Jom lihat!

Monday, January 30, 2012

Oh, Just Married !





<Cantiknya gown you! Waaah! Mana you tempah?> 24 LIKE.

<Wow, really love this picture, who's the photographer?> 55 LIKE.

<Romantic betul you all ni, ambik katne gambar ni?> 76 LIKE.


Fifi tersenyum bangga. Dia suka membaca komen-komen dari kawan-kawannya tentang gambar-gambar kahwinnya yang baru diupload tiga hari yang lepas. Fifi baru sahaja berkahwin dan kini mereka berdua merancang untuk honeymoon selama seminggu. Tak jauh pun, sekadar ke Cameron Highlands sahaja, ala-ala Nora Elena gitu. Itu pun tiga hari aje kat sana, the baki cuti tu spend time kat rumah baru mereka.

Album kahwinnya di Facebook memuatkan 128 gambar perkahwinannya. Sememangnya semua gambarnya sangat cantik. Dia mengupah salah seorang kawan lelakinya yang bekerja sebagai part time photographer. Semuanya lawa! Fifi juga suka untuk browse gambar-gambarnya berkali-kali. Memang trend zaman sekarang, majlis bertunang dan perkahwinan sudah menjadi satu kemestian untuk mengambil seorang dua photographer profesional, merakamkan detik-detik manis dan bersejarah itu untuk kenangan.

"Dear, amboi kusyuknya ngadap laptop. Dah packing semua barang? Nanti ada aje yang tertinggal. Nak gi Cameron aje pun, bukan dekat kalau tertinggal barang," tegur suaminya, Fazrael.

"Eh, ada sikit lagi Fifi nak kemas. My toiletries belum organize lagi."

"Dear, upload gambar apa?" 

"Just our pictures. Semalam kita dinner kat luar kan." Excited aje muka Fifi ni. Maklumlah, newly weds yang tengah bahagia dan penuh dengan bola-bola cinta.

Fazrael tidak begitu berminat dengan Facebook. Dia maintain Facebook pun sebab nak keep in touch dengan kawan-kawan lama aje. Nak duduk mengadap macam ni, upload gambar, surf sana, komen sana sini tu dia tiada masa. Dia merasakan sangat membuang masa. Lain pula dengan isteri kesayangannya yang sangat addicted dengan Facebook. 

"I hope you'll be selective, Dear. Don't simply upload any picture okay? Dah, please hurry and get your things done," ujar Fazrael sambil mengusap kepala Fifi. "Jangan buat I jealous dengan lappie you tu pulak."

"Okay, okay! Fifi shut down sekarang. Hehe. Sorry Sayang! Jom kita kemas. Ala, kita ada seminggu nak spend time together kan? 24/7!" Whopss, warning ke tu? Hehe. Tersengih Fifi dan segera mengklik button shut down. Segera dia berkemas selepas menerima 'amaran kecil' dari CEO.


Cameron Highlands....

"Wah, cantiknya. Fifi suka sangat resort ni, Sayang!" Senyuman lebar terukir di wajah mulus Fifi tatkala dia melangkah masuk ke Studio Suite di Strawberry Park Resort itu. Cantik dan selesa! 

Sure mahal ni, getus hati kecil Fifi. Di apartment tu, terdapat satu bilik tidur with queen bed, ruang makan, sofa, meja tulis, dressing table, televisyen dan bar mini beserta peti sejuk untuk mereka menyediakan minuman. Tingkap bilik tidur mereka pula mengadap landskap resort yang cantik dengan pelbagai tumbuhan dan bunga berwarna-warni. 

"Sayang, best sangat! Lepak bilik aje pun Fifi okay je. Thanks Sayang." 

Fazrael ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Ai, lepak bilik aje?

"Dear, if nak lepak bilik kat rumah baru kita tu pun boleh. Datang sini kita kenalah spend time kat luar sama-sama. Kata nak create beautiful memories." Fazrael tersenyum. Sengaja dia menempah resort yang agak terpencil tetapi ekslusif yang dikelilingi alam semula jadi gitu. Special untuk honeymoon dorang berdua. Tak mainlah budget hotel or cheap inn. Zaman bujang tu dah berlalu. Sekali sekala dia berbelanja lebih, apa salahnya.  

"On the way nak datang ke resort ni tadi ada strawberry farm. Kasimanis kot namanya? Jom kita ke situ dulu petang ni nak?" Bersinar-sinar mata Fifi, sudah terbayang buah-buah strawberry yang merah dan sedap. Err, sebenarnya strawberry Malaysia ni banyak yang masam kalau nak diikutkan. Ehek.
"Sure. Oh yes, now dah pukul 3.30 petang. Jom kita solat berjemaah dulu." 

"Oh kejap kejap. Fifi nak ambik gambar kita berdua." Dia menarik tangan Fazrael mendekati tingkap yang terbuka luas. Dengan manja dia bersandar pada Fazrael dan Fazrael spontan memeluk pinggangnya. 

"Sangatlah gaya Korea Fifi ni kan." Fazrael tersengih lucu apabila melihat isterinya menangkap gambar mereka berdua dari pandangan atas. 

"Barulah nampak ilusi kurus tau!" balas Fifi sambil jari jemarinya laju menekan keypad handphonenya. Apa lagi, upload Facebook la dengan caption, "Honeymoon di Cameron Highlands".

Sepanjang mereka berdua di Cameron Highlands, banyaklah gambar kenangan yang diambil di mana-mana saja. Kadang-kadang, Fifi akan meminta bantuan dari orang lain untuk mengambil gambar mereka berdua. Tak pun self capture pun boleh. Expert sudah. Gembira sungguh Fifi di samping suami kesayangan. Macam ni rupanya kehidupan selepas berkahwin, happy sangat! Tambahan pula Fazrael memang jenis caring dan sweet, memandangkan suaminya lebih tua lima tahun daripadanya. Jadi, Fazrael lebih matang dan cool dalam mengendalikan situasi berbanding Fifi yang kekadang excited over dose, atau lebih tepat banyak emosional dari rasional.


"Aiseh, nak kena balik dah ke? Cepat betul tiga hari ni kan? Fifi rasa nak duduk seminggu kat sini. Dah la resort ni sangat best! Paling penting cantik dan selesa." 

"Lain kali kita datang sini lagi. Tapi, cuba resort lain pula la. Camne dengan strawberry semua Fifi dah habis makan? Nak bawa turun karang tak sedap pula." Lelaki itu pantas mengemas baju-baju dan barang-barang ke dalam beg sandangnya. Pukul 12 dah kena check out. Orang kaunter siap call untuk remind check out time. Boleh pulak camtu? Katanya, resort heavy load minggu ni kerana ada program dari Kementerian Pelajaran Tinggi.

"Emm, dah makan tadi...." Fokus Fifi kembali kepada handphone HTC kesayangannya. Slides gambar-gambar kenangannya bersama Fazrael yang dirakamnya di Cameron Highlands ditekannya. Suka dia melihat gambar Fazrael tersenyum tu.

"Dear, I ada depan mata pun you tetap belek handphone you tu kan." Perli Fazrael sambil menarik muka empat belas.

"Fifi tengok gambar Sayang la ni. Bukan buat apa pun. Ala Sayanggg...!" Segera Fifi melompat ke sebelah Fazrael yang masih berkemas. Barang-barang Fifi masih ada separuh belum bersiap. Lengan Fazrael dipeluk erat. 

"Ish Fifi ni, apa yang bestnya tengok gambar I tu. Bukan boleh buat apa pun. Eh, cepat sikit kemas tu. Kang ada pak guard datang halau. I tak tahu. Tinggal Fifi aje kat sini." Pipi Fifi yang gebu itu dicubitnya manja. Gadis itu tersengih manja. Banyak betul arahan yang kena dikeluarkan baru si Fifi ni nak bergerak. Dah macam mandur aku ni, bisik hati kecil Fazrael. Tapi Fifi ni lucu kot! 



Ends of Honeymoon....


"Sweet gila aku tengok gambar ko dan hubby ko tu!" ujar Hartina, kawan sepejabat Fifi. 

"Kau pun kahwinlah cepat. Best tau ada orang ambik berat," balas Fifi sambil tersenyum bahagia. Putaran imej mereka di Cameron Highlands bermain-main di kepalanya. 

"Ko ingat senang nak kahwin? Kalau sesenang cari lelaki macam pilih ikan kat pasar tu no hal. Ini macam-macam karenah tau. Ish, tapi memang suka aku tengok korang dua ni. Comel betul." tambah Hartina lagi.

