinya itu. Dia kekok tiba-tiba.

"Dhija,  mari duduk sini. Jauh betul, macam mana kita nak berbincang?" tegur Puan Ariani.

Segera Khadijah menghampiri Puan Ariani dan duduk di sebelah ibunya. Ashraff masih berdiri dan memandang wajah gadis itu. Perlahan-lahan dia mendekati dan menghulurkan jambangan bunga yang cantik dihias.

"Saya minta maaf atas apa yang saya cakapkan pada Dhija hari tu. Saya yang silap. Terlalu mengikutkan kata hati saya. Harap Dhija terimalah hadiah ni sebagai tanda Dhija memaafkan saya."

Jambangan bunga lili putih disambut Khadijah. Serta-merta gadis itu tersenyum manis. Tak baik merajuk lama-lama. Dia juga tidak inginkan hubungan mereka keruh berpanjangan. Tak lama lagi dah nak menikah.

"Terima kasih. Saya dah maafkan awak." Saya....saya rindu awak juga! Tak mungkin dia hendak mengeluarkan kata-kata keemasan itu di hadapan ibunya?? Hati Khadijah berbunga-bunga. Inikah cinta? Cintakah dia? Namun dia gembira menerima hadiah daripada lelaki itu. "Apa saya cakap tu untuk kebaikan kita berdua juga Ashraff. Insya Allah, selagi kita jaga hubungan kita, kita akan lebih menghargainya dan terasa lebih bahagia. Saya nak kita sama-sama dapat keberkatan dan redha Allah."

"Saya faham. Saya beruntung dapat awak, Dhija." Ucap Ashraff dengan hati penuh kesyukuran. Ini kali pertama dia berjumpa gadis seperti Khadijah. Mereka bercinta bukan seperti orang lain. Keluar dating berdua, tengok movie berdua, makan berdua, setiap hari nak bercakap telefon saling meluah rasa. Semua tu dia takkan dapat dari Khadijah melainkan senyuman dan kata-kata nasihat dari gadis itu. 

"So, kita cool la kan?" soal Khadijah sambil tersengih. Hatinya suka dan lega!

"Em, tak baik la nak merajuk lama-lama saya ni. Sebenarnya bukan saya merajuk. Tapi memikirkan camne nak pujuk Dhija. Ni kali pertama saya bersungguh nak pujuk perempuan. Sebelum ni tak pernah ada pengalaman." 

"Ibu percaya korang dua dah berbaik ya? Patutlah ibu tengok Dhija diam aje dua tiga hari ni. Tak berapa ceria selalu, dok termenung aje." Usik Puan Ariani. Khadijah mengetap bibirnya sambil menggelengkan kepalanya. Malu. Ashraff ketawa senang hati. 

"Ashraff dah datang hari ni, ibu nak tanya macam mana dengan persiapan dari pihak lelaki okay? Lagi seminggu aje nak menikah. Kiranya tengahari itu terus kita buat kendurinya ya. Semua siap dalam satu hari." Tambah Puan Ariani. Pejam celik pejam celik hanya tinggal seminggu saja untuk ke anaknya melayari hari bahagia bersama lelaki bujang ini. Doa Puan Ariani semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan insya Allah.

"Alhamdulillah. Tunggu masa nak laksana aje ibu. Mak pun sampai hari ni masih tak henti-henti dok check itu ini, ingatkan Ashraff. Dia mahukan terbaik. Risau betul dia. He.He.He. Mujurlah mak setuju nak buat satu majlis aje kat dewan. Mungkin sebulan dua lagi boleh buat untuk family lelaki, panggil saudara mara saja nak kenalkan Dhija nanti." Terbayang-bayang di benak fikiran Ashraff keindahan hari tersebut. Dia tertunggu-tertunggu, menanti untuk Dhija menjadi miliknya secara sah. Senyuman terukir di bibirnya.

Khadijah juga bersyukur kerana semua persiapan sudah hampir siap. Sebenarnya sudah siap namun ibu tersayangnya banyak idea, sedikit demi sedikit ditambah itu dan ini. Khadijah mengalah. Dia sekadar menurut hajat Puan Ariani, sementelah dia seorang sahaja anak kesayangan ibunya. Biarlah ibunya melihat dia gembira dan cantik di hari tersebut. Dari majlis yang sederhana, nampaknya menjadi agak meriah. Namun, segala kos masih lagi terkawal dan tidak membazir untuk perkara yang tidak perlu. Anak-anak yatim dan fakir miskin yang memerlukan juga sudah dijemputnya walaupun tidak begitu ramai. Sekurang-kurangnya, dia dapat menggembirakan golongan seperti mereka, insya Allah. 

"Baju kurung dah cuba Dhija? Amacam muat tak? He.He.He." usik Ashraff.

"Mestilah muat. Kurung Pahang terbaik! Cantik sangat tau. Sweet je warna putih dan merah jambu kain tenun tu. Sejak dulu lagi memang Dhija berangan nak beli kain tenun buat kurung Pahang.  Pakai masa kahwin, memang cantik." jelas Khadijah gembira. Baju kurungnya sudah siap sejak minggu lepas lagi. Dapat aje baju tu terus dia mencuba. Siap testing sekali dengan tudung! Memang dia berpuas hati. Tidak terlalu sarat dan meriah, sederhan namun tampak eksklusif apabila ditambah veil merah jambunya yang disewa khas dari butik pengantin.

Ashraff mengerling ke arah jam tangannya. Opss, dia perlu pulang sekarang. Mak minta tolong dia jadi driver, untuk mengambil door gift yang sudah siap ditempah. Gembira bukan main Puan Ainna tu. Segera Ashraff meminta diri untuk pulang. Puan Ariani tersenyum dan berkirim salam kepada Puan Ainna. Khadijah tersengih-sengih gembira dan bahagia. Baru nak terasa merajuk sebab lambat pujuk!


<bersambung>

Wednesday, September 26, 2012

Cinta....Again? (12)

"Oh sorry, sorry! Saya tak perasan tadi!"

Dia segera membantu lelaki itu mengutip buku-buku yang terjatuh di atas lantai. Arghh! Segannya! Camne la aku boleh terlanggar mamat ni padahal tempat tu bukan main luas lagi.

"Khadijah?"

Dia tersentap apabila mendengar suara lelaki itu. Segera dia menjeling ke arah tuan empunya suara. Mereka masing-masing berpandangan, masih lagi mencangkung dengan buku di tangan. Khadijah serta-merta tersengih lebar. Hatinya rasa riang sangat, entah kenapa!

"Eh, lama tak jumpa kau. Apa khabar bro?" Buku-buku di tangannya disusun elok-elok. "Err, nah buku kau. Sorry aku betul tak nampak tadi. Tak sengaja."