Tiba-tiba, handphone Fifi berbunyi menandakan SMS diterima. Dia segera melihat nama si penghantar. Salah seorang dari kawan-kawannya juga tapi tidak begitu rapatlah.


-Salam Fifi. Apa khabar? Minta maaf menganggu. Sebenarnya dah lama aku nak gitau ko, memandangkan ko kawan aku. Kalau boleh, gambar-gambar ko dan suami yang macam peluk dan kiss tu, tak sesuai upload di Facebook. Sepatutnya benda-benda ni jadi private antara korang berdua aje. Walaupun ko dah berkahwin, tak berapa eloklah orang tengok gambar camni, nanti apa pula dorang fikir. Aku harap ko faham apa yang aku gitau ni ya. =) - 


Tersentak Fifi seketika. Entah kenapa dia tidak dapat menerima teguran dari kawannya yang sorang itu. SMS itu dibiarkan tanpa berbalas. Hatinya sebal tak pasal. Ala dia ni! Aku dah kahwin, so green light la kalau nak buat apa pun. Dia tak kahwin lagi apa dia tahu, getus hati kecil Fifi. Marah. 

"Eh ko kenapa tiba-tiba nampak tensen aje ni?" tegur Hartina.

"Hmm, ada kawan aku sound aku upload gambar-gambar aku dengan Fazrael." jawab Fifi, bengang.

"Apehal pulak dia nak sound ko? Korangkan dah kahwin?" Suara Hartina beremosi tiba-tiba. 

"Jealous kot. Dia tak kahwin lagi. Dah la malas nak panjangkan. Aku tak reply pun." Fifi mengetap bibir. Dia tidak menerangkan kandungan sebenar SMS tu kepada Hartina. Eh, apsal aku geram ni. Lantaklah dia. 


Petang tu, Fazrael sudah menunggu Fifi di depan entrace bangunan tempat kerjanya. Kebetulan keretanya tak dapat start pagi tadi, jadi dia meminta Fazrael untuk menghantar dan mengambilnya pada hari ini. Perasaan sebalnya masih bersisa dek SMS kawannya yang sorang tu. 

"Dear, camne kerja hari ni? Okay?" tanya Fazrael selepas Fifi bersalaman dan mencium tangannya.

"Okay je." Mendatar suara Fifi. 

"But why I don't see my sunshine here?" Fazrael tersenyum sambil memandang isterinya sekilas. Hyundai Sonata hitamnya meluncur perlahan keluar dari perkarangan pintu masuk utama.

"Tak tahu whether I should tell you this or not." 

"Spill." Tangan Fifi dicapainya lembut. Dia tahu ada sesuatu yang dipendam oleh Fifi. Dia sabar menanti luahan rasa daripada isterinya.

Akhirnya, Fifi menceritakan segala-galanya tentang SMS yang diterima pada tengahari tadi. Memang makan dalam betul. Dia rasa tidak patut kawannya cakap dia macam tu sebab dia dah berkahwin. Panjang jugalah bebelan Fifi tadi. Fazrael sekadar mendengar sambil mengangguk dan sesekali dia menggenggam jari jemari isterinya. 

"Okay Dear, you know how much I love you right. Sampai rumah, you wash up everything. We'll have our dinner first then we'll talk about it. Ni Fifi tengah hot ni, hopefully the cold shower helps you to cool off a bit." Pujuk Fazrael. Fifi mencebik sedikit. "Nak masak apa for our dinner?" 

"I think tenggiri asam pedas and kangkung goreng will do. Cepat aje nak buat."


After dinner....

"Dear, feels better now?" Fazrael melabuhkan punggungnya di sebelah Fifi. Dia meletakkan Samsung Tablet di atas ribanya. Tangannya laju menekan-nekan touch screen. 

"Okay dah. Lagi pun benda tu tak penting pun. Malaslah Fifi nak ambik port." Kepalanya disandarkan pada bahu Fazrael, manja. Buletin Utama di TV 3 dipandang kosong. Tak de input yang masuk pun. Hari ni dia terasa sedikit penat. Penat beremosi kut. 

"Sayang nak tunjuk something pada my Dearest." Skrin tablet dihalakan kepada Fifi. Fifi memegang hujung tablet dengan tangan kanannya. Dia terkejut apabila melihat gambarnya bersama Fazrael.....dalam blog orang lain! 

"Eh, apsal gambar kita ada kat sini?" Tablet tadi diambil dari Fazrael. Setiap perkataan yang tertera dalam blog post itu dibacanya. Ringkas dan padat, tapi panas dan tajam. "Apa orang ni tulis?? Mana boleh! Jahat gile guna gambar kita camni!"

Fifi memandang muka Fazrael. Lelaki itu tidak beriak. Dia sekadar menguntumkan senyuman biasa, tiada kemesraan di situ. Oppss, adakah aku bakal kena tembak?! Tapi...tapi kenapa? 

"I guess this is my fault too for not taking note of what you're doing." Fazrael mengeluh. "Fifi, listen here. Biar I habiskan dulu apa yang I nak sampaikan ya. Please." 

"Uh...Fifi dengar." Dadanya berdebar kencang. Serious cuak gile! Tak pernah dia tengok Fazrael muka serius camni. Itu pun dia control lagi tu. 

"I setuju dengan SMS from your friend this evening. 120% betul apa yang dia cakap. This is what I meant when I told you to be selective in what you're uploading. Not all pictures can be show off. Betul. These pictures sepatutnya something yang very private. Masa I tengah peluk you, kiss you. Moreover, you're wearing tudung Dear." Fazrael mengusap kepala Fifi. Gadis itu mengetap bibir. "I minta maaf sebab tak monitor your Facebook. Fifi dah jadi tanggungjawab I sekarang. I minta maaf sebab tak tegur and tell you that you should not upload gambar-gambar kita yang sebegitu. Melainkan gambar tu sopan."

"Tapi Sayang, kita kan dah kahwin?" soal Fifi sambil merenung tepat ke mata Fazrael. 

"True. Kita dah kahwin. Tapi, semua ni adalah rahsia kita Fifi. Orang lain tak perlu tahu apa yang kita buat pun. Sebagai contoh yang terdekat, gambar kita tu dah disalah guna oleh blogger tadi. Malukan? The readers bukannya kenal dan tahu kita dah kahwin. Ini pun one of my friend yang gitau. He's quite shocked. I pun sekarang tengah cuba nak contact blogger tu, minta dia delete."

"Then, dia tak de hak nak curi gambar kita! He didn't ask our permission to do so." 

Muka Fifi dan mula mencuka. Fazrael memeluk bahu isterinya erat, tanda memujuk. Cool down please. 

"Facebook is meant for a public. Right Dear? Hmm personally, tak de isu mencuri gambar di Facebook kalau kita secara terang-terang dah upload gambar tu kan? Kalau kita tak nak orang curi barang kita, tak perlulah kita tayang. Betul tak? Simpan ajelah tak perlu upload. Melainkan kita letak nota with caps lock, cakap kalau nak gambar ni, mintak permission tuan album dulu. Dah barang tu free for public, orang ambik ajelah. That's why my Facebook I letak gambar kita dua kahwin aje. Tujuan I to inform others that Fifi is my dearest wife." 

Fifi diam. Menunggu kata-kata seterusnya.

"Mulai hari ni, I minta Fifi remove semua gambar-gambar kita kat Facebook. Boleh Dear? Letak gambar kita berdua yang sopan ajelah. Tak payah banyak-banyak okay? Em, tak letak pun lagi baik sebenarnya. You know how much I love you kan? Dan I tahu I'm the only one for you. Tak perlu kita cerita pada orang lain. Okay Dear? Setuju tak?" Fazrael tersengih sambil mencubit pipi Fifi. Gadis itu mencebik.

"Oh yes, lagi satu before I forget. Fifi, status Facebook pun jaga-jaga sikit. Jangan write something yang mengatakan I out station or whatever shows that you're alone di rumah ni. Dangerous, kalau-kalau ada orang lain yang berniat jahat, datang kacau Fifi. I sayang sangat Fifi Dear." 

Fifi sekadar mengangguk sambil tersenyum simpul.

"Uh Sayang...." 

"Em?" 

"Fifi minta maaf. Fifi minta ampun. My fault. Really....jujurnya Fifi happy sangat kita kahwin. Alhamdulillah. Mungkin sebab excited sangat so Fifi tak terfikir semua ni. Maafkan Fifi." Fifi memeluk Fazrael. 

"I pun terlepas pandang. It's okay. Jadikan pengalaman ye. Kita sama-sama belajar. Salah silap sama-sama tegur." Fazrael diam seketika. "Fifi. Islam itu indah. Islam mengajar umatnya untuk bersederhana dalam semua perkara. Walaupun kita dah kahwin, tapi cuba fikir, elok ke kalau kita bermesraan lebih-lebih di khalayak ramai? Tak manis bukan? Dan ianya sepatutnya menjadi rahsia antara kita, orang lain tak leh tengok. Hmm, I guess we need to learn a lot about agama kan? Kena pergi kelas ni."

Fifi ketawa kecil. Fazrael tersenyum lega melihat isterinya dah ceria kembali. Nak beri nasihat kat isteri pun kena ada caranya. Oh, inikah tanggungjawab yang sebenarnya. Marriage is not about honeymoon at all. Marriage is commitment, responsibility and definitely love. Kebahagiaan setiap perkahwinan terletak pada seteguh mana kita mengamalkan Islam dalam membentuk asas perkahwinan itu. 

"Sayang, Fifi dah delete semua gambar kita. Fifi letak gambar nikah aje. Penuh kesantunan tau!" Sambil menunjukkan tablet yang terpapar web Facebooknya.

"Wah cepatnya. Bagus isteri Sayang ni." Puji Fazrael. 

"Em, camne dengan blogger tu?" 

"Sayang akan handle pasal tu. Okay! No more after this ye." 

"Baik! Janji tak buat lagi. Hehe. Upah please? For being a good girl." Tersenyum-senyum Fifi memandang muka Fazrael. Blur jap mamat tu, upah amende ni? Fifi menunjukkan pipinya. 

"Amboi! Nak upah aje dia ni. Mahal betul upah tu. I nak check dapur tu, bersih ke tak. If not tak de upah...." Lantas, Fazrael bingkas bangun dan menuju ke dapur. Fifi terus mengekor Fazrael sambil bergayut di lengan suaminya. Opsss, terlupa nak basuh periuk ni!

"Kita kemas sama-sama la Sayang!" GULP! My upah!



Sekadar Coretan,

Tuan Auz

2.46 AM

<TAMAT>




Monday, November 7, 2011

Cinta...Again? (3)


Sebulan telah berlalu, Khadijah meneruskan hidupnya seperti biasa. Walaupun begitu, solat sunatnya masih berjalan dengan penuh istiqomah. Dia sudah menceritakan kisah surat daripada lelaki itu kepada ibunya. Ibunya juga memberi nasihat yang serupa seperti Azuwa. 

Hari ini dia bekerja separuh hari. Selepas habis je kerja di ofis, dia tidak terus pulang ke rumah. Dia bercadang untuk lepak di MPH, usha novel-novel yang menarik dari Fatimah Syarha. Jam di tangan dikerling sekilas, ermm okaylah ni kalau lepak sejam sini, Zohor sini baru balik. 

Sedang dia membelek-belek beberapa novel yang menjadi pilihan hatinya, dia terasa bagaikan dirinya diperhatikan seseorang. Sesekali kepalanya memandang suasana sekeliling. Em. Tiada sesiapa yang dia kenal. Orang lain dalam MPH Bookstore masa tu pula tak la ramai sangat. Khadijah kembali menatap novel yang dipegangnya.

"Assalamualaikum, kak."

"Waalaikummussalam...?" Khadijah mengangkat mukanya sambil memandang empunya suara itu. "Ya?"

"Kak Khadijah?" ujar gadis di depannya sambil tersenyum manis. Khadijah tersenyum sama, tapi lebih kehairanan.

"Saya. Er...kita kenal ke?" 

"Saya Aimi." Senyuman terus terukir di bibir gadis itu.

Aimi? Em. Aku ada kenal someone nama Aimi ke?

"Ya Aimi. Macam mana awak kenal saya? Ada apa-apa boleh saya bantu ke?" Soal Khadijah, masih kebingungan.

Aimi tersenyum lagi. Akak ni mesti terlupa pasal surat abang bagi tu? 

"Kak, saya Aimi adik Ashraf. Ingat lagi surat yang abang saya bagi pada akak bulan lepas?" 

Oh! Khadijah tersentap. Eh segan tiba-tiba pulak aku ni! Aku betul-betul dah lupa nama adik si penghantar surat tu, walaupun isi surat tu aku masih ingat. Khadijah pandang aje muka Aimi, tak tahu nak kata apa selain sekadar menganggukkan kepala.

"Saya cuma nak tahu jawapan daripada akak berkenaan abang saya."

"Yang itu? Emm...boleh beri akak masa sikit Aimi? Akak sekarang tengah buat solat sunat pasal hal ni juga."

Aimi tersenyum tatkala mendengar jawapan dari Khadijah. Sama macam abang juga, getus hati kecil Aimi. 

"Okay kak saya faham. Kak, boleh saya nak phone number akak? Apa-apa boleh saya call. Ini pun kebetulan saya bertembung dengan akak. Cadangnya nak datang rumah akak je tapi tak berkesempatan."

"Boleh...boleh. Save nombor akak ye." balas Khadijah sambil tersenyum. Sweet betul budak ni senyum. Agaknya macam manalah si Ashraf tu? Ops.

"Terima kasih kak. Emm, akak pun suka novel Fatimah Syarha ye?" ujar Aimi sambil memandang novel yang berada di tangan Khadijah. 

"Suka sangat. Pengisian novel ni tak sama macam novel lain. Cerita yang penuh pengajaran, yang buat kita insaf dan beringat," jawab Khadijah.

"Betul tu kak. Saya pun ada beberapa novel, bolehlah akak pinjam kalau berminat." 

"Terima kasih Aimi. Tapi, akak suka beli dan simpan sebagai koleksi, baru puas hati." Khadijah tersengih. Dia memang kaki novel. Dah bertimbun novel di rumahnya. Suka membaca buku-buku yang menarik.

"Baiklah kak. Saya pergi dulu ya, apa-apa saya contact akak nanti." Aimi terdiam seketika. Khadijah pandang Aimi. "Abang Ashraf ikhlas dengan akak. Harap akak tak ragu-ragu." 

"Oh? Terima kasih. Insya Allah. Menunggu jawapan daripada Allah juga." Terkejut sebentar dia mendengar nama lelaki yang meminangnya secara tidak langsung itu. Nervous pun ada!

"Alhamdulillah. Jumpa lagi ya kak. Assalamualaikum." 

"Jumpa lagi, waalaikummussalam Aimi."  

Jantungnya terasa berdetak laju! Adakah Ashraf pun ada dalam MPH ni?? Tak mungkinlah. Aimi sorang-sorang aje datang tegur. Tapi, tak mustahilkan? Harapnya tak de la si Ashraf ni. Segan pulak aku. Em, masih menunggu jawapan? Harapnya Allah memberikan jawapan yang terbaik untuk aku. 



<bersambung>


Sunday, October 30, 2011

Cinta...Again? (2)


"Mengagumkan."

Khadijah mengerutkan dahinya sambil memandang wajah kawan karibnya. Sehari selepas dia mendapat surat misteri itu, dia membuat keputusan untuk meminta pendapat Azuwa. Walaupun dia tiada perasaan apa-apa dan tidak berhajat mencari pasangan istimewa, namun sejujurnya surat pengakuan cinta itu sedikit sebanyak menyentuh hati wanitanya. 

Perlukah dia menolak tanpa berbincang dahulu?

Atau menerima orang asing ini begitu saja? Tidak semudah itu!

"Kau rasa dia baik?" soal Khadijah sambil memandang tepat wajah Azuwa.

"Kalau dari surat dia ni, macam orang baik-baik. Tapi, kita tak leh nak judge camtu aje. Entah siapa pula si Aimi ni. Kau ada kawan nama Aimi ke?" 

"Aimi....?" Minda Khadijah ligat membuat flashback demi flashback. Ada ke aku kenal orang nama Aimi ni? Junior, senior, classmate? Khadijah menggeleng.

"Macam mana kau dapat surat ni?" tanya Azuwa.
"Post box. Tak tahu siapa letak. Rasanya hantar sendiri ni sebab tak de setem."

"Kau rasa camne?" Azuwa memandang wajah Khadijah sekilas.