"Tak apa. Aku sihat aje. Kau camne pula?" tanya lelaki itu sambil tersenyum. Senyuman menawannya yang mahal itu!

"Aku sihat. Sibuk dengan kerja aku ni la. He.He.He. Kau beli buku apa? Banyak aku tengok?" Dah lama tak jumpa dia. Almost setahun!

"Emm just select a few. Ni nak gi baca tengok mana yang sesuai untuk beli. Buku photography and some thriller novels." Lagak lelaki itu masih seperti dahulu. Tetapi, Khadijah perasan dia pun seperti terkejut bertembung dengan dirinya di sini. Yelah, tak de ribut tak de apa pelik juga dia datang ke MPH Subang Jaya ni. Bukan dia dok sini pun.

"Okaylah, aku nak gerak dulu. Kau enjoylah okay. Sorry again!" Bagaikan tersedar, Khadijah cepat-cepat meminta untuk beredar. Lelaki itu tersenyum.

"No problem. Take care!"

Aduii, kenapa berdebar jantung aku? Rasanya perasaan aku kat dia dah lama luput. Macam mana boleh bertembung kat sini pula. Uihhh, aku pula secara refleksnya menjadi sangat ceria pulak! Aiyo, janganlah mamat tu fikir bukan-bukan.

'Mana kad kahwin kau, aku tak dapat pun?'

Argh, pertanyaan tu hanya tersekat di kerongkong. Dia tak mahu mengeruhkan suasana pertemuan yang mengejut ini. Lelaki itu masih sama seperti dahulu! Gayanya, suara dan paling penting senyumannya yang menawan! Emm. Tiba-tiba, hatinya terasa sesuatu. Adakah dia masih mengharapkan suatu keajaiban berlaku? Oh tidak. Bukankah dia sudah memilih Ashraff? Mamat tu pun silap-silap hari bulan dah kahwin tapi tak cerita aje.

"Kenapa mood swing pulak ni. Kan aku dah shopping elok-elok je tadi." Gumam Khadijah di dalam hati.

Dia bergerak menuju ke Gloria Jean's Coffees untuk menghiburkan hatinya. Strawberries and Creams kegemarannya dipesan. Selepas membuat bayaran, dia duduk di salah satu meja di situ dan mula membuka novel yang baru dibelinya. Walaupun jam di tangan sudah menunjukkan waktu 8.30 malam, namun para pengunjung pada malam Sabtu masih lagi ramai. Memang menjadi kebiasaan Khadijah untuk meronda selepas waktu bekerja, kadang-kadang aje. Selalu buat camni kena sound dengan ibu la jawabnya. Ada benda nak beli, baru datang.

Beep! Beep!

Oh, mesej? Telefon bimbit yang berada dalam beg tangannya digagau perlahan. Susah gak kalau bawa handbag besar camni. Dok main sembunyi je handphone aku.

Assalamualaikum, Dhija. Ehemm, buat apa tu? - Ashraff

Aiseh, typical question. Nak jawab ke tak nak. Em, biarlah. Telefon bimbitnya disimpan semula. Dia tak tahu nak jawab apa.

Tidak berapa lama kemudian, kedengaran mesej baru pula masuk. Pembacaan Khadijah terganggu lagi. Sebenarnya, nak habiskan dua page pertama tu pun susah. Fikirannya melayang.

Kusyuknya dia membaca.  -Ashraff

Serentak Khadijah berpaling, matanya mencari kelibat Ashraff. Eh, tak de? Ishh, ke mamat ni teka je aku membaca. Dia kan tahu aku suka baca buku. Emmmm. Terasa sedikit hampa. Ish, apa aku ni! Kenapa dengan hati aku hari ni? Astaghfirullah al azim. Ni gara-gara terkena panahan senyuman menawan la kot. Aihh, minta jauh!

"Assalamualaikum cik adik. Boleh abang duduk?"

Khadijah mengangkat wajahnya. Serta-merta dia tersenyum.

"Amboi! Mana awak sembunyi? Ingatkan teka je tadi." tanya Khadijah sambil menutup novelnya. Tak ada makna aku nak fokus dah ni.

Ashraff ketawa kecil seraya menarik kerusi berhadapan dengan Khadijah. Untung aku hari ni dapat dating senyap-senyap dengan tuan puteri. He.He. Bagus gak call bakal mak mentua tanya khabar tadi. Habis pecah rahsia! Apa lagi, on the way nak balik dari kerja terus dia singgah Subang Parade. Maghrib dulu baru dia memulakan operasi mencari tuan puteri kayangannya. Mujur jumpa!

"Saja nak usik. Yelah, dia kedekut kredit nak reply mesej kita kan. Kerja okay hari ni?" Ashraff memulakan bicara. Berdebar juga dia apabila sendiri perasan tengah dating. Rasa lain macam....

"Okay. Minggu ni busy sikit, sebab nak kejar product customer kan. Kena siapkan beberapa juga." balas Khadijah. Seketika terdetik di hatinya. Tak manisnya mereka berdua-duaan seperti ini. Lagi pun bukan ada ikatan yang sah lagi. Dalam masa yang sama, dia ingin meluangkan masa bersama Ashraff. Oh hati....

"Dah makan? Saya tiba-tiba lapar. Nak order makan ni. Dhija nak apa-apa?"

Pertanyaan Ashraff dibiarkan tanpa jawapan. Khadijah diam. Dia kini berlawan dengan rasa hatinya. Kalau dia makan dengan Ashraff, lagi lama masa dia bersama dengan Ashraff. Dan macam-macam permainan hati yang akan berlaku, yang mungkin dia tak sedar nanti. Ah, majlis tak lama lagi. Tiga bulan aje.

"Cik Dhija? Anda lapar sampai termenung?" Ashraff tersengih sambil mengetuk meja. Gadis itu mengangkat pandangannya. Ashraff pelik, penat ke dia?

"Em, sorry Ashraff saya nak balik dulu." Dadanya berdebar-debar. Dia takut nafsunya mula mengawal akalnya. Lebih baik dia cepat beredar.

"Aik, cepatnya. Kita makan dulu baru balik."

"Saya teringat ada hal nak buat. Minta maaf ye." Gadis itu mula menolak kerusi untuk bangun. Ashraff mengetap bibirnya.

"Dhija, takkan sekali sekala saya nak luangkan masa dengan awak tak boleh? Macam ni tak seronoklah!" Tegas suara Ashraff. Dia terasa hati dengan sikap Khadijah yang acuh tak acuh itu.