"Tak tahu. Itu aku nak minta pendapat kau tu. Perlu ke aku kenal dengan orang ni dulu? Serius betul bunyi surat ni. Em. Aku tak ready nak kahwin lagi," ujar Khadijah.

"Ready atau tak, Allah aje yang tahu. Siapa sangka ada someone yang so serious hantar surat macam ni kat kau. Aku cadangkan kau buatlah solat hajat dan sunat istikharah untuk yakinkan hati kau. Ke kau ada sesiapa kat hati? Orang lama?" Azuwa tersenyum manis.

Khadijah tersentak. Orang lama? Rasanya dah nak masuk tiga tahun dia masih menunggu seseorang itu. Tiada perjanjian antara mereka. Hanya hati Khadijah memang untuk lelaki itu seorang. Hari ini tiba-tiba Azuwa bertanya direct soalan tu padanya. Dah lama tak berborak pasal lelaki itu. 

"Suka dia lagi?" soal Azuwa apabila Khadijah berdiam diri.

"Aku tak pernah lupakan dia," jawab Khadijah secara tidak langsung.

"Tak apalah. Aku sokong kau buat istikharah dulu. Pilihan banyak, kita usaha cari. Hanya Allah je tahu siapa yang terbaik untuk kau. Sebenarnya, dah tiga tahun kau tunggu dia. Jujurnya aku harap kau dapat yang lebih baik." Kawan karibnya menepuk bahunya sambil tersenyum. Surat itu dipulangkan kembali.

"Insya Allah. Aku busy kot, macam tak sempat nak fikir pasal hal macam ni. Jadual aku tu cam tak tahu nak selit katne kalau nak bercinta." Khadijah ketawa kecil.
"Eleh poyo la kau. Rezeki jodoh semua tu kuasa Allah. Kau dok rasa tak ready lagi, tup tup next month kau yang nikah dulu. Haaaa baru tahu busy tak busy." 

Khadijah tersengih senang hati. Biarlah siapa pun mamat ni. Apa-apa pun malam ni dia akan mula beristikharah. Bak kata pepatah, bukan apa yang kita suka tu baik untuk kita. Mungkin benda yang kita tak terfikir tu, adalah yang terbaik. Who knows. Keep on searching. Masalahnya, hatinya masih teringatkan orang lama tu.....berkesan ke istikharah tu nanti?

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui, Khadijah. 




-bersambung-



Saturday, October 29, 2011

Cinta...Again? (1)





Ke hadapan Saudari Khadijah,


Assalamualaikum saudari. Nama saya Ashraff. Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk berkenalan dengan saudari. Sekiranya saudari sudi, insya Allah saya berhajat untuk berjumpa dengan ibu bapa saudari untuk berbincang mengenai peminangan, pertunangan dan pernikahan kita. Saya serius dalam mencari pasangan. Pertama kali saya terpandangkan raut wajah saudari, saya yakin saudari tercipta untuk saya.


Saya menunggu maklum balas dari saudari. Adik perempuan saya, Aimi, akan jumpa saudari untuk mengetahui jawapan saudari.


Maafkan saya seandainya surat ini membuatkan saudari terkejut.




Saya menunggu jawapan dari saudari.




Assalamualaikum.




Yang benar,
Muhammad Ashraff




Terkedu sebentar selepas membaca warkah cinta berwarna biru itu....eh...lebih kepada warkah peminangan secara tidak langsung dari lelaki yang tidak dikenalinya. Dia berulang kali membaca tulisan lelaki itu. Bagaikan tidak percaya masih ada lelaki yang seperti ini di zaman sekarang. Surat menyurat dan...... sungguh bersopan!

Khadijah mengetap bibir. Ini agak menakutkan. Aku tak kenal pun siapa Ashraff ni. Mana pulak dia jumpa aku? Tak pernah ada mana-mana lelaki yang tegur dia sebelum ni. Ada orang memerhatikan aku ke? Lantas Khadijah melipat kemas warkah mengejut itu dan disimpan di dalam laci biliknya. Dengan siapa harus aku berbincang pasal hal ni?

Cinta pandang pertama? Wujud ke??

Uh, ini menakutkan! Serius!



-bersambung-

Sunday, October 16, 2011

Tercelaru


Aduhh! Penat sungguh hari ni. Kalau la kaki ni boleh bercakap, dah lama dia menjerit suruh berhenti berjalan, dan sila duduk di atas kerusi yang empuk untuk merehatkan diri si kaki ini. Untuk lebih hyperbola, kaki ini mungkin bila-bila masa aje boleh berkerak lalu terpecah tumit yang mulus itu. Seharian berjalan ke sana dan ke mari, berjumpa orang itu dan orang ini, selesaikan segala urusan yang sepatutnya.

Dia teringatkan seseorang, dimesej kawannya itu bertanya khabar. Matanya dilelapkan sebentar sementara menunggu SMSnya berbalas. Arghh. Maghrib ni. Tak elok tidur! Tapi, nafsu sungguh kuat menguasai diri, tidurlah~ terasa begitu merdu panggilan nafsu tidur ini. Badan terasa berat sekali, lenguh sendi-sendinya terasa lega dengan kelembutan tilam yang empuk memangku tubuhnya.

Bzz! Bzz!  Handphonenya vibrate kuat disertai dengan ring tone lagu rock kapak, Jemu nyanyian May. Terasa kantuknya hilang terus. Terkejut. Dia menjawab panggilan itu dengan salam disertai senyuman. Walaupun kawan tu tak nampak, tapi senyumannya terukir di sebalik suaranya.

"Haii, buat apa tu? Aku okay je. Aku baru je dapat kerja baru. Isnin mula. Thanks offer me the job ek," ujar Wawa dengan suaranya yang memang naturally kedengaran manja itu.

"Wow, kerja katne? Baguslah weh ko dah dapat kerja. Aku teringat ko, sebab tu aku SMS ko." balas Adlina. Kepalanya yang terasa gatal digarunya dengan penuh kesungguhan. Gatal oi! Japgi kena syampu rambut ni.

"Aku kerja part time je kat Tutti Frutti. Aku nak sambung Master nanti kat Australia. Ni kerja sebab nak kumpul duit, nak ambik exam English dia."

"Sambung Master? Bagus gile ko. Bagus bagus weh. Plan nak buat course apa?" tanya Adlina, excited pulak dia. Secara personal, dia kagum dengan kawan-kawan dia yang sambung master dan ada yang baru bermula pHD. Sebab dia malas nak wat thesis, tu tak sambung walaupun mak nak dia sambung. So, sapa yang sambung study ni memang bertuah betul.

"Aku tak pasti lagi. Antara dua ni, biomedic atau pun food science. Kalau ikut hati, aku minat food science lebih."

"Better ko amek apa ko minat Wawa. Food science ni lebih meluas skopnya. Kalau biomedic, cam ko keje aje kat hospital kan?" kataku.

"Tula. Aku pun rasa cam food science best. Emm tengoklah. Insya Allah aku ambil food science," jawab Wawa.

Mereka terdiam seketika. Er...malaikat lalu kah?

"Aku tak tahu mana hala tuju aku ni Adlina," keluh Wawa.

"Kenapa ko rasa camtu Wawa?" soal Adlina kembali. Em tiba-tiba aje dia cakap camni?

"Yela. Kejap aku nak kerja. Kejap aku nak belajar. Takut lost dalam hidup." tambah Wawa sambil menarik nafasnya.

"Kalau ikut hati ko sebenar, ko nak buat apa?"

"Kerja, cari duit." Pendek saja jawapan Wawa.

"Tapi, kenapa ko sambung Master kalau macam tu?"

"Aku memang ada niat nak buat Master before habis study dulu. Tiba-tiba tukar nak kerja. But when I think again, better continue study for my future."

"Bagus Wawa! Go for it. Bukan mudah nak buat Master. Tak semua orang berpeluang nak buat. Ni ada chance, ko grab je. Lagi pun ko tengah single, no other commitment, takut dah kahwin nanti mungkin a bit hard for you to do it. Macam-macam komitmen nanti. Lepas buat master pun boleh kerja. Tapi ingat, ko ada extra sebab ko ada Master tau." Semangat Adlina memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Unregistered Cheerleader.