Khadijah sedikit terkejut mendengar kata-kata Ashraff. Pertama kali Ashraff menunjukkan protesnya. Dia dapat menghidu nada rajuk dari suara lelaki itu. Hmm, macam ni ke pasangan bercinta? Walaupun dia masih belum mempunyai perasaan cinta untuk lelaki di depannya namun dia akui dia berasa bahagia dengan perhatian yang diberi.

"Kenapa awak ni macam merajuk je? Saya ada hal nak kena pergi dulu." Jawab Khadijah berhati-hati. Kenapa dia mesti menjaga hati lelaki itu untuk sesuatu yang terang-terangan tidak betul? Apa ini?

"Awak tak pernah cuba nak luangkan masa dengan saya. Sekali sekala nak juga spend time dengan awak tanpa gangguan orang lain." Luah Ashraff. Lelaki itu semakin tenggelam dengan perasaannya yang membuak-buak. Dia terlupa...terlupa sesuatu untuk seketika.

"Ashraff. Awak sedar apa awak cakap? Nak luangkan masa dengan awak? Apa keperluaannya? Kita belum ada ikatan yang sah lagi. Terus-terang saya cakap, berdua-duaan macam ni jatuh hukum haram. Kalau awak rasa tak seronok dengan saya, awak pertimbangkan semula keputusan kita untuk berkahwin. Saya nak balik dulu. Awak fikirlah." Khadijah bertegas, demi prinsip dan janjinya kepada Yang Maha Agung. Dia mahukan hubungan yang bersih. Jadi dia tak mahu tercalit sedikit pun kelekaan yang tidak membawa makna apa-apa ini. Dia takut.

Khadijah terus beredar tanpa memandang wajah Ashraff.

Lelaki itu terpaku. Terperanjat dengan kata-kata Khadijah yang tepat mengenai batang hidungnya. Hendak dikejar, terasa lemah kepala lututnya. Dia tersedar akan keterlanjurannya yang terlalu mengikut kata hati. Terasa menyesal mengingatkan kembali luahan hatinya yang konon inginkan perhatian dan bermanja dengan Khadijah. Dia tersilap kali ini. Dia terlupa syarat Khadijah kepadanya pada awal perkenalan mereka. Dia terlupa Khadijah bukan gadis sembarangan. Nampak je releks dan selamba, jinak-jinak merpati. Dalam masa yang sama dia bersyukur kerana Khadijah masih kuat untuk mengingatkan dirinya yang terleka sebentar. Sesungguhnya dia bertuah dipertemukan dengan gadis seperti Khadijah.

Arghh! Aku kan dah janji nak jaga dia seumur hidup. Kenapa pula aku nak mencemarkan hubungan yang belum pun bermula? Kesal. Dia menyesal sungguh. Dia tak ingin kehilangan gadis itu. Tak keruan jadinya dek penangan cinta Khadijah!

Sementara Khadijah pula, dia memandu kereta dengan perasaan yang bercelaru. Ish, kenapa pula aku terasa nak minta maaf dengan mamat tu pulak? Bukan salah aku. Aduhai, apakah perasaan ini? Bukan cinta kan kalau benda ni tak betul? Dia harap Ashraff bermuhasabah diri. Begitu juga dengan dirinya.

Ya Allah, ampunkan aku. Aku janji takkan terleka lagi. Aku mohon keampunan dariMu. Engkau lindungilah aku dari perasaan nafsu yang bermain di hati ini. Jauhi aku dari zina hati. Aku mohon keberkatan dariMu dalam hubungan aku dengan Ashraff. Semoga Engkau lindungilah kami berdua dari nafsu masing-masing. Amin Ya Rabbal Alamin.

Nampaknya, malam ni aku perlu meluangkan masa bersama Tuhanku. Tenangkanlah hatiku, lapangkan dadaku ini. Semakin dekat nak kahwin, semakin banyak dugaan. Alhamdulillah. Syukur masih ada sedikit kesedaran dalam diri aku.


<bersambung>

Tuesday, September 18, 2012

Cinta...Again? (11)

"Ala, tak boleh ke kita jalan sama-sama? Ramai-ramai baru happening betul tak?" Terselit sedikit kecewa dengan cadangan bakal isterinya. Secara peribadi dia tak berpuas hati tapi kena kawal perasaan yang sedang membuak-buak. Ashraff mengetap bibirnya.

"Ashraff, barulah surprise betul tak? Seronok apa plan macam ni. Saya pergi beli hadiah dengan mak ayah Ashraff. Ashraff pula pergi dengan ibu saya dan Aimi. Dah siap beli semua barulah dikira hadiah surprise! Saiz ke apa jangan risau, ibu saya tahu taste saya macam mana." Khadijah tersenyum manis. Dia dapat menangkap ketidakpuasan hati Ashraff dengan cadangan mengejutnya. Walaupun En. Shamsul, Puan Ainna, Aimi dan ibunya sendiri bersetuju dengan ideanya, namun tidak bagi Ashraff. 

"Awak tak suka dengan idea saya?" Sengaja Khadijah bermain kata. Lelaki ni kena main psikologi juga. 

"Bukan, bukan saya tak suka. Em. Kalau tersalah beli barang yang tak sesuai dengan Dhija macam mana?" Uwaaa, tak mau berpisah! Nak jalan sama-sama dengan Dhija laa. Tak best langsung! Kata nak beli barang sama-sama. Menangis dalam hati je.

"Insya Allah, apa yang awak beli saya mesti terima dengan hati yang terbuka. Awakkan bakal suami saya," balas Khadijah, tenang. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Mengada-ngada la mamat ni. 

Ashraff kehabisan kata-kata. Hatinya sedikit sebanyak tersentuh dengan pujukan Khadijah. Amboi, manis betul mulut dia. Pandai berkata-kata. Yelah! Lepas kahwin saya takkan lepaskan awak. Memana kita kena pergi bersama-sama! Ish, apa aku meraban ni? Kenapa sikit-sikit aku nak terasa hati, jauh hati je kerjanya.

"Ashraff, jom ikut ibu." panggil Puan Ariani. Dia dapat mengesan keresahan hati anak muda itu. Tiga bulan aje nak kahwin, sabarlah. Tak ke mana Dhija tu, getus hati kecil Puan Ariani. "Aimi jom. Kita pilih sama-sama hadiah untuk Kak Dhija."

Ashraff tersenyum simpul. Dia mengerling ke arah Khadijah yang sudah bergerak bersama-sama kedua-dua orang tuanya. Tak pandang aku langsung! Eh, eh Assalamualaikum En. Ashraff. Yang kau emotional ni kenapa? Jagalah hatimu itu wahai En. Ashraff. Dhija tak lari ke mana pun. Jangan risau. Doa banyak-banyak. Jaga pandangan, jaga hati. Jangan berangan lebih-lebih. 

"Ashraff, tak lari ke mana Dhija tu," sindir Puan Ariani apabila dia melihat lelaki itu terpandang-pandang ke arah anak gadisnya. Benarlah apabila pasangan itu makin dekat nak berkahwin, makin kuat mereka diduga. Jauh di sudut hati Puan Ariani, dia bersyukur kerana Khadijah agak tegas dalam hal ini berbanding Ashraff yang banyak kali cuba mencari kesempatan untuk berhubung.

"Err, sorry ibu. He.He. Jom kita cari barang untuk Dhija. Emm, emm....pihak laki bagi tujuh dulang?" Tergagap-gagap Ashraff menyusun kata. Kantoi depan mak mentua malu you! Aimi tersengih-sengih memandang abangnya. Mujurlah tiga bulan aje tinggal. Kalau setahun lagi nak kahwin, tak ke kurus abangnya menahan kerinduan?? 

"Ya, tujuh dulang aje, perempuan bagi sembilan dulang. Dah ada idea nak bagi barang hantaran apa untuk Dhija?" Mereka berjalan perlahan-lahan menyusuri kedai-kedai di One Utama itu. Sambil melihat-lihat sekiranya ada apa-apa yang menarik hati.

Lelaki itu menyeluk sakunya, mengeluarkan sehelai kertas yang berlipat kemas. So, kita bagi tujuh dulang aje.... woh! Dekat dua puluh barang juga aku catit kat sini! Banyaknya hadiah aku berangan nak bagi. Emm.. emm camne nak pilih ni....

"Ibu, apa barang yang paling Dhija suka?" tanya Ashraff. Aimi melihat list yang ditulis oleh abangnya. Mak oi! Kaya betul abang aku ni ha.

"Dhija kalau shopping dia suka sangat beli handbag dan kasut. Dia tak pakai high heels. Mungkin kalau nak beli ala-ala sneakers perempuan tu dia minat juga. Tak pun design feminin tapi tak berapa tinggi. Charles & Keith favourite brand dia." jelas Puan Ariani.

"Emm, saya rasa nak hadiahkan dia sepersalinan baju kurung pahang. Saya tengok dia gemar betul dengan baju kurung pahang. Mungkin warna krim putih ada lace di hujung. Sempat lagi kan kita nak beli kain dan tempah jahit baju ni ibu?" 

"Insya Allah sempat. Okay, list banyak-banyak ni boleh potong. Pilih mana yang perlu, kemudian kita pergi cari hadiahnya." Puan Ariani tersenyum geli hati. Bagus, dia perasan kegemaran Khadijah terhadap baju kurung pahang.

"Abang, apa kata belikan kat Dhija kain telekung sembahyang dan sejadah yang cantik. Sebab hari tu Aimi dengar Dhija cakap tak perlu bagi Quran kat dia. Kalau nak bagi Quran, boleh ambil Quran kegemaran dia sekarang ni letak aje atas dulang." Cadang Aimi sambil tersenyum. Dia dah nampak kat mana nak beli telekung cotton penuh sulaman yang cantik dan selesa.

Selesai perbincangan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membaca directory! Hati Ashraff berbunga-bunga. Dia tak sabar nak bagi kejutan pada Khadijah yang tersayang. Dia berdoa agar Khadijah menyukai barang hantaran yang bakal dibelinya nanti. 



Selepas dua jam kemudian.....

Mereka berhenti rehat di Secret Recipe untuk menikmati mengisi perut yang mula berkeroncong. Lenguh-lenguh kaki berjalan. Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 1.30 tengahari. Orang ramai mula memenuhi ruang. Cuma Secret Recipe mereka sampai awal sikit aje, sempat mengambil tempat duduk. 

Kelihatan Ashraff memegang dua plastik besar. Borong banyak nampaknya mamat ni, bisik hati kecil Khadijah. Kelakar pun ada mengenangkan gelagat si Ashraff pagi tadi. Nak merajuk-rajuk pula dia.

"Dhija beli apa je?" tanya Ashraff, apabila dia melihat barang Khadijah tak begitu banyak berbanding dia.

"Rahsia." Bibir gadis itu mengukir senyuman manis, lucu melihatkan si Ashraff yang tak sabar-sabar. Aii, seram pulak aku dengan mamat ni. Tak menyabar!

"Ashraff mana boleh tengok apa kami beli. Nanti-nantilah, tunggu hari kahwin nanti. Insya Allah, confirm muat segala hadiah yang kami beli. Mak kan ada untuk check your size." sampuk En. Shamsul, sengaja nak mengusik Ashraff juga. Anak lelakinya sekadar tersengih malu. 

"Semua order. Lunch ni Ashraff belanja. Happy sangat hari ni! Barang kitorang dah banyak beli, tinggal satu benda lagi, tak de kat sini." Tersengih-sengih si Ashraff sambil menyelak menu. Ehem, nak makan apa ye.

"Amboi, happynya dia. Pagi tadi muncung panjang aje." Usik Aimi sambil ketawa. Mendengar kata-kata Aimi semua ketawa kecil Ashraff. Dia mencebik ke arah adiknya sambil mencubit pipi mulus Aimi.

"Pandai kenakan abang. Pagi tadi tu mana ada muncung. Orang relek je la." Argh! Malu aku! Si kecik ni pandai nak pekena aku depan Dhija ya. Dia memandang sekilas ke arah Dhija. Gadis itu ketawa kecil sambil menjelirkan lidah kepadanya. Wah comel amat! 

"Not bad juga, hari ni Ashraff dah beli hampir semua barang hantaran. Semangat betul dia ya Ariani?" tegur Puan Ainna apabila melihatkan barang-barang yang dibeli anaknya.

"Dialah paling gembira tadi Ainna. Saya naik lenguh kaki dok ikut dia. Sekejap sana sekejap sini. Cerewet pun ada. Dia nak beli apa yang nampak cantik dengan Dhija." jawab Puan Ariani. Hidangan yang dipesan tadi sudah tiba. Dia mula menggenggam garpu dan pisau untuk mula menikmati makanan yang terhidang lazat itu.

"Insya Allah, apa yang dipakai Dhija semuanya cantik di mata Ashraff." Tambah En. Shamsul. Sekali lagi mereka ketawa apabila melihat wajah Khadijah pula merona merah. Ashraff tersengih. Ye pakai apa pun cantik sayang.

"Ayah ni dok usik Dhija sangat. Tengok dia dah segan tu. Okay, kita rehat-rehat dulu, makan biar kenyang, lepas ni boleh solat dan bergerak pulang. Mesti dah penatkan dok berkejar dengan saya kan ibu? He.He. Barang lagi satu tu saya boleh beli lain kali. Ada masa lagi..." ujar Ashraff.