"Terima kasih Adlina. Sebenarnya ayah aku yang nak aku buat. That's why aku apply, if not aku pun tak apply. Em, bila fikir balik, tengok kawan-kawan lain ada yang dah kerja, terasa nak kerja juga. Nak kumpul duit. Nak berjaya macam orang lain. Sebab aku ada fikir, if sambung Master, lambat la pula nak kerja nanti." jelas Wawa.

Adlina tersenyum mendengar kata-kata Wawa. Dia pasti, kebanyakan kawan-kawannya juga pernah merasai dilema antara nak sambung study atau terus kerja atau nak terus melepak, relax kat rumah ke apa. Setiap pilihan akan melakarkan jalan cerita dan kesudahan yang berbeza, jadi masing-masing sure pening bila fikir hal ni.

"Wawa, ko jangan risau sangat pasal masa depan. Kejayaan setiap orang berbeza. Bagus dah tu ko buat Master. You go for it. Aku ada tips kecil nak kongsi dengan ko, tips kejayaan.....nak tahu?" Adlina berteka-teki.

"Emmm, boleh jugak. Apa dia?" Berkerut dahi Wawa mendengar kata-kata kawannya itu. Tips nak berjaya? Kerja keras, of course?

"Sebenarnya, seorang Islam dikira berjaya apabila dia sentiasa dan tidak putus asa untuk menyucikan dirinya, rohani dan jasmani. Terpenting ialah soul purification la. Bila dia tak jemu nak baiki diri ke arah kebaikan, positifkan diri, rajin beribadah dan jauhi benda-benda kemaksiatan dan kemungkaran. Itulah kejayaan sebenar seorang Islam. Benda ni la yang susah nak kita buat, sebab kebanyakan manusia cintakan duniawi, kejar dunia dan kekayaan, nak glamor, harta dan barang mewah. Kejayaan bukan diukur sebesar mana rumah yang dibeli, banyak mana harta atau pangkat yang disandang di pangkal nama. Semua itu tak janji pape kat akhirat. Kalau setakat pangkat Tan Sri, Dato Seri, tapi kat iman kehausan, apa maknanya? Hidup kita dalam kerugian memanjang." terang Adlina panjang lebar. Ha ko, kasi can nak bercakap tak berhenti terus. Dah jadi motivator part time pula.

"Soul purification? Means, kita kena selalu muhasabah diri la kan. Jaga kelakuan dan adab, jaga ibadah kita. Em aku personally memang risau bila fikir kerja. Takut aku lambat start, lambat kumpul duit semua. Nak tolong mak ayah aku lagi. Aku tak nak harapkan dorang dah. Aku nak berdikari, dan biar aku pula yang bagi duit kat mak dan ayah aku," kata Wawa.

"Wawa, kalau kita asyik risau fikir nak kumpul duit, nak beli kereta bila, rumah katne nak beli, pendek kata fikir dunia sampai hati runsing aje, haaa semua ni buang masa kita, dan kita dah rugi bila masa yang sepatutnya digunakan untuk beribadah pada Allah, bermunajat, dok fikir benda-benda dunia yang tak de faedah pape kat akhirat nanti. Bab rezeki ni insya Allah sentiasa ada. Allah yang bagi. Kita usaha cari, usaha plan, dan biar Allah yang tentukan dan lead kita ke mana kita nak pergi. Allah knows the best. Kita usaha betul-betul, buat sunat dhuha tu penting, solat hajat, dan belajar buat solat tahajud untuk kesihatan diri."

"Itulah kan. Bila kita jauh dengan Allah, tu yang jadi runsing tu. Betul kata ko. Kita dok fikir nak berjaya dunia aje, tapi akhirat terabai. Fokus dunia sangat, masa untuk buat bekal akhirat, entah ke mana. Aku akan cuba balancekan dua-dua. Em, aku akan tetapkan hati aku nak buat Master. Kawan aku pun ada cakap juga, bagus buat muda-muda sebab kita single lagi, tak de komitmen," ujar Wawa sambil tersenyum. Telinganya terasa panas dengan haba dari handphonenya, tetapi dia masih ingin meneruskan perbualan dengan Adlina.Alhamdulillah, at least bila borak camni, terbuka sikit mata hati, ada keyakinan untuk terus melangkah dengan pilihan yang dibuat.

"Aku pun weh dulu, beria nak sambung Master. Siap cakap dah kat lecturer aku tu aku nak buat under dia. Tup tup konvo, aku lepak 2 bulan, pastu dapat kerja. Dah Master aku entah ke mana. Jujurnya aku tak rasa nak buat Master tu pun lagi. Rasa malas nak bergelumang dengan thesis dan labwork semua tu. Aku la yang malas. Kau nak sambung aku sokong 120 peratus!" Adlina ketawa kecil bila teringatkan janjinya dengan En. Zul, lecturernya suatu ketika dahulu. Last last, tadakkk apaaa. "Aku fikir juga, nak buat pilihan ni susah sangat, antara nak kerja atau sambung Master, dua-dua ni akan bagi jalan cerita yang berbeza. Em, tapi kalau dah ada target nak capai apa dalam life kita, tak kira la kita mula kerja dulu ke, Master dulu ke, insya Allah dapatlah capai target hidup tu nanti. Mungkin impian nak beli tanah untuk wakaf kat orang Islam ke kan? Haa tu la contoh target."

"Thanks weh. Aku rasa celaru jap. Em, bila borak dengan member buat Master, terasa nak buat juga. Tapi bila tengok member dah beli kereta Honda, tu yang nak kerja cepat-cepat." sampuk Wawa.

"Wa, senang kata. Jangan kejar dunia. Kejar akhirat, dunia yang akan kejar kita. Bab pilihan ni, buat la istikharah. Biar Allah guide kata hati kita, nak ke mana. Biar Allah yang permudahkan dan luruskan perjalanan kita untuk mencapai kejayaan kita. Setiap orang takkan sama. Mungkin bagi aku, aku suka kerja aku sekarang. Aku buat terbaik dan hidup dengan tenang, itu satu kejayaan buat aku. Macam ko nak sambung Master, ko berjaya habiskan Master ko, itu ialah kejayaan buat diri ko. So, tak perlu nak compare kejayaan kita dengan orang lain, hanya compare kejayaan seseorang tu untuk dijadikan inspirasi kita supaya lebih bersungguh-sungguh untuk dapatkan apa kita nak."

"Conclusionnya, soul purification la. The true success of one Muslim." tambah Wawa. Suka pulak dia hari ni. Lega hatinya! Kecelaruannya berakhir. Dia perlu fokus! Tak payah nak ikut orang, atau terpengaruh dengan orang lain. Aku kena tahu apa aku nak. Aku ada impian aku sendiri. Wawa tersenyum lebar. "Terima kasih Adlina. Hope doakan aku berjaya."

"No hal beb. Apa-apa gitau la camne update feedback Master ko tu ye. Nak jadi budak Master dah ko. Bagus bagus!"

"Belum lagi la. Okay, anything I will let you know. Nanti aku call ko lagi. Okay Adlina, Assalamualaikum."

"Take care, waalaikummussalam."

Butang off ditekannya. Adlina tersenyum seketika.Eh, hilang ngantuk aku. Tapi, dia masih berbaring di atas katil, membiarkan kepenatannya terubat seketika. Biar kaki ni rehat kejap supaya kemulusan tidak pudar. Hehe.

Sekarang fasa membina kehidupan dan karier. Fasa kecelaruan identiti. Masing-masing masih tercari-cari apa yang perlu mereka gapai. Masing-masing mahukan sesuatu untuk disandarkan, sesuatu untuk dibanggakan, dan sesuatu yang memuaskan hati. Perjalanan hidup kita yang panjang namun sebenarnya singkat bagi orang-orang yang sedar, masih terlalu banyak benda yang hendak dicari. Namun, pencarian yang sebenarnya dan melengkapi hidup kita semua hanyalah satu, iaitu Islam yang sebenar.


The End


Sekadar Coretan,
Tuan Auz

1.02AM  16 Oktober 2011


http://penapenamenari.blogspot.com 


Friday, October 14, 2011

The Cinderella Wedding


"Opss, opss, excuse me! Tumpang lalu ye.... ekk...maap mak cik...erk akak! Hehe." Terkocoh-kocoh dia meloloskan dirinya di celah-celah orang yang sudah mula membanjiri majlis perkahwinan itu. Dia sepatutnya menjadi pengapit kawannya, mujur sempat sampai! Kalau terlambat haru kena ban friendship dorang selama 15 tahun tu!

Pintu kayu jati dikuak perlahan, takut menganggu tetamu istimewa di dalam yang tengah bersiap. Now dah pukul 11 pagi, sepatutnya dah readylah. Pagi tadi dia dah nikah, tapi buat antara family aje. Kebetulan dia sendiri tak dapat nak hadir pepagi tu, so mampu hadir sebagai pengapit bertauliah aje.

Pandangan mata kedua sahabat itu bertaut. Tersengih-sengih dia memandang keayuan wajah pengantin di hari ini. Penat berbaur dengan perasaan serba salah sebab tak dapat datang nikah si Anisa pagi tadi. Anisa menjeling manja, saja nak balas dendam!

"Anisa, sorry la tadi aku memang tak sempat nak sampai. Ni dari KLIA tau aku berkejar datang ke majlis sanding ko! Straight dari Terengganu." Nady cuba meraih simpati. Sekejap saja seulas senyuman mekar di bibir mulus teman baiknya itu.

"Aku saja je nak merajuk dengan ko. Aku faham." Anisa segera merapati Nady dan mereka bersalaman dan berpelukan. Dalam setahun juga dorang tak berjumpa. Sibuk dengan tanggungjawab dan karier masing-masing.

"Ko sorang je? Mana mak andam?" tanya Nady sambil merenung ke segenap ruang bilik Anisa. Kini, bilik Anisa terhias indah sebagai bilik raja sehari. Warna pilihan hati Anisa ialah putih dan gold. Memang dewi kayangan sangat.

"Aku tak perlukan mak andam. Solek simple je."

"Eh? Kan lebih cantik kalau bersolek lebih sikit? Sekali sekala Anisa oi." sampuk Nady.

"Tabarruj kan tu?" Anisa tersenyum manis. Semanis kurma madu gitu. "Sebenarnya, tak baik bersolek lebih-lebih dan berpakaian sehingga menarik perhatian orang. Bermewah-mewah dalam perkahwinan pun, tak digalakkan dalam Islam, betul tak Nady?"

"Er... tabarruj...betul juga kata ko. Aku tak terfikir pulak. Em, kalau sehari je takkan tak boleh?" Nady memandang wajah mulus Anisa. Anisa memang natural beauty. Wajahnya bukanlah Pan Asian, tapi keayuannya terserlah dengan kelembutan semula jadi dalam dirinya. Tak make up tebal, sebenarnya Anisa dah manis dipandang. Sekadar memakai sedikit celak, lip gloss dan bedak di pipi supaya nampak lebih segar.

Anisa tersenyum lagi. Aiii, memang murah betul dengan senyuman si Nisa hari ni. Hari kebahagiaan mungkin? Getus hati kecil Nady.

"Tabarruj haram. Tiada pengecualian. Aku berharap sangat perkahwinan kitorang ni dirahmati Allah dan live happily ever after. Ini pun majlis sanding, bukanlah sanding pun, cuma untuk makan-makan nak kabo kitorang dah kahwin. Pelamin tu buat pun untuk korang bergambar." jelas Anisa sambil membetulkan baju kurungnya yang berwarna cream itu. Simple sangat! Cuma baju kurungnya jenis embroidery tapi tak terlalu menonjol. Baju nikah pagi tadi juga, cuma dia menambah veil berwarna keemasan perak di atas kepalanya untuk memberi sedikit kelainan.

"Eh, tak de makan beradab dan photoshoot ke?" Nady mengetap bibirnya. Takkan sempoi sangat! Tak best la beb.

"Makan beradab.....ada. Cuma aku request photographer perempuan. Ambil gambar untuk kenang-kenangan aje. Memang plan dengan Zafran nak buat sederhana je." tambah Anisa.

Nady terdiam. First time dia terdengar pasal photographer perempuan. Bukannya tak de, tapi selalunya wedding ni, photographer lelaki yang diupah. Jaranglah kalau photographer perempuan tu.  Eh, memang tak de kot sepanjang aku gi wedding kawan-kawan lain. Semuanya photographer lelaki yang shoot gambar.

"Nisa, meh aku tolong pinkan veil ko ni. Macam senget sikit." pelawa Nady apabila melihat Anisa terkial-kial cuba mencucuk pin di tudungnya supaya veilnya tidak jatuh nanti.

"Nady, aku ada terbaca dulu. Masa tu aku jahil lagi. Pasal isu ambik gambar wedding oleh photographer lelaki. Actually nak amek gambar untuk simpanan diri, dibolehkan. Kalau untuk tatapan umum, jadi haram. Sebabnya jatuh haram tu apabila aksi-aksi pasangan tu sangat mesra, berpelukan dan segala bagai di depan photographer lelaki. Ada yang duduk atas riba suami, meniarap sama-sama, lepas tu yang shoot gambar tu, lelaki. Aksi tu, sepatutnya lebih sopan dan terjaga. Mungkin orang akan cakap skema....tapi ni agama dah gariskan. Sebab tu untuk selamat, aku ambil photgrapher perempuan. Lagi pun, pilihan untuk hire photographer perempuan tu ada, dan bergambar bukanlah suatu yang wajib, kita pon bukannya darurat nak guna photographer lelaki." cerita Anisa panjang lebar. Nady ketap bibir. "Aku kongsi apa yang aku tahu, Nady. Harap kau faham."

"Eh, tak de apalah. Aku faham. Apa yang ko cakap tu, really make sense. Mungkin sekarang ni trend menguasai segalanya. Trend mengatasi hukum hakam agama. Bagus juga ko dapat praktikkan dalam perkahwinan ko." jawab Nady dengan perlahan. Dia terfikirkan tunangnya, seorang part time photographer.

"Dah okay ke veil aku tu?" tanya Anisa sambil memandang wajah Nady melalui cermin muka. Termenung pula cik akak ni. Mesti teringatkan tunang dia. Tapi, benda betul aku kena kongsi secara berkias.

"Veil ko dah kemas dah."

"Terima kasih. Cantik ko buat." puji Anisa sambil mencubit pipi Nady. "Termenung ya. Jangan risau. Slow talk boleh, insya Allah."

Nady mencebik. Uishh, minah ni bukan cubit manja. Kuat juga cubitan dia. Terasa geli hatinya, Anisa seakan-akan dapat membaca isi hatinya.

"Anisa, secara jujur aku suka tengok perkahwinan ko ni. Sederhana sangat. Simple dan .....honestly tak de la macam raja sehari tapi masih nampak meriah dengan sanak saudara ko yang happening tu. Aku tengok baju ko pun, cantik tapi so simple! Memang cut cost abes ek??" usik Nady sambil tergelak.

"Amboi mulut. Aha kitorang tengah budget la juga ni. Ni baju wedding mak aku. Cantik lagi kan. Hehe recycle jek."


Tok! Tok!

"Siapa?" tanya Anisa.

"Abang ni."

Anisa memandang Nady. Dia bingkas bangun untuk membuka pintu untuk suaminya.

"Sorry kacau Nisa dengan kawan. Dah ready ke? Jap lagi dah boleh keluar. Terus makan beradab." ujar suami Anisa. Lelaki itu mengangkat tangan pada Nady sebagai tanda 'hai, selamat berkenalan.' Nady menganggukkan kepalanya.

"Oh cepatnye. Tak sedar lak masa. Thanks abang tolong remind Nisa. Kejap lagi Nisa keluar dengan kawan ya. Oh Nady, kenalkan my husband, Zafran Zaki. Abang, kawan Nisa since sekolah rendah ni, Nadiah, boleh panggil Nady."

"Assalamualaikum Nady. Terima kasih selama ni tolong jaga Nisa untuk saya." ucap Zafran Zaki sambil tersenyum.

"Err waalaikummussalam. Hehe, no hal. Dulu dia ni nakal tau. Sekarang aje sopan santun penuh tatasusila. Mungkin lepas jumpa En. Zafran kot." balas Nady. Gagap jap dia mendengar salam dari suami Anisa ni. Puh, tawaduk habis gaya!

"Banyaklah tatasusila! Bang, kejap lagi kitorang kuar ek."Anisa mencelah. Zafran Zaki sekadar mengangguk sambil menunjukkan thumbs up kepada isterinya. Kemudian, dia beredar keluar.

"Eh?? Tak de kompang ke, berarak ke?" soal Nady. Macam habis pelik ini wedding! Itu dan ini tak de! Eh, jaga ayat ko.