 Masing-masing bersetuju dengan pendapat Ashraff. Tambahan pula mereka berjalan dengan golongan 50-an. Jadi kenalah dipertimbangkan. Dua jam berjalan non stop kesian juga. Em, tak sabar nak beli barang special tu! Senyuman Ashraff semakin melebar.


<bersambung>


 

Cinta...Again? (10)

"Wow, kau memang nak buat satu majlis aje ke untuk dua-dua belah pihak?"

Khadijah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Matanya meneliti senarai yang ditulis oleh Ashraff semalam. Dia mengajak Azuwa untuk datang ke rumahnya, sama-sama membantu dia memikirkan apa yang patut disediakan. Sekurang-kurangnya, dah ada perancangan ringkas bolehlah dia berbincang dengan ibunya dan bakal keluarga mentua nanti.

"Aku nak upah kau jadi photographer aku boleh, Wawa?" tanya Khadijah.

"Eh, aku? Kau tak nak ambil profesional ke?"

"Em. Membazir. Lagi pun kau pandai ambil gambar. Aku akan bayar pada kau hari tu. Kiranya kau bagi segala softcopy kat aku nanti dan aku edit sendiri aje buat album."

"Wah, tak pe tak pe. Untuk album kahwin tu aku bagi buat dan hadiah kat kau. Kau bayar upah aku ambil gambar aje. Aku akan buat yang terbaik! He.He." Azuwa tersengih lebar. Terselit rasa bangga kerana dirinya dipilih sebagai jurugambar istimewa pada hari pernikahan kawan baiknya.

"Terbaik! Ehem, mak cik kau yang pandai menjahit tu.... aku ingat nak upah dia jahit baju nikah kitorang okay tak? Lawa gak sulam dan jahit manik dia mak cik kau tu. Aku minat nak buat baju kurung pahang putih untuk nikah.Tambah sulam atau lace hitam kat hujung lengan dan bawah baju kurung mesti cantik!" Terbayang-bayang baju kurung pahang idaman hatinya. Sejak dulu lagi dia berangan nak pakai kurung pahang putih jika ada rezeki untuk berkahwin. 

"Baju kurung pahang ek.... jarang-jarang orang pakai baju kurung tradisional sekarang ni. Selalunya baju kurung moden masa nikah. Boleh, mak cik aku tu memang tere jahit baju pengantin gak. Lagi tiga bulan wedding kau kan. Dah lepas raya so insya Allah mak cik aku banyak free." Azuwa segera menaip mesej kepada Mak Cik Tipahnya.

"Terima kasih.Aku hargai sangat kalau mak cik kau dapat jahitkan. Sekali la dengan baju Ashraff."

Azuwa ketawa kecil. Eceh sweet sangat bunyi 'baju Ashraff'! Khadijah merenung ke arah kawan baiknya dengan penuh tanda soal. Apa yang kelakar sangat? 

"So sweet.... baju Ashraff sekarang. Aku macam tak percaya kau dah nak kahwin. Dulu kemain relek habis macam dah tak nak kahwin dah aku tengok."

"Betul kata orang kan. Kalau dah sampai seru, jodoh tu dah ada. Sekejap aje. Senang aje nak buat keputusan dan terima orang tu. Em, kalau dah memang bukan jodoh, buat solat hajat, istikharah kita usaha camne pun, memang tak de jodoh juga sebab dia bukan untuk kita. Baru aku faham konsep bila kau dah jumpa jodoh tu, nak kahwin tu mudah je, tak de la dok lari-lari atau berat nak terima orang tu. Tapi, of course kena buat juga solat istikharah nak confirm dengan Allah, orang ni betul ke tidak." jelas Khadijah panjang lebar. Sesekali dia menulis sesuatu pada senarai perkahwinannya. Nanti nak pass kat Ashraff tengok pula sebelum berbincang dengan keluarga.

"Betul sangat kata si Tania. Kau yang dok sibuk single, kata nak kahwin 28 la, 30 la, tak kisah kalau jumpa jodoh kat syurga. Tup tup tahun ni jugak! Huii memang ajaib aturan Allah tu. Happy aku tengok kau gembira. Oh ye, boleh tengok list korang? Kot ada apa-apa perlu tambah." Pinta Azuwa. Khadijah menghulurkan kertas senarai sambil tersenyum.


Wedding List Ashraff & Dhija  (Ashraff tulis)

1.  Baju pengantin laki dan perempuan - tempah Mak Cik Tipah
2. Booking Tok Imam plus pilih tarikh
3. Check sijil kahwin ada lagi or not, if not pergi sama-sama kursus kahwin (YAY!) 
(Djiha punya ada.)
4. Mak andam Dhija
5. Barang hantaran laki dan perempuan (beli sama-sama!) kena bawa mak dan ibu
6. Tempah pelamin
7. Pakej catering
8. Tempah kad kahwin  - tempah dengan Aliff
9. Inform thru FB dua bulan sebelum
10. Cincin pengantin~  Dhija cincin merisik, tunang dan nikah 
11. Survey pakej dan Booking dewan -- Tabung Haji, Kelana Jaya
12. Pilih Door gift  - al-matsurat dan uncang
13. PA System untuk lagu-lagu  - muzik tanpa lagu okay
14. Geng kompang
15. Photographer  - Upah je Azuwa
16. Tentatif : Nikah pagi, majlis 2 petang lepas Zohor.


Tiba-tiba kedengaran bunyi ring tone telefon bimbit Azuwa. Tersentap jantung Khadijah apabila lagu Right Here Waiting For You yang berkumandang. Disangka bunyi alarm clock telefon bimbitnya. Azuwa segera menjawab panggilan tersebut apabila dia tersedar lagu itu membawa seribu memori kepada Khadijah. Namun, Khadijah maintain cool. 

"Sorry, tadi tu office mate aku call. Ah, Dhija sorry. Aku tak sengaja tukar lagu ni." Serba salah jadinya si Azuwa.

"Kenapa nak minta maaf pula? Lagi pun itu cerita lama. Aku dah lama terima cuma bila dengar lagu ni ke, ternampak benda yang dia minat tu adalah terusik sikit. Tapi tak membawa makna apa-apa. Jangan risau. Yang lama dilupakan, hargai yang di depan mata. Kau kan selalu cakap, cari lelaki yang sayang kita lebih." Balas Khadijah dengan lembut. Dia tidak mahu Azuwa berasa bersalah untuk perkara yang sia-sia. 

"Kau ada dengar cerita dia ke?" Soal Azuwa, arghhh sibuk aku ni!