Anisa menggeleng. Gelengan Anisa tu sudah cukup untuk menjelaskan persoalan di hati Nady. Nak kata kagum, entahlah. Nak kata rugi, tak juga. Sebab siapa dia nak judge Anisa. Allah Maha Mengetahui segalanya.

"Minta maaflah wedding aku biasa je Nady. Tak meriah sangat, tak de kompang, karoke ke apa." ujar Anisa, merendah diri.

"Anisa, it's okay. Cuma aku terkedu kejaplah. Aku macam....wow. Ko betul-betul buat apa yang ko cakap. I mean, good for you. Honestly. Aku doakan wedding ko dirahmati dan diredhai Allah, Nisa. Aku nak sangat tengok ko happy. Bukan senang ko nak jumpa seorang lelaki yang betul-betul ikhlaskan," kata Nady sambil memegang bahu Anisa. Hatinya cukup tersentuh dengan kata-kata sahabatnya tadi. Bukan dia nak memperlekehkan. Cuma, culture shock man! Mungkin tahap pendedahannya dalam ilmu agama sangat sangat nipis. Ada certain benda yang Anisa sebut tadi, dia tak pernah tahu.

"Terima kasih ko share dengan aku....ilmu yang bermakna ni. I'll keep it in my mind for my wedding."

"Em, Nady. Terima kasih datang. Sebenarnya tak senang aku dan Zafran untuk yakinkan mak Zafran nak buat wedding simple camni. Kalau ikutkan mak Zafran, dia nak buat grand habis. Sebab Zafrankan anak bongsu lelaki dia sorang aje. Sebenarnya, ni pun idea Zafran juga. Dia berkeras nak buat simple camni. Aku pun, syukur."

"Alhamdulillah. Semoga perkahwinan ko diberkati. Eh jom kita keluar. Tak pasal En. Zafran ko tu kebuluran pulak." Nady menarik Anisa ke muka pintu. Baju dah cantik, muka dah cun, cuma perut aje perlu diisi. Mari!

"Aku tahu, ko bab makan nombor satu. Don't worry, aku dah ready nasik putih untuk ko. Ko kan tak suka makan nasi minyak." Anisa ketawa. Nady mencebik, tetapi hatinya berbunga riang kerana sahabat lamanya masih mengingati makanan allergiknya itu.

Anisa, ku doakan kau bahagia!

Aiii~ bila encik tunang nak ajak kawen ni??



The End

Sekadar Coretan,
Tuan Auz


12.58 AM  13 Oktober 2011




Thursday, October 13, 2011

Soal Hati

Jari jemarinya laju menekan pad Notebook Asus yang baru dibelinya sebulan lepas. Sesekali dia menghirup jus nanas pekat di sebelahnya. Muzik nyanyian Jem, Falling For You berkumandang memenuhi ruang headphonenya. Ideanya terasa tidak lancar seperti selalu. Lagu ini tidak mampu membuahkan sebarang inspirasi seperti yang diinginkan. Sambil mencongak dateline untuk manuskrip yang sudah hampir tiba, dia mengeluh sendirian.

"Assalamualaikum."

Dia masih fokus pada skrin Notebook yang berwarna merah hati itu. Salam itu dibiarkan tidak bersambut. Rupa-rupanya, dia tidak perasan kerana telinga tertutup dengan headphone. Bahunya dicuit lembut. Kepalanya berpusing pantas, terkejut.

"Eh! Sorry sorry. Aku tak perasan. Bila kau sampai?" Zahirah tersengih sambil menarik headphone yang melekap di kepalanya.

"Assalamualaikum Zahirah." ucap kawannya sekali lagi sambil tersenyum manis.

"Waalaikummussalam. Duduklah." pelawa Zahirah dengan wajah yang ceria.

"Lama tunggu?"

"Tak de lah. Asalkan Notebook aku ni ada, bertempek dengan novel aku yang tak sudah-sudah ni, masa  macam cepat je berlalu." Zahirah ketawa kecil.

Adnin mengangguk sahaja. Dia merenung wajah Zahirah, teman sekuliahnya dahulu. Sebenarnya, dia ada hajat datang berjumpa Zahirah. Entah kenapa, dia terasa ingin berbincang dengan gadis itu. Rasa senang nak berkomunikasi dan berkongsi cerita. Kadang-kadang, dia suka mendengar pendapat Zahirah walaupun Zahirah bukanlah seorang ustazah atau alim ulamak ke apa. Dia terasa pemikiran Zahirah semakin hari semakin mendewasakan. Tak percaya juga dia bila teringat Zahirah zaman dulu-dulu.

"Novel ko banyak lagi ke nak siap?" soa Adnin, sekadar memulakan perbualan. Dia sedikit cangung. Segan nak terus ke topik utama.

"Emmm. Adalah banyak juga. Now tengah klimaks. Tapi, aku tak de idea nak terus menaip. Tiba-tiba jam otak. Idea tu suka sangat datang time traffic jem, time aku driving tengah layan lagu jiwang sikit ke. Haaa, time tu memang berlambak. Sampai je masa mengadap laptop, hilang." jelas Zahirah sambil menggaru pipinya.

"Ko catat tak idea ko tu? Masa idea tengah banyak?"

Zahirah memandang tepat muka Adnin. Eh! Betul jugak ek. Aku tak catat satu huruf pun!

"Heee. Aku tak catat la weh. Err, tak terfikir. Bernas juga idea ko tu Adnin." Tersengih panjang si Zahirah sebentar. Kata novelis, perasan! Benda basic setiap novelis buat ialah mencatat segala idea dan apa-apa paparan yang terlintas di kepala. Poin kecil. Lepas tu baru buat cerita.

"Terima kasih. Nanti aku nak gi beli nota comel sikit, special untuk aku catat apa patut." Kemudian, Zahirah memanggil seorang pelayan yang kebetulan lalu dekat meja mereka berdua. "Adnin, orderlah. Aku belanja ko hari ni."

"Eh, sepatutnya aku belanja ko sebab aku nak jumpa ko." Adnin segan.

"Relek la. Bukan senang aku nak belanja tau. Pilih je apa yang ada dalam menu. Ha, dik, tolong bagi akak kita ni buku menu ye."

Pelayan itu tersenyum dan segera berlalu untuk mengambil menu seperti yang dipinta. Tidak berapa lama kemudian, pelayan itu kembali. Buku menu kini bertukar tangan. Adnin membelek dan melihat menu yang ada. Otaknya tak dapat nak register apa yang dibaca. Dia bukannya lapar sangat, tapi Zahirah beria nak belanja, kasihan pula.

"Dik, saya nak orange juice dan ice cream with chocolate cake." ujar Adnin sambil menghulurkan buku menu. Pelayan itu mencatat dan mengulangi pesanan Adnin, kemudian dia beredar dari situ.

"Aik itu aje? Kenyang ke Adnin?"

"Tak pe. Tadi aku dah makan kat rumah." Adnin diam seketika. Zahirah juga senyap. Masing-masing menanti topik utama untuk diutarakan.

"Em, Adnin. Apa yang ko nak cerita dengan aku tu?" Terus Zahirah bertanya. Dia sebenarnya tertanya-tanya. Macam ada sesuatu yang serius je si Adnin ni. Cuak jap.

"Zahirah, aku dah lama fikir soal ni. Ni antara kita aje ye. Aku seganlah. Biar aku straight to the point. Pada pendapat ko, camne sebenarnya cara kita nak berkawan dengan lelaki dalam Islam? Kalau kita tak leh nak berborak, camne kita nak kenal perangai orang tu?"

Zahirah terdiam. Soalan yang menarik tetapi berat untuk dikupaskan.

"Em, aku bukanlah orang yang tepat ko nak tanya soalan camni. Tapi, apa yang aku faham, dari pembacaan aku semua, kalau benda tu tak penting dan tak de tujuan, kita tak dibolehkan untuk berbicara dengan lelaki. Kalau just berbual kosong pun, sebenarnya tak boleh. Dari segi berkawan tu pun, kalau keluar nak bersuka-suka, hang out sama-sama pun sebenarnya tak boleh. Sebab takut bila kita berborak, kalau over the phone, suara kita mungkin menarik hati dia. Kalau secara berdepan, takut kita bergurau di luar sedar dan itu pun dah menyentuh hati dia. Depends." jawab Zahirah. "If ada benda penting je, kita boleh nak contact laki tu, kalau nak cerita sihat ke hari ni, makan apa, tak payahlah."