Khadijah menggelengkan kepalanya. Entah dah kahwin ke belum mamat tu. Kad kahwin tak pernah sampai ke tangannya sejak berbulan lepas. Tak sanggup kot dia nak hantar?

"Camne list aku tu, ada penambahan?" tanya Khadijah, kembali ke topik sebenar.

"List ni semua dah okay. Aku rasa kita mulakan dulu. Tengah-tengah tu mesti ada macam-macam berubah punya." Cadang Azuwa sambil tersenyum.

Beep! Beep! Khadijah mengerling ke arah telefon bimbitnya. Dia membaca mesej yang baru diterima sejenak tadi. En. Ashraff kita rupanya.

Assalamualaikum, Dhija. Macam mana dengan list tu semua okay? Saya fikir weekend ni bolehlah kita mulakan apa-apa yang patut. Saya dah cakap dengan mak tentang plan kita nak buat satu majlis aje. Nampaknya mak dan ayah setuju. Bakal menantu favourite la katakan. He.He. -Ashraff

Waalaikummussalam, Ashraff. Insya Allah semua OK. Sabtu ni boleh juga. Rasanya tak de apa sangat. At least dah boleh plan nak buat konsep dan warna apa. Okay kita jumpa Sabtu ni, ajaklah mak,ayah dan Aimi sama. Salam. -Khadijah


Aduila! Cepatnya si Dhija ni bye bye. Aku nak mesej lagi. Adeh, tak pela. Sabar aje lagi tiga bulan. Kemaruk betul kau ni Ashraff. Mesti Dhija tahu kau saja je SMS dia tadi. Pada hal dah inform nak gather Sabtu ni. Rindu punya pasal. Argh, istighfar banyak-banyak. Ashraff menarik nafas dalam-dalam. Kemudian dia tersenyum. Insya Allah she's the right one for me! 
Sementara Khadijah pula, dia sememangnya dah tahu Ashraff ni sengaja mesej dia benda-benda macam tu. Dah tahu, tapi nak dua kali tanya. Solution, layan dengan sopan dan good night terus. Uish, kejam gak aku. He.He. Tak apa kata nak menjaga sebelum bernikah. Masa ni la dugaan macam-macam. Masa ni la nak ambil kesempatan berdua-duaan membeli-belah barang hantaran, berdua nak hantar baju, berdua nak tempah kek, berdua itu dan ini. 

Ah, minta dijauhkan! Ya Allah, teguhkanlah imanku. Aku hanyalah hambaMu yang lemah. Risau juga kalau terasyik dengan layanan Ashraff yang penuh kasih dan perhatian tu. Hati perempuankan pantang diberi perhatian dan diambil berat. Eh belum lagi! Lepas dah kahwin nanti, kau limpahlah segala kasih sayang kau tu Ashraff. Ha.Ha.

"Okay, Wawa. Make sure kau free Sabtu ni!"



<bersambung>

 

Wednesday, August 29, 2012

Cinta...Again? (9)


Dia menghulurkan dua helai kertas kajang yang telah dikepil kemas kepada Ashraff. Lelaki itu menyambut dengan senyuman sambil memandang wajahnya sekilas. Matanya menatap isi kandungan kertas itu.

"Perkahwinan Cik Cinderella?" Ashraff merenung tajuk utama cerpen itu.

"Saya suka cerpen ni. Saya jumpa kat iluvislam.com. Harap awak dapat baca sebelum kita plan perkahwinan kita nanti. Saya mahukan majlis perkahwinan yang diredhai Allah dan malaikat menjadi pengapit kita," terang Khadijah, ringkas tapi mendalam maksudnya.

Ashraff tersenyum memandang Khadijah. Pertemuan pada petang itu di rumah Khadijah digunakan sebaik mungkin untuk menatap wajah tenang gadis itu. Kalau dilihat secara kasar, Khadijah kelihatan seperti seorang yang selamba dan ringkas serta tidak begitu mempedulikan sekelilingnya. Pertama kali kenal mungkin orang akan kata dia bukanlah seorang yang lemah lembut dan berhati keras. Dirinya yang sebenar berlawanan dengan imej yang ditampilkan.

"Terima kasih. Saya pun nakkan perkahwinan kita ni direstui parents dan juga mendapat redha Allah. Saya serius pada awak. Insya Allah, saya akan sedaya upaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, mendidik, menjaga dan menyayangi awak sehingga ke akhir hayat." Senyuman lebar terukir pada wajah lelaki itu. Khadijah mencebik.

"Apa awak meraban ni. Belum masanya lagi nak bermadah dengan saya okay. Don't cross the line." Tegas Khadijah namun dia masih menguntumkan senyuman manisnya. Lucu mendengar kata-kata puitis lelaki itu. Kemaruk nak kahwin le tu.

"Ops! Sorry, sorry. Tengah feeling pulak tadi."

Kelihatan Puan Ariani menghampiri mereka sambil tersenyum. Baru sudah menunaikan solat Asar. Dia duduk di berhadapan dengan Ashraff, bersebelahan dengan anak tunggalnya.

"Ashraff, macam mana mak dan ayah? Sihat ke?" Puan Ariani berbasa-basi.

"Alhamdulillah sihat. Hari ni mak, ayah dan Aimi pergi rumah saudara sebelah mak. Ada makan-makan. Ashraff sajalah nak datang sini, minta excuse he he." Matanya melirik ke arah Khadijah sambil ketawa kecil. Amboi, kemain dia! Depan mak pun selamba, getus hati kecil Khadijah sambil mengetapkan bibirnya.

"Alang-alang dah datang ni, bolehlah bincang sikit-sikit macam mana korang dua nak plan wedding ni, nak tempah kad ke, baju pengantin semua macam mana. Wedding pun tiga bulan lagi, dah tak lama dah." Cadang Puan Ariani. Berdebar-debar dada Khadijah mendengar kata-kata ibunya. Tiga bulan, sangat sekejap! Tiga bulan kemudian dia akan bergelar isteri kepada lelaki ini. Seluruh hidupnya akan dikongsi bersama lelaki ini. Bahunya terasa berat mengingatkan tanggungjawab yang bakal digalas. Bersediakah dia? Insya Allah bersedia....

"Saya fikir kita buat simple aje Auntie. Saya faham, Dhija anak tunggal Auntie. Saya pun tak tahu macam mana tanggapan mak dan ayah sebab saya anak sulung family. Biar saya berterus-terang saja. Saya mengharapkan keredhaan dan keberkatan dari Allah dalam perkahwinan kami. Jadi, tak perlu mahal-mahal dengan benda-benda yang tidak perlu. Insya Allah, walimatul urus wajib diadakan. Em, selebihnya nak dengar pendapat Dhija juga." jelas Ashraff. Memang itulah apa yang difikirkan sejak dulu lagi.

"Em, ibu. Dhija fikir kita buat satu majlis saja, gabung sebelah lelaki dan perempuan. Bukanlah Dhija nak buang adat, tapi Dhija rasa ini lebih baik dan lebih meriah ibu. Kalau nak buat juga ikut family, mungkin Dhija nak buat dengan keluarga terdekat saja." Terang Khadijah sambil memandang wajah ibunya.

Puan Ariani sekadar tersenyum mendengar cadangan kedua-dua anak dan menantunya. Dia tak kisah majlis sederhana pun asalkan Khadijah berbahagia bersama Ashraff. Asalkan Ashraff dapat menjaga anak gadisnya dengan baik. Dia bersyukur Ashraff bakal menjadi menantunya. Lelaki itu memang tahu adab sopan dan menghormati orang tua. 

"Dhija, jom kita list out apa yang perlu kita buat untuk wedding ni. At least boleh nampak apa yang perlu dan tak perlu kita buat nanti betul tak?" ujar Ashraff gembira. Sengaja dia mencari peluang untuk berlama-lama dengan Khadijah. Tak pe! Ibu Khadijah ada, bukan aku nak mengada pun tapi nak discuss wedding kita bersama. 

"Okay, list out aje. Further discussion selepas awak baca cerpen tu ya?" Tegas Khadijah. Puan Ariani di sebelah sekadar memerhati gelagat anak-anak muda ini sambil tersenyum.


Wedding List Ashraff & Dhija  (Ashraff tulis)

1.  Baju pengantin laki dan perempuan
2. Booking Tok Imam plus pilih tarikh
3. Check sijil kahwin ada lagi or not, if not pergi sama-sama kursus kahwin (YAY!) 
4. Mak andam Dhija
5. Barang hantaran laki dan perempuan (beli sama-sama!)
6. Tempah pelamin
7. Pakej catering
8. Tempah kad kahwin
9. Inform thru FB dua bulan sebelum
10. Cincin pengantin~  Dhija cincin merisik, tunang dan nikah 
11. Survey pakej dan Booking dewan
12. Pilih Door gift
13. PA System untuk lagu-lagu
14. Geng kompang
15. Photographer


"Rasa macam banyak lagi benda tak tulis, tapi tak terfikir apa," gumam Ashraff sambil berkerut dahinya.

"Ini first time kita buat, maybe tak terlintas la. List ni biar saya yang simpan, ada benda nak amend kat sini dan ada yang perlu ditambah. Kena relek sikit baru dapat tengok apa lagi yang kita perlu." kata Khadijah sambil memandang Ashraff sekilas. Ashraff menganggukkan kepalanya tanda setuju. Ingatkan senang nak buat list kahwin, payah juga ni. 

"Jangan risau, kita ada banyak masa nak fikir. Yang penting biar tenang baru fikir. Jangan nak gopoh siapkan semua ni, ambil je masa. Kalau tak sempat tiga bulan, postpone aje empat, lima bulan," Puan Ariani mencelah apabila melihat kedua-dua anak dan menantunya itu seperti kebuntuan idea. Dua-dua pun baru pertama kali. Ada juga dia memberi idea apa yang perlu diberi perhatian. Dia dapat melihat kesungguhan dan keriangan Ashraff, bukan main excited lagi dia dengan perkahwinan ini. 

"Betul Auntie. Em tapi dah elok sangat masa tiga bulan ni ha. Okaylah Auntie, saya rasa saya beransur dulu. Kat rumah brainstorm lagi! Hehe. Okay Dhija, jumpa lagi ya." Tersengih-sengih Ashraff, matanya tepat ke wajah Khadijah. Ai Auntie, tak setuju saya kalau nak postpone empat lima bulan lagi. Tiga bulan ni pun terasa lama Auntie! 

Khadijah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Insya Allah jumpa lagi.


<bersambung>


Thursday, July 12, 2012

Cinta ...Again? (8)


"Dia on the way dah, katanya nak join lunch dengan kita bertiga." 

"Dia tahu ke aku ada kat sini?" tanya Khadijah. Hatinya tak keruan apabila Amin memberitahu  bahawa lelaki itu akan makan tengah hari bersama mereka pada ketika itu. Dari KL sanggup dia datang nak makan sama? Tak pe ke aku ada sekali?

"Lama lagi ke dia sampai?" Munirah mencelah.

"Kejap lagi mungkin. Kita order dulu," ajak Amin sambil tersenyum.

Khadijah bagaikan tidak percaya. Hatinya ingin bertemu dengan lelaki itu tetapi dalam masa yang sama dia berada di dalam ketidakpastian. Apa yang perlu diperkatakan nanti? Nak buat selamba aje ke atau macam mana? 

"Assalamualaikum korang..."

Suara dia, memang suara dia! Khadijah segera berpaling. Tetapi, dia sekadar melihat bayangan lelaki itu. Tidak jelas. Namun, suara itu terasakan dekat di telinganya. Dadanya berdebar-debar. 

Kedengaran melodi lagu Right Here Waiting For You memecah suasana. Khadijah perlahan-lahan membuka matanya. Dia tidak berketik, cuba untuk mengingati mimpinya sebentar tadi. Suara lelaki itu sangat jelas di pendengarannya. Dia yakin suara itu kepunyaannya. Debaran di dadanya masih terasa. Khadijah membalikkan tubuhnya ke kanan sambil beristighfar. Selimut di kaki ditariknya menutupi hingga ke lutut. Terasa sejuk pula kipasnya yang berputar pada kelajuan sederhana itu.

Kenapa aku mimpi dia pula ni. Masa aku tak nak ingat, masa tu la dia nak mimpi, getus hati kecil Khadijah. Dia cuba memejam kembali matanya, tetapi matanya terasa segar sekali. Penangan bermimpikan senyuman menawannya. Handphone dicapainya, unlock dan Khadijah menatap jam yang terpapar di skrin. Hampir Subuh! Bangun ajelah. 

Khadijah bingkas bangun dan mencuci muka dan menggosok gigi. Seusai itu, segera dia berwuduk. Kesejukan air di waktu pagi menyegarkan matanya. Kemudian, sejadah dibentangkan. Walaupun azan Subuh masih belum berkumandang, niat di hati mahu melaksanakan solat sunat hajat. Dia menginginkan satu kepastian, satu jawapan yang jelas dan keyakinan untuk membuat keputusan. Keputusan yang terpenting dalam hidupnya....



Ashraff sedang membaca surat khabar apabila dirinya disapa oleh seseorang. Sekali salam masih tiada jawapan, dua kali salam baru si Ashraff ni tersedar. Kusyuk betul baca surat khabar. Dia menjawab salam sambil tersenyum panjang. 