"Itulah. Tapi, camne kita nak mengenali jodoh kita? Sebelum kahwin mestilah kita nak kenalkan." tambah Adnin.

GULP! Camne nak jawab ni. Kalau bercerita tentang hukum hakam Islam, takut juga dia salah bagi nasihat pada Adnin. Tak pelah. Aku just boleh kongsi apa yang aku faham dan yakin selama ini. Yang memang tak bercanggah apa-apa dan kalau fikir sendiri pun, benda tu logik.

"Aku bukanlah nak kata follow seratus peratus.Aku pun pening-pening juga. Tapi, memang aku mengawal diri dan elak terjebak benda-benda camni. Soal hati memang paling payah, paling senang dipengaruhi sebab hatilah yang sentiasa berbolak-balik. Hati susah nak tetap pada sesuatu benda. Susah nak istiqomah untuk orang macam kita ni. Memanglah senang cerita camni sebab aku tak de pakwe. Kalau bab nak kenal dia tu, mungkin kalau ko nak berjumpa dia juga, bawalah muhrim ko. Jangan jumpa berdua. SMS pun benda perlu, tapi siang hari je. Call pun siang hari je. Sebab kalau malam-malam, suasana dia lain macam dah. Ko boleh risik pasal dia dari member-member dia ke." ujar Zahirah sambil tersenyum. Pada ketika itu, dia teringatkan seseorang yang jauh tetapi dekat di hatinya.

"Sebenarnya, ada someone nak kenal dengan aku. So far kitorang SMS je, cuma tanya khabar buat apa semua. Tak de call lagi. Bila fikir jodoh ni, aku selalu terfikir kalau camtu, macam mana kita nak pilih jodoh yang sesuai dengan kita?"

Zahirah tersengih lagi. Apa yang Adnin fikir, dia juga pernah terfikir. Tapi, disebabkan dia tak terasa seru jodoh tu dekat, Zahirah kurangkan berfikir benda-benda tu. Baginya, kalau jodoh dah sampai, tak ke mana. Insya Allah lancar perjalanan.

"Adnin, aku yakin dengan Allah je pasal jodoh ni. Hati kau kena yakin, doa tu mestilah kan jangan putus. Sebab Allah sentiasa mengikut prasangka hamba kepadaNya. Kalau kita fikir baik, baiklah outcome dia nanti. Cuma cepat atau lambat. Adalah hikmah tu. Jodoh ni, aku pun terfikir kadang-kadang. Cuma yalah, apa aku boleh buat selain berdoa kan. Lagi pun kes aku ni lain sikit."

"Kau masih mengharapkan dia ke?" tanya Adnin.

"Ya." Zahirah tersengih-sengih, ceh segan konon. "Aku yakin dia untuk aku. Sebab aku tak pernah rasa camni kat sesiapa. Tak mudah juga Adnin. Selalu aku teringat, tapi aku tak dapat nak contact dia. Bukan tak de contact number, cuma tak de benda penting nak beritahu dia. Takkan nak SMS cakap rindu kat dia semata-mata? Mengacau hidup dia pula. Apa aku buat sekarang ni, doa je la. Tak perlu nak risau-risau jodoh kita kat mana. Kalau betul dia untuk kita, adalah tu Allah tengah rancang camne nak temukan dia dengan kita. Aku percaya dengan love story yang Allah tuliskan untuk aku."

"Aku kagum dengan ko." ujar Adnin sambil tersenyum.

"Amende nak kagumnya. Tak de apalah. Ko ni....Em. Cinta yang tulus dan ikhlas, datang bersama dengan keyakinan kita kepada Allah juga. Aku tak nak perkahwinan aku berdasarkan cinta kepada nafsu. Aku nak perkahwinan aku dipenuhi dengan rahmat Allah, aku nak malaikat jadi pengapit pernikahan aku, aku nak mas kahwin yang diredhai Allah dan aku nakkan hadiah pernikahan dari Allah iaitu sebuah keluarga yang bahagia dan dirahmati sehingga akhir hayat."

Adnin tidak membalas. Dia masih menanti ayat seterusnya dari Zahirah.

"Ko tahu Adnin? Perkahwinan memang impian setiap orang. Tapi, aku selalu fikir tanggungjawab selepas kahwin tu sebenarnya. Berat yang amat. Kita nak bawa title sebagai isteri pada dia. Banyak benda kita kena jaga. Perkahwinan bukanlah nak seronok jadi raja sehari semata-mata, tapi perkahwinan itu ialah persetujuan kita untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan Allah bersama-sama. Kita kena bermula dari sekarang, betulkan diri kita, perteguhkan iman kita, cara kita semua, sentiasa rajin untuk beribadah dengan giat. So, bila kita dah ready jadi isteri solehah, jodoh tu sekelip mata je. Mestilah kita nak jadi yang terbaik untuk dia kan, dan kita pun nakkan yang terbaik dari dia."

"Betul kata kau. Entahlah. Aku nak kata suka kat dia tu, belum ada lagi. Sekarang cuma kenal-kenal dulu. Memanglah kita kena jaga, tapi kadang-kadang aku macam kalah dengan perasaan aku sendiri." kata Adnin. Kek coklat bersama aiskrim vanila di depannya, disudu sedikit demi sedikit.

"Sapa yang tak pernah kalah dengan perasaan sendiri. Tapi, kita kena kuat dan pandai kawal rasa hati kita. Fikirlah, kita nak rahmat dan redha Allah kan, so kita buat apa Allah suruh. Aku selalu ingat, dulu dia pernah gitau aku, kalau kita jaga hak Allah, Allah jaga hak kita. Tak pun, Allah balas dengan lebih baik lagi. Benda yang susah dan pahit ni, biasanya ada kemanisan di hujungnya." Zahirah save word Novel yang ditaipnya tadi. Tak pasal je terlupa save, penat je menaip.

"Terima kasih weh. Aku keliru kekadang. Bila tengok kawan-kawan semua dah ramai yang kahwin, ada anak. Terasa macam nak jadi cam dorang juga."

"Akan sampai masa ko tu. Don't worry Adnin. Memanglah dorang dah kahwin, tu jodoh dorang. Tapi, jodoh kita yang belum datang ni, kita kena gunakan masa yang ada sebaiknya. Luangkan masa dengan family, dengan mak ayah, adik-beradik semua. Dah kahwin nanti, takut masa tu dah kurangkan. Banyak benda boleh kita buat," tambah Zahirah sambil tersenyum. "Boleh tahu sape nama lelaki tu?"

"Eh...er..." Adnin tergamam seketika. Terkejut dengan soalan mengejut dari Zahirah. Tersipu-sipu Adnin menjawab, "Fatah."

"Sedap nama tu." puji Zahirah, ikhlas. "Eh, camne dengan kek tu sedap? Boleh recommend aku beli lain kali?"

"Kek dia memang sedap. Coklat pekat sungguh. Nah cubalah." pelawa Adnin sambil menghulurkan kek coklat bersama aiskrim vanilla itu. Zahirah menolak perlahan.

"Aku harap ko okay lah dengan penjelasan aku tu. Titik tolaknya, ko kena yakin dengan Allah. Jangan terlalu risau dengan jodoh ni. Of course, mestilah kita semua nak kahwin, tapi let say kalau jodoh kita lambat, atau memang tak sampai di dunia ni, insya Allah ada la tu kat akhirat ke." Zahirah terangguk sendiri.

"Thanks Zahirah. Aku bukan apa, kadang-kadang perlu renew motivasi diri aku ni. Sekejap semangat, sekejap cam hanyut sikit. Oh, ko pergi ke wedding kawan kita kat Ipoh nanti?"

"Pergi, insya Allah. Aku harap tak de pape hari tu. Nak sangat konvoi sama-sama!"

"Eh, laparlah. Offer belanja ko tu, still ada lagi?" Adnin memegang perutnya sambil merenung muka Zahirah. Zahirah ketawa kecil.

"Haa, boleh. Minta la menu dengan abang waiter tu. Order apa yang patut. Amboi, tadi segan-segankan."

Adnin tersengih. Mereka berdua terus memesan untuk makanan tengah hari. Rupa-rupanya, waktu sungguh cepat berlalu. Dah nak masuk waktu Zohor. Zahirah dan Adnin menyambung perbualan, bertukar-tukar cerita tentang latest news kawan-kawan lain sambil menikmati makanan tengahari bersama


THE END


Sekadar Coretan,

Tuan Auz

11:14 PM , 13 Oktober 2011