"Lama tak datang?" soal Ashraff sambili melipat surat khabarnya. 

"Aku busy sikit. Tiap kali nak datang ada je benda nak buat. Badan pun penat sikit lately. Kau apa kabar? Aku dengar ada berita baik dari Auntie." Faisal tersenyum-senyum memandang sepupunya yang kini diulit cahaya kebahagiaan.

"Emm, berita apa yang baiknya? Belum confirm apa-apa lagi ha," balas Ashraff sambil tersengih. Soalan daripada Faisal menggembirakan hatinya. Ai, inikah cinta?

"First time aku tengok kau berbunga-bunga cinta ni Ashraff oi. Selama ni membeku je bila bercerita bab perempuan. Siapa nama gadis pilihan hati tu ye? Kenalkan kat aku!"

"Sabar. Biar dia jadi dengan aku dulu, baru aku kenalkan kat kau. Ini kalau aku je bagai nak rak, dia tak berminat dengan aku buat apa nak cerita. Segan aih aku."

"Apa maksud kau dia tak minat kau pula? Bukan korang dah setuju ke? Ini apa yang aku faham dari cerita Auntie." Faisal keliru.

"Mak dan ayah dah suka benar kat dia ni. Ikut hati mak nak langsung terus je. Setiap hari ada je benda nak dikaitkan dengan Dhija ni. Dhija pun sekali-sekala memang ada datang jenguk mak sambil bawa buah tangan. Lagi pun dah lama mak tunggu aku naik pelamin ni ha. Sekali aku jumpa memang mak pun berkenan sekali, Alhamdulillah. Tunggu jawapan dari pihak Dhija aje." Terang Ashraff penuh keceriaan. Memang boleh nampak cahaya kebahagiaan pada wajah lelaki itu.

Tersengih lebar Faisal memandang muka Ashraff. Memang tidak dinafikan lagi, lelaki ini benar-benar mencintai gadis tu. Cinta pertama Ashraff? 

"Dhija ye namanya? Amboi manja betul bunyi." Usik Faisal sambil ketawa kecil. Aku betul-betul nak tahu siapa gadis tu! Bukan senang nak pikat Ashraff ni. Walaupun dah beberapa orang aku cuba nak kenalkan dengan Ashraff tapi semua dia tak layan. Bila hati dah tak minat, tak perlu nak dipaksa. Siapa gadis yang bertuah tu? "Apa-apa pun, aku gembira tengok kau bahagia. Insya Allah korang berdua ada jodoh." 

"Insya Allah. Itulah yang aku doakan selalu. Asyik kerja je kan, ni dah sampai masa aku settle down dan mencari kebahagian bersama insan tersayang. He.He. Kau tu bila pula? Macam mana dengan girl yang kau cerita kat aku tu?" soal Ashraff.

Faisal sekadar tersenyum. Dia tidak segera menjawab pertanyan Ashraff. Kemudian, dia menghela nafas panjang. 

"Orang tu dah ada yang punya. Dia kata dia anggap aku sebagai seorang kawan saja. Kecewa tu adalah sikit tapi aku dah boleh terima benda ni. Takkan kita nak paksa orang yang tak suka kita."

"Insya Allah ada seseorang untuk kau nanti. Adatlah tu dunia bercinta. Tak semua cinta boleh kita dapat." Pujuk Ashraff apabila dia menghidu kekecewaan yang masih bersisa dari nada suara sepupunya itu.

"Ashraff!" 

"Ya mak?" Kedengaran sayup-sayup suara Puan Ainna. Ashraff bingkas bangun sambil mengajak Faisal mengekorinya sekali. Mak mungkin di dapur. "Ada apa mak?" 

"Mak ada good news untuk Ashraff." Wajah Puan Ainna berseri sekali. Suaranya juga kedengaran ceria dan bersemangat. Dia tidak menyangka hari ni mereka mendapat berita yang menggembirakan. 

Ashraff menunggu kata-kata seterusnya dari Puan Ainna dengan sabar. Good news? Apa ya? Happy betul aku tengok mak ni. Faisal di sebelah juga menjadi tidak sabar apabila melihatkan kegembiraan Puan Ainna yang luar biasa itu. Jarang aku tengok Auntie ni happy lain macam. 

"Alhamdulillah, tadi ibu Khadijah call mak. Dorang nak discuss tarikh bertunang sekali nikah terus."

Sejurus mendengar kata-kata maknya, Ashraff dengan penuh kesyukuran bersujud syukur di situ juga. Dia tidak henti-henti memuji dan memanjatkan rasa syukurnya kepada Allah Taala. Dadanya berdebar kencang. Dia dapat merasakan bahawa Allah sentiasa mendengar setiap doa tulusnya. Kemudian, dia terus memeluk Puan Ainna dengan erat. 

"Syukur, Ashraff tak tahu nak cakap apa selain bersyukur kepada Allah mak. Tak sangka Dhija terima Ashraff. Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati Dhija untuk Ashraff."

Puan Ainna mengangguk setuju. Dia mengusap bahu Ashraff sambil tersenyum. Alhamdulillah. Pertama kali dia berjumpa Khadijah pun, dia sudah jatuh sayang pada gadis itu. Entah kenapa tetapi dia rasa selesa dengan Khadijah. Tutur bicara yang lembut dan penuh hormat kepada orang tua, membuatkan dia tertarik dan menyayangi gadis itu dengan semula jadinya.

"Tahniah Ashraff. Tak lama dah aku nak makan nasi minyak kau ni. Tak sabar aku nak kenal dengan bakal isteri kau tu." Sampuk Faisal sambil menepuk-nepuk bahu Ashraff. Dia kagum dengan Ashraff. Dalam masa yang sama dia juga berharap untuk ditemukan dengan jodoh yang sesuai untuk dirinya. 

"Ashraff, weekend ni mak dah jemput Auntie Ariani dan Dhija makan tengah hari bersama dan sambil tu untuk berbincang majlis nikah. Nanti beritahulah Aimi ya. Mak belum cakap dengan Aimi lagi ni. Dia keluar dengan kawan hari ni." 

"Baik mak. Nanti Ashraff gitau adik. Rasa macam mimpi!" Ashraff mencubit pipinya. Memang dia rasa macam mimpi! Gembira sekali!

"Bukan mimpi dah ni, realiti tak lama lagi kau akan kahwin! Gigit jari la semua peminat kau nanti." Faisal mencelah. Seronoknya dia. Kemain lagi. Aku doakan kau bahagia, insya Allah. Lucu tengok Ashraff macam ni. Faisal tergelak kecil. 



<bersambung